Anda di halaman 1dari 54

SSCX4996

Program Sarjana Muda Kaunseling

BUKU PANDUAN
INTERNSHIP
ISI KANDUNGAN

Pendahuluan 3
Carta Aliran Internship 4

Panduan Kaunselor Pelatih


Tujuan 6
Internship 6
Objektif Internship 6
Tempoh Internship 6
Pendaftaran Internship 7
Penempatan Internship 7
Gred Internship 8
Panduan untuk Kaunselor Pelatih semasa Internship 8
Cuti semasa Internship 9
Dokumentasi 9
Penilaian 10
Perancangan Aktiviti Internship 11
Log Perkhidmatan Kaunseling 13
Log Aktiviti Harian 14
Borang Maklumat Klien 15
Borang Persetujuan Termaklum 16
Laporan Sesi Kaunseling Individu 18
Laporan Sesi Kaunseling Kelompok 21
Laporan Aktiviti Bimbingan 23
Panduan Proposal Program 25
Rakaman (Audio/ Video) 26
Laporan Kajian Kes dan Rakaman (Audio/Video) 27

Penilaian Kaunselor Pelatih


Borang Penilaian Internship 29

Panduan Penyelia Agensi


Tujuan 34
Program Sarjana Sains Kaunseling 34
Internship 34
Objektif Internship 35
Faedah kepada Agensi 35
Tanggungjawab Penyelia Agensi 35
Tempoh Internship 36
Penilaian 37
Prosedur Pentadbiran 37

Penilaian Penyelia Agensi


Borang Penilaian Penyelia Agensi 39

1
Panduan Penyelia Akademik
Tujuan 43
Internship 43
Objektif Internship 43
Tempoh Internship 43
Perincian Keperluan 44
Penempatan Internship 44
Gred Internship 45
Panduan untuk Kaunselor Pelatih semasa Internship 45
(untuk Makluman Penyelia Akademik)
Cuti semasa Internship 46
Dokumentasi 46
Penilaian 47
Prosedur Penyeliaan 48

Penilaian Penyelia Akademik


Borang Penilaian Penyelia Akademik 50
Rubrik Kompetensi & Kepatuhan kepada Etika 51
Borang Penyeliaan Sesi Kaunseling 52
Senarai Semak (Checklist) Penghantaran Akhir Dokumentasi 53

2
PENDAHULUAN

Buku panduan ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar Pusat Pengajian


Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia
untuk menjalani Internship selama satu (1) semester.

Buku Panduan ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu Panduan bagi
Kaunselor Pelatih, Penyelia Agensi dan Penyelia Akademik. Buku panduan ini
merangkumi semua aspek penting melibatkan Internship dan juga borang-
borang yang berkaitan semasa menjalankan Internship.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, buku panduan ini bertujuan untuk


membantu para pelajar melaksanakan Internship dan menulis laporan Internship
dengan lebih sistematik. Diharapkan agar buku panduan ini dapat menjadi kayu
pengukur kepada keseragaman dalam menjalankan Internship di SAPSP
khususnya dan UUM umumnya.

3
PROGRAM SARJANA MUDA KAUNSELING
PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI GUNAAN, DASAR DAN KERJA SOSIAL

Carta Aliran Internship

Menerima pengesahan untuk menjalani Internship daripada pihak Pusat


Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP)

Mengisi borang cadangan penempatan Internship 

Mendapat perakuan cadangan penempatan daripada Penyelaras Internship 

Mendapat kelulusan bertulis daripada pihak agensi untuk menjalankan Internship 

Menghantar salinan kelulusan bertulis daripada agensi untuk menjalankan
Internship kepada Penyelaras Internship 

Menghadiri taklimat yang disampaikan oleh pihak-pihak berkaitan Internship 

Melapor diri kepada Penyelia Agensi di organisasi 

Menghantar perancangan Internship kepada Penyelia Akademik 

SESI PENYELIAAN 1 SESI PENYELIAAN 2 SESI PENYELIAAN 3
 Log perkhidmatan  Log perkhidmatan  Log perkhidmatan
kaunseling kaunseling kaunseling
 Log aktiviti harian  Log aktiviti harian  Log aktiviti harian
 Laporan sesi  Laporan aktiviti  Laporan aktiviti
 Penyeliaan sesi bimbingan bimbingan
kaunseling individu/  Laporan sesi  Laporan sesi
kelompok  Penyeliaan sesi  Penyeliaan sesi
kaunseling individu/ kaunseling individu/
kelompok kelompok

Menghantar dokumen berikut kepada Penyelia Akademik SATU (1) minggu
selepas tamat menjalani Internship iaitu:
1. Log perkhidmatan kaunseling
2. Log aktiviti harian
3. Laporan sesi kaunseling
4. Laporan aktiviti bimbingan
5. Rakaman (audio/ video)
6. Laporan kajian kes
7. Borang penilaian Internship daripada Penyelia Agensi dan Kaunselor Pelatih
8. Senarai semak dokumentasi Internship 

4















PANDUAN KAUNSELOR PELATIH


INTERNSHIP
(SSCX4996)

5
PANDUAN KAUNSELOR PELATIH

1.0 Tujuan

Panduan ini bertujuan untuk memberi maklumat yang diperlukan oleh


kaunselor pelatih apabila menjalankan Internship.

2.0 Internship

Internship merupakan satu kursus teras 6 JAM KREDIT yang bertujuan


mendedahkan kaunselor pelatih ke alam pekerjaan yang sebenar.
Kaunselor pelatih diharap mendapat pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran, serta tunjuk ajar dan bimbingan Penyelia Akademik dan
Penyelia Agensi. Kursus ini dijalankan dalam SATU (1) SEMESTER
pengajian; berlangsung selama 65 HARI BEKERJA dengan 510 JAM
KONTAK. Kaunselor pelatih akan ditempatkan di agensi yang
bersesuaian. Penilaian kursus adalah berdasarkan kepada penilaian
Penyelia Akademik dan juga Penyelia Agensi.

3.0 Objektif Internship

Setelah menjalani Internship, kaunselor pelatih akan dapat:

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan kaunseling


di agensi yang dipilih.
2. Mengendali dan mendokumentasi aktiviti perkhidmatan kaunseling.
3. Meningkatkan kemahiran kaunseling.
4. Mengumpul keperluan bagi pendaftaran dan perlesenan daripada
Lembaga Kaunselor Malaysia sebagai kaunselor berdaftar (KB).
5. Membina jaringan perhubungan dengan agensi berkaitan.
6. Mengaplikasi tanggungjawab dan peranan sebagai seorang
kaunselor profesional.
7. Memantapkan keyakinan dalam menjalankan sesi kaunseling di
agensi.

4.0 Tempoh Internship

1. Tempoh Internship akan berlangsung selama sekurang-kurangnya


65 HARI BEKERJA.

2. Keperluan keseluruhan bagi jam Internship adalah selama 510


JAM iaitu sekurang-kurangnya 200 jam diperuntukan untuk sesi
kontak bersemuka dengan klien (termasuk sekurang-kurangnya 20
jam kaunseling sesi kelompok) dan selebihnya untuk aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan kaunseling seperti penulisan log
perkhidmatan kaunseling, log harian, membuat laporan sesi
kaunseling, laporan aktiviti bimbingan, membantu pusat/kolej dalam
urusan pentadbiran, menghadiri/memberi ceramah, mengendalikan
bengkel berkaitan dengan kaunseling dan lain-lain yang melibatkan
aktiviti kaunselor pelatih dengan agensi yang berkenaan.

6
3. Perincian keperluan adalah seperti berikut:

i. 200 jam sesi kontak bersemuka dengan klien termasuk


sekurang-kurangnya 20 jam kaunseling kelompok.

ii. Setiap sesi kaunseling yang mengambil masa sekurang-


kurangnya 45 minit adalah dianggap sebagai satu sesi
kaunseling.

iii. Aktiviti mentadbir ujian psikologi semasa sesi kaunseling individu


dan kelompok dijalankan adalah dikira sebagai sesi kontak
bersemuka dengan klien.

5.0 Pendaftaran Internship

1. Kaunselor pelatih layak mengikuti Internship setelah lulus SEMUA


kursus yang diwajibkan dalam program ini.
2. Kaunselor pelatih yang ingin menangguhkan tempoh Internship
perlu memohon secara bertulis kepada Dekan, SAPSP melalui
Penyelaras Internship, dengan SEGERA. Sebarang permohonan
akan dipertimbangkan sewajarnya berdasarkan alasan yang kukuh.

