Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM I’M BOS (BACK TO SCHOOL)

1. Pendahuluan

Unit Qamar Aura SK Bandar Baru Sungai Buloh akan melaksanakan program tahunan unit
di mana sebelum ini ia lebih sinonim dengan nama Program Maju Diri. Namun bermula
tahun 2017 ia telah dijenamakan semula dengan satu nama baharu iaitu Program I’m Bos
(Back to School). Program ini akan melibatkan semua murid tahap 2. Program I’m Bos ini
merupakan pra-motivasi atau pengenalan kepada motivasi di awal sesi persekolahan pada
setiap tahun.

2. Matlamat

Matlamat sebenarnya Program I’m Bos ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan
awal kepada murid-murid tentang motivasi dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada untuk
belajar dengan berkesan. Selain itu, ia dapat mendidik murid-murid agar dapat menyesuaikan
diri dan bersedia dengan situasi pembelajaran yang semakin mencabar di saban tahun. Di
samping itu ia juga adalah bermatlamat untuk mengembalikan semula semangat dan
keseronokan murid-murid untuk kembali berlumba mengejar ilmu setelah lama bercuti pada
cuti persekolahan akhir tahun lepas.

3. Objektif

Adalah diharapkan melalui program ini dapat:

1. Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui kaedah pembelajaran yang betul.
2. Meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi awal persekolahan pada tahun 2020.
3. Menaikkan semangat murid di awal tahun agar sentiasa bersemangat untuk berjaya
dalam pelajaran terutamanya UPSR 2020 yang bakal menjelma.
4. Menyediakan murid-murid yang bersedia dari segi perkembangan pemikiran seiring
dengan perkembangan emosi, fizikal, jasmani, intelek dan sosial.
5. Menyampaikan maklumat terkini yang berkaitan sekolah dan pendidikan amnya.

4. Ahli jawatankuasa

Penasihat : En. Saffie b Ismail ( Guru Besar)


Pengerusi 1 : Pn. Che Haslina bt Che Abdul Hadi (GPK Kurikulum)
Pengerusi 2 : Pn. Hainon bt Md Yusuf ( GPK HEM)
Pn. Normala Roseliza bt Shamsuri ( GPK KO-KU)
En. Zayyat Aqbal b Abdul Rahman (GPK petang)
Penyelaras : Pn. Zarina bt Sana (GBKSM)
Setiausaha : En. Amirul Amin b Sa’aroni(GBKSM)
Bendahari : Pn. Cik Nrulhuda bt Abdullah
AJK :Penyelaras tahun 6
:Penyelaras tahun 5
:Penyelaras tahun 4
:Guru disiplin
:Semua guru tahun 4,5 dan 6
: Guru Pendidikan Islam dan guru moral

5. Sasaran
Semua murid tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh.

6. Tempat
Tapak Perhimpunan / Dewan Seri Melati SK Bandar Baru Sungai Buloh.

7. Tarikh
07 - 9 Januari 2020

8. Tentatif Program / Aktiviti (lampiran)


9. Senarai AJK Pelaksana (lampiran)

10. Anggaran perbelanjaan


- tiada

11. Penutup

Adalah diharapkan dengan adanya Program I’m Bos ini dapat memberi pendedahan awal
kepada murid yang terlibat tentang motivasi dan faedah darinya. Selain itu program ini juga
adalah pengenalan kepada program-program yang bakal diadakan sepanjang tahun 2020.
Maka dapatlah dirumuskan bahawa Program I’m Bos ini banyak memberi kesan yang positif
terhadap murid-murid dan diharapkan dapat memupuk perasaan seronok dan gembira
sepanjang berada di sekolah.

Disediakan Oleh :- Disemak Oleh :-

_________________________________________ _________________________________________________
( PN. ZARINA BT SANA) (PN. HAINON BT MD YUSUF)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru
Sungai Buloh Sungai Buloh

Disahkan oleh :-

___________________________________
( EN. SAFFIE B ISMAIL )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh
PROGRAM I’M BOS
(BACK TO SCHOOL)

TENTATIF PROGRAM

TARIKH /
TEMPAT KELAS MASA AKTIVITI

7 / 1/ 2019 TAHUN 4 8.00 – 8.30 pg Murid berkumpul di dewan


(SELASA) Ucapan Pn Hainon bt Md
yusuf (GPK HEM)

DEWAN 8.30- 9.00 pg Taklimat Disiplin oleh En.


SERI Muthana Mustafa
MELATI
9.00 – 9.30 pg Sesi LDK 1 (Unit QA)
10.00 – 12.30tgh Sesi LDK 2 (Unit QA)

8 / 1/ 2018 TAHUN 5 8.00 – 8.30 pg Murid berkumpul di dewan


(RABU) Ucapan Pn Hainon bt Md.
Yusuf (GPK HEM)
DEWAN
SERI 8.30 – 9.00 pg Taklimat Disiplin oleh En.
MELATI Muthana Mustafa

9.00 – 9.40 pg Sesi LDK 1 (Unit QA)


10.00 – 11.50 pg Sesi LDK 2 (Unit QA)

9 / 1/ 2018 TAHUN 6 8.00 – 8.30 pg Murid berkumpul di dewan


(KHAMIS) Ucapan Pn Hainon bt Md.
Yusuf (GPK HEM)
DEWAN
SERI 8.30 – 9.30 pagi Taklimat Disiplin oleh En.
MELATI Muthana Mustafa

9.30 – 10.30 pg Sesi LDK 1 (Unit QA)


10.30 – 12.30tgh Sesi LDK 2 (Unit QA)

PROGRAM I’M BOS


(BACK TO SCHOOL)

AJK Pelaksana

1. Siaraya : En. Muhammad Asyraf b Zamri (Tahun 4)


En. Mohd Fadzil b Abu Naim (Tahun 5)
En. Mohammad Azlan Ali Yasak (Tahun 6)

2. Bahan-bahan : Pn. Zarina bt Sana (pagi)


En. Amirul Amin b Saaroni

3. Kawalan Disiplin: Semua mengikut tahun


4. Fasilitator : Guru kelas dan guru matapelajaran

5. Pengurusan Murid di Dewan: Guru Kelas

Anda mungkin juga menyukai