Anda di halaman 1dari 56

LAPORAN AMALI TEKNOLOGI AUTOMOTIF SPL4022

MENUKAR MINYAK ENJIN

OBJEKTIF
1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja. 2. Menjalankan kerja menservis minyak enjin. 3. Mengenalpasti jenis minyak enjin.

PENGENALAN
Memeriksa dan menukar minyak enjin selalu adalah di antara cara untuk menjaga enjin kereta supaya dapat bertahan lama. Ini adalah kerana kebocoran enjin memerlukan kerja pembaikan yang mahal dan kadangkala memerlukan enjin yang baru. Enjin kereta dihasilkan untuk memenuhi keperluan pembuat kereta. Oleh itu, ianya perlu ditukar mengikut cadangan mereka. Mengikut teori, cara yang paling baik untuk menukar enjin kereta bergantung kepada beberapa fakta seperti jenis pemanduan, penggunaan enjin dan kualiti petrol yang digunakan. Selalunya jarak perjalanan kereta tidak begitu penting. Malangnya jarak purata waktu penghabisan minyak hanyalah berdasarkan jenis pemanduan. Jika keadaan pemanduan bertambah teruk, minyak enjin perlulah ditukar sekerap mungkin untuk mengekalkan perlindungan maksima dan kebersihan enjin. Jadual dan rekod penyelenggaraan adalah untuk mengesahkan bahawa kerja yang ditentukan dalam jadual penyelenggaraan seperti cadangan car manufacture telah dilaksanakan dengan sempurna khasnya kenderaan baru. Perkhidmatan penyelenggaraan berkala patut dilakukan sama ada berdasarkan kepada jumlah perjalanan dalam kiraan kilometer atau bulan, bergantung pada yang mana berlaku lebih dahulu. Minyak enjin 10 W 30 atau sepadan dengan keperluan pengelasan API GRED SG atau gred yang lebih tinggi sepatutnya digunakan.

Jadual Penyelenggaraan Yang Disyorkan Oleh EON BIL 1. 2. 3. 4. 5. JADUAL PENYELENGGARAAN 1 Bulan / 1,000 km 3 Bulan / 5,000 km 6 Bulan / 10,000 km 9 Bulan / 15,000 km 12 Bulan / 20,000 km Setiap 3 bulan atau setiap kenaikan 5,000 km bergantung pada mana satu berlaku lebih dahulu kenderaan perlun diserviskan. Kadang kala juga bergantung kepada jenis kenderaan dan cara penggunaan sama ada untuk perjalanan jauh atau dekat .

Bil 1.

Cara Penggunaan Town Driving

Jarak & Jangka Masa Setiap 6,000 batu / 10,000 km atau setiap 12 bulan.

2.

Long Distance Driving

Setiap 12,000 batu / 20,000 km atau setiap 12 bulan.

ALATAN YANG DIPERLUKAN

Minyak Jek kereta enjin

Corong

Takung pengering Kain bersih minyak

LANGKAH KESELAMATAN
1. Hendaklah mematuhi peraturan bengkel.

2. Hendaklah memakai pakaian bengkel dan kasut keselamatan. 3. Pastikan menanggalkan segala barangan kemas dan jam. 4. Peralatan yang digunakan hendaklah di gunakan secara berhati-hati.

LANGKAH KERJA MENUKAR MINYAK ENJIN


1. Hidupkan enjin selama 10 minit sebelum membuang minyak enjin terpakai. Minyak yang panas lebih senang dibersihkan daripada minyak yang sejuk.

2. Letakkan kereta di permukaan yang rata dan matikan enjin 3. Jika kereta anda rendah, tinggikan sedikit dengan menggunakan jek dan sokongnya dengan stabil.

4. Buka hud kereta

5. Masuk ke bawah kereta apabila ia sudah disokong dengan kuat 6. Kenalpasti lokasi takung pengering minyak di bahagian bawah enjin 7. Longgarkan palam salir dengan menggunakan perengkuh dan letakkan takung pengering minyak di bawahnya

8. Tanggalkan palam salir dengan tangan untuk mengalirkan minyak panas. 9. Salirkan minyak ke dalam takung pengering minyak.

10. Pasangkan semula palam salir. 11. Ketatkan ia menggunakan perengkuh tetapi jangan terlalu ketat

12. Tanggalkan tukup pengisi minyak.

13. Letakkan corong di permukaannya dan masukkan minyak baru.

14. Tutupkan pengisi minyak apabila penuh 15. Hidupkan enjin dan periksa batang celup. Tambahkan minyak jika perlu

LAPORAN AMALI TEKNOLOGI AUTOMOTIF SPL4002

MENGURUS BREK

OBJEKTIF

1. Membuka tayar 2. Membuat servis brake bleeding (menjujuh sistem brek)

PENGENALAN

Gamba rajah sistem brek

Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memerlahan dan memberhentikan kenderaan. Silinder induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pasangan brek roda. Di sini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek. Sistem brek letak kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan dipasangkan pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan ketika meletakkan kenderaan atau membrek dalam kecemasan. Satu penggalak kuasa digunakan ke atas silinder induk untuk menambah kuasa ketika membrek.

Brek

Sistem merangkumi dua bahagian asal, silinder induk dengan pedal brek dan mekanisme brek roda serta tiub penyambung atau saluran brek dan susunan penyangga.

Prinsip Asas Kendalian Sistem Brek


Dalam sistem brek hidraul, tekanan dikenakan di pedal brek kemudian berpindah ke mekanisme brek oleh bendalir. Bagi mengetahui bagaimana tekanan berpindah pada brek hidraul, kita perlu memahami asas dan prinsip hidraul. Hidraul ialah kajian pergerakan cecair atau tekanan yang dikenakan ke atas cecair kemudian dihantar melalui paip atau pembuluh ke dalam sistem.

Bahagian-bahagian Sistem Brek


Komponen utama dalam sistem ialah pasangan brek dan pasangan yang terdapat di roda dan juga mekanisme yang digunakan.