6.0 Penempatan Internship

1. Kaunselor pelatih dikehendaki mengambil inisiatif sendiri bagi


mendapatkan tempat yang bersesuaian untuk menjalani Internship.

2. Kaunselor pelatih diminta mengemukakan cadangan tempat


Internship yang dipilih dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

3. Kaunselor pelatih perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis


daripada pihak agensi yang dipilih untuk membuat Internship dan
memaklumkan kepada pihak SAPSP dengan kadar segera.

4. Kaunselor pelatih hendaklah berhubung secara langsung dengan


Penyelia Akademik yang dilantik oleh Pusat Pengajian bagi proses
penyeliaan Internship seterusnya.

5. Sebarang permohonan untuk penempatan baru, pertukaran tempat


atau penarikan diri daripada menjalani Internship di mana-mana
agensi sebelum dan/atau selepas melapor diri perlu dimaklumkan
secara bertulis kepada Dekan, SAPSP melalui Penyelaras
Internship dengan SEGERA dan menghantar satu salinan surat
kebenaran kepada pihak agensi di mana Internship dijalankan.

7
7.0 Gred Internship

Gred minimum untuk Kaunselor Pelatih LULUS bagi kursus Internship


adalah sekurang-kurangnya C+.

Gred Markah
A+ 89.5 – 100
A 79.5 – 89.4
A- 74.5 – 79.4
B+ 69.5 – 74.4
B 64.5 – 69.4
B- 59.5 – 64.4
C+ 54.5 – 59.4
C 49.5 – 54.4
C- 44.5 – 49.4
D+ 34.5 – 44.5
D 34.5 – 39.4
F 0 – 34.4

i. Kaunselor Pelatih yang mengikuti Internship WAJIB memenuhi


SEMUA keperluan berkaitan yang ditetapkan Pusat Pengajian.

ii. Kaunselor Pelatih yang menjalani Internship selama dua (2)


semester berturut-turut (iaitu sekurang-kurangnya 30 hari bekerja
secara berterusan bagi setiap semester), akan hanya diberi gred
Internship pada semester kedua iaitu setelah keseluruhan tempoh
Internship dipenuhi. Kaunselor Pelatih diingatkan supaya mendaftar
semula pada semester kedua tersebut. Gred Internship pada
semester pertama akan dikira sebagai SEDANG MAJU (SM) dan
tidak membawa apa-apa nilaian gred untuk semester tersebut.

iii. Kaunselor Pelatih yang menjalani Internship akan diberi gred


Internship pada akhir semester seperti kursus-kursus lain.

8.0 Panduan untuk Kaunselor Pelatih semasa Internship

Kaunselor Pelatih perlu:

1. Bertanggungjawab kepada pihak agensi dengan melaksanakan


semua tugas dengan dedikasi.
2. Berinisiatif dan proaktif dengan berusaha melakukan tugas tanpa
menunggu arahan.
3. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh UUM dan agensi.
4. Datang tepat masa dan mendapat keizinan Penyelia Agensi jika
perlu keluar awal atau datang lewat.
5. Mematuhi kod etika pakaian UUM dan agensi.
6. Mematuhi peraturan dan kod etika kaunselor terutamanya etika
kerahsiaan (setiap laporan sesi kaunseling hendaklah disimpan di
tempat yang selamat selepas ditandatangani oleh Penyelia
Akademik dan laporan sesi kaunseling hanya boleh akses oleh
Penyelia Akademik sahaja).

8
7. Melengkapkan borang Internship yang diperlukan untuk diserahkan
kepada Penyelia Akademik semasa penyeliaan dijalankan.
8. Mematuhi etika dengan tidak menggunakan maklumat mengenai
agensi selain untuk tujuan Internship kecuali mendapat izin secara
bertulis daripada agensi berkenaan.
9. Menyempurnakan Internship seperti yang telah ditetapkan iaitu
selama 65 HARI BEKERJA DENGAN 510 JAM KONTAK.
10. Menjaga maruah dan nama baik diri sendiri, UUM dan agensi.

9.0 Cuti semasa Internship

a. Kaunselor pelatih WAJIB hadir ke tempat Internship sepanjang


tempoh Internship berlangsung kecuali kerana sakit atau
kecemasan dan memaklumkan kepada Penyelia Agensi dan
Penyelia Akademik.
b. Salinan Sijil Sakit atau surat pengesahan berkaitan yang disahkan
hendaklah diserahkan kepada Penyelia Akademik secepat mungkin
dan menyerahkan sijil/surat asal kepada Penyelia Agensi.
c. Kaunselor Pelatih tidak dibenarkan mengambil cuti sakit atau
kecemasan melebihi TIGA HARI BERTURUT-TURUT sepanjang
tempoh Internship. Sekiranya ini berlaku, kaunselor Pelatih perlu
mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Penyelia Akademik.
d. Kaunselor Pelatih perlu menggantikan setiap hari cuti sakit atau
kecemasan yang diambil dengan menambah bilangan hari bekerja
sejurus selepas tempoh asal Internship tamat.
e. Kaunselor Pelatih TIDAK DIBENARKAN mengambil cuti untuk
mengikuti sebarang program yang tidak berkaitan dengan agensi
sepanjang tempoh Internship.

10.0 Dokumentasi

Kaunselor Pelatih bertanggungjawab untuk mendokumentasikan perkara-


perkara berikut sepanjang Internship:

1. Perancangan Aktiviti Internship.


Dihantar SATU (1) MINGGU selepas Internship bermula kepada
Penyelia Akademik dan Penyelia Agensi.

2. Log Perkhidmatan Kaunseling.

3. Log Aktiviti Harian.

4. Laporan Sesi
Setiap laporan sesi kaunseling individu dan kelompok perlu diisi
dan disemak serta ditandatangan oleh Penyelia Akademik setiap
kali penyeliaan dijalankan. Dokumen ini adalah SULIT.

5. Laporan Aktiviti Bimbingan

Contoh aktiviti bimbingan:


a. Program sebaran (contoh: menyebarkan dan mengedarkan
maklumat berbentuk brosur, poster, notis, emel dan surat).
9
b. Proposal program (contoh: menyediakan dan membentangkan
kertas kerja, membuat penilaian, mengenalpasti keperluan,
kandungan latihan).
c. Pelaksanaan (contoh: latihan, ceramah, bengkel).
d. Penilaian (contoh: maklumbalas di akhir program oleh peserta).

6. Rakaman (audio/video)

Sekurang-kurangnya SATU rakaman sesi kaunseling individu dan


SATU rakaman sesi kaunseling kelompok audio atau video yang
jelas dan berkualiti. Kaunselor Pelatih digalakkan untuk
merakamkan sebanyak mungkin sesi kaunseling yang diadakan
dengan mendapat persetujuan dan keizinan klien.

7. Laporan Kajian Kes

8. Borang Penilaian Internship

9. Senarai Semak Dokumentasi Internship

11.0 Penilaian

Kaunselor Pelatih akan dinilai berdasarkan:

a. Penilaian Penyelia Agensi (20%)

Penilaian ini berdasarkan pengetahuan, kemahiran, sikap, sahsiah


dan kesungguhan yang ditunjukkan Kaunselor Pelatih di sepanjang
Internship. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penyelia Akademik SATU (1) minggu selepas Internship tamat.

b. Penilaian Penyelia Akademik (80%)

Pengagihan markah penilaian oleh Penyelia Akademik adalah


seperti berikut:
i. Kompetensi & Kepatuhan kepada Etika : 15%
ii. Perancangan/Log Aktiviti : 10%
iii. Laporan Sesi Kaunseling : 40%
(Individu 30% + Kelompok 10%)
iv. Laporan Sesi Bimbingan : 5%
v. Kajian Kes + Rakaman (audio/video) : 10%
Jumlah : 80%

10
SAPSP/SSCX4996/PAI

Perancangan Aktiviti Internship

Nama Kaunselor Pelatih:

No. Matrik:

Agensi:

Jangkaan Aktiviti Setiap Minggu Internship:

