Anda di halaman 1dari 21

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAPERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMATIF / SVM

KOD/KURSUS MTA 1033  CHASIS 1

KOMPETENSI 01. BRAKE SYSTEM

1. Brake pads and brake lining


2. Perform hydraulic brake system condition inspection
3. Brake caliper and brake wheel cylinder
4. Service hydraulic brake components
KOMPETENSI UNIT
5. Service brake mechanical components
6. Service parking brake system compnents

Trainee must be able to:


● Replace brake pads and brake lining
● Service brake calipers and brake wheel cylinder
KOMPETENSI ● Perform hydraulic brake system condition inspection
PEMBELAJARAN ● Service brake hydraulic components
● Service brake mechanical components
● Service parking brake system components

MTA 1033/K 01/NK


NO KOD 01-03
EDISI 2/MEI 2017 MUKA : 01 DARIPADA

NO KOD JPK TP-300-3:2016-C


NO KOD MTA 2033/K 01/NK 01-03 Muka: 2 Dpd : 14

TAJUK :   . PENGENALAN MENGENAI SISTEM BREK

TUJUAN/PURPOSE:
Helaian ini disediakan dengan tujuan menerangkan kepada pelatih tentang perkara berkaitan
dengan sistem brek :-.

1. Pealatan Perlindungan Diri ( PPE ) dan Alatangan

a. Kasut Keselamatan ( Safety Boot )

Berfungsi bagi mengelakkan kecederaan pada kaki.

b. Sarung Tangan ( Hand Glove )

Berfungsi bagi mengelakkan tangan daripada tercedera semasa

mengendalikan tayar

c Pakaian Bengkel ( Workshop Appreal )

Kemas dan sesuai dengan aktiviti kerja di bengkel.

2. Alatangan dan Mesin

a.. Perengkuh nat roda ( Wheel Nut Wrench )

Berfungsi bagi melonggakan nat roda dan seterusnya


menanggalkannya.

e. Penjulang lantai ( Floor Jack )

Berfungsi bagi menjulang kenderaan.


NO KOD MTA 2033/K 01/NK 01-03 Muka: 3 Dpd : 14

f. Sangga Keselamatan ( Safety Stand )

Berfungsi bagi membolehkan kenderaan disangga selepas


dijulang.

g. Penahan Roda ( Wheel Stopper )

Berfungsi untuk menahan roda belakang atau depan daripada


bergerak semasa proses menjulang.

h. Pneumatic Brake Bleeder tool

Berfungsi untuk menjujus sistem brake (one man operation)

i. Flare Wrench

Berfungsi untuk membuka nut menjujus brek

j. Brake bleeder bottle

Bertujuan untuk menakung bendalir brek sewaktu proses


menjujus dilakukan

k. Brake pistin pres spreader tool


bertujuan untuk menekan semula piston brek caliper

NO KOD MTA 2033/K 01/NK 01-03 Muka: 4 Dpd : 14

l. Brake spring plier

Berfungsi untuk membuka dan memasang spring pada


Brek drum

m. Air Coompressor

Berfungsi untuk membersihkan komponen sistem brek

PENERANGAN/INFORMATION:

3.1 KEGUNAAN SISTEM BREK

i. Untuk membolehkan kenderaan berhenti dengan segera dan selamat.


ii. Untuk mengawal kenderaan semasa dalam perjalanan.
iii. Untuk meletakkan kenderaan terutama ditempat-tempat curam.

SISTEM BREK YANG BAIK MESTILAH :-

i. Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.


ii. Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiapmasa.
iii. Tidak boleh kehilangan kuasa brek.
iv. Tidak berkehendakkan larasan yang kerap.
v. Sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu.

