Anda di halaman 1dari 7

2.3.

2 SYAF PUTAR DAN SYAF PANDU

Objektif:
Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. Mengenal pasti fungsi syaf putar, syaf pandu, sendi universal dan CV joint.
2. Menanggal, memeriksa dan memasang syaf putar dan syaf pandu.
3. Menservis dan memeriksa sendi universal.

Pencapaian Kompetensi
1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.
2. Menggunakan peralatan dengan cara yang betul.
3. Menerangkan fungsi syaf putar dan syaf pandu.
4. Mengenal pasti komponen syaf putar dan syaf pandu.
5. Menanggal, memeriksa dan memasang semula syaf putar dan syaf pandu mengikut
prosedur.
6. Menceraikan, mengganti dan memasang sendi universal mengikut prosedur.

Maklumat penting

Syaf putar

Fungsi syaf putar ialah menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui kotak gear ke unit
kerbeda seterusnya ke roda.

Rajah 2.19 Pepasangan syaf putar


Komponen syaf putar.

Komponen syaf putar terdiri daripada sleeve yoke, syaf putar dan sendi universal.

37
Gelang
Spider
sentap
Sendi universal (Universal Joint) Gelugur Sleeve yoke
dalam Sleeve yoke
Ianya untuk melicinkan perpindahan tenaga daripada
kotak gear ke unit kerbeda dalam sudut yang
sentiasa berubah semasa kenderaan bergerak. Gelang
Gelugur Syaf
kedap
Kotak luar putar
gear Perumah galas jarum

Rajah 2.20 Ceraian komponen sendi universal

Syaf Pandu.

Fungsi syaf pandu ialah menghantar kuasa melalui unit kerbeda bagi memusingkan roda hadapan.

Kotak gear

Enjin

Syaf pandu

Unit kerbeda

Rajah 2.21 Kedudukan pacuan roda hadapan

Rajah 2.22 Ceraian komponen syaf pandu

38
Aktiviti

Tugasan

1. Mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja.


2. Menanggal dan memasang syaf putar.
3. Menceraikan dan memasang semula sendi universal mengikut prosedur.
4. Menanggal dan memasang syaf pandu mengikut prosedur.

Peralatan
Senarai peralatan Senarai bahan / kelengkapan
Alat tangan yang sesuai. 1. Kenderaan yang dilengkapi dengan
Sangga keselamatan. sistem pacuan roda belakang.
Jek. 2. Kenderaan yang dilengkapi dengan
Takung minyak. sistem pacuan roda hadapan.
Bar pengumpil. 3. Sendi universal.
4. Gris.
5. Kertas las.
6. Minyak gear.

Langkah kerja

Menanggal dan memasang syaf putar.

1. Tahan roda hadapan dengan penahan roda.


2. Jek kenderaan dan letakkan sangga keselamatan.
3. Tanggalkan syaf putar dari kerbeda, setelah menandakanny
4. Periksa syaf bagi menentukan sama ada bengkok atau tidak.
5. Periksa yoke sama ada haus, retak atau rosak.

Kerbeda

Syaf putar Tandakan

Sendi universal
hadapan
Sendi
universal
belakang

Kotak gear

Gambarajah cara menanggal syaf putar


Mencerai dan memasang semula sendi universal

Menanggal
39
1. Ikat syaf putar pada ragum.
2. Keluarkan gelang sentap.
3. Keluarkan perumah galas jarum daripada yoke.

- Ikat yoke syaf putar pada ragum dengan


soket diletakkan pada satu bahagian
perumah galas jarum.
- Ikat dengan perlahan-lahan sehingga
perumah galas jarum yang bersebelahan
terkeluar sedikit.

4. Ketuk bahagian yoke dengan tukul sehingga perumah galas


jarum terkeluar.
5. Keluarkan galas collar yang berikutnya dengan kaedah seperti
perkara 3 di atas.
6. Keluarkan sleeve yoke dengan spider.
7. Keluarkan perumah galas jarum pada yoke mengikut kaedah
yang sama dan keluarkan spider.

Memasang

1. Pasang semula
perumah galas jarum.
Pastikan ianya telah
disapukan gris yang sesuai .
2. Pasang perumah galas
jarum pada sleeve yoke, gunakan soket dan ikat dengan ragum.
3. Pasang sendi universal pada perumah galas jarum.
4. Pasang semula gelang sentap pada lurah di yoke.
5. Pasang spider bersama sleeve yoke tadi kepada yoke syaf putar mengikut
kaedah 1, 2 , 3 dan 4.
6. Ketuk yoke dengan tukul apabila siap memasang bagi mempastikan
galas collar berada pada kedudukan yang betul.
7. Pasangkan semula syaf putar pada kenderaan.

Menanggal dan memasang syaf pandu 40 PERINGATAN.


LANGKAH-LANGKAH KERJA
Menanggal MESTI DIIKUTI BAGI
MENGELAKKAN
1. Jek dan sangga kenderaan mengikut prosedur. KEMALANGAN.
2. Keluarkan minyak kotak gear.
3. Tanggalkan klip dan hos brek dari penyerap hentak.
4. Tanggalkan nat syaf pandu.
5. Tanggalkan hujung rod runut.
6. Tanggalkan pengikat sendi buku (knuckle).
7. Tarik hab ke arah luar, pastikan syaf keluar dari gelugur.

8. Cungkil keluar syaf pandu dari kotak gear.


9. Tarik keluar syaf pandu dan letakkan di atas
meja kerja.
Syaf Pandu
Kotak Gear

Memeriksa

1. Periksa syaf pandu sama ada bengkok atau


Bar sebarang kerosakan.
Pengumpel
2. Periksa gelugur syaf pandu sama ada haus atau
sebarang kerosakan.
3. Periksa boot getah sama ada koyak atau tidak.

Memasang

. Pasangkan syaf pandu pada perumah kotak gear.


. Ikatkan nat syaf pandu pada hab.
. Ikatkan hujung rod runut ke sendi buku stereng.
. Pasangkan semula hos brek dan klip.
Masukkan minyak gear ke dalam kotak gear.
Pasangkan roda dan turunkan kenderaan.
. Ikatkan nat syaf pandu mengikut spesifikasi ( torque 18.5 kg.in.134 ft lb.).
Latihan
41
1. ______________________ berfungsi untuk melicinkan penghantaran kuasa daripada gear
kerbeda ke roda yang memacu bagi kenderaan pacuan roda hadapan.

2. Untuk melicinkan perpindahan tenaga dari kotak gear ke gear kerbeda, satu komponen yang
dinamakan syaf pandu digunakan pada kedua-dua hujung syaf putar .
Betul
Salah

3. Namakan dua jenis sendi universal:

Rajah 1.

4. Rajah 1 menunjukkan komponen utama syaf pandu, namakan komponen rajah yang berlebel A,
B, C, D, E, F dan G.

A:

B:

C:
D:

E:

F:

G:

42

43

Anda mungkin juga menyukai