Bil. Aktiviti Jam per minggu Jumlah jam


1. Aktiviti Promosi Perkhidmatan

2. Kaunseling Individu

3. Kaunseling Kelompok

4 Interpretasi Ujian Psikologi

5. Aktiviti Bimbingan

6. Pengurusan dan Pentadbiran

Jumlah Keseluruhan

Perancangan Aktiviti Internship:

Minggu Tarikh Aktiviti Objektif Sasaran Pengisian

1. Kaunseling individu
1 2. Kaunseling kelompok
3. Program Promosi
4. Ceramah Kerjaya

11
7

10

11

12

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Tandatangan Kaunselor Pelatih) (Tandatangan Penyelia Agensi)

Nama Kaunselor Pelatih: Nama Penyelia Agensi:

Tarikh: Cop:

Tarikh:

Disahkan oleh:

(Tandatangan Penyelia Akademik)

Nama Penyelia Akademik:

Cop:

Tarikh:

12
SAPSP/SSCX4996/LPK

Log Perkhidmatan Kaunseling

Bil. Tarikh Nama Klien Kod/ Jantina Umur Bangsa/ Status Jenis Jenis Sesi Jenis Klien Jam Catatan
Rujukan Agama Kes Kaunseling Kontak
Klien

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Tandatangan Kaunselor Pelatih) (Tandatangan Penyelia Akademik)

Nama Kaunselor Pelatih: Nama Penyelia Akademik:

Tarikh: Cop/Tarikh:

13
SAPSP/SSCX4996/LAH

Log Aktiviti Harian

Tarikh : Hari :

Bil. Masa Aktiviti yang dijalankan Catatan


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Ringkasan Masa Perkhidmatan Harian:

Jenis aktiviti Jumlah Jam Jumlah Jam Jumlah Jam


Hari ini Hari Lepas Terkumpul
Promosi Perkhidmatan Kaunseling
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Interpretasi Ujian Psikologi
Perundingan dan Aktiviti Bimbingan
Pengurusan dan Pentadbiran
Jumlah Keseluruhan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Tandatangan Kaunselor Pelatih) (Tandatangan Penyelia Akademik)

Nama Kaunselor Pelatih: Nama Penyelia Akademik:


Tarikh: Cop:
Tarikh:

14
SAPSP/SSCX4996/BMK

Borang Maklumat Klien

Nama Klien :

Alamat :

Telefon : E-mel :

Pekerjaan: Taraf Pendidikan:

Jantina : L / P Status Perkahwinan : Umur: tahun

Tarikh Lahir / / Kelainan upaya:

(Sila tanda  )

Bangsa Agama Sumber Rujukan Sejarah

Melayu Islam Kawan Adakah anda pernah menjalani


Cina Kristian Kaunselor sesi kaunseling? Ya Tidak
India Hindu Pihak Pengurusan Jika ‘Ya’, untuk apa?
Klien Sedia Ada _
Ahli Keluarga Bila kali terakhir? _
Media Sosial
Nyatakan ujian psikometrik yang
pernah anda ambil:

Jika terdapat ‘lain-lain’ daripada senarai di atas,


Sila nyatakan: Nyatakan nama/ jenis ubat
psikotropik yang diambil
sekarang (jika ada):

Tandatangan klien : ……………………………

Tarikh : ……………………………

15
SAPSP/SSCX4996/BPT

Borang Persetujuan Termaklum

Pengenalan

Saya , No. Matrik: Kaunselor Pelatih Universiti


Utara Malaysia (UUM) sedang menjalankan Internship di agensi anda. Internship ini
merupakan syarat yang perlu dipenuhi untuk bergraduat.

Di sepanjang Internship ini, saya akan diselia oleh


(sebagai Penyelia Agensi). Penyelia Akademik pula akan membuat penyeliaan tiga
kali. Sebarang kemusykilan mengenai penyeliaan, sila hubungi Penyelia Akademik
saya .

Internship ini akan bermula pada sehingga .


Sekiranya saya mempunyai klien pada tarikh akhir Internship, saya akan membuat
rujukan jika penamatan tidak dapat dilakukan.

Matlamat Sesi

Dengan persetujuan anda sebagai klien, kita akan berbincang menetapkan


Matlamat sesi, oleh itu kerjasama anda adalah diperlukan.

Tanggungjawab Kaunselor

Dalam sesi individu ini, saya berperanan sebagai kaunselor pelatih kepada anda
dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati maruah diri,
nilai dan keupayaan anda. Kegagalan klien untuk menghadiri sesi selama beberapa kali
boleh menyebabkan saya membuat penamatan sesi dan/atau merujuk kepada
kaunselor lain. Sekiranya isu yang di bawa di luar keupayaan (competence) saya
sebagai seorang kaunselor pelatih maka, saya boleh merujuk anda kepada kaunselor
lain dengan persetujuan anda sebagai klien. Sekiranya saya perlu merakam sesi yang
dijalankan maka saya perlu untuk meminta persetujuan daripada pihak anda.

Tanggunggjawab dan Hak Anda Sebagai Klien

Untuk memastikan keberkesanan sesi, adalah penting bagi anda:

1. Menghadiri sesi seperti yang ditetapkan dengan persetujuan bersama.


2. Memberi kerjasama semasa sesi dijalankan.
3. Berusaha dengan bersungguh untuk mengatasi isu yang dikemukakan.

16
4. Jika anda tidak dapat menghadiri sesi, sila maklum kepada saya sebelum
temujanji diadakan.
5. Anda juga berhak untuk menarik diri daripada sesi dan/atau merujuk kepada
kaunselor lain sekiranya anda tidak berasa selesa dengan saya.
6. Anda mempunyai hak untuk mengetahui segala maklumat sesi yang telah
direkodkan atau/dan didokumentasikan.

Kerahsiaan dan limitasi kerahsiaan

Semua perbincangan dalam sesi adalah dirahsiakan. Saya menjamin kerahsiaan dan
anda juga bertanggunggjawab menjaga kerahsiaan tersebut. Terdapat beberapa
limitasi mengenai isu kerahsiaan ini yang memerlukan saya membuat laporan seperti:
1. Jika maklumat yang dikongsi akan/boleh membahayakan diri anda misalnya
anda mencederakan diri sendiri atau orang lain atau sebarang perlakuan
berbahaya yang menunjukkan anda tidak dapat mengawal diri sendiri.
2. Jika anda terlibat dalam penderaan kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya
atau pasangan anda.
3. Jika syarikat insurans memerlukan rekod sesi untuk membuat perkhidmatan dan
menentukan ganti rugi.
4. Sebagai sebahagian daripada proses penyeliaan, saya mungkin membincangkan
rekod sesi klien dengan Penyelia Akademik/Penyelia Agensi saya.

Sekiranya saya diwaran (subpoenae) oleh mahkamah, maka saya boleh menceritakan
isu yang kita bincangkan bersama apabila disoal.

Terima kasih kerana membaca persetujuan termaklum ini. Sekiranya anda


mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saya.

Pengakuan Kaunselor Pelatih:

Nama Kaunselor Pelatih:

Tandatangan:

Tarikh:

Persetujuan Klien:

Saya telah membaca dokumen ini, berbincang dengan (nama


Kaunselor Pelatih), memahami kandungan dan bersetuju untuk menghadiri sesi ini.