3.2 JENIS-JENIS SISTEM BREK

i. Hidraulik
sistem brek jenis hidraulik menggunakan prinsip paskal yang mana didalam
prinsip ini menyatakan cecair yang tertutup dapat memindahkan tekanan yang sma
pada semua arah tanpa menghilangkan kuasa yang dihasilkan.

ii. Mekanikal

iii. Gabungan mekanikal dan hidraulik


iv. Angin(Pneumatic)

3.3 KOMPONEN UTAMA SISTEM BREK KENDERAAN


Gambarajah rangkaian sistem brek

4.0 SISTEM BRAKE OPERASI BERPANDUKAN DUA PRINSIP IAITU ; -

4.1 PRINSIP ASAS HIDRAULIK


Prinsip hidraulik menyatakan bahawa kuasa tekanan yang diberi kepada cecair itu
akan sama banyak diterima pada semua arah. Prinsip hidraulik mengambil 2 faktor
utama bagi sistem ini iaitu:
I. Apabila dihimpit cecair tersebut akan berkumpul dan akan menyebabkan satu
tekanan yang sama.
II. Kuasa tekanan dalam setiap bahagian kuasa hidraulik adalah sama banyak.
Kuasa tekanan ini dibuat dengan adanya piston.

Sistem brek hidraulik menggunakan Prinsip Pascal yang menyatakan cecair yang
tertutup dapat memindahkan tekanan yang sama pada semua arah tanpa
menghilangkan kuasa itu. Dengan lain perkataan, cecair hidraulik tidak boleh
dimampatkan dan tekanan keseluruhan sistem adalah sama

Gambarajah prinsip hidraulik


4.2 PRINSIP PASCAL

Prinsip pascal menyatakan apabila daya dikenakan pada sebarang titik diatas cecair
terkurung maka ia akan diagihkan sama rata oleh cecair kesemua arah.Lihat
gambarajah dibawah.

Gambarajah dibawah ini membuktikan prinsip pascal yang mana dua silinder dengan
garis pusat yang sama disambungkan diantara satu dengan yang lain .Apabila satu
daya dikenakan keatas piston dalam satu silinder, piston di satu silider lain akan
menerima satu jumlah daya semasa tekanan dihantar oleh cecair.

Gambarajah dibawah ini menunjukkan empat silinder dengan garis pusat yang
sama disambungkan kesatu pusat. Satu tekanan yang sama dikenakan keatas kempat-
empat silinder brek roda tersebut.
5.0 BINAAN DAN LAY OUT BRAKE SYSTEM

Gambarajah dibawah menunjukkan asas brek hidraulik yang terdiri daripada pedal
brek, takungan (reservoir), silinder induk (master cylinder) yang dihubungkan kepada
silinder roda (wheel cylinder) dan brek caliper melalui saluran tiub keluli. Apabila pedal
brek ditekan piston dalam silinder induk akan tertolak.Ini akan menyebabkan cecair
yang berada dihadapan piston akan tertolak dan membentuk tekanan kepada seluruh
sistem brek. Piston di silinder roda dan caliper akan menolak pula lining/pad rapat
pada gelendung( drum) / piring(disk).
Roda hadapan hendaklah mempunyai lebih kuasa memberhentikan kenderaan
berbanding dengan roda belakang. Ini adalah disebabkan 60% dari berat kenderaan
adalah tertumpu pada bahagian hadapan semasa membrek. Ini dapat diperhatikan
dengan jelas bila sesebuah kenderaan diberhentikan secara mengejut. Bahagian
hadapannya kelihatan menurun sementara bahagian belakangnya menaik.

Gambarajah binaan sistem brek


Gambarajah ketika membrek

Jadual jarak brek pada kelajuan tertentu

TAJUK/TITLE : PENGENALAN MENGENAI SISTEM BRAKE DISC

TUJUAN/PURPOSE:

Helaian ini disediakan dengan tujuan menerangkan kepada pelatih tentang perkara
berkaitan dengan sistem brek disc :-.

PENERANGAN/INFORMATION:
1.0 BINAAN BRAKE DISC
Brek disk kebanyakkannya digunakan keatas roda hadapan dan ada juga digunakan
pada keempat-empat roda. Brek disk mempunyai permukaan yang licin pada kedua-
dua belah permukaannya.Biasanya diperbuat dari besi tuangan.Ada juga yang dibuat
padu dan ada yang dibuat bersirip pendingin diantara permukaan brek. sejarah
penggunaan disc brake pada kenderaan bermula seawal tahun 1970 lagi. Kenderaan
yang berkapasiti besar yang menggunapakai disc brake ini ketika itu. Tetapi berbeza
pada zaman sekarang, disc brake pada kenderaan adalah seperti komponen wajib
digunapakai pada kenderaan.