Plat Belakang
Sekeping keluli yang dibentuk untuk meng-\gegaskan komponen roda ke atas hujung gandar (empat dalam sistem 4-roda).

Kekasut Brek
Pasangan berbentuk lengkung biasanya dua keping digegaskan ke atas roda dan dipasangkan di plat belakang. Dengan itu, ia sepusat dengan roda. Ia dipangsikan pada hujungnya dan bergerak keluar apabila brek dikenakan. Kekasut brek

Gelendong Brek
Satu gelendong yang dibolt ke hab roda di mana ia berpusing. Ia mempunyai silinder sebelah dalamnya di mana alas kekasut brek akan membuat sentuhan.

Gelendong brek

Silinder Roda
Ia digunakan dalam brek hidraul. Ia mengembangkan kekasut brek keluar untuk membuat sentuhan dengan gelendong, tekanan ini akan dikenakan apabila pedal brek diinjak.

Silinder roda

Cemat
Satu cemat pemangsi pada hujung kekasut.

Pelaras
Terdapat dua jenis pelaras iaitu pelaras automatik dan pelaras insani. Ia digunakan untuk mengeset kekasut brek pada jarak yang betul daripada gelendong apabila brek pada kedudukan bebas.

Pegas Pembalik
Apabila tekanan pedal brek dibebaskan pegas pembalik akan menarik balik kekasut ke kedudukan bebas.

Pegas pembalik

Silinder Induk
Terdapat omboh dalam silinder induk yang digunakan untuk membekalkan tekanan yang mengendali brek apabila pedal dikenakan.

Bahagian-bahagian Silinder Induk


Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama, satu takungan dan satu badan silinder induk. Takungan disediakan untuk membekal bendalir brek mengendalikan silinder. Semua arus takungan adalah jenis rekabentuk belahan. Bermakna terdapat dua bekalan yang berbeza untuk dua pasangan omboh yang berlainan. Rekabentuk belahan bertujuan untuk mengasingkan sistem hadapan dan sistem belakang atau sistem satu hadapan dan satu belakang bergantung kepada kes kerosakan hidraul.

Brek Jenis gelendong


Brek jenis gelendong biasanya digunakan pada brek belakang kenderaan yang diadukan dengan brek disk sebelah hadapannya. Pada kereta-kereta lama, keempat-ernpat roda menggunakan brek jenis gelendong. Brek jenis ini memberhentikan pusingan gelendong dan roda melalui geseran di antara alas brek gelendong. Tenaga gerak kenderaan ditukar kepada haba yang dihasilkan oleh gelendong brek dan bahagian yang berkaitan. Sejarah

Brek gelendong automotif moden dicipta oleh Louis Renault pada tahun 1902, walaupun versi yang kurang canggih telah pun digunakan oleh Maybach setahun sebelumnya. Pada brek gelendong terawal, kasut brek digerakkan oleh mekanisme tuas, rod dan kabel. Mulai pertengahan 1930an kasut brek dikendalikan oleh tekanan minyak di dalam satu silinder kecil dan

omboh (seperti di dalam gambar), walaupun masih terdapat sesetengah kenderaan yang masih menggunakan sistem mekanikal sepenuhnya. Kasut brek di dalam brek gelendong tertakluk kepada kehausan dan perlu dilaras secara berkala sehinggalah sistem pelarasan sendiri diperkenalkan pada tahun 1950an. Pada tahun 1960an dan 1970an brek gelendong hadapan kereta secara beransur-ansur digantikan dengan brek cakera dan secara lazimnya kesemua kereta menggunakan brek cakera hadapan dan brek belakang sama ada jenis cakera ataupun gelendong. Walau bagaimanapun, brek gelendong masih digunakan dalam mekanisme brek tangan, memandangkan sudah terbukti amat sukar bagi mereka satu sistem brek cakera yang mampu menahan kereta semasa tidak digunakan. Tambahan pula, adalah amat mudah untuk memuatkan satu brek tangan gelendong di dalam brek cakera supaya satu unit boleh berfungsi sebagai brek tangan dan brek kaki. Kasut brek terawal mengandungi asbestos. Semasa bekerja dengan sistem brek pada kereta lama, langkah keselamatan mestilah diambil dengan tidak menghidu sebarang habuk yang ada pada pemasangan brek. Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat mula mengawal pengeluaran asbestos, dan pengeluar brek diwajibkan untuk beralih kepada kasut brek bebas asbestos. Pada awalnya pengguna merungut dengan mengatakan brek bebas asbestos "kurang makan" berbanding brek asbestos; walau bagaimanapun, teknologi yang lebih moden membolehkan kasut brek bebas asbestos yang lebih baik dihasilkan. Kini kebanyakan negara telah melarang penggunaan asbestos di dalam sistem brek.

Bahagian Brek Jenis Gelendong


Bahagian pasangan brek jenis gelendong seperti mengandungi satu plat sokong belakang, kekasut brek utama dan pendua, pegas dan cemat penahan kekasut brek, pegas pembalik, kabel brek letak kereta dan pautan, komponen pelaras automatik, pasangan skru pelaras, satu ruang roda dan satu gelendong brek.

Komponen brek yang dipasang ke atas plat sokong diboltkan terus ke badan bebibir gandar belakang atau sendi bahu stereng hadapan. Satu cemat sauh disangkutkan pada plat sokong yang berfungsi sebagai anggota pendakap kekasut brek dan titik pangsi. Kekasut brek utama dipasangkan pada kedudukan hadapan menghadap hadapan kenderaan. Kekasut brek pendua dipasangkan pada kedudukan mengekor dan menghadap belakang kenderaan. Kekasut brek dikenalpasti dengan ketebalan lapikan dan badannya yang panjang. Biasanya kekasut brek utama lebih nipis dan pendek jika dibandingkan dengan lapik kekasut pendua. Tiap-tiap kekasut brek ditambah kepada plat sokong oleh cemat penahan, pegas penetap dan cemat pembalik. Bahagian hujung atas kekasut brek digegaskan ke cemat pangsi plat sokong dan dipegang dalam gegasan oleh pegas pembalik utama dan pendua. Hujung bawah kekasut brek dihubungkait dengan pasangan skru pelaras dan pegas. Kabel brek letak kereta, pautan serta komponen pelaras automatik dipasangkan di atas kekasut brek pendua

Kendalian Silinder Roda


Apabila brek dikenakan, tekanan hidraul daripada silinder utama digunakan dan disalur ke omboh di silinder roda. Tekanan hidraul menolak omboh dan memaksa kekasut brek menentang gelendong brek. Apabila pedal brek dibebaskan, pegas pembalik kekasut akan menarik kekasut brek balik di kedudukan sewaktu bebas.

