Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG 2018

Nama Program : Program Transisi dan Guru Penyayang 2018


Tempat : SJK (C) Chung Hua Undop
Tarikh : 2 - 19 Januari 2018
Penglibatan : Murid-murid Tahun Satu dan semua guru Tahun Satu

1.0 PENDAHULUAN
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan keadaan, persekitaran dan
pembelajaran yang berbeza daripada alam pendidikan di prasekolah ataupun di rumah.
Melalui Program Transisi ini, para guru dapat menyelaras keperluan kognitif, emosi
dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran
dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu. Program ini juga diharap dapat
meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa sebarang
masalah.

2.0 OBJEKTIF
a) Meneruskan kesinambungan pembelajaran di prasekolah ke Tahun Satu dapat
dicapai.
b) Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid yang datang daripada
pelbagai latar belakang bergaul di antara satu sama lain.
c) Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid berkenalan dengan
guru-guru dan rakan-rakan.
d) Dapat memudahkan murid-murid menyesuaikan diri dengan masa, keadaan dan
persekitaran sekolah.
e) Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk memulakan proses
pembelajaran secara formal menerusi Program Transisi.
f) Dapat memudahkan kesinambungan pembelajaran daripada pendidikan tidak
formal ke pendidikan formal dijalankan.
g) Dapat membina keyakinan murid-murid untuk menghadapi pembelajaran yang
lebih formal.
h) Dapat meningkatkan minat, semangat dan kecenderungan murid-murid untuk
datang ke sekolah dan belajar tanpa menimbulkan masalah yang besar.

1
3.0 JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG 2018

PENASIHAT
GURU BESAR
Pn. Bong Set Khium

PENGERUSI
PK1
Pn. Lee Chin Yean

SETIAUSAHA
Penyelaras Tahun 1
Puan Kueh Chiau Fen

AHLI-AHLI
JAWATANKUASA

Semua Staf Semua Guru Tahun 1 Semua Panitia Mata Pelajaran


PK HEM 1. BC - Pn Kueh Chiau Fen 1. BC – Cik Yiu Pik Yieng
PKKK 2. BM – En Chai Min Fah 2. BM – Pn. Lee Chin Yean
Guru Data 3. BI – Pn Then Yih Yaw 3. BI – Pn. Then Yih Yaw
Penyelaras PSS 4. MT – En Lim Fong Siang 4. MT – En. Lim Fong Siang
Guru Pemulihan 5. SNS – Pn Vivien Lim Hui Tong 5. SNS – En. Tay Buang Leng
Penolong Tadbir 6. PM – Pn Vivien Lim Hui Tong 6. PSV – Pn Kueh Chiau Fen
7. Kesenian (Seni) – Pn Vivien Lim Hui 7. SEJ – Pn. Then Yih Yaw
Tong 8. PI – Ustaz Wan Azhar Bin Wan Ali
8. Kesenian (Muzik) - Pn Then Yih 9. PM – Pn. Vivien Lim Hui Tong
Yaw 10. MU – Pn. Vivien Lim Hui Tong
9. PJ – Ustaz Wan Azhar Bin Wan Ali 11. TMK – Cik Yiu Pik Yieng
10. PK – Pn Kueh Chiau Fen 12. RBT – En. Tay Buang Leng
13. Kesenian – Pn Kueh Chiau Fen
14. PJ – En. Voon Kee Lung
15. PK – En. Chai Min Fah

2
4.0 PELAKSANAAN

Sebelum Program:
Sebelum Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 dijalankan, satu
mesyuarat telah dijalankan bagi melantik jawatankuasa yang terlibat dan membuat
perancangan aktiviti sepanjang tiga minggu program ini berlangsung. Hasil mesyuarat
yang dijalankan pada 1 November 2017 iaitu hari Rabu, penyelaras bagi Program
Transisi & Guru Penyayang telah dipilih iaitu Pn. Kueh Chiau Fen sekaligus dilantik
menjadi guru kelas bagi tahun satu. Jawatankuasa lain pula melibatkan semua guru.
Selepas jawatankuasa dibentuk, penyelaras telah membuat satu kertas kerja
berhubung jadual aktiviti murid sepanjang tiga minggu untuk tujuan penyemakan oleh
Guru Besar. Jadual aktiviti sepanjang program turut diedarkan kepada setiap orang guru
yang terlibat mengajar tahun satu.

Semasa Program:
Program Transisi & Guru Penyayang bermula pada 2 Januari hingga 19 Januari
2018. Segala aktiviti guru bersama murid berjalan dengan lancar mengikut jadual.
Murid-murid memberikan kerjasama dan reaksi yang positif sepanjang mengikuti
program transisi ini. Sepanjang program ini, guru-guru yang terlibat telah menjalankan
pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk memupuk sifat berani, yakin diri dan kerjasama
dalam diri murid-murid. Selain itu, aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat memberi
gambaran awal kepada murid-murid sekaligus memberi persediaan kepada mereka
untuk belajar di tahun satu.

Selepas Program:
Selepas program transisi selesai, satu laporan berkenaan program telah dibuat oleh
penyelaras dan disemak oleh Guru Besar.

3
5.0 PENUTUP
Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2018 ini telah berjalan dengan baik hasil
kerjasama daripada semua pihak. Program Transisi yang dijalankan sepanjang tiga
minggu ini diharapkan dapat memupuk sifat yakin diri murid-murid Tahun Satu terutama
dalam pergaulan seharian.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................................... .........................................
(KUEH CHIAU FEN) (BONG SET KHIUM)
Penyelaras GURU BESAR
Program Transisi Tahun 1, SJK (C) CHUNG HUA UNDOP
SJK (C) CHUNG HUA UNDOP.

4
Dokumentasi

5
6
7

Anda mungkin juga menyukai