Anda di halaman 1dari 3

SYARAT DIREKTORI PAKAR INDUSTRI NEGARA (DPIN)

1. Syarat Umum DPIN

Semua pemohonan dikehendaki memenuhi syarat umum DPIN iaitu;

1.1 Warganegara Malaysia


1.2 Mempunyai pengalaman kerja /mengajar melebihi 10 tahun (dalam bidang kemahiran/
kepakaran yang sama)
(rujuk Daftar NOSS terkini untuk mengetahui senarai sektor dan sub sektor berkaitan
bidang kemahiran/kepakaran pemohon)

Setelah memenuhi syarat umum, personel dikehendaki memenuhi syarat khusus mengikut
perakuan dimohon.

2. Syarat khusus PIND dan PAJAR :

PIND dan PAJAR adalah pengkelasan yang digunakan untuk membezakan skop tugas
pakar berdasarkan pengalaman dan pekerjaan semasa. Tiada surat atau sijil atau dokumen
yang akan dikeluarkan berhubung perkara ini. Permohonan yang berjaya akan menerima
surat Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Lantikan Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK)

2.1 Kategori industri (PIND)


a. Memenuhi semua syarat umum DPIN dan
b. Memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada syarat berikut;
i. Mendapat pengesahan/ pengiktirafan sebagai Pakar Rujuk dalam bidang
kemahiran berkaitan
ii. Pernah mereka sesuatu produk/ perkhidmatan bernilai komersial dalam bidang
kemahiran berkaitan.
iii. Memiliki Lesen dari Badan Pelesenan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
iv. Diiktiraf Badan Profesional yang diiktiraf Kerajaan Malaysia
v. Diiktiraf oleh agensi kerajaan tertentu
vi. Memenangi mana-mana pertandingan kemahiran/ rekacipta (kebangsaan /
antarabangsa)

2.2 Kategori industri (PAJAR)


a. Memenuhi semua syarat umum DPIN dan
b. Memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada syarat berikut;
i. Memiliki SKM T3 (kecuali I-031-3/4/5 & T-010-3);
ii. Diiktiraf Badan Profesional yang diiktiraf Kerajaan Malaysia
iii. Memiliki Lesen dari Badan Pelesenan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
iv. Diiktiraf oleh agensi kerajaan tertentu
v. Diperakukan oleh badan Penguatkuasa tertentu; atau
vi. Memenangi mana-mana pertandingan kemahiran / rekacipta ( kebangsaan /
antarabangsa)

1
Personel yang memenuhi syarat umum dan khusus akan diperakukan dalam SALAH SATU
kategori utama sahaja iaitu samada PIND atau PAJAR dan boleh terlibat sebagai Personel
Lantikan JPK.

DPIN

Industri (PIND) Pengajar (PAJAR)

Personel Lantikan JPK

Pegawai Pengesah Luaran (PPL)


Pegawai Pengesah Luaran - Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)
Pegawai Pengesah Luaran - Pegawai Latihan Vokasional (PPL-PLV)
Pegawai Penilai - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)
Pegawai Pengesah Luaran - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)
Dual System Experts (DSE)

3. Syarat Tambahan Perakuan Personel Lantikan JPK:

Personel Lantikan JPK merupakan personel yang akan terlibat dalam jaminan mutu
pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan perlu memenuhi syarat
tambahan berikut;

3.1 PPL
a. Telah lulus semua syarat umum dan syarat khusus PIND/ PAJAR
b. Telah Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB
c. Telah Lulus Kursus Induksi PPL
d. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) rujuk nota (iii)
e. Bagi Pembaharuan PPL perlu Hadir dan Lulus Penilaian Pembaharuan PPL

3.2 PPL-SLDN
a. Telah lulus semua syarat umum dan syarat khusus PIND/ PAJAR
b. Telah Lulus Kursus Induksi PPL
c. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) rujuk nota (iii)

3.3 PPL-PLV
a. Telah lulus semua syarat umum dan syarat khusus PAJAR
(Hanya boleh dipohon dikalangan PAJAR sahaja)
b. Telah Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB;
c. Telah Lulus Kursus Induksi PPL
d. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam program Operasi Latihan
Vokasional rujuk nota (iii)
e. Memiliki satu kriteria berikut;
i. Pengalaman mengajar VTO 2 tahun
ii. Pengalaman mengajar kemahiran di PB JPK 5 tahun

2
3.4 PP-PPT
a. Telah lulus semua syarat umum dan syarat khusus PIND/ PAJAR
b. Telah Lulus Kursus Induksi PP-PPT
c. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) rujuk nota (iii)

3.5 PPL-PPT
a. Telah lulus semua syarat umum dan syarat khusus PIND/ PAJAR
b. Telah diperaku dan masih sah tempoh perakuan sebagai PP-PPT
c. Telah diperaku dan masih sah tempoh perakuan sebagai PP-PPT
d. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai PP-PPT
e. Telah menilai sekurang-kurangnya 30 buah portfolio calon PPT

3.6 DSE
Permohonan Baru dan Pembaharuan DSE dibekukan sehingga dimaklumkan kelak

Anda mungkin juga menyukai