Kendalian Kekasut
Kekasut brek adalah sebahagian daripada mekanisme brek yang menyokong lapik brek. Lapikan sama ada dirivet atau digamkan ke muka atau bahu kekasut. Mukanya dilengkung mengikut lengkung gelendong. Daya dikenakan untuk menolak kekasut brek menentang gelendong oleh daya gunaan silinder roda dan gerakan kekasut dengan gelendong. Pergerakan tadi membantu semasa membrek. Tindakan dinamakan pentenaga sendiri atau tindakan membrek. Untuk menjelaskan cara ia bekerja, katakan kekasut brek bebas untuk bergerak dengan gelendong yang mula bergerak lalu

membuat sentuhan. Tidak ada kesan membrek kerana tidak ada rintangan yang boleh menyebabkan geseran. Kekasut brek kemudian dipegang dalam selenggaraan oleh pusingan gelendong brek. Cemat yang dipasangkan ke plat sokong dapat memberikan geseran di antara lapikan dan gelendong sebaik sahaja membrek. Daya geseran tadi memusingkan kekasut di sekitar cemat. Hasil daripada geseran ini daya lebih besar dikenakan jika dibandingkan gerak kekasut permukaan tadi. Tindakan ini dikenali sebagai pentenaga sendiri. Apabila dua kekasut dipasang dengan satu perangkai pelaras dan jenis cemat sauh, daya akan bertindak ke atas satu kekasut untuk menentang pergerakan gelendong. Kekasut yang mula bergerak. dinamakan kekasut utama dan kekasut yang mengekor dinamakan kekasut pendua.

Brek Jenis Disk

Brek disk digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan kereta dan keempat-empat roda bagi sesetengah kereta pula. Satu disk dipasangkan ke hab roda dan berputar sekali dengan tayar dan roda. Apabila pemandu mengenakan brek, tekanan hidraul daripada silinder induk digunakan untuk menolak lapik geseran (yang lebih dikenali dengan nama pad) melawan pergerakan rotor kemudian memberhentikannya. Disk biasanya diperbuat daripada besi tuangan. Adakalanya hab dibuat sekali dengan disk dan bagi sesetengahnya rnerupakan dua unit berasingan. Disk mempunyai permukaan yang licin bermesin pada kedua-dua belah permukaannya. Adabeberapa jenis disk, ada yang padu dan ada yang bersirip pendingin dituang di antara permukaan brek. Rekabentuk ini dibuat

dengan tujuan untuk mendinginkan kawasan permukaan disk. Apabila disk berpusing, sirip udara akan menambahkan peredaran udara di antaranya. Dengan ini sistem pendingin brek tersebut lebih baik. Faktor ini dapat mempercepatkan pendinginan dan menambah pengaruh membrek di samping meminimumkan kecenderungan pengenaan brek yang keras. Disk dilindungi oleh perisai simbahan yang diboltkan ke gelendong bagi mencegah sebarang kekotoran memasuki disk. Sejarah

Brek cakera mula digunakan di England pada dekad 1890an; kereta pertama yang menggunakan brek cakera dipatenkan oleh Frederick William Lanchester di kilang Birminghamnya pada tahun 1902, walaupun setelah setengah abad barulah ciptaannya diterima pakai umum. Brek cakera gaya moden mula muncul pada kereta Crosley Hotshot yang dikeluarkan dengan jumlah terhad pada 1949, walaupun pengeluarannya dihentikan pada tahun 1950 kerana masalah reka bentuk.[1] Chrysler Imperial juga menawarkan brek cakera dari tahun 1949 sehingga 1953, walaupun ia turut disertakan dengan dua plat tekanan kitaran penuh, mengembang dalam. Brek cakera yang boleh diharap dibangunkan di UK oleh Dunlop dan mula tampil pada tahun 1953 pada kereta lumba Jaguar CType. Kereta Citron DS 1955, dengan brek cakera berkuasa, dan Triumph TR3 1956 adalah kereta Eropah pertama yang menggunakan brek cakera moden.[2] Kereta pengeluaran pertama yang menggunakan brek cakera hadapan dan belakang ialah Austin-Healey 100S pada tahun 1954. [3] Kereta pengeluaran Amerika seterusnya yang menggunakan brek cakera adalah Studebaker Avanti1963[4] (pilihan pada model Studebaker yang lain), peralatan wajib pada kereta Rambler Marlin 1965 (pilihan pada model AMC yang lain), dan Chevrolet Corvette Stingray (C2) 1965. Brek cakera menawarkan kuasa membrek yang lebih baik daripada brek gelendong, termasuk ketahanan daripada "kepudaran brek" yang disebabkan komponen brek yang terlampau panas, serta mampu pulih dengan cepat setelah terendam di dalam air (brek yang basah adalah kurang berkesan). Tidak seperti brek gelendong, brek cakera tiada kesan servo

sendiri dan daya membrek sentiasa berkadaran dengan tekanan pada injak atau tuas brek. Terdapat banyak penggunaan awal brek cakera kereta yang ditempatkan pada bahagian dalam aci pacuan, berhampiran gear pembeza, tetapi kebanyakan brek kereta hari ini terletak tersembunyi di dalam roda. Brek cakera paling popular pada kereta sport pada awal pengenalannya, memandangkan kenderaan tersebut amat memerlukan kuasa membrek yang tinggi.

