Anda di halaman 1dari 14

Makanik Traktor

Makanik traktor adalah kajian tentang analisa pemindahan kuasa traktor

Pemahaman tentang teori mekanik traktor sangat penting untuk

- Mengambil masa yang lebih lama untuk membuat aktiviti perladangan kerana pelarasan
pada traktor tidak betul dan sebagainya mengganggu kerja –kerja di ladang
- Traktor akan lebih cepat rosak.
- Penggunaan traktor akan menjadi lebih tidak efisien.
- Kos pengendalian traktor meningkat.
- Kos penyelenggaraan traktor meningkat

Sistem pemindahan Kuasa (Power Transmition) pada Traktor

Ilustrasi sistem transmisi sebuah traktor.

- kuasa dihantar dan dipindahkan dari kuasa enjin ke kuasa pusingan roda melalui fly
wheel,- propeller shaft dan ke unit kerbeda. untuk membolehkan kenderaan bergerak
- Cekam ( Clutch) adalah komponen bagi menyambung dan memmutuskan kuasa
peghantaran bagi membolihkan tartor berhenti semasa engine dihidupkan
- Cekam sering akan berlaku kerosakaan bila :

i. Piring cekam haus


ii. Alas pelepas cekam terkena minyak atau gris
iii. Perangkai cekam tidak dilaras dengan betul
iv. Spring tekanan sudah lemah atau patah

Selain Kuasa enjin traktor dipindahkan ke pacuan akhir melalui system tramsmisi untuk
pergerakan, Kuasa enin taktor juga di pindahkan ke ssstem Sadap Kuasa (PTO system) untuk
pengoperaian implement dan alatan ladang ditunjukkan pada Rajah 7
Cekam enjin

Enjin

Gear Unit Kerbeda

PTO
Rajah 7

Proses yang berlaku kepada sistem sadap kuasa.tersebut adalah :


- Traktor yang dipasang dengan sistem ini mempunyai cekam pergerakan ke hadapan
dan cekam PTO yang berasingan tetapi dikawal oleh satu pedal.
- Pedal beroperasi pada tiga peringkat.
i. Jika pedal ditekan penuh, cekam ke hadapan dan cekam PTO akan terbuka dan
kedua-dua sistem tidak akan beroperasi.
ii. Jika pedal dilepaskan separuh, cekam ke hadapan tertutup dan traktor akan
mula bergerak ke hadapan.
iii. Jika pedal dilepaskan penuh, traktor bergerak ke hadapan dan aci PTO akan
berputar.
- Sadap kuasa penting dipasang dengan sempurna untuk mengelakkan kemungkinan
berlaku:
i. Aci sadap kuasa akan patah dan rosak.
ii. Peralatan tambahan akan bergetar dan berbunyi bising.
iii. Peralatan tambahan tidak akan berfungsi atau berputar.
iv. Sistem pada sadap kuasa akan menjadi panas.
v. Merbahaya kepada pengguna sekiranya aci sadap kuasa tercabut daripada
sambungan.
vi. Peralatan tambahan akan mengganggu kawalan traktor.

Pacuan Akkhir ( Final drive)

Kerosakan pacuan akhir akan mengakibatkan


- traktor tidak dapat bergerak
- Gelinciran pada roda traktor
- Bunyi yang kuat akan keluar di bahagian pacuan akhir traktor
- Traktor akan kehilangan kuasa tarikan pada roda

Sebab-sebab terjadi kerosakan pada pacua Akhir traktor


- Pacuan akhir tersebut tidak diselenggara dengan baik.
- Implemen dan beban yang dikenakan terlalu berat untuk ditampung oleh pacuan
tersebut
- Terlalu banyak berlaku kegelinciran tayar akibat beban yang terlalu besar.

Contoh kerosakan gigi gear


pada komponen pacuan Akhir

Sistem Hidraulik

Hukum pascal dan gambarajah Hukum Pascal.


- Tekanan yang dikenakan pada permukaan suatu bendalir dalam bekas tertutup akan
dipindahkan dengan seragam ke seluruh bahagian bendalir itu.
Pada sistem brek hidraulik ditunjukkan di bawah:

i. Cecair hidraulik dapat memenuhi dan mengikut bentuk saluran sistem brek
tersebut.
ii. Ia memindahkan tekanan yang wujud dalam bendalir tersebut apabila daya
dikenakan.
iii. Tekanan tersebut akan diagihkan secara seragam dalam sistem brek hidraulik
kenderaan.
iv. sesuai dengan konsep hukum Pascal.

