Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR PERALIHAN DAN TINGKATAN SATU & PROGRAM


MAJU DIRI (PMD)
SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH 2021

1.0 PENDAHULUAN

Pelajar tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu merupakan warga baru bagi sekolah
menengah. Pelajar yang mendaftar adalah terdiri dari berbagai sekolah rendah yang
kebanyakan di sekitar Daerah Klang. Tentulah banyak perubahan suasana dan budaya
baru yang mereka tempuhi yang jauh berbeza dengan persekitaran sekolah rendah.
Oleh itu amatlah penting memberi pendedahan dan persediaan diri kepada setiap
pelajar agar boleh menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran sekolah menengah.

Keseronokan pelajar yang melangkah ke tingkatan satu, perlu disemai dan dipupuk
dengan sikap –sikap yang positif agar pelajar yang dibentuk nanti menjadi aset yang
berguna untuk sekolah khususnya dan negara amnya.

Situasi persekitaran yang berbeza menuntut pelajar agar dapat berdikari,


bertanggungjawab, sedia menghadapi cabaran, berdaya kepimpinan, bersikap
bekerjasama, aktif dan kreativiti.

Maka Program Orientasi ini diadakan supaya tidak berlaku kejutan budaya di kalangan
pelajar-pelajar baru dan sebagai persediaan untuk mengharungi kehidupan dalam masa
lima tahun sebagai pelajar sekolah menengah.

2.0 OBJEKTIF

a. Mendedahkan pelajar kepada suasana persekitaran serta sistem pengajaran


dan pembelajaran.

b. Mengenali guru-guru, staf dan pelajar-pelajar SMK Tengku Ampuan Jemaah


dan dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar ke arah semangat
kekeluargaan.

c. Memastikan pelajar baru mengamalkan peraturan dan undang-undang yang


telah ditetapkan di sekolah ini untuk membentuk pelajar yang berdisiplin.

d. Mengenali unit pentadbiran dan unit-unit dibawahnya.

e. Lebih bersedia untuk menempuh alam persekolahan peringkat menengah dan


memahami peranan yang perlu mereka mainkan sebagai pelajar sekolah ini.

f. Mengetahui risiko yang akan mereka hadapi jika mereka bertingkah laku
bertentangan dengan kehendak sekolah ini.
3.0 TARIKH / TEMPOH

 6 April - 9 April 2021

4.0 TEMPAT

 Kelas masing-masing

5.0 SASARAN

 500 orang murid-murid Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu sesi 2021

6.0 AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN PERALIHAN


DAN TINGKATAN SATU TAHUN 2021

Pengerusi : En Shukri Bin Zakaria


(Pengetua)

Timb. Pengerusi : Pn Siti Salmiah Bt Mahfudz


(Penolong Kanan Pentadbiran)

En Saidin Bin Ahmad


(Penolong Kanan HEM)

Pn Sabariah Bt Hussain
(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Pn Lim Chui Lay


(Penolong Kanan Petang)

Penyelaras : Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari


(Guru Kaunseling)

Pen. Penyelaras : Pn Tan Choon Ling

Setiausaha : En Ibrahim B Othman

AJK : Semua Guru Mata Pelajaran Tingkatan 1 & Peralihan


Semua Guru Kelas

AJK KERJA

Siaraya : En Kong Chee Onn

Disiplin : En Kamalanathan A/L Subbarayan


En Tan Lye Heng
Pn Tan choon Ling
Pn Siti Naila Bt Abdullah

Persiapan Tempat : En Ibrahim B Othman


Ahli PRS

Fasilitator LDK : Semua Guru Matapelajaran terlibat

Dokumentasi : Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari


TENTATIF PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN PERALIHAN DAN TINGKATAN SATU & PROGRAM MAJU DIRI (PMD) 2021
(SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH)

6 APRIL 2021 (SELASA)

Sesi Masa Aktiviti Kelas Terlibat Tindakan


3.00 - 3.30 Taklimat Disiplin Semua Tingkatan sesi petang. Guru Disiplin
petang (disampaikan serentak melalui Guru Matapelajaran WAJIB bersama
1 pembesar suara dan guru murid di kelas masing-masing.
matapelajaran berada bersama
murid di kelas masing-masing
sepanjang sesi taklimat dijalankan)

2 4.00 - 4.30 Taklimat Kokurikulum Semua Tingkatan sesi petang Guru S/Usaha Kokurikulum
petang (disampaikan serentak melalui Guru Matapelajaran WAJIB bersama
pembesar suara dan guru murid di kelas masing-masing.
matapelajaran berada bersama
murid di kelas masing-masing
sepanjang sesi taklimat dijalankan)

3 4.30 - 5.00 Taklimat SPBT Semua Tingkatan sesi petang Guru SPBT
petang (disampaikan serentak melalui Guru Matapelajaran WAJIB bersama
pembesar suara dan guru murid di kelas masing-masing.
matapelajaran berada bersama
murid di kelas masing-masing
sepanjang sesi taklimat dijalankan)
4 5.00 - 6.00 Taklimat UBK Tingkatan Peralihan 1 Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari
petang En Ibrahim B Othman
7 APRIL 2021 (RABU)

Sesi Masa Aktiviti Kelas Terlibat Tindakan


4 3.00 - 4.00 Taklimat UBK Tingkatan 1 KAA Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari
petang Tingkatan 1 RBT 1 En Ibrahim B Othman
5 4.30 - 5.30 Taklimat UBK Tingkatan 1 RBT 2 En Ibrahim B Othman
petang Tingkatan 1 RBT 3 Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari

8 APRIL 2021 (KHAMIS)

Sesi Masa Aktiviti Kelas Terlibat Tindakan


5 3.00 - 4.00 Taklimat UBK Tingkatan 1 RBT 4 Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari
petang Tingkatan 1 RBT 5 En Ibrahim B Othman
6 4.30 - 5.30 Taklimat UBK Tingkatan 1 RBT 6 En Ibrahim B Othman
petang Tingkatan 1 RBT 7 Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari

9 APRIL 2021 ( JUMAAT)

Sesi Masa Aktiviti Kelas Terlibat Tindakan


7 3.00 - 4.00 Taklimat UBK Tingkatan 1 RBT 8 Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari
petang Tingkatan 1 RBT 9 En Ibrahim B Othman
8 4.30 - 5.30 Taklimat UBK Tingkatan 1 RBT 10 En Ibrahim B Othman
petang Tingkatan Peralihan 2 Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari
8.0 PENUTUP

Semoga Program Orientasi yang dijalankan ini dapat memberi kesan positif terhadap pelajar-
pelajar baru dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan pembelajaran di sekolah
menengah. Selain itu, Peningkatan pencapaian sekolah akan dapat dipertingkatkan dan
melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berpengetahuan.

Disediakan oleh: Disokong oleh:

………………………………………….. …………………………………….
(UMMI KALSOM BT SHA’ARI) (Pn Lim Chui Lay)
Kaunselor SMK Tengku Ampuan Jemaah Penolong Kanan Petang

Anda mungkin juga menyukai