Rekabentuk Angkup Apungan


Pasangan omboh tunggal dibina daripada satu tuangan yang mengandungi satu omboh yang mempunyai garis pusat lebar. Satu liang masuk dan injap jujus dimesin ke dalam bahagian angkup dan disambungkan terus ke gerek omboh. Gerek angkup silinder mengandungi satu omboh dan sesendal. Sesendal berbentuk segiempat tepat dan membentuk gelang, ia dimuatkan di dalam aur ke mesin di dalam gerek silinder. la ketat dan rapi di sekitar gafis pusat luar omboh bagi menyediakan sendalan hidraul di antara omboh dan dinding silinder. Penyendal segiempat tepat menyediakan satu larasan automatik kelegaan di antara rotor dan pad mengikut tiap-tiap kegunaannya.Apabila brek dikenakan, penyendal menarik balik ke bentuk asal bagi memberikan kelegaan pergerakan. Apabila lapik brek haus, kendalian omboh cuba menghadkan biasan penyendal, di mana omboh mengelangsar di dalam sesendal ke pemanjangan yang diperlukan untuk memampas kehausan lapik.

ALATAN YANG DIPERLUKAN

1 unit kereta Garage hydraulic jack

Sepana saiz M12

Transparent tube

Pembuka tayar Botol yang mengandungi brake fluid

Brake fluid

LANGKAH KESELAMATAN
1. Hendaklah mematuhi peraturan bengkel. 2. Hendaklah memakai pakaian bengkel dan kasut keselamatan. 3. Pastikan menanggalkan segala barangan kemas dan jam. 4. Peralatan yang digunakan hendaklah di gunakan secara berhati-hati.

LANGKAH KERJA MENGURUS BREK i) Membuka Tayar


1. Hidupkan kereta dan pandu kereta ke tempat garage hydraulic jack. 2. Matikan enjin kereta apabila kereta sudah berada pada kedudukan yang stabil pada garage hydraulic jack . 3. Tarik hand brake. 4. Longgarkan wheel nut pada tayar hadapan sebelah kiri dengan menggunakan pembuka tayar. Semasa keadaan ini tidak perlu melonggar habis atau membuka terus wheel nut kerana dikhuatiri akan menyebabkan bebenang (thread ) wheel nut rosak.

Melonggar wheel nut

5. Dengan

menggunakan

garage

hydraulic

jack

kereta,

naikkan

ketinggian kereta ke paras yang selesa dimana tayar mudah dikeluarkan.

6. Sekali lagi dengan menggunakan pembuka tayar, tanggalkan wheel nut yang sudah dilonggarkan dan tanggalkan tayar.

Menanggalkan tayar

7. Setelah tayar ditanggalkan, naikkan lagi paras ketinggian kereta dengan menggunakan garage hydraulic jack kereta untuk proses brake bleeding Servis Brake Bleeding 1. Dalam proses brake bleeding bantuan rakan diperlukan untuk menekan brake pedal. 2. Pastikan kuantiti brake fluid pada brake reservoir mencukupi. Buka penutup brake reservoir untuk melihatnya. Baca arahan pada cap (penutup) brake reservoir dan bersihkan dahulu sekeliling cap (penutup) brake reservoir sebelum membukanya.

Brake Reservoir

Cap (penutup) brake reservoir

3. Seterusnya minta rakan membelokkan tayar hadapan kiri keluar bagi membolehkan proses brake bleeding dilakukan dengan mudah .

Tayar hadapan sebelah kiri dibelokkan keluar

4. Sambungkan transparant tube dari bleeder screw ke botol yang mengandungi brake fluid.

Transparent tube dipasang pada bleeder screw ke botol yang mengandungi brake fluid

5. Minta rakan menghidupkan kereta dan menekan pedal brek sebanyak 10 kali. 6. Buka bleeder screw perlahan-lahan dengan menggunakan sepana saiz M12 untuk membolehkan aliran brake fluid mengalir ke dalam botol yang mengandungi brake fluid. Buka bleeder screw untuk tempoh yang sekejap lebih kurang 15 saat (Bagi tayar belakang kiri dan kanan, bleeder screw kena buka lama sikit kerana brake line yang panjang) 7. Apabila aliran brake fluid mengalir ke dalam botol yang mengandungi brake fluid, buih-buih udara akan kelihatan pada botol yang mengandungi brake fluid. Sebenarnya dalam proses ini kita membuang udara yang terdapat pada sistem brek 8. Ketatkan semula bleeder screw

Bleeder screw diketatkan

9. Ulangi langkah tersebut (no 5,6,7,8) semula sehingga tiada buih-buih udara kelihatan pada botol yang mengandungi brake fluid 10. Sekiranya semua proses brake bleeding telah selesai pada semua tayar, isi semuala brake reservoir dengan menggunakan brake fliud yang baru samada brake fluid jenis DOT 3 atau DOT4.

11. Setelah selesai tugasan amali, simpan peralatan yang telah digunakan. 12. Turunkan kereta dan uji keberkesanan sistem brek. Uji dengan melalui sistem brek ABS dan tiada ABS.

Pengujian sistem brek ABS dan tiada ABS

LAPORAN AMALI TEKNOLOGI AUTOMOTIF SPL4022

PEMASAAN ENJIN

OBJEKTIF
1. Melaras nilai RPM kepada 1500RPM. 2. Melaras grove (lurah) pada crankshaft pulley ke nilai 9.

PENGENALAN
Pemasaan penyalaan yang betul dalam enjin adalah penting supaya percikan dihasilkan di dalam silinder yang dicadangkan pada masa yang tepat. Pemasaan penyalaan tidak betul boleh menyebabkan enjin mengalami erratically, menghasilkan ledakan (mencetuskan diketuk) dan umumnya mengurangkan panjang umur enjin. Pemasaan penyalaan ditetapkan dari penanda aras pusat mati atas (TDC), dimana apabila silinder nombor satu di atas lejang mampatan. Dengan menggunakan timing light, mekanik boleh menyemak dan menyesuaikan pemasaan penyalaan enjin kereta anda.

