Anda di halaman 1dari 29

SERVICE VEHICLE CHASSIS

ELECTRICAL SYSTEM

CHECK VEHICLE HORN & WIPER MOTOR


PENGENALAN
Hon ialah alat elektrik yang semestinya dipasang pada
kenderaan untuk menarik perhatian pemandu kenderaan
lain dari segi bunyi hon tersebut apabila diperlukan. Hon
ditempatkan dibahagian hadapan ruang enjin, dan
biasanya berpasangan untuk mendapatkan nada bunyi
yang nyaring, litar hondipasang dengan geganti untuk
meninggikan arus elektrik. Suis hon pada kenderaan masa
kini dipasang pada roda stereng supaya dapat dibunyikan
dengan cepat oleh pemandu apabila diperlukan.
KENDALIAN HON
Apabila suis hon ditekan, arus elektrik daripada bateri akan
mengalir melalui gelung geganti ke bumi. Pada masa yang
sama, medan magnet yang berada pada gegelung menarik
angker ke bawah dan menutup titik sentuh dan
membunyikan hon. Apabila suis hon dilepaskan, aliran arus
elektrik dari bateri ke punca bumi diputuskan. Titik sentuh
terbuka dan memberhentikan bunyi hon. Kegagalan pada
hon kebiasaannya adalah seperti yang berikut :
- Hon tidak berbunyi langsung
- Nada hon tidak nyaring
- Hon tidak henti berbunyi
HON TIDAK BERBUNYI LANGSUNG
Penyambung hon dengan geganti hon terputus atau wayar
penyambung antara hon tercabut ( putus)
Jika ini berlaku,sambung wayar yang putus, dan cuba
tekan hon. Ia mesti berbunyi

GEGANTI HON ROSAK


Jika ini berlaku, tukarkan dengan geganti hon yang baru.
Fius pengawal arus ke hon terputus
Tukarkan fius dengan jumlah ampere yang sama.
NADA HON TIDAK NYARING
Keadaan seperti ini selalunya berlaku apabila tahap cas
bateri rendah dan voltan tidak mencukupi untuk
membunyikan hon dengan nada yang nyaring. Jika ini
berlaku, hidupkan enjin dan tekan pedal minyak ke tahap
kelajuan 1500 putaran per minit dan tekan suia hon.
Selepas itu matikan enjin dan sekali lagi tekan suis hon.
Sekiranya apabila enjin dihidupkan bunyi hon nyaring dan
setelah enjin dimatikan bunyi hon lemah, ini menunjukkan
bateri perlu dicas.
HON TIDAK HENTI BERBUNYI
Keadaan ini terjadi kerana sentuhan punat tekan hon yang
tidak terlepas atau pendawaian hon tersentuh pada punca
bumi. Cara mengatasinya adalah dengan meneggalkan
termina bateri. Betulkan pendawaian dan pasangkan
semula terminal bateri. Kemudian tekan suis hon. Hon
akan berbunyi dan selepas dilepaskan, ia mesti berhenti
bunyi. Sekiranya hon masih berbunyi, ketuk hon berkenaan
dengan perlahan menggunakan pemutar skru untuk
membuka titik sentuh yangmelekat.
KENDALIAN GEGANTI HON
SUIS
Suis berfungsi untuk memutus dan menyambungkan litar.
Suis boleh ddikawal secara insani atau secara automatik.
Terdapat beberapa jenis suis iaitu :

a. Suis penyala.
b. Suis lampu isyarat.
c. Suis lampu utama.
d. Suis horn.
e. Suis lampu brek.

f. Suis lampu kecemasanan.


CIRI-CIRI HON YANG BAIK

Hon berupaya mengeluarkan bunyi atau nada yang


nyaring.
Kedua-dua hon berbunyi dengan nada yang sama
Hon hanya berbunyi apapbila suis hon ditekan dan
berhenti berbunyi apabila suis dilepaskan.
SISTEM WIPER
Sistem pengelap berfungsi sebagai pengelap cermin bagi
memudahkan pemanduan ketika waktu hujan atau di kawasan yang
berdebu. Keadaan ini akan menghalang penglihatan pemanduan
dan amat membahayakan pemandu serta pengguna jalan raya
yang lain. Sistem pengelap cermin kenderaan digerakkan oleh satu
unit motor elektrik yang kecil. Apabila motor berputar, perangkai
bergerak ke hadapan dan ke belakang menyebabkan dua paksi
yang merangkai bilah akan bergerak ke kiri dan ke kanan di atas
cermin untuk mengelap air ketika waktu hujan atau untuk
menghilangkan kotoran yang terdapat pada cermin kenderaan.
Motor ini boleh dikendalikan pada dua kelajuan rendah dan tinggi.
Sistem pengelap terdiri dari wiper and washer switch, wiper arm,
wiper blade, wiper link, wiper motor, nozzle, joint, washer tank dan
wiring system. Sistem pengelap cermin di pasangkan pada cermin
hadapan dan bekakang sesebuah kenderaan.
KOMPONEN SISTEM PENGELAP / WINDSHIELD
WIPERS

WIPER MOTOR
Wiper motor DC menghasilkan kuasa putaran bagi
menggerakkan persambungan tangan pengelap.

WIPER GEAR BOX


Terdiri daripada perumahan dan sepasang gear dan juga
angker motor yang boleh berpusing ke hadapan dan ke
belakang.
DRIVE ARM
Persambungan yang menukar pergerakan ulang alik
daripada pivot dikotak gear.

WIPER PIVOT
Persambungan tangan wiper ke lengan tangan wiper.

CENTER LINK
Tangan yang menyambung kepada 2 paksi wiper.