Nama klien:

Tandatangan:

Tarikh :

17
SAPSP/SSCX4996/LKI

SULIT
Laporan Sesi Kaunseling Individu

Kod/ Rujukan Klien:

Nama :

Tarikh: _ Sesi Ke:

Masa (Mula & Tamat) : Jam diperolehi:

Jenis Klien: Sukarela Kategori Isu &:


(Tandakan) Pemerhatian Perbincangan
Dirujuk

Latar belakang klien:


(Penampilan fizikal; kepercayaan dan budaya; kesihatan mental; latar belakang dan perhubungan
dengan keluarga; bidang kerja; latar belakang dan perhubungan di tempat kerja; sokongan keluarga;
sokongan rakan sejawat; sokongan kawan dan sebagainya)

Isu yang dinyatakan:


(Maklumat mengenai masalah, pemikiran, konflik, emosi, tingkah laku, ciri-ciri interpersonal dan lain-lain)

18
Konseptual Kes (Isu sebenar berdasarkan teori):
(Mengenalpasti masalah sebenar klien berdasarkan teori kaunseling)

Matlamat kaunseling:
(Sasaran untuk jangka masa pendek, jangka masa sederhana, dan jangka masa panjang)

Rumusan Proses Kaunseling


(Hubungan kaunselor-klien, interaksi antara kaunselor-klien, proses mengenalpasti masalah dan
mengatasi masalah, penentangan (resistance) klien, isu-isu sensitif dan lain-lain)

19
Refleksi Kaunselor:

Keperluan Sesi Lanjutan Tidak

Ya. Cadangan Tarikh:

Disediakan oleh:

(Tandatangan Kaunselor Pelatih)

Nama Kaunselor Pelatih:

Tarikh:

20
SAPSP/SSCX4996/LKK

SULIT
Laporan Sesi Kaunseling Kelompok

Kod/ Rujukan Kelompok :

Tarikh: _ Sesi Ke:

Masa (Mula dan Tamat) : Jam diperolehi:

Kategori Isu & Perbincangan :

Proses Kelompok:

Penglibatan dan Perkembangan Ahli Kelompok:

21
Perbincangan dan Perkongsian Isu oleh Kelompok:

Refleksi Kaunselor:

Disediakan oleh:

(Tandatangan Kaunselor Pelatih)

Nama Kaunselor Pelatih:

Tarikh:

22
SAPSP/SSCX4996/LAB

BILANGAN PROGRAM

Laporan Aktiviti Bimbingan

Nama Program: Tarikh:

Masa: Tempat:

Objektif: 1.

2.

3.

4.

Kumpulan Sasaran:

Perbelanjaan : RM
(jika berkenaan)

Pegawai bertanggungjawab:

Peranan Kaunselor Pelatih:


(jika berkenaan)

Kemahiran dan pengalaman yang dipelajari:

23
Proposal program: SILA LAMPIRKAN BERSAMA (JIKA ADA)

Isu dan cabaran dalam perlaksanaan program:

Ringkasan Laporan Penilaian peserta:


(Lampirkan salinan borang penilaian peserta)

Cadangan Penambahbaikan:
1.

2.

3.

4.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Tandatangan Kaunselor Pelatih) (Tandatangan Penyelia Agensi)

Nama Kaunselor Pelatih: Nama Penyelia Agensi


Tarikh: Cop:
Tarikh:

Disahkan oleh:

(Tandatangan Penyelia Akademik)

Nama Penyelia Akademik

Cop dan Tarikh:

24
Panduan Proposal Program

1. Nama Program

2. Pengenalan

3. Objektif

4. Tarikh

5. Tempat

6. Masa

7. Kumpulan Sasaran

8. Tentatif

9. Perbelanjaan

10. Ahli Jawatankuasa

11. Penutup

25
SAPSP/SSCX4996/PR

Rakaman (Audio/ Video)

Setiap kali sesi kaunseling berlangsung, kaunselor pelatih dikehendaki membuat


rakaman audio/video setelah mendapat persetujuan daripada klien. Pilih SATU (1)
rakaman sesi kaunseling individu dan SATU (1) rakaman sesi kaunseling kelompok
yang jelas dan berkualiti untuk dihantar kepada Penyelia Akademik dalam tempoh
SATU (1) MINGGU selepas tempoh Internship tamat.

Penyerahan rakaman (audio/video):

Satu rakaman sesi individu

Satu rakaman sesi kelompok

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Tandatangan Kaunselor Pelatih) (Tandatangan Penyelia Akademik)

Nama Kaunselor Pelatih: Nama Penyelia Akademik:

Tarikh: Cop:

Tarikh:

26
SAPSP/SSCX4996/LKKPR

Laporan Kajian Kes dan Rakaman (Audio/ Video)

Kaunselor pelatih dikehendaki membuat laporan kajian kes berdasarkan SATU (1) kes
yang dikendalikan. Gaya penulisan mestilah mengikut format American Psychological
Association (APA). Pemilihan kes kaunseling adalah bergantung kepada pertimbangan
kaunselor pelatih sendiri tetapi bilangan sesi yang dikendalikan bagi kes yang dipilih itu
hendaklah sekurang-kurangnya TIGA (3) sesi. Sesi rakaman (audio/video) perlu
disertakan sebagai bukti. Format penulisan kajian kes adalah seperti berikut:

a. Latar belakang klien.


b. Isu yang dikemukakan.
c. Laporan sesi-sesi kaunseling yang dijalankan.
d. Pandangan kaunselor pelatih terhadap isu yang dikemukakan:

i. Teori berkaitan yang diaplikasi ke dalam isu yang ditimbulkan.


ii. Teknik dan kemahiran kaunseling yang digunakan.
iii. Kesukaran yang dihadapi oleh kaunselor pelatih semasa
menjalankan sesi kaunseling serta cadangan untuk mengatasinya.
iv. Kemajuan yang ditunjukkan oleh klien berhubung masalahnya.

e. Penutup.

27
PENILAIAN KAUNSELOR PELATIH
INTERNSHIP
(SSCX4996)

28
SAPSP/SSCX4996/BPP

Borang Penilaian Internship

Kaunselor Pelatih dikehendaki mengisi borang ini bagi memberi pandangan tentang
cara untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan proses penilaian Internship.

Arahan : Sila tandakan √ pada penyataan yang diberikan.

Nama Agensi :

1. Apakah masalah yang dihadapi semasa menjalani Internship?

Bil Masalah Ya Tidak


i. Pertindanan peranan dengan Unit Latihan/Personal/HR
ii. Bahasa
iii. Kekurangan kemudahan untuk menjalankan sesi kaunseling
iv. Sukar mendapat kerjasama daripada pihak agensi

Lain-lain (nyatakan):

2. Adakah anda bersetuju sekiranya Internship diteruskan di agensi ini bagi Kaunselor
Pelatih lain pada masa yang akan datang?
Ya Tidak

Jika Ya / Tidak, berikan sebab:

3. Pengalaman berguna diperolehi sepanjang tempoh Internship yang boleh


diaplikasikan setelah bergraduat kelak.

Bil Pengalaman Berguna Ya Tidak


i. Mengetahui budaya agensi
ii. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
iii. Bersikap proaktif
iv. Mengedalikan kes sebenar klien
v. Mengenal pasti bentuk penerimaan terhadap
perkhidmatan kaunseling

29
Lain-lain nyatakan:

4.(a) Pandangan anda tentang pengurusan Internship.

Sangat Tidak
Bil Pandangan Memuaskan
memuaskan Memuaskan
i. Pengurusan internship
secara keseluruhan

4.(b) Kaedah untuk meningkatkan kualiti pengurusan Internship.

Kaedah untuk meningkatkan kualiti


Bil Ya Tidak
pengurusan Internship
i. Mendapatkan tempat Internship awal
ii. Mengurangkan penggunaan borang
iii. Penyelia Akademik perlu memberi maklum balas
perkembangan Kaunselor Pelatih setelah selesai
membuat penyeliaan

Lain-lain nyatakan:

4.(c) Pada pandangan anda, apakah yang perlu dilakukan oleh Program Sarjana
Sains Kaunseling untuk meningkatkan tahap kualiti pengurusan Internship?

30
5.(a) Pandangan anda tentang sistem penilaian

Sangat Tidak
Bil Pandangan Memuaskan
Memuaskan Memuaskan
i. Sistem penilaian yang
dilakukan oleh Penyelia
Akademik

5.(b) Kaedah untuk memperbaiki proses penilaian Internship

Bil Kaedah untuk memperbaiki proses penilaian Ya Tidak


Internship
i. Penyelia Akademik perlu lebih kerap
menjalankan penyeliaan
ii. Kekuatan dan kelemahan Kaunselor Pelatih perlu
dimaklumkan setelah penyeliaan dijalankan
iii. Kandungan akitiviti bimbingan perlu jelas
iv. Penyeliaan yang dilakukan oleh Penyelia
Akademik mengikut spesifikasi yang terdapat
dalam Buku Panduan Internship

Lain-lain nyatakan:

5.(c) Pada pandangan anda, apakah yang perlu dilakukan oleh Program Sarjana Sains
Kaunseling untuk memperbaiki proses penilaian Internship?

31
6.(a) Pada pandangan anda, adakah proses Internship telah mencapai objektif yang telah
ditetapkan?