1.1 TERDAPAT BEBERAPA KOMPONEN YANG TERDAPAT PADA DISC


BRAKE INI, IAITU:-

A. rotor atau disc – di perbuat dari cast-iron yang berbentuk bulat. Diikat pada
hub dan berpusing bersama-sama dengan kelajuan tayar. Berfungsi sebagai
tempat permukaan bagi brake pad bergesel.
B. Brake caliper – sebagai alat untuk memegang brake pad, ia bertindak
sebagai pump dan terdapat kadangkala lebih dari satu piston yang bertindak
menolak brake pad untuk bergesel pada permukaan disc atau rotor.
C. Brake pad – sebagai alat untuk memberhentikan pusingan rotor atau disc.

Gambarajah komponen yang terdapat pada sistem brake


2. JENIS-JENIS BREK DISK

Terdapat 2 jenis brek disk iaitu:

1. Angkup tetap(Fix Caliper)


2. Angkup Apungan(Foating Caliper) mempunyai satu piston sahaja, tetapi
saiznya agak besar dari saiz piston yang digunakan pada angkup tetap.

Angkup tetap biasanya terdiri dari 2 atau 4 piston yang dipasang secara
bertentangan antara satu sama lain.Apabila pedal brek ditekan piston yang
dipasang bertentangan tersebut akan menolak pad supaya mengepit disk.

Gambarajah angkup tetap Gambarajah angkup apungan

Angkup Apungan pula biasanya mempunyai satu piston sahaja. Saiz pistonnya agak
besar jika dibandingkan dengan piston yang digunakan pada angkup tetap.Apabila
pedal ditekan piston akan menolak pad ke disk.Ini akan menyebabkan angkup
mengelansar pada arah yang berlawanan dengan piston.Pergerakan angkup akan
menyebabkan pad yang sebelah lagi turut sama bergesel dengan disk.

Brek jenis disk ini mempunyai larasan secara automatik .Piston akan sentiasa
berubah kedudukan bergantung kepada hausan pad.Sesendal(seal) dipasang
didalam silinder supaya dapat mewujudkan kelegaan larian antara pad dan disk.

2.1 PAD BREK


Pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan bergerak. Pad brek
biasanya diperbuat daripada campuran asbestos,logam lembut dan damar.

Gambarajah brek pad

2.2 BINAAN BREK DISK (PIRING)

Brek disk kebanyakkannya digunakan keatas roda hadapan dan ada juga digunakan
pada keempat-empat roda. Brek disk mempunyai permukaan yang licin pada kedua-dua
belah permukaannya. Biasanya diperbuat dari besi tuangan. Ada juga yang dibuat padu
dan ada yang dibuat bersirip pendingin diantara permukaan brek.

Gambarajah disc
Gambarajah kendalian brek disc

3.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BREK JENIS DISK

Kebaikan
1. Tiada perlarasan perlu dibuat keatas pepasangan brek disk
2. Masalah ‘brake fade’ dapat dikurangkan
3. Senang untuk membuat pemeriksaan

Keburukan
1. berkehendakkan tekanan yang tinggi jika sistem servo unit rosak

4.0 BINAAN BRAKE DRUM


Sistem drum brake adalah merupakan suatu sistem brake yang popular digunakan
pada kenderaan, yang mana telah pun dikenali sejak masa yang lampau. Namun
begitu, sistem dengan rekabentuk yang lebih moden telah pun diperkenalkan sejak
kebelakangan ini. Khususnya industri otomobil di mana rekabentuknya bersesuaian
dengan peredaran zaman serta prestasi kenderaan yang dipandu laju bermula dari
tahun 1960 sehinggalah ke hari ini.

Untuk memberhentikan kenderaan yang di pandu laju dan mempunyai beban


muatan yang banyak bukanlah satu perkara yang mudah. Ini sudah tentulah
menghasilkan haba kepanasan yang tinggi di antara brek shoe dengan drum.

