Anda di halaman 1dari 7

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, SK LABUAN HAJI

MODUL KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

Modul 3 : SI BUTA SAYANG


Masa : 1 jam

Alatan : Kain tutup mata

Langkah-langkah

1. Lantik seorang ketua dan seorang pemerhati (Fasilitator).

2. Tutup mata ahli-ahli lain dalam kumpulan (kecuali ketua).

3. Ketua kumpulan diarahkan untuk membawa ahli-ahlinya yang buta ke suatu


destinasi yang tertentu.

4. Hanya arahan verbal sahaja dibenarkan. Cara memimpin terpulang kepada


kebijaksanaan ketua.

5. Apabila balik, ketua diminta menutup mata juga dan seorang ketua baru dilantik
untuk memimpin ahli-ahli balik.

6. Pemerhati dikehendaki memerhatikan apa yang berlaku dan akan membuat


laporan apabila diminta.

Perbincangan : Pengalaman setiap ahli dalam aktiviti ini.

Pengajaran :

1. Penting untuk mematuhi arahan ketua.

2. Arahan pemimpin hendaklah jelas, tepat dan mudah difahami.

3. Seorang pemimpin yang berkesan harus jujur, ikhlas dan amanah tanpa
mengambil
kesempatan kelemahan orang yang dipimpin.

4. Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap ahli-ahli yang


dipimpinnya.

5. Kepimpinan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

6. Adalah penting untuk pemimpin mendapatkan maklumat lengkap dahulu


sebelum
membuat keputusan untuk bergerak.

BERILMU BERWAWASAN 1
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, SK LABUAN HAJI

Modul 1 : KERUSI SEJUK PANAS


Masa : 1 jam

Langkah-langkah :

1. Setiap peserta diminta untuk duduk di tengah bulat mengikut giliran masing-
masing.

2. Ahli-ahli lain diminta untuk memberi pandangan atau komen (dalam aspek
sebagai
pelajar /pemimpin/ individu) tentang rakan yang duduk di tengah bulatan
sebelum
kursus dan masa kini. Setiap komen perlu ada penjelasan.

3. Pelajar yang di tengah boleh memberi maklum balas terhadap komen-komen


yang
diberi.

Perbincangan :

Apakah rasa apabila orang lain memberi komen positif/ negatif tentang diri kita?
Apakah tujuan komen-komen orang lain?

Pengajaran:

Setiap input/ maklum balas orang lain memberi gambaran/ maklumat tentang
diri kita dan orang lain.

Semakin kerap dan ramai orang lain memberi maklum balas yang sama semakin
kukuh dan sahih ciri-ciri diri yang dikaitkan. Maklum balas positif akan memberi
pengukuhan dan yang negatif perlu dijadikan panduan untuk menganalisa diri dan
berubah.

BERILMU BERWAWASAN 2
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, SK LABUAN HAJI

DUDUK SERUMPUN( selepas icebreaking)

Langkah-langkah :

1. Peserta bergerak secara bebas. Fasilitator menyebut sesuatu angka dan para
peserta dikehendaki
Mewujudkan kelompok dengan bilangan ahli mengikut angka yang disebutkan.

2. Ulangi dengan menyebut angka lain. Mana yang tidak dapat memasuki mana-
mana kelompok kecil tidak dikeluarkan malah boleh memasuki kelompok lain
apabila angka lain dinyatakan.

Proses

Apakah perasaan anda apabila anda diterima, ditolak dan diterima semula?
Bagaimanakah anda boleh diterima dalam sesuatu kelompok?

Pengajaran

Untuk diterima dalam sesuatu kelompok, seseorang itu perlu akur kepada
beberapa syarat kelompok yang tidak bertulis.

Penerimaan dalam kelompok melahirkan rasa yakin, disukai, diperlukan, disayangi


dan dihargai di samping mempunyai identiti.

Kadang-kadang kita terpaksa mengadaikan nilai-nilai keluarga/ peribadi demi


diterima dalam sesuatu kelompok dan menyerap secara bulat-bulat nilai kelompok
sama ada nilai-nilai itu positif atau negatif.

Penolakan sesuatu kelompok tidaklah bermaksud penolakan selama-lamanya,


mesti ada orang/ kelompok yang akan menerima kita pada masa lain.

BERILMU BERWAWASAN 3
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, SK LABUAN HAJI

AKTIVITI 2 : PENSTRUKTURAN KELOMPOK

1. Fasilitator memperkenalkan diri di dalam kelompoknya dan menyatakan peranan


serta harapan kepada ahli-ahli kelompok.

Harapan :

~ belajar sambil berseronok


~ membuka minda melalui perkongsian antara ahli-ahli
~ memupuk perkembangkan diri dari segi sosial, mental, emosi, intelek dan
rohani.

2. Fasilitator menstruktur kelompok kecil dengan memberikan beberapa etika


kumpulan.

a) Setiap ahli hendaklah jujur dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti.

b) Setiap ahli kelompok memberi perhatian dan tidak boleh menyampuk semasa
ahli lain sedang bercakap.

c) Setiap ahli hendaklah menghormati antara satu sama lain, tidak boleh
memperkecilkan, menghina,
mengejek dan menilai secara negatif pendapat/ perkongsian ahli-ahli lain.

d) Setiap ahli hendaklah menjaga rahsia kumpulan.

e) Setiap ahli hendaklah mematuhi ketepatan masa.