Prinsip Hidraulik pum

i. Cecair yang berada di dalam tangki akan masuk ke dalam pam apabila di
hidupkan.
ii. Bilah yang terdapat di dalam pam akam membantu menjadikan minyak
bertekanan tinggi.
iii. Apabila minyak bertekanan tinggi ia di lepaskan melalui saluran yang di
sediakan untuk digunakan di dalam sistem.
Megira kelajuan PTO (PTO speed)

Bolih dikira melalui dapatan graf ujikaji di bawah:

Graf menunjukan perhubungan antara kelajuan pusingan enjin dan penghasilan daya kilas dan
kuasa enjin,

Melalui graf yang ditunjukkan Kelajuan PTO (PTO Speed) apabila kuasa dan kelajuan enjin
berpusing pada kadar maksimum.adalah

2250
PTO speed = 540 X ----------
1810

= 670 rpm

Sambungan Imliment pada Traktor

Perbezaan antara sambungan semi-mounted , full-mounted dan sambungan trailed mounted


untuk kegunaan jentera ladang.

i. Semi-mounted
 Implemen disambungkan dengan menggunakan 2 sambungan titik atau 3 titik linkage
 Biasanya implimen dilengkappi dengan roda utuk membantu kerja impliment
 Pemindahan berat akan lebih besar daripada implemen yang dilengkapkan (attachment)

ii. Full-mounted
 Implemen disambungkan dengan menggunakan 3 sambungan titik.
 Sistem ini sama sekali mengehadkan dan membolehkan kawalan lengkap implemen.
 Implimen dapat dinaikkan atau diturunkan oleh sistem hidrolik
 Contoh: Bajak disk 3 dipasang

ii. Trailed Impliment
• Terpasang pada drawbar traktor
• Implimen tidak dapat dinaikkan atau diturunkan
• Implement yang ditarik oleh traktor semasa bergerak
• Implan berat dan biasanya dilengkapi dengan roda untuk memudahkan pemasangan di
bagian belakang traktor dan unuk keseimbangan yang lebih baik Contoh: Trailed
moldboard plough

Penyelesaian Masalah Semasa Mengoperasikan Traktor Dan Jentera Di Ladang

i. implemen tidak boleh diangkat ke posisi maksimum


- Laraskan Feedback rod (rod pengawal draf) dengan betul

ii. Traktor terjungkit kebelakang


- kerana tiada pemberat yang akan menampung berat beban di belakang
- .tiada ballast di pasang di hadapan traktor.
- Penyelesaian tambahkan berat traktor dengan memasang ‘ballast; di bahagian depan
traktor

iii. Kerap terjadi kegelinciran tayar dengan permukaan tanah.


- kerana tiada pemberat yang akan menampung berat beban di belakang
- Tiada pemberat atau Ballastbahagian hadapan tidak cukup
- Penyelesaian tambahkan berat traktor dengan memasang ‘ballast; di bahagian depan
traktor
iv. Kemampuan Traktor apabila dioperasikan dikawasan tanah yang berbeza akan
memberikan daya traikan semasa mengangkut sesuatu beban (tractive effort) berbeza bagi
setiap traktor

Contoh

Traktor A Traktor B
Kawasan operasi : Ladang sawit Kawasan operasi : Sawah padi
Horse power : 100 Hp Horse power : 150 Hp
Berat traktor : 4450kg Berat traktor : 5750kg
Beban yang mampu ditarik : 8000kg Beban yang mampu ditarik : 3000kg
Permukaan jalan yang berlumpur
Kurang rintangan permukaan jalan pada menyebabkan lebih rintangan kepada roda
tayar traktor
Traktor bolih menarik beban yang lebih Traktor kurang daya untuk mengangkut
Kurang berlaku kegeliniran tayar lebih beban
Lebih beban akan menyebabkan berlaku
kkegelinciran tayar

Prestasi kerja traktor bolih diukur dari segi Tarikan darawbar (drawbar pul)l , daya tarikan
( tractive force) dan Rintangan Berguling ( rolling resistant)