Kadar haba yang terbentuk ini akan menjadi semakin berkembang sehinggakan
ianya boleh mengakibatkan terjadinya kesan yang buruk pada pertemuan antara
kedua-dua bahagian brake tiada lagi dapat berfungsi dengan sempurna sehinggalah
ianya menjadi sejuk semula. Keadaan ini dinamakan brake fade.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh drum brake ialah water recovery. Apabila
kenderaan mengharungi air atau banjir, maka shoenya pun menjadi basah.
Keadaan ini akan menyebabkan lining akan kehilangan tenaga geseran sewaktu
ditekan setelah ianya kering.

Gambarajah menunjukkan komponen yang terdapat pada drum brake.

Brek jenis drum(gelendung) biasanya digunakan pada bahagian roda belakang. Ia


mempunyai satu drum(gelendung)yang digunakan untuk memberhentikan
kenderaan. Permukaan drum licin dan rata. Lining brek dipasang pada kekasut
supaya dapat bergesel dengan drum.Diantara kekasut brek terdapat silinder roda
(wheel cylinder) yang akan menolak kekasut brek supaya bersentuhan dengan drum
brek. Terdapat juga komponen-komponen lain seperti:-

1. spring kembali(return spring - bertindak sebagai menarik kekasut brek


ketempat asal selepas pedal brek dilepaskan.
2. pelaras – untuk melaras kelegaan antara lining dengan permukaan drum atau
untuk membuat perlarasan hand brek.
3. cemat pengunci – untuk menetapkan/mengunci kedudukan kekasut brek
pada backing plat
4.1 BREK DRUM(GELENDUNG)

Diperbuat daripada besi tuangan dan aluminium atau besi tuangan dan keluli. Besi
tuangan digunakan sebagai permukaan dalam drum sahaja. Kebanyakkan drum
brek sekarang menggunakan jenis besi tuangan dan keluli.Ini adalah kerana keluli
lebih teguh dan besi tuang pula tahan dan bermutu tinggi dan dapat mengalirkan
haba dengan cepat. Semasa brek beroperasi drum akan menjadi panas,unutk
mengalirkan haba yang terbentuk itu ke udara biasanya permukaan luar drum dibuat
bersirip (tidak pada semua kenderaan) dan rim roda yang berlubang digunakan.

Gambarajah brek drum


4.1 WHEEL CYLINDER.

Terdapat dua jenis wheel cylinder.


1. Simplex wheel cylinder (single-servo brake) – mempunyai satu cylinder yang
mana dua piston terdapat di dalamnya. Hanya satu wheel cylinder sahaja
dipasangkan pada satu brake assembly. Brake yang menggunakan wheel
cylinder jenis ini mempunyai satu leading ‘primary’dan satu trailing
‘secondary’pada kedua dua arah pusingan ‘kehadapan atau kebelakang’.
Jenis ini biasanya dipasangkan pada roda sebelah hadapan sahaja.
Gambarajah di atas menunjukkan simplex wheel cylinder dan cara ianya
beroperasi.

2. Duplex wheel cylinder (dual-servo brake) – di pasang anchor pin di atas wheel
cylinder. Apabila pedal brake di tekan, jenis ini mempunyai daya tekanan yang kuat
berbanding simplex wheel cylinder (single-servo brake). Jenis ini digunakan pada
drum brake pada bahagian belakang kenderaan.

Gambarajah menunjukkan duplex wheel cylinder dan cara ianya beroperasi.