BERILMU BERWAWASAN 4
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, SK LABUAN HAJI

AKTIVITI 3 : RANTAI NAMA

Objektif : Melatih pelajar mengingat nama ahli dalam kumpulan dengan pantas.

Langkah-langkah :

1. Peserta-peserta diarahkan untuk duduk dalam bulatan.

2. Arahkan peserta pertama menyebutkan namanya sekali dengan kuat dan jelas.

3. Peserta kedua, kemudiannya menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta


pertama sekali dan menyebut namanya semula sekali.

4. Peserta ketiga menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta pertama


sekali,
menyebut nama peserta kedua sekali dan menyebut namanya semula sekali.

5. Proses ini diteruskan hinggalah kepada peserta yang terakhir.

Perbincangan :

1. Apakah perasaan anda apabila orang lain menyebut dan memanggil nama
anda?
2. Mengapakah peserta terakhir boleh mengingat semua nama?
3. Cuba anda sebutkan semua nama peserta mengikut arah pusingan yang
berlawanan.

Pengajaran :

1. Mengingat nama adalah penting dalam proses berkenalan dan hubungan


persahabatan.
2. Seseorang itu berasa dirinya dihormati apabila namanya diketahui dan diingati.
3. Semakin tinggi tumpuan kita, semakin tinggi daya ingatan kita.

BERILMU BERWAWASAN 5
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, SK LABUAN HAJI

Modul 2 : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI & ASERTIF


Masa : 1 jam

Alatan : Bola

Langkah-langkah :

1. Peserta diminta berdiri dalam bulatan. Fasilitator menerangkan bahawa peserta


mengajak/ memujuk/ mendesak/ meminta rakan untuk membuat sesuatu dengan
memenuhi peraturan-peraturan berikut :

peserta yang memegang bola sahaja yang dibenarkan bercakap.


peserta boleh memberi bola itu kepada peserta lain sama ada diisyaratkan
ataupun tidak.
peserta boleh mendapatkan bola tersebut secara memberi isyarat tanpa lisan.
apabila memegang bola ahli harus menjawab / berkata sesuatu walaupun
sekadar bersetuju ataupun tidak dengan pendapat peserta yang memberi bola
kepadanya.
Bola tidak harus jatuh ke lantai, sekiranya hal ini berlaku, peserta dikeluarkan.

Proses dan Pengajaran


Kemahiran berkomunikasi ~ kemahiran menerima mesej ~ mendengar secara aktif,
memberi perhatian
~ kemahiran memberi respon ~ bercakap jelas, lantang,
nada suara
sederhana, perlahan, ada kontak mata, tidak
menghukum/ menilai, ayat
ringkas dan padat dsb.

Komunikasi yang berkesan ~ membina dan merapatkan hubungan dengan orang


lain
~ mengelak salah faham dan pergaduhan
~ menghormati hak diri dan orang lain
~ membolehkan kita belajar secara membina
~ membolehkan kita memenuhi keperluan kita
~ menambah ilmu dan pengetahuan kita

v Bezakan antara ~ Submisif ~ pasif


~ terima dan tidak berani cakap
~ menghormati hak orang lain dan mengabai hak sendiri
v Agresif ~ kasar dan mendesak
~ menghormati hak sendiri dan mengabai hak orang lain
v Asertif ~ tegas dan bersederhana
~ menghormati hak sendiri dan hak orang lain
v Bincangkan penggunaan asertif mengikut situasi, lokasi, masa dan perhubungan.

BERILMU BERWAWASAN 6
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, SK LABUAN HAJI

KELOMPOK BESAR
Modul 4 : Rintihan Pengawas dan Luahan Rasa
Masa : 2 jam

AKTIVITI : RINTIHAN PENGAWAS

1. Setiap kumpulan diminta untuk berbincang dan mencatatkan 3 masalah utama


yang dihadapi semasa menjalankan tugas. Mereka boleh memberi komen dan
cadangan untuk menghadapi masalah-masalah tersebut.

2. Setiap kumpulan diberi 8 minit untuk membentangkan hasil perbincangan masing-


masing. Ahli-ahli kumpulan lain dan para fasilitator digalakkan untuk memberi input.

AKTIVITI 1 : PENYERAHAN SURAT AMANAT

Pengajaran :

Bukanlah mudah untuk menjaga sesuatu yang diamanahkan. Masalah dan


dugaan akan sentiasa datang untuk menguji komitment, kesungguhan dan
keikhlasan anda.

Segala pemberian yang kita terima daripada Tuhan sebenarnya merupakan suatu
amanah.- untuk digunakan bagi membantu perkembangan diri dan orang lain dan
melahirkan kasih sayang sesama manusia.

AKTIVITI 2 : LUAHAN RASA

Setiap peserta/ kumpulan diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka,


pengalaman yang dialami dan pengajaran yang diperolehi sepanjang tempoh
kem. (Tekankan kepada penyelesaian Unfinished business).

Penilaian objektif pelajar

Penilaian objektif kursus

BERILMU BERWAWASAN 7

Anda mungkin juga menyukai