Bil Objektif Internship Ya Tidak


i. Merancang dan melaksana aktiviti kaunseling di
agensi yang dipilih.
ii. Mengendali dan mendokumentasi aktiviti
perkhidmatan kaunseling.
iii. Meningkatkan kemahiran kaunseling.
iv. Mengumpul keperluan untuk pendaftaran dan
perlesenan daripada Lembaga Kaunselor
Malaysia sebagai seorang kaunselor berdaftar.
v. Membina jaringan perhubungan dengan agensi.
vi. Mengaplikasi tanggungjawab dan peranan
sebagai seorang kaunselor profesional.
vii. Memantapkan keyakinan dalam menjalankan
sesi kaunseling di agensi.

6.(b) Apakah yang perlu dilakukan oleh Program Sarjana Sains Kaunseling bagi
memastikan objektif yang telah ditetapkan mampu dicapai?

TERIMA KASIH

32
PANDUAN PENYELIA AGENSI
INTERNSHIP
(SSCX4996)

33
SSCX4996: INTERNSHIP
PROGRAM SARJANA MUDA KAUNSELING

PANDUAN PENYELIA AGENSI


1.0 Tujuan

Dokumen ini bertujuan untuk memberi maklumat dan panduan yang diperlukan
oleh seseorang Penyelia Agensi apabila menyelia Kaunselor Pelatih dalam
menjalankan Internship di agensi mereka.

2.0 Program Sarjana Sains Kaunseling

Program ini ditawarkan di bawah Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial
(SAPSP), College of Arts and Sciences, kesan daripada keperluan negara untuk
menghasilkan lebih banyak kaunselor profesional bagi membantu negara
menangani segala bentuk isu dan permasalahan tingkah laku manusia yang
semakin hari semakin rumit dan kronik untuk dikendalikan. Keadaan ini jika
dibiarkan berlarutan boleh menggugat proses perancangan pembangunan
negara untuk menuju ke arah mencapai wawasan menjadi negara maju di masa
hadapan. Graduan yang lulus program ini akan berupaya menjalankan tugas-
tugas dalam perkhidmatan bantuan secara profesional seperti mencegah,
mengembang, memulih, meredakan krisis dan mengendalikan perundingan.
Oleh itu, graduan mempunyai prospek kerja yang terbuka luas dengan pelbagai
agensi dan organisasi. Latihan yang diikuti dalam program ini membantu
graduan mengumpul sebahagian besar daripada syarat-syarat pendaftaran
Kaunselor dengan Lembaga Kaunselor menurut Akta 580: Akta Kaunselor 1998
(Malaysia).

3.0 Internship

Internship merupakan satu kursus teras 6 JAM KREDIT yang bertujuan


mendedahkan kaunselor pelatih ke alam pekerjaan yang sebenar. Kaunselor
pelatih diharap mendapat pengetahuan, pengalaman dan kemahiran, serta
tunjuk ajar dan bimbingan Penyelia Akademik dan Penyelia Agensi. Kursus
ini dijalankan dalam SATU (1) SEMESTER pengajian; berlangsung selama 65
HARI BEKERJA dengan 510 JAM KONTAK. Kaunselor Pelatih akan
ditempatkan di agensi yang bersesuaian. Penilaian kursus adalah
berdasarkan kepada penilaian Penyelia Akademik dan juga Penyelia Agensi.

34
4.0 Objektif Internship

Setelah menjalani Internship, Kaunselor Pelatih akan dapat:

1. Merancang dan melaksana aktiviti kaunseling di agensi yang dipilih.


2. Mengendali dan mendokumentasi aktiviti perkhidmatan kaunseling.
3. Meningkatkan kemahiran kaunseling.
4. Mengumpul keperluan untuk pendaftaran dan perlesenan daripada
Lembaga Kaunselor Malaysia sebagai seorang Kaunselor Berdaftar (KB).
5. Membina jaringan perhubungan dengan agensi tersebut.
6. Mengaplikasi tanggungjawab dan peranan sebagai seorang kaunselor
profesional.
7. Memantapkan keyakinan dalam menjalankan sesi kaunseling di agensi.

5.0 Faedah Kepada Agensi

Internship memberi manfaat kepada agensi, antaranya:


1. Membantu agensi dalam mengenal pasti isu dan permasalahan pekerja.
2. Membantu agensi merangka dan mengendalikan program pencegahan
dan perkembangan diri pekerja.
3. Membantu organisasi melaksanakan program yang berkaitan dengan
bantuan dan sokongan pekerja.
4. Memberi peluang agensi mengenal pasti potensi Kaunselor Pelatih
sebagai calon pekerja yang bertanggungjawab.
5. Menjalin kerjasama pintar antara universiti dengan agensi yang terlibat.

6.0 Tanggungjawab Penyelia Agensi

Pusat Pengajian

a. Memastikan Kaunselor Pelatih membuat dokumentasi Perancangan Aktiviti


Internship, Log Aktiviti Harian dan Laporan Aktiviti Bimbingan sepanjang
tempoh Internship.
b. Mengisi Borang Penilaian Penyelia Agensi dan mengembalikannya kepada
penyelaras Internship sekurang-kurangnya SATU (1) minggu selepas
tempoh Internship tamat.
c. Melaporkan isu-isu yang perlu diambil tindakan segera kepada Penyelaras
Internship.

Kaunselor Pelatih:
a. Menjadi penghubung antara Kaunselor Pelatih dan agensi.
b. Membimbing Kaunselor Pelatih menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling dan
bertingkah laku selaras dengan amalan agensi.

35
c. Membantu Kaunselor Pelatih mendapatkan klien bagi memenuhi keperluan
Internship.
d. Menilai penglibatan Kaunselor Pelatih sepanjang tempoh Internship
berdasarkan Borang Penilaian Penyelia Agensi.
e. Memberi peluang kepada Kaunselor Pelatih membuat aktiviti-aktiviti
kaunseling yang bermanfaat di agensi dengan lancar dan teratur.
f. Membantu Kaunselor Pelatih mengendali isu-isu semasa Internship.

Penyelia Akademik:

a. Menjadi penghubung antara Penyelia Akademik dan Penyelia Agensi.


b. Membantu proses penyeliaan yang dijalankan.
c. Memaklumkan prestasi Kaunselor Pelatih dari semasa ke semasa terutama
semasa lawatan Penyelia Akademik untuk menjalankan penyeliaan.
d. Memaklumkan Penyelia Akademik peraturan agensi yang perlu dipatuhi
semasa sesi penyeliaan.

7.0 Tempoh Internship

a. Tempoh Internship berlangsung selama satu (1) semester.


b. Keperluan keseluruhan bagi jam Internship adalah selama 510 JAM iaitu 200
jam diperuntukan untuk sesi kontak bersemuka dengan klien (dengan
sekurang-kurangnya 20 jam kaunseling sesi kelompok) dan selebihnya untuk
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kaunseling seperti penulisan log
perkhidmatan kaunseling, log harian, membuat laporan sesi kaunseling,
laporan aktiviti bimbingan, membantu agensi dalam urusan pentadbiran,
menghadiri/memberi ceramah, mengendalikan bengkel berkaitan dengan
kaunseling dan lain-lain yang melibatkan aktiviti Kaunselor Pelatih dengan
agensi yang berkenaan.

c. Perincian keperluan adalah seperti berikut:

i. 200 jam sesi kontak bersemuka dengan klien yang meliputi sekurang-
kurangnya 20 jam kaunseling kelompok.
ii. Setiap sesi kaunseling yang mengambil masa sekurang-kurangnya 45
minit adalah dianggap sebagai satu sesi kaunseling.
iii. Aktiviti mentadbir ujian psikologi semasa sesi individu dan kelompok dikira
sebagai sesi kontak bersemuka dengan klien.