4.2 SUSUNAN LINING BREK

Bagi roda yang menggunakan jenis brek drum biasanya menggunakan 2 lining yang
dipanggil lining primer dan lining sekunder atau kedua-duanya sekunder. Susunan
lining brek primer dan sekunder menggunakan satu silinder roda yang dipasang
ditengah-tengah antara lining primer dan sekunder. Apabila pedal brek ditekan
piston dalam silinder roda akan menolak lining brek dan bersentuh dengan
permukaan drum.Lining brek primer biasanya mengalami tekanan yang lebih dari
brek lining sekunder.Ini menyebabkan lining brek primer cepat menjadi nipis.Jenis
ini biasanya digunakan pada roda belakang,keupayaan membrek agak lemah jika
dibandingkan dengan dua lining sekunder.
Gambarajah brek lining
Manakala jenis dua lining brek sekunder menggunakan 2 silinder roda yang
berasingan pada satu roda beserta dengan unit pelaras pada setiap lining
brek.Kedua-dua lining brek bergerak mengikut arah pusingan gelendung,dengan ini
akan menyebabkan kuasa membrek yang lebih mencengkam.Kelemahan jenis ini
ialah kedua-dua lining brek akan bertindak sebagai lining brek primer semasa
kenderaan mengundur.

Gambarajah komponen brek drum

4.3 Brake Lining


Lining brek dipasang pada kekasut brek(brake shoe) dengan menggunakan 2
kaedah iaitu dengan cara dirivet dan menggunakan gam yang tahan panas. Lining
brek diperbuat daripada asbestos yang boleh tahan panas dan geseran.
Gambarjah brek lining

6.4 CECAIR BREK


Sistem brek merupakan satu sistem keselamatan yang penting bagi sesebuah kenderaan.
Pemeriksaan level atau kuantiti kandungan cecair brek merupakan satu perkara penting
dan ianya mudah dilakukan. Cecair brek disimpan dalam reservoir/takungan yang mana
dipasang diatas selinder induk ( master cylinder ). Setiap kali kita buka hood (bonet
depan) kita akan nampak reservoir cecair brek ini.

Gambarajahreservoircecair brek

Semejak tahun 1980, telah terdapat banyak reservoir cecair brek dibuat daripada plastic
lut cahaya (translucent plastic).Oleh itu untuk pemeriksaan level/paras cecair boleh
dilakukan melalui badan reservoir tanpa membuka penutupnya.Biasanya pada badan
reservoir telah ditandakan dengan perkataan FULL and ADD or MAX and MIN.

Gambarajah cecair brek


Semua cecair brek diklaskan oleh Department of Transportation (DOT) dan ditanda
dengan nombor DOT 3, 4 dan 5. Dalam pemilihan cecair yang betul kepada sesebuah
kenderaan tidak berpandu kepada DOT 3 adalah bagus, DOT 4 adalah lebih bagus dan
DOT 5 yang paling bagus. Dalam pasaran domestic lebih ditentukan DOT 3 dan DOT 4
lebih sesuai untuk kenderaan tetapi syariakt FORD menamakan DOT 3 sebagai heavy-
duty variation kerana pembuatannya lebih bermutu tinggi.Dari segi Proses pembuatan,
DOT 3 dan DOT 4 dipangil cecair polyglycol.DOT 5 lebih kepada silikon.Dalam sektor
pembuatan kereta sekarang tidak terdapat sistem brek yang sesuai dan menepati ciri-ciri
untuk DOT 5. Walaubagaimanapun,ketiga jenis cecair brek ini adalah sesuai untuk sistem
brek tetapi tidak boleh dicampurkan di dalam satu-satu sistem brek. Cecair brek ini perlu
ditukar setiap 18-24 bulan atau diantara 30000 km ke 40000 km.
6.5 CIRI-CIRI BENDALIR BREK

1.Tidak Boleh Dimampat.


2. Tidak Berbuih
3.Tidak Terpeluwap Apabila Suhu Tinggi
4.Tidak Menghakis Bahagian Logam
5.Tidak Mengeraskan Dan Menglembutkan Bahan Brek Seperti Yang Diperbuat
DaripadaGetah.
6. Bertindak Sebagai Bahan Pelincir
7.Tidak Mengaratkan Komponen Brek
8.Tidak Mudah Beku

Sifat-Sifat Bendalir Brek

1.Tidak Berbuih
2.Tidak Boleh Dimampatkan
3.Tidak Mengaratkan Komponen Brek
4.Tidak Bertindak Pada Getah Sistem Brek
5.Tidak Mudah Jadi Wap/Suhu Didih Tinggi
6.Tahan Haba.

Anda mungkin juga menyukai