ALATAN YANG DIPERLUKAN

Bateri kereta Set enjin kereta 4 lejang

Timing light gun Sepana saiz M12

LANGKAH KESELAMATAN
1. Hendaklah mematuhi peraturan bengkel. 2. Hendaklah memakai pakaian bengkel dan kasut keselamatan. 3. Pastikan menanggalkan segala barangan kemas dan jam. 4. Peralatan yang digunakan hendaklah di gunakan secara berhati-hati.

LANGKAH KERJA PEMASAAN ENJIN


i) Melaras RPM

1. Pasangkan bateri kereta 2. Pasang timing light kepada bateri kereta. 3. Lihat bacaan pada timing light dimana akan menunjukkan nilai 4 yang membawa maksud 4 lejang dan nilai 15. 4. Hidupkan kereta. 5. Tekan throttle minyak dan lihat nilai RPM pada timing light dengan cara mengacukan timing light pada bahagian pulley yang sedang berpusing. Sekiranya nilai RPM kurang dari 1500 RPM, pelarasan RPM perlu dilakukan. 6. Laraskan nilai RPM kepada 1500 RPM dengan melaras pada RPM adjustment screw sambil menekan throttle minyak. 7. Apabila sudah mendapat nilai bacaan 1500 RPM pada timing light semasa menekan throttle minyak, tekan butang pada timing light dan tukarkan nilai 15 sebelumnya kepada nilai 0. 8. Seterusnya lakukan pula proses melaras grove (lurah) pada crankshaft pulley ke nilai 9.

Memasang bateri kereta

RPM adjustment screw

Membaca nilai RPM 1500 pada timing light

ii)

Melaras grove (lurah) pada crankshaft pulley ke nilai 9

1. Setelah melakukan pelarasan RPM kepada nilai 1500RPM, lakukan pula pelarasan grove pada crankshaft pulley ke nilai 9. 2. Dengan keadaan enjin hidup, longgarkan screw distributor dengan menggunakan sepana saiz M12 dengan keadaan berhati-hati. 3. Laraskan kedudukan distributor dengan memusingkan distributor kearah advanced (clockwise) atau kearah disadvanced (anti-clockwise) dan lihat pergerakan grove pada crankshaft pulley. Pergerakan grove pada crankshaft pulley akan berubah sekiranya kedudukan distributor dilaras. Semasa melaraskan distributor pegang pada distributor cap kerana kepanasan kawasan itu rendah.

Melonggarkan screw pada distributor

Memegang pada distributor cap semasa melaraskan kedudukan distributor

4. Gunakan timing light dan tembak cahaya berkelip-kelip timing light pada grove crankshaft pulley. Cahaya tersebut menunjukkan pergerakan grove pada crankshaft pulley. 5. Setelah grove pada crankshaft pulley mendapat bacaan nilai 9, ketatkan semula screw pada distributor.

Bacaan nilai 9 oleh pergerakan grove pada crankshaft pulley 6. Setelah selesai tugasan amali, simpan peralatan yang telah digunakan.

LAPORAN AMALI TEKNOLOGI AUTOMOTIF SPL4002

MENSERVIS SISTEM PENYEJUKAN

OBJEKTIF
1. Membuat servis pada system penyejukan 2. Membuat water bleeding

PENGENALAN
Sistem penyejukan adalah salah satu sistem yang penting kepada

sesebuah enjin. Tanpa sistem penyejukan tentunya enjin akan menjadi sangat panas akan menyebabkan bahagian-bahagian atau komponen yang ada pada enjin akan musnah dengan jangka masa yang amat singkat sahaja. Secara umum, sistem penyejukan ini diperlukan supaya sesebuah enjin dapat mencapai ke suhu kerja dengan masa yang sesuai dan mengawal suhu enjin dengan tahap yang diperlukan. Haba yang dihasilkan dari pembakaran campuran udara bahan api diruang pembakaran boleh meningkat sehingga 2500 C. Dua puluh empat sehinga dua puluh tujuh peratus dari haba ini ditukarkan kepada tenaga mekanikal. Empat puluh peratus lagi dipindahkan melalui ekzos dan sistem pelincir selebihnya pula dipindahkan ke system penyejuk. Tiga (3) tugas utama sistem penyejuk bolehlah diterangkan seperti berikut :(a) Mengalirkan haba yang berlebihan atau tidak diperlukan Suhu pada dinding silinder mestilah tidak melebihi dari 210 C atau 250 C. Suhu yang melebihi dari takat ini akan menyebabkan minyak pelincir hilang kelikatannya atau terbakar. Ini mengakibatkan kerosakan seperti omboh terlekat pada dinding selinder , selinder terguris, alas kepala selinder hangus, injap bengkok dan lain-lain lagi.

(b) Mengawal suhu enjin pada takat yang paling cekap pada semua keadaan kendalian. Ini membolehkan enjin mencapai kecekapan didalam hal-hal seperti : Renggangan memerlukan kelegaan Meninggikan pelowapan bahan api Minyak pelincir sentiasa berada pada takat kelikatan yang sesuai yang betul diantara bahagian-bahagian yang

(c) Memanaskan enjin dari mula ia dihidupkan sehingga ke suhu kendalian pada jangka masa yang singkat. Ini dapat dilakukan dengan menghalang sistem dari berfungsi semasa enjin sejuk dan membenarkannya berfungsi semula apabila enjin mencapai suhu kendalian. Bagi tujuan ini termostat digunakan.

Sistem Penyejukan

Sistem Penyejuk Cecair Sebuah pam air digunakan untuk mengalirkan air melalui selubung air ( yang mengelilingi ruang pembakaran, selinder, dudukan injap dan pandu injap) dan radiator. Apabila air melalui selubung air dan radiator, ia akan menyerap sebahagian dari haba. Kemudian air ini disejukkan oleh kipas dan juga tiupan angin semasa kenderaan bergerak.