WIPER BLADE
Bilah getah synthetic bagi menyapu air di kaca pelindung
angin.
KOMPONEN SISTEM PENGELAP
PEMERIKSAAN ALAT PENGELAP

Sistem pengelap perlu sentiasa berfungsi dengan


sempurna untuk memberikan pembersihkan yang elok
terhadap permukaan cermin sesebuah kenderaan .
Wiper blade serta wiper arm juga perlu sentiasa berada
dalam keadaan baik.
Wiper blade yang telah keras getahnya, boleh
mencalarkan permukaan cermin apabila digunakan.
Wiper blade perlu ditukar dalam jangka masa 12 bulan
atau telah mencapai jarak 40 000 km perjalanan.
Tanda kerosakkan yang terdapat pada wiper blade
biasanya adalah belahan halus yang timbul dibahagian
hujungnya, keras, retak, pecah, pembentukan getah yang
menjadi melengkung dan longgar.
Cara pertukaran bilah berbeza-beza mengikut jenis
kenderaan. Perkara penting ialah kepastian untuk
mendapat jenis dan saiz yang sesuai.
Pada kebiasaannya, kita akan membawa contoh yang
lama untuk membeli bilah yang baru.
PEMERIKSAAN ALAT PENCUCI CERMIN
Botol takungan air alat pencuci sentiasa dipenuhi dengan air
Untuk mengelak cermin daripada minyak dan kotoran yang lain,
botol takungan perlu dicampurkan dengan sedikit aditif
pencegah cemar atau shampoo.
Tidak boleh dicampurkan dengan bahan serbuk pencuci serbuk
yang akan menyumbatkan saluran perjalanan air ke nozzle
pancuran.
Cecair pencucian dikendalikan oleh washer motor yang akan
menyalurkan air untuk dikeluarkan oleh nozzle bagi
membersihkan cermin.
PELBAGAI JENIS DAN KEDUDUKAN PEPASANGAN
WIPER BLADE.
PEMERIKSAAN NOZZLE
Kebanyakkan nozzle terdiri daripada jenis bebola yang
boleh dilaraskan.
Terdapat juga jenis yang mempunyai skru yang boleh
melaras saiz ukuran semburan dan arah pancutan.
Pancutan air seharusnya mengena permukaan cermin
kira-kira 2 inci (50 mm) jauhnya daripada hujung bilah
pada kedudukan pertengahan cermin.
Jika bentuk semburan serong, segala pembentukan
dilakukan dengan cara memasukkan pin atau jarum ke
dalam lubang nozzle untuk dilaraskan.
MENGESAN KEROSAKKAN
Sekiranya pancuran tidak berfungsi walaupun air
dalam botol mencukupi, kita perlu
memeriksa sambungan paip sama ada tertanggal,
tersumbat atau tersimpul.
Sekiranya tersumbat, cara untuk mengatasinya
dengan cara menanggalkan komponen pencuci,
kemudian disemburkan menggunakan tekanan angin
tinggi.
Perlu juga dipastikan komponen seperti motor pencuci
boleh berfungsi terlebih dahulu.
OPERASI WIPER DUA KELAJUAN
Wiper motor selalu menggunakan magnet kekal dengan
berus kelajuan rendah dan berus kelajuan tinggi. Satu
berus disambung ke gelung dalaman dari bateri
sementara 2 berus diperlukan untuk 2 kelajuan motor.
Berus bumi adalah bertentangan dengan berus kelajuan
rendah. Sebelah berus kelajuan rendah adalah berus
bagi kelajuan tinggi.Bila karan mengalir melalui berus
kelajuan tinggi rintangan kurang,lebih arus mengalir dan
angker berpusing laju.
Untuk kelajuan rendah karan mengalir melalui reverse-
wound gelung medan yang mempunyai rintangan
tinggi,kurang karan mengalir dan angker berpusing
perlahan. Variable-delay wiper juga dipanggil pulse
wipers yang menggunakan litar elektronik dengan
perintang mudah ubah bagi mengawal masa cas dan
dicas kapasitor bagi mengawal kelajuan motor ,jenis ini
banyak digunakan pada masa kini.
LITAR SISTEM WIPER
WIPER KELAJUAN RENDAH
Bila suis wiper dikedudukan LOdengan suis penyalaan
diACCatau kedudukan ONwiper beroperasi pada kelajuan
rendah.
OPERASI WIPER SEMASA INTERMITTENT
Bila suis wiper di INT suis penyalaan di ACC atau
ON,geganti(relay) interminttent wiper di jana bagi
membolehkan geganti tutup dan buka berulang-ulang.Bila
titik geganti tertutup motor wiper dijana.bila titik geganti buka
motor tidak dijana ini membuat motor berpusing dan tidak
berpusing,ini dapat kita lihat wiper berhenti dan bermula
semula.
OPERASI WIPER SEMASA KELAJUAN
TINGGI(HIGH)

Suis wiper di kedudukan HI dari bateri mengalir ke


wiper motor secara terus tiada
sebarang rintangan,motor berpusing pada kelajuan
tinggi.
PANDUAN MENGESAN KEROSAKAN

WIPER TIDAK BEKERJA

Periksa fius,periksa wiper motor,periksa suis wiper dan


Periksa geganti intermittent

LITAR SISTEM WIPER

KENDALIAN LITAR PERLAHAN

Apabila suis penyalaan dan suis pengelap dihidupkan,


arus dari bateri mengalir ke angker, melalui perintang
dan di bumikan.
KENDALIAN LITAR LAJU.
Apabila suis pengelap diubah pada kedudukan laju, arus yang
mengalir tidak melalui perintang. Ini menyebabkan keseluruhan
voltan mengalir ke angker dan menjdikan laju dn seterusnya bilah
pengelap juga menjadi laju.

Anda mungkin juga menyukai