Prestasi kerja Tractor X Traktor Y


drawbar pul)l Tarikan drawbar pada amat tinggi Tarikan drawbar rendah
disebabkan berbanding traktor X disebabkan
- permukaan tanah dan keadaan
- impliment yang digunakan akan - permukaan jalan manakala
menambah rintangan pada taktor - rintangan treler kurang
disebabkan roda yang ada
padanya.
tarikan ( tractive Kuasa yang digunakan bagi Kuasa yang digunakan untuk
force mengerakan traktor dan implimen menggerakan traktor Y pada
sentiasa tinggi disebabkan bergantung kepada beban yang
rintangan pada implement dan dibawa sekiranya beban tinggi
keadaan permukaan tanah kuasa yang diperlukan tinggi
begitu juga sebaliknya
( rolling resistant) Rolling resistan pada traktor X Rolling resistant traktor Y
tinggi disebabkan permukaan rendah kerana traktor Y
tanah lembut di kawasan operasi beroperasi di jalan raya yang
keras
v. langkah untuk mengurangkan kadar kegelinciran apabila sebuah traktor beroda
getah dioperasikan di tanah lembut:
- Memerlukan saiz tayar yang sesuai untuk membawa beban pada tahap tekanan tayar
yang rendah
- Tekanan tayar 110 kPa atau kurang adalah sesuai dan digalakkan.
- Selaraskan Tekanan draf dari implemen pada Purata 0.1 kegelinciran tayar (tekanan
draf pada keupayaan penuh adalah)

Faktor kesetabilan amat penting dititikberatkan semasa Pengoperasian traktor di


kawasan tidak rata dan berlereng ketika membajak putar
- Memastikan pusat graviti traktor sentiasa berada di dalam garis kestabilan.
- Menggunakan gear kelajuan yang bersesuaian dengan pergerakan traktor.
- Memastikan system ballast sentiasa dipasang pada traktor.
- Memastikan implement yang dipasang berada pada kedudukan yang betul

Selain kesetabilan traktor, Pelarasan implimen perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil
bajakan yang baik.. Antara pelarasan implmen yang perlu di buata adalah
i. Melaras skid pada bajak putar
ii. Pelarasan menegak dan melintang impliment
iii. Menetapkan nilai/tahap draft control lever mengikut kesesuaian permukaan tanah.
iv. Manambah jarak kelebaran diantara roda traktor
v. Menambah berat ballast.
vi. Menggunakan gear rendah semasa dikendalikan
TRACTOR-IMPLEMENT MATCHING

Traktor pada umumnya merupakan kuasa penggerak utama (prime mover) untuk
menarik atau menggerakkan implemen dan mesin pembajakan tanah. Kuasa yang
dihasilkan oleh traktor digunakan untuk menarik atau menggerakkan alat dan mesin
pembajakan tanah, juga diperlukan untuk menggerakkan traktornya sendiri dalam
rangka usahanya untuk menarik atau menggerakkan implement pembajakan tanah
tersebut.

Oleh itu, untuk mengetahui kuasa yang diperlukan pada traktor, harus diketahui dahulu
kuasa untuk menarik atau menggerakkan implemen dan mesin pembajakan tanah
(HP1) serta kuasa untuk menggerakkan traktornya sendiri (HP2), yang berupa kuasa
untuk mengatasi daya rintangan golekan (rolling resistance)

Kuasa untuk menarik dan menggerakkan implement (HP1) akan ditentukan oleh
besarnya daya semasa operasi pembajakan tanah dan kelajuan kerja pembajakan,
manakala kuasa untuk menggerakkan traktornye sendiri (HP2) akan ditentukan oleh
berat traktor, besar koefisien rintangan golekan (coefficient rolling resistance) dan
kelajuan kerja traktor tersebut.

Besarnya kuasa keseluruhan traktor yang diperlukan untuk pembajakan tanah


dipengaruhi oleh faktor yang mempengaruhi daya tindakbalas terhadap tanah
 kelembapan tanah,
 keadaan sifat tanah; tekstur, struktur, kandungan koloid dan bahan pengikat
tanah yang lain;
 vegetasi yang tumbuh terdapat pada tanah
 faktor yang berkaitan dengan rancangan dan ukuran traktor serta peralatannya;
 kelajuan kerja pembajakan tanah.

Faktor diambil kira untuk mengira jumlah kuasa traktor untuk menarik atau
memindahkan alat dan mesin untuk membajak tanah :
 kecekapan kuasa penghantaran kedua-dua alat atau mesin,
 kecekapan kuasa penghantaran ke pemacu traktor itu sendiri.
 Toleransi, untuk mengatasi keadaan tanah seperti cerun tanah dan keadaan lain yang
tidak dijangka dikawasan kerja.

Jumlah Kuasa untuk menarik atau menggerakkan alat dan mesin pembajakan tanah
bergantung kepada
 jenis implemen yang digunakan
 keadaan tanah pada semasa kerja
 jenis kerja yang dilakukan contohnya membajak, menggembur.

Oleh itu , besarnya ukuran kuasa traktor (HP) sebagai sumber kuasa penggerak utama
alat dan mesin pembajakan tanah, kemungkinan akan berbeza bergantung kepada
besarnya ukuran kuasa pada alat pembajakan tanah yang berlainan

Bagi mengetahui besarnya ukuran kuasa traktor ynag diperlukan mengikut jenis
implement, menggunakan rumus-rumus berikut

1. kuasa yang diperlukan untuk menarik/menggerakkan alat dan mesin pembajakan


tanah
a. bajak sepak, bajak piring, bajak pahat dan bajak sub soiler

b. bajak putar

c. bajak sikat

d. alat cultivator
Dimana:
HP1= daya untuk menarik/menggerakkan alat dan mesin pembajak tanah, (HP)
dsp = draft spesifik pembajakan, (kg/cm2)
tsp = tork spesifik pembajakan, (kg m/cm2)
dg = draft sikatan, (kg/m)
l = lebar pembajakan (cm)
d = kedalaman pemotongan tanah, (cm)
lg = lebar sikatan, (m)
rpm = jumlah putaran pisau rotor per menit, (…/menit)
V = kelajuan kerja pembajakan tanah, (m/dt)
dc = draft cultivator per masa cultivator, (kg/bh)
n = jumlah mata cultivator, (bh)
ŋ1 = kecekapan penghantaran kuasa ke alat dan mesin pengolah tanah, (%)

2. Daya untuk menggerakkan traktornya sendiri

Dimana:
HP2 = daya untuk menggerakkan traktor, (HP)
W = berat traktor, (kg)
V = kelajuan kerja, (m/det)
ktg = koefisien rintangan golekan

Besarnya nilai “ktg” sangat ditentukan oleh: berat traktor; ukuran dan bentuk
pepasangan roda; jenis dan keadaan tanah; jenis vegetatif di atas permukaan tanah

3. Dengan mengambilkira faktor toleransi (tlr) bagi mengatasi factor kecerunan serta
keadaan lain yang tak terduga dalam operasi lkawasan, besarnya ukuran kuasa
traktor dapat dihitung dengan rumus dibawah ini:
Dimana:
HP = besar ukuran daya traktor, (HP)
HP1 = daya untuk menarik/menggerakkan alat dan mesin pengolah tanah,
(HP)
HP2 = daya untuk menggerakkan traktor, (HP)
tlr = toleransi penggunaan daya, (%)

Besarnya (tlr) dapat diambil sekitar (25 – 30)% dari keperluan kuasa teori

Panduan untuk membuat Keputusan memilih/membeli Traktor paling Sesuai

1. Pembelian traktor yang mempunyai kuasa yang sesuai bagi kegunaannya di ladang
- bergantung pada jenis kerja dan juga jenis tanah

Contoh :

Diberi maklumat anggaran kehilangan kuasa tarikan (drawbar) semasa kuasa enjin
maksimum pada permukaan tanah berbeza

Dapatkan keperluan kuasa Traktor untuk bekerja di kawasah tanah lembut (sawah)

Jenis trator Jenis tanah

Concrete Firm Soil Tilled Soil Soft Soil


(batuan) (Padat) (gembur) (lembut)

2 wheel drive 0.87 0.72 0.67 0.55

Sumber kajian : Windell Bowers

Kaedah Pemilihan:

i. kenalpasti kuasa kuda yang diperlukan untuk Tarik implimen implimen


(contoh : Tarik impplimen plow = 60hp).
ii. kira kuasa kuda traktor : 60/0.55= 109 hp .
iii. pilih traktor yang mempunyai sama ataupun lebih daripada kuasa yang diperlukan :
sama atau lebih sedikit dari 109hp
Kuasa kerja atau kuasa tarikan traktor yang maksimum (maksimum drawbar power)
bergantung kepada kesesuaian lebar implimen yang ditarik

Lihat pada graf hasil ujikaji di bawqah di bawah :

Rajah 3

Graf menunjukkan :

i. Kelajuan perjalanan (Travel speed, m/s) – graf tarikan drawbar yang beroperasi dalam
gear tertentu pada permukaan tanah.
ii. Draf unit (setiap meter lebar) - graf kelajuan perjalanan untuk membajak tanaman
dengan tanah yang sama.
Daripada keputusan Graf Ujikaji : lebar implemen yang sesuai bagi membolehkan traktor
bekerja pada kuasa tarikan maksimum (maximum drawbar power) adalah implmen lebar 3m
kerana:
- Titik operasi untuk gabungan implemen – traktor ,
- untuk kuasa drawbar maksimum akan menjadi titik persimpangan graf penarikan -
kelajuan (untuk sesetengah lebar implemen) dan graf tarik drawbar untuk traktor.
- Titik pada graf untuk lebar yang bersilang di bawah 16.5 kN ialah 3 meter.
- Dengan kelebaran implement 3 m, ketarikan drawbar ialah pada 15.7 kN dan kuasa
drawbar ialah pada 24 kW.

Anda mungkin juga menyukai