Punca Kerosakan Sistem Penyejukan (Cooling System)


BIL JENIS KEROSAKAN 1 Panas Lampau SEBAB KEROSAKAN BAHAGIAN YANG ROSAK Edaran air tidak baik -Tali kipas longgar -Air tidak mencukupi -Termostat rosak -Teras radiator tersumbat -Hos telah pecah -Aci atau pendesak pam air pecah -Minyak pelincir tidak cukup -Penyalaan lambat -Campuran bahanapi terlalu rendah -Brek melekat -Cekam licin -Kenderaan dipandu terlalu laju -Lebih muatan -Terlalu banyak karbon pada ruang pembakaran 2 Bocor dalam dibahagian Bocor -Sistem ekzos tersumbat -Gasket pecah -Kepala selinder retak

-Dudukkan injap rosak -Nat kepala selinder longgar -Dinding selinder retak

Sistem Penyejukan ( COOLANT SYSTEM ) Jika enjin beroperasi secara berterusan, komponen yang bergesel akan mengeluarkan suhu yang tinggi. Walaupun jika suhu berkenaan tidak dikurangkan, ia akan merosakkan komponen-komponen yang sering beroperasi. Maka suatu sistem amat diperlukan untuk menyejukkan enjin ke tahap maksimum supaya enjin dapat beroperasi dengan stabil dan sempurna. Sistem ini dikenali sebagai sistem penyejukkan. Sistem penyejukkan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyejukkan cecair yang menggunakan bahan penyejukkan khas iaitu etil glikol dan satu lagi ialah penyejukkan angin yang ditarik melalui kipas ke arah radiator dan komponen enjin yang lain. Penyejukkan cecair menyejukkan suhu panas di bahagian dalam enjin dan penyejukkan angin menyejukkan bahagian luar enjin. Sesebuah enjin menggunakan kombinasi sistem penyejuk cecair dan sistem penyejuk angin.

Kebanyakan

enjin

kereta

modal

tahun

1980an

dan

1990an

menggunakan kipas penyejuk automatik yang cuma berfungsi pada takat suhu yang tetentu sahaja. Namun begitu, kedua-dua jenis sistem ini selalu mengalami kerosakan yang akan menggugat kesempurnaan operasi sesebuah enjin. Antara kerosakan yang sering berlaku ialah :1 Enjin terlalu panas 2 Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan. 3 Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator. 4 Terdapat rekahan atau keretakan pada Radiator. 5 Terdapat kebocoran pada saluran (Hose). 6 Motorkipas tidak berfungsi dengan baik.

1 Enjin terlalu panas Cecair tidak ditambah setiap hari. Beberapa kemungkinan boleh menyebabkan air berkurangan dan radiator menjadi kering setiap hari. Selalunya, kerosakan berlaku pada gasket penebat pam air yang telah bocor atau haus, yang mungkin sudah terlalu lama digunakan atau kesilapan semasa pemasangan. Jika ini berlaku, keluarkan pam air daripada enjin dan periksa kesan cecair yang menitik daripada injap semak pam preasure check valve. Jika terdapat kesan kebocoran, buka komponen pam air dan gantikan gasket penebat, jika keadaan impeller sudah uzur, berkarat. Penggantian perlu dilakukan. Dipasang kembali dan uji samaada masih ada kebocoran, diteliti punca kebocoran. Jika masih bocor mungkin permukaan pertemuan pam air dengan enjin sumpik, calar dan tidak rata memungkinkan air boleh keluar.

Hos aliran cecair rosak. Periksa juga hos aliran cecair daripada radiator kepada pam cecair, dan daripada enjin blok ke radiator. Jika hos didapati terseliuh atau patah, pengaliran cecair daripada tangki cecair tidak akan mengalir dengan bebas dalam sistem penyejukkan lalu menyebabkan enjin terlampau panas. Jika hos aliran cecair didapati lembut, gantikan dengan yang baru. Termostat tidak beroperasi walau pada suhu yang tinggi. Selalunya terdapat termostat yang tidak beroperasi seperti yang dijangka, atau cecair dalam radiator tidak berubah walaupun pada suhu yang tinggi. Injap termostat sepatutnya terbuka apabila suhu meningkat kepada 26C. Jika hal ini berlaku, keluarkan daripada enjin dan periksa samaada injap dapat terbuka atau tertutup. Masukkan termostat kedalam balang yang hampir berisi air dan masukkan meter suhu ke dalam balang tersebut. Panaskan cecair dan perhatikan pergerakan injap termostat. Ia sepatutnya mula terbuka pada tahap suhu 79-80C bagi termostat yang bertanda 82C, jika injap tidak terbuka selepas 82C itu tandanya injap itu rosak. Untuk mengatasi masaalah ini, hanya perlu ganti termostat yang baru dengan suhu operasi sama seperti yang lama. Seeloknya gantikan dengan termostat yang dikeluarkan oleh pengeluar enjin. Jeriji radiator tersumbat atau mengepis.

Cara membaiki adalah dengan mengeluarkan radiator daripada enjin dan melakukan pancuran bertentangan. Proses ini adalah untuk membuang kotoran daripada jeriji radiator.

Motor kipas rosak atau bilah kipas patah Uji motor kipas dengan menggunakan kuasa bateri direct current lihat samaada berpusing atau tidak. Jika tidak gantikan dengan yang lain. Biasanya komponen ini tidak boleh dibaiki. Jika hanya bilah kipas sahaja yang patah atau piuh, gantikan dengan model yang sama.

Cecair dalam tangki air radiator berkurangan.