36
8.0 Penilaian

Kaunselor Pelatih akan dinilai berdasarkan:

a. Penilaian Penyelia Agensi (20%)

Penilaian ini berdasarkan pengetahuan, kemahiran, sikap, sahsiah dan


kesungguhan yang ditunjukkan Kaunselor Pelatih sepanjang Internship.
Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Penyelia Akademik SATU
(1) minggu selepas Internship tamat.

b. Penilaian Penyelia Akademik (80%)

Pengagihan markah penilaian oleh Penyelia Akademik seperti berikut:


i. Kompetensi & Kepatuhan kepada Etika : 15%
ii. Perancangan/Log Aktiviti : 10%
iii. Laporan Sesi Kaunseling : 40%
(Individu 30% + Kelompok 10%)
iv. Laporan Sesi Bimbingan : 5%
v. Kajian Kes + Rakaman (audio/video) : 10%
Jumlah : 80%

9.0 Prosedur Pentadbiran

a. Perlantikan Penyelia Agensi

Agensi yang bersetuju menerima kaunselor pelatih untuk menjalankan


Internship perlu melantik seorang Penyelia Agensi bagi membantu proses
pemantauan terhadap Kaunselor Pelatih sepanjang tempoh Internship.

b. Surat Menyurat

Penyelaras Internship akan berhubung dengan Penyelia Agensi bagi pihak


Pusat Pengajian.

c. Maklumbalas

Penyelia Agensi diharapkan dapat memberi maklum balas kepada Penyelia


Akademik mengenai:

i. Kehadiran Kaunselor Pelatih


ii. Penampilan diri Kaunselor Pelatih
iii. Disiplin Kaunselor Pelatih
iv. Sebarang salah laku Kaunselor Pelatih

37
PENILAIAN PENYELIA AGENSI
INTERNSHIP
(SSCX4996)

38
SAPSP/SSCX4996/BPPAG

Borang Penilaian Penyelia Agensi

ARAHAN

Borang ini diisi oleh Penyelia Agensi pada penghujung Internship selepas berunding dengan
Kaunselor Pelatih mengenai prestasi dan perkembangan mereka. Ia terdiri daripada 30 soalan
untuk mengukur pencapaian Kaunselor Pelatih di sepanjang Internship mereka. Sila bulatkan
pilihan yang paling sesuai. Borang ini membawa 20% daripada markah keseluruhan penilaian
Internship.

1 = Sangat Tidak Memuaskan


2 = Tidak Memuaskan
3 = Sederhana
4 = Memuaskan
5 = Sangat Memuaskan
SOALAN

1) Memenuhi hari kehadiran ke pejabat.


1 2 3 4 5

2) Menepati masa datang dan balik mengikut waktu pejabat yang ditetapkan.
1 2 3 4 5

3) Sentiasa berpakaian kemas dan sopan.


1 2 3 4 5

4) Menunjukkan sifat ingin tahu yang tinggi.


1 2 3 4 5

5) Seorang yang bermotivasi tinggi.


1 2 3 4 5

6) Mengamalkan semangat setiakawan dalam kumpulan.


1 2 3 4 5

7) Berupaya menerapkan semangat kerja berpasukan dalam kumpulan.


1 2 3 4 5

8) Mempunyai inisiatif yang tinggi dalam menyempurnakan tugasan.


1 2 3 4 5

39
9) Mempunyai daya kreativiti yang baik.
1 2 3 4 5

10) Gaya kerja yang kemas dan sistematik.


1 2 3 4 5

11) Memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada Agensi.
1 2 3 4 5

12) Mengamalkan budaya kerja yang profesional dan beretika.


1 2 3 4 5

13) Sentiasa menjaga imej dan nama baik Agensi dan Universiti Utara Malaysia.
1 2 3 4 5

14) Bersedia menerima teguran.


1 2 3 4 5

15) Berkebolehan menjalankan tugas.


1 2 3 4 5

16) Mesra dengan kakitangan Agensi.


1 2 3 4 5

17) Berkebolehan menyesuaikan diri dengan Agensi.


1 2 3 4 5

18) Bersedia menerima arahan bekerja tanpa mengira masa.


1 2 3 4 5

19) Mampu menyampaikan idea secara lisan.


1 2 3 4 5

20) Mampu menyampaikan idea bertulis.


1 2 3 4 5

21) Berkebolehan mengaplikasi pengetahuan.


1 2 3 4 5

22) Menghormati etika kerja di Agensi.


1 2 3 4 5

23) Mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.


1 2 3 4 5

24) Sentiasa bersedia memberi khidmat di Agensi.


1 2 3 4 5

25) Mampu bertindak tanpa menunggu arahan.


1 2 3 4 5

40
26) Mampu berdikari dalam melaksanakan tugas.
1 2 3 4 5

27) Berkebolehan menyuarakan pendapat/cadangan.


1 2 3 4 5

28) Berkeupayaan merancang.


1 2 3 4 5

29) Berkeupayaan melaksanakan rancangan.


1 2 3 4 5

30) Prihatin terhadap klien.


1 2 3 4 5

Ulasan atau komen (jika ada):

PENGIRAAN MARKAH:

Jumlah markah yang diperolehi X 20 =

Jumlah keseluruhan (150)

Markah Keseluruhan =

PENGESAHAN PENYELIA AGENSI

Dengan ini disahkan bahawa Kaunselor Pelatih:


No. Matrik: telah menjalani Internship seperti yang telah ditetapkan
dan layak mendapat markah seperti mana yang telah dinilaikan.

Tandatangan Penyelia Agensi :

Nama Penyelia Agensi :

Cop Rasmi Jawatan :

Tarikh :

Borang ini adalah SULIT dan DISERAHKAN TERUS/DIPOSKAN kepada Penyelia Akademik.

-TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA-

41
PANDUAN PENYELIA AKADEMIK
INTERNSHIP
(SSCX4996)

42
SSCX4996: INTERNSHIP

PROGRAM SARJANA MUDA KAUNSELING

PANDUAN PENYELIA AKADEMIK

1.0 Tujuan

Dokumen ini bertujuan untuk memberi maklumat dan panduan yang diperlukan
oleh seseorang Penyelia Akademik apabila menyelia Kaunselor Pelatih dalam
menjalankan Internship mereka.

2.0 Internship

Internship merupakan satu kursus teras 6 JAM KREDIT yang bertujuan


mendedahkan Kaunselor Pelatih ke alam pekerjaan yang sebenar. Kaunselor
Pelatih diharap mendapat pengetahuan, pengalaman dan kemahiran, serta
tunjuk ajar dan bimbingan Penyelia Akademik dan Penyelia Agensi. Kursus
ini dijalankan dalam SATU (1) SEMESTER pengajian; berlangsung selama 65
HARI BEKERJA dengan 510 JAM KONTAK. Kaunselor Pelatih akan
ditempatkan di agensi yang bersesuaian. Penilaian kursus adalah
berdasarkan kepada penilaian Penyelia Akademik dan juga Penyelia Agensi.

3.0 Objektif Internship

Setelah menjalani Internship, Kaunselor Pelatih akan dapat:

1. Merancang dan melaksana aktiviti kaunseling di agensi yang dipilih.


2. Mengendali dan mendokumentasi aktiviti perkhidmatan kaunseling.
3. Meningkatkan kemahiran kaunseling.
4. Mengumpul keperluan untuk pendaftaran dan perlesenan daripada
Lembaga Kaunselor Malaysia sebagai seorang Kaunselor Berdaftar (KB).
5. Membina jaringan perhubungan dengan agensi tersebut.
6. Mengaplikasi tanggungjawab dan peranan sebagai kaunselor profesional.
7. Memantapkan keyakinan dalam menjalankan sesi kaunseling di agensi.

4.0 Tempoh Internship

a. Tempoh Internship akan memakan masa selama SATU SEMESTER.

b. Keperluan keseluruhan bagi jam Internship adalah selama 510 JAM iaitu
200 jam diperuntukan untuk sesi kontak bersemuka dengan klien (dengan
sekurang-kurangnya 20 jam kaunseling sesi kelompok) dan selebihnya
untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kaunseling seperti penulisan
log perkhidmatan kaunseling, log harian, membuat laporan sesi

43
kaunseling, laporan aktiviti bimbingan, membantu agensi dalam urusan
pentadbiran, menghadiri/memberi ceramah, mengendalikan bengkel
berkaitan dengan kaunseling dan lain-lain yang melibatkan aktiviti
kaunselor pelatih dengan agensi yang berkenaan.

5.0 Perincian keperluan adalah seperti berikut:

a. 200 jam sesi kontak bersemuka dengan klien yang meliputi sekurang-
kurangnya 20 jam kaunseling kelompok.

b. Setiap sesi kaunseling yang mengambil masa sekurang-kurangnya 45


minit adalah dianggap sebagai satu sesi kaunseling.

c. Aktiviti mentadbir ujian psikologi semasa sesi individu dan kelompok dikira
sebagai sesi kontak bersemuka dengan klien.

6.0 Penempatan Internship

1. Kaunselor Pelatih dikehendaki mengambil inisiatif sendiri bagi


mendapatkan tempat yang bersesuaian untuk menjalani Internship.

2. Kaunselor Pelatih diminta mengemukakan cadangan tempat Internship


yang dipilih dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

3. Kaunselor Pelatih perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada


pihak agensi yang dipilih untuk membuat Internship dan memaklumkan
kepada pihak SAPSP dengan kadar segera.

4. Kaunselor Pelatih hendaklah berhubung secara langsung dengan


Penyelia Akademik yang dilantik oleh Pusat Pengajian bagi proses
penyeliaan Internship seterusnya.

5. Sebarang permohonan untuk penempatan baru, pertukaran tempat atau


penarikan diri daripada menjalani Internship di mana-mana agensi
sebelum dan/atau selepas melapor diri perlu dimaklumkan secara bertulis
kepada Dekan, SAPSP melalui Penyelaras Internship dengan SEGERA
dan menghantar satu salinan surat kebenaran kepada pihak agensi di
mana Internship dijalankan.

44
7.0 Gred Internship

Gred minimum untuk Kaunselor Pelatih LULUS bagi kursus Internship adalah
sekurang-kurangnya C+.

Gred Markah
A+ 89.5 – 100
A 79.5 – 89.4
A- 74.5 – 79.4
B+ 69.5 – 74.4
B 64.5 – 69.4
B- 59.5 – 64.4
C+ 54.5 – 59.4
C 49.5 – 54.4
C- 44.5 – 49.4
D+ 34.5 – 44.5
D 34.5 – 39.4
F 0 – 34.4

i. Kaunselor Pelatih yang mengikuti Internship WAJIB memenuhi SEMUA


keperluan berkaitan yang ditetapkan Pusat Pengajian.

ii. Kaunselor Pelatih yang menjalani Internship selama dua (2) semester
berturut-turut (iaitu sekurang-kurangnya 30 hari bekerja secara berterusan
bagi setiap semester), akan hanya diberi gred Internship pada semester
kedua iaitu setelah keseluruhan tempoh Internship dipenuhi. Kaunselor
Pelatih diingatkan supaya mendaftar semula pada semester kedua
tersebut. Gred Internship pada semester pertama akan dikira sebagai
SEDANG MAJU (SM) dan tidak membawa apa-apa nilaian gred untuk
semester tersebut.

iii. Kaunselor Pelatih yang menjalani Internship akan diberi gred Internship
pada akhir semester seperti kursus-kursus lain.

8.0 Panduan untuk Kaunselor Pelatih semasa Internship (untuk Makluman


Penyelia Akademik)

Kaunselor Pelatih perlu:

1. Bertanggungjawab kepada pihak agensi dengan melaksanakan semua


tugas dengan dedikasi.
2. Berinisiatif dan proaktif dengan berusaha melakukan tugas tanpa
menunggu arahan.
3. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh UUM dan agensi.
4. Datang tepat masa dan mendapat keizinan Penyelia Agensi jika perlu
keluar awal atau datang lewat.
5. Mematuhi kod etika pakaian UUM dan agensi.

45
6. Mematuhi peraturan dan kod etika kaunselor terutamanya etika
kerahsiaan (setiap laporan sesi kaunseling hendaklah disimpan di tempat
yang selamat selepas ditandatangani oleh Penyelia Akademik dan laporan
sesi kaunseling hanya boleh akses oleh Penyelia Akademik sahaja).
7. Melengkapkan borang Internship yang diperlukan untuk diserahkan
kepada Penyelia Akademik semasa penyeliaan dijalankan.
8. Mematuhi etika dengan tidak menggunakan maklumat mengenai agensi
selain untuk tujuan Internship kecuali mendapat izin secara bertulis
daripada agensi berkenaan.
9. Menyempurnakan Internship seperti yang telah ditetapkan iaitu selama 65
HARI BEKERJA DENGAN 510 JAM KONTAK.
10. Menjaga maruah dan nama baik diri sendiri, UUM dan agensi.

9.0 Cuti semasa Internship

1. Kaunselor Pelatih WAJIB hadir ke tempat Internship sepanjang tempoh


Internship berlangsung kecuali kerana sakit atau kecemasan dan
memaklumkan kepada Penyelia Agensi dan Penyelia Akademik.
2. Salinan Sijil Sakit atau surat pengesahan berkaitan yang disahkan
hendaklah diserahkan kepada Penyelia Akademik secepat mungkin dan
menyerahkan sijil/surat asal kepada Penyelia Agensi.
3. Kaunselor Pelatih tidak dibenarkan mengambil cuti sakit atau kecemasan
melebihi TIGA HARI BERTURUT-TURUT sepanjang tempoh Internship.
Sekiranya ini berlaku, Kaunselor Pelatih perlu mengemukakan surat tunjuk
sebab kepada Penyelia Akademik.
4. Kaunselor Pelatih perlu menggantikan setiap hari cuti sakit atau
kecemasan yang diambil dengan menambah bilangan hari bekerja sejurus
selepas tempoh asal Internship tamat.
5. Kaunselor Pelatih TIDAK DIBENARKAN mengambil cuti untuk mengikuti
sebarang program yang tidak berkaitan dengan agensi sepanjang tempoh
Internship.

10.0 Dokumentasi

Kaunselor Pelatih bertanggungjawab untuk mendokumentasikan perkara-perkara


berikut sepanjang Internship:

1. Perancangan Aktiviti Internship.


Dihantar SATU (1) MINGGU selepas Internship bermula kepada Penyelia
Akademik dan Penyelia Agensi.

2. Log Perkhidmatan Kaunseling.

3. Log Aktiviti Harian.

46
4. Laporan Sesi

Setiap laporan sesi kaunseling individu dan kelompok perlu diisi dan
disemak serta ditandatangan oleh Penyelia Akademik setiap kali
penyeliaan dijalankan. Dokumen ini adalah SULIT.

5. Laporan Aktiviti Bimbingan

Contoh aktiviti bimbingan:


a. Program sebaran (contoh: menyebarkan dan mengedarkan maklumat
berbentuk brosur, poster, notis, emel dan surat).
b. Proposal program (contoh: menyediakan dan membentangkan kertas
kerja, membuat penilaian, mengenalpasti keperluan, kandungan
latihan).
c. Pelaksanaan (contoh: latihan, ceramah, bengkel).
d. Penilaian (contoh: maklumbalas di akhir program oleh peserta).

6. Rakaman (Audio/Video)

Sekurang-kurangnya SATU rakaman sesi kaunseling individu dan SATU


rakaman sesi kaunseling kelompok audio atau video yang jelas dan
berkualiti. Kaunselor Pelatih digalakkan untuk merakamkan sebanyak
mungkin sesi kaunseling yang diadakan dengan mendapat persetujuan
dan keizinan klien.

7. Laporan Kajian Kes

8. Borang Penilaian Internship

9. Senarai Semak Dokumentasi Internship

11.0 Penilaian

Kaunselor Pelatih akan dinilai berdasarkan:

a. Penilaian Penyelia Agensi (20%)

Penilaian ini berdasarkan pengetahuan, kemahiran, sikap, sahsiah dan


kesungguhan yang ditunjukkan Kaunselor Pelatih di sepanjang Internship.
Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Penyelia Akademik SATU
(1) minggu selepas Internship tamat.

47
b. Penilaian Penyelia Akademik (80%)

Pengagihan markah penilaian oleh Penyelia Akademik adalah seperti


berikut:
i. Kompetensi & Kepatuhan kepada Etika : 15%
ii. Perancangan/Log Aktiviti : 10%
iii. Laporan Sesi Kaunseling : 40%
(Individu 30% + Kelompok 10%)
vi. Laporan Sesi Bimbingan : 5%
vii. Kajian Kes + Rakaman (audio/video) : 10%
Jumlah : 80%

12.0 Prosedur Penyeliaan

Penyelia Akademik perlu melakukan penyeliaan sekurang-kurangnya TIGA kali


sepanjang tempoh Internship.

a. Bilangan penyeliaan

Penyeliaan pertama: 10 hari bekerja yang pertama:


Lawatan pertama adalah penyeliaan pertama untuk meninjau
perancangan program aktiviti kaunseling yang diatur oleh Kaunselor
Pelatih dan menyelia sekurang-kurangnya satu sesi kaunseling secara
langsung serta memberi bimbingan.
Mendapatkan maklum balas daripada Penyelia Agensi berkaitan dengan
perkembangan Kaunselor Pelatih.
 Menyemak, menilai dan menandatangani semua dokumen Internship.

Penyeliaan kedua: 10 hari bekerja yang berikutnya


Lawatan kedua dan seterusnya ini adalah untuk mendapatkan
gambaran kompetensi Kaunselor Pelatih dalam menjalankan sesi
kaunseling individu, kelompok dan bimbingan secara langsung.
Menyemak, menilai dan menandatangani semua dokumen Internship
yang dijalankan dan memberi maklum balas kepada kaunselor pelatih.

Penyeliaan ketiga : 10 hari bekerja terakhir:


Pada penyeliaan terakhir Penyelia Akademik berbincang dengan
Penyelia Agensi tentang prestasi kaunselor pelatih dan keseluruhan
pelaksanaan Internship.

48
b. Penyeliaan sesi kaunseling

 Penilaian sesi kaunseling secara langsung perlu dijalankan


sekurang-kurang tiga (3) kali sepanjang tempoh Internship.
 Sesi kaunseling yang diselia perlulah sekurang-kurang dua (2) sesi
individu dan satu (1) sesi kelompok.
 Perlu mendapat persetujuan daripada klien terlebih dahulu.

c. Sesi perbincangan berkelompok

 Penyelia Akademik perlu mengadakan sesi perbincangan kelompok


di kawasan penyeliaan sekurang-kurangnya tiga (3) kali sepanjang
tempoh Internship berlangsung.
 Perjumpaan bertujuan:
a. Mendapat maklum balas tentang perkembangan kerja
Kaunselor Pelatih.
b. Berkongsi pandangan dan cadangan untuk meningkatkan
kualiti Internship di kalangan Kaunselor Pelatih.
c. Membolehkan Penyelia Akademik memberi cadangan,
bimbingan atau intervensi yang sesuai bagi isu-isu yang
dibangkitkan.
d. Mendorong meningkat semangat Kaunselor Pelatih
sepanjang tempoh Internship.

49
SAPSP/SSCX4996/BPPA

Borang Penilaian Penyelia Akademik

Nama Kaunselor Pelatih :

No. Matrik : Agensi:

Tarikh mula: Tarikh Tamat:

Bil. Perkara Peratus (%) Markah


1. Kompetensi & Kepatuhan kepada Etika 15
2. Perancangan/ Log Perkhidmatan & Aktiviti 10
3. Laporan Sesi Kaunseling 40
 Individu : 30%
 Kelompok : 10%
4. Laporan Sesi Bimbingan 5
5. Kajian Kes & Rakaman (Audio/Video) 10
6. Penilaian Penyelia Agensi 20
JUMLAH MARKAH 100
GRED

Disediakan oleh:

(Tandatangan Penyelia Akademik)

Cop: Tarikh:

50
INTERNSHIP KAUNSELING (SSCX4996)
Rubrik Kompetensi & Kepatuhan Kepada Etika
Tidak memuaskan Lemah Sederhana Cemerlang
(0) (1) (2) (3)
Profesionalisme Pelajar tidak menunjukkan tahap Pelajar menunjukkan tahap Pelajar menunjukkan tahap Pelajar menunjukkan tahap
profesionalisme sebagai profesionalisme yang lemah profesionalisme sederhana profesionalisme cemerlang
seorang kaunselor (sikap, etika sebagai seorang kaunselor sebagai seorang kaunselor sebagai seorang kaunselor
& pemakaian) (sikap,etika & pemakaian) (sikap, etika & pemakaian) (sikap, etika & pemakaian)

Kemahiran Pelajar tidak berjaya membuat Pelajar dapat menyelesaikan Pelajar dapat menyelesaikan Pelajar dapat menyelesaikan
(Skill set) keputusan menyebabkan beberapa masalah dan masih sebahagian masalah dan ada setiap masalah dan ada
terjejas keseluruhan aktiviti ada usaha yang mininal dalam usaha yang dalam usaha yang berterusan dalam
internship menyelesaikan konflik menyelesaikan konflik menyelesaikan konflik

Pelajar sukar belajar sesuatu Pelajar boleh belajar sesuatu Pelajar boleh belajar sesuatu Pelajar cepat belajar sesuatu
perkara dan tidak mampu perkara dan sukar perkara dan kurang cekap perkara dan cekap
mengaplikasikannya mengaplikasikannya mengaplikasikannya mengaplikasikannya

Komunikasi Komunikasi pelajar berada pada Komunikasi pelajar berada Komunikasi pelajar berada Komunikasi pelajar berada
tahap minimal atau tidak wujud pada tahap lemah pada tahap sederhana pada tahap cemerlang
sama sekali
Masa Pelajar gagal mematuhi masa Pelajar jarang mematuhi masa Pelajar cuba untuk mematuhi Pelajar mematuhi masa bagi
bagi penyediaan laporan sesi, bagi penyediaan laporan sesi, masa bagi penyediaan penyediaan laporan sesi,
penghantaran rancangan aktiviti penghantaran rancangan laporan sesi, penghantaran penghantaran rancangan
& dokumentasi akhir. aktiviti & dokumentasi akhir. rancangan aktiviti & aktiviti & dokumentasi akhir.
dokumentasi akhir.

Pelajar gagal mengikut Pelajar jarang mengikut Pelajar mengikut separuh Pelajar mengikut sepenuhnya
cadangan tempoh masa yang cadangan tempoh masa yang daripada cadangan tempoh cadangan tempoh masa yang
diberikan oleh penyelia untuk diberikan oleh penyelia untuk masa yang diberikan oleh diberikan oleh penyelia untuk
menyiapkan apa-apa keperluan menyiapkan apa-apa penyelia untuk menyiapkan menyiapkan apa-apa
Internship keperluan Internship apa-apa keperluan Internship keperluan Internship

Hubungan dengan Pelajar tidak berinteraksi Pelajar jarang berinteraksi Pelajar jarang berinteraksi Pelajar berinteraksi dengan
Penyelia Akademik dengan penyelia dan tiada dengan penyelia dan tidak dengan baik dengan penyelia baik dengan penyelia dan ada
usaha untuk memperbaikinya berusaha untuk dan ada sedikit usaha untuk usaha berterusan untuk
hubungan memperbaikinya hubungan memperbaikinya hubungan memperbaikinya hubungan

51
SAPSP/SSCX45996/BPSK

Borang Penyeliaan Sesi Kaunseling

Nama Kaunselor Pelatih: No. Matrik :

Tempat Internship:

Tarikh: Masa: Sesi Kaunseling: Individu


Kelompok

Penyeliaan Sesi Ke: Pencapaian Semasa: Cemerlang Baik Sederhana

Ulasan Proses Kaunseling:

Ulasan Aplikasi Kemahiran Kaunseling dan Penerapan Teori:

Cadangan Penambahbaikan:

Diselia oleh: Cop/Tarikh:

(Tandatangan Penyelia Akademik)

52
SENARAI SEMAK (CHECKLIST) PENGHANTARAN AKHIR
DOKUMENTASI INTERNSHIP (SSCX4996)

1. Perancangan Aktiviti Internship*

2. Log Perkhidmatan Kaunseling*

3. Log Aktiviti Harian Internship

4. Laporan Sesi Bimbingan

5. Laporan Sesi Kaunseling Individu

6. Laporan Sesi Kaunseling Kelompok

7. Rakaman (Audio/ Video) *

8. Laporan Kajian Kes

9. Borang Penilaian Internship (Pelajar)

10. Borang Penyeliaan Sesi Kaunseling*

11. Penilaian Penyelia Agensi

Diserah terus kepada Penyelia Akademik


Dihantar melalui pos

*Dokumen ini memerlukan pengesahan/semakan penyelia akademik

Pengesahan:

Saya dengan ini mengesahkan bahawa semua dokumen di atas telah dilengkapkan
mengikut syarat yang ditetapkan dalam Buku Panduan Internship.

Nama Kaunselor Pelatih :

Tandatangan :

Tarikh : _

53

Anda mungkin juga menyukai