Laluan air sebagai agen penyejuk pada sesebuah kereta Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan walaupun tiada kesan kebocoran pada bahagian luar enjin. Kerosakan seperti ini memang sukar di kesan tanpa alat penguji tekanan. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh dinding silinder yang retak dan cecair memasuki silinder sedikit demi

sedikit semasa lejang kuasa. Untuk memastikan kerosakan, uji tekanan dalam sistem penyejukkan adalah antara10-15 bar. Jika tekanan berkurangan semasa alat penguji tekanan ditekan, dan pada masa yang sama tidak terdapat sebarang kebocoran daripada sambungan hos air dan pam air, maka disahkan kebocoran berpunca daripada dinding silinder. Jika hal ini berlaku, keluarkan semua cecair daripada enjin dan gantikan pelapik silinder yang bocor atau retak dengan saiz yang sama, atau enjin kereta tersebut perlu diganti dengan enjin blok terpakai ataupun dengan blok enjin yang baru. Berkemungkinan juga ada kebocoran yang halus pada radiator, ini dapat dilihat dengan membiarkan enjin hidup dan lihat jika ada air menitis atau keadaan berair pada radiator. Kemudian tanggalkan radiator dari kereta dan lakukan baik pulih. Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator. Gasket kepala silinder bocor, atau bolt pengikat kepala silinder longgar. Ini menyebabkan minyak pelincir masuk ke saliran cecair penyejuk melaluinya. Jika ini berlaku, keluarkan cecair daripada radiator dan blok enjin, kemudian lakukan kerja baik pulih bahagian atas silinder enjin top overhaul. Ciri-ciri sistem penyejukkan yang baik pada enjin : Suhu enjin stabil semasa operasi Tidak terdapat sebarang titisan atau lelehan cecair daripada enjin. Tali sawat dalam keadaan ketegangan yang baik mengikut spesifikasi (antara 12-19) Enjin dapat dihidupkan dengan segera walaupun dalam keadaan cuaca sejuk.

Melihat kerosakkan pada sirip radiator

ALATAN YANG DIGUNAKAN

Bateri kereta Set enjin kereta 4 lejang

Bekas tadahan air Pemutar skru philips

LANGKAH KESELAMATAN
1. Hendaklah mematuhi peraturan bengkel. 2. Hendaklah memakai pakaian bengkel dan kasut keselamatan. 3. Pastikan menanggalkan segala barangan kemas dan jam. 4. Peralatan yang digunakan hendaklah di gunakan secara berhati-hati.

LANGKAH KERJA MENSERVIS SISTEM PENYEJUKAN


1. Periksa penutup radiator. Selepas itu, buka penutup radiator bagi mempercepatkan aliran air keluar dari bawah salur radiator.

Penutup radiator dibuka

2.

Untuk membuang air dalam radiator, buka dahulu skru aliran air. Gunakan spanar bersaiz 13 untuk melonggarkan skru tersebut. Kemudian, buka skru menggunakan tangan. Pastikan bekas tadahan air diletakkan terlebih dahulu.

3.

4.

Biarkan air mengalir sehingga ia kering sepenuhnya. Pembuangan air ini bertujuan untuk menggantikan air yang telah lama yang akan menyebabkan radiator berkarat.

5.

Selepas air dalam radiator sudah kering, buka skru radiator dengan menggunakan spanar saiz 14.

6.

Longgarkan skru pada hos atas dan gos bawah pada radiator. Kemudian tanggalkan hos daripada radiator.

Skru dibahagian atas


7.

Periksa sekeliling bahagian radiator. Pastikan tiada kerosakan atau kebocoran pada mana-mana bahagian radiator.

8.

Masukkan air paip ke dalam radiator untuk mencuci bahagian dalam radiator. Masukkan air dengan tekanan yang tinggi supaya bendasing dapat disingkirkan.

Air dimasukan untuk mencuci bahagian dalam

9.

Setelah selesai mencuci, pasangkan semula radiator ke bahagian asal. Pasangkan juga hos yang telah dibuka tadi.

10.

Masukan air bersih serta coolen dan anti-karat ke dalam radiator. Tutup bahagian atas radiator dan pastikan ia kedap.

LAPORAN AMALI TEKNOLOGI AUTOMOTIF SPL4002

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM

BENGKEL AUTOMOTIF

OBJEKTIF
Latihan amali yang dijalankan pada sesi amali ini bertujuan: 1. Mengetahui keselamatan bengkel 2. Mengetahui jenis pemadam api 3. Mengetahui pengurusan bengkel 4. Mengetahui sistem: i- Power Transmission System ii- Ignition System iii- Brake System iv- Fuel System

KESELAMATAN
Keselamatan ialah sesuatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa. Keselamatan terbahagi kepada tiga komponen iaitu: i) ii) iii) Keselamatan diri. Keselamatan orang lain. Keselamatan peralatan.

Keselamatan bukan hanya untuk dibaca atau diamalkan ketika waktu tertentu sahaja. Keselamatan perlu diberi perhatian serius pada setiap masa dan ketika walau di mana juga seseorang berada. Keselamatan boleh dianggap sebagai satu kebiasaan atau satu bentuk sikap. Seseorang tidak lahir bersama ketika lahir ke dunia. Kebiasaan akan sebati bersama jika seseorang melakukan atau mengamalkan sesuatu itu berulangkali. Keselamatan adalah perkara penting yang perlu dipatuhi oleh semua pihak (Abd Rahman, 1993). Keselamatan juga sama pentingnya dengan kesihatan.

Penjagaan kesihatan bertujuan untuk mengelakkan daripada penyakit, begitulah halnya dengan keselamatan. Walau bagaimanapun seseorang mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pelajar-pelajar yang menjalankan kerjakerja amali di bengkel tidak terkecuali dari mengamalkan langkah-langkah keselamatan. Aspek keselamatan hendaklah sentiasa diingatkan oleh guru terutamanya sebelum memulakan kerja amali. Cara ini akan dapat memupuk sikap pelajar terhadap pentingnya amalan keselamatan pada diri sendiri dan persekitarannya. Semasa kelas amali automotif pelajar akan terlibat dengan

penggunaan pelbagai peralatan untuk kegunaan kerja enjin dan membaiki kenderaan. Pelajar akan sentiasa terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan. Pelajar harus mempunyai sikap yang positif terhadap amalan keselamatan, semasa melakukan kerja amali di bengkel. Ianya bertujuan untuk keselamatan diri dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan di tempat kerja. Secara tidak langsung akan menghasilkan kerja yang bermutu. Keselamatan di bengkel adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai hubungkait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat bekerja yang bebas daripada bahaya. Kemalangan yang berlaku di bengkel boleh menyebabkan kecederaan terutamanya kepada anggota badan yang terdedah kepada bahaya seperti tangan, mata dan kepala. Kecederaan akan menjadi lebih parah sekiranya mangsa tidak memakai alat pelindung keselamatan. Pada tahun 1970 Kerajaan Amerika Syarikat telah mewujudkan satu undangundang dan akta mengenai keselamatan. Akta tersebut dikenali sebagaiOccupational Safety and Health atau ringkasnya OSHA. Akta ini diperkenalkan bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atauindustri. Di Malaysia akta keselamatan iaitu PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial telah ditubuhkan pada tahun 1969. Akta ini bertujuan untuk melaksanakan, mentadbir dan menguatkuasakan akta

keselamatan sosial pekerja dan peraturan-peraturan keselamatan sosial pekerja. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Biasanya kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan. Pelajar yang mahir dan berkebolehan adalah pelajar yang mempunyai sikap mengutamakan

keselamatan dengan sepenuhnya. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel. Keselamatan di dalam bengkel menjadi kurang efektif jika bilangan pelajar terlalu ramai, menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di bengkel. Pelajar bukan saja tidak selesa untuk menjalankan kerja, besar kemungkinan kemalangan boleh berlaku dengan mudah. Kesesakan ruang juga berperanan menyumbang kepada gangguan emosi, pengudaraan yang tidak sihat dan suasana yang tidak teratur.Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikapacuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja. Sikap sebegini hendaklah dihindarkan supaya suasana di tempat kerja dapat berjalan dengan baik dan selamat. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk sejak dari awal lagi, agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu hasil kerja dapat ditingkatkan dan suasana kerja selamat dapat diamalkan.

Keselamatan Diri Memastikan diri kita berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mental semasa bekerja di dalam bengkel dan mengendalikan alatan. Berdisiplin dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh atau yang dipaparkan di dalam bengkel. Mengetahui kaedah penggunaan atau cara mengendalikan sesuatu alatan dengan selamat dan betul. Pakaian kemas dan sesuai dengan situasi kerja yang dilakukan. Memakai dan menggunakan alat perlindungan atau alat bantuan semasa proses mengendalikan alatan. Menggunakan alatan dengan baik dan mengikuti tatacara dan langkah langkah yang telah digariskan.

Rajah 1: Pakaian yang kemas perlu semasa berada di bengkel.

Keselamatan Orang Lain Menanda kawasan yang berbahaya dan mudah untuk dilihat. Memastikan bengkel berada dalam keadaan bersih, kemas dan alatanalatan dalam keadaan sempurna dan tidak rosak. Tidak bergurau senda dan tolak menolak di dalam bengkel.

Keselamatan Alatan Memastikan alatan berada dalam keadaan memuaskan dan bersedia untuk digunakan. Mengenalpasti alatan dan komponen yang rosak dan kurang sempurna untuk dibaik pulih dan diselenggara supaya jangka hayat penggunaannya panjang. Meletakkan alat di tempat yang selamat dan di tempat asalnya setelah tidak digunakan. Melabelkan dan menunjukkan cara penggunaan alatan yang betul.

Pertolongan Cemas Ialah rawatan awal yang boleh diberikan oleh seseorang yang mengetahui atau mempunyai kemahiran pertolongan cemas sementara menantikan ketibaan doktor ataupun pihak hospital. Matlamat pertolongan cemas adalah menyelamatkan nyawa dari keadaan bertambah buruk, teruk dan menyegerakan penyembuhan.

Alat-alat pertolongan cemas yang mustahak perlu disediakan di dalam bengkel bagi memudahkan rawatan awal diberikan kepada pelajar yang tercedera dengan segera sebelum dihantar ke hospital.

Di dalam peti keselamatan bekalan ubat-ubatan dan alat-lat yang berikut adalah perlu dan mustahak. i) Ubat biru- untuk luka-luka kecil dan kudis. ii) Ubat kuning untuk luka-luka sederhana besar dan kudis. iii) Ubat biji panadol untuk pening, sakit kepala serta demam. iv) Antiseptik untuk mencuci luka-luka. v) Anduh tiga segi dan Bandage vi) Gunting. vii) Minyak panas.

Alat Pemadam Api Sejarah pemadam api bermula pada tahun 1800, pemadam api ringan dicipta. Ia mengandungi asid dan larutan soda. Pada tahun 1917, pemadam api jenis buih. Pada tahun 1920, pemadam api jenis air(jenis terbalik) pada tahun 1928, pemadam api jenis loaded steam mengandungi larutan campuran alakali dan garam. Pada tahun 1950, pemadam api jenis kimia. Pada tahun 1959, pemadam api jenis bertekanan (stored pressure). Cara mengendalikan alat pemadam api. 1) Keluarkan pin picu dan pegang alat pemadam api secara menegak. 2) Halakan muncung pemancut ke dasar api.

3) Tekan tuas rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam dapat disemburkan.

Rajah 2: Cara pengendalian pemadam api

Jenis -jenis alat pemadam api dan jenis kebakaran . Kelas A - Jenis air.

Memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain, kertas dan seumpamanya. Kelas B - Jenis buih.

Memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak, cat, varnish dan seumpamanya. Kelas C - Jenis karbon dioksida.

Memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis, transformer dan seumpamanya. Kelas A,B&C Jenis serbuk kering.

Memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan kebakaran api kelas A,B dan C.

Jadual 1: Jenis Pemadam api

Pengurusan Organisasi Bengkel Organisasi bengkel ialah satu siostem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara tenaga pengajar dan pelajar. Perlaksanaan sistem ini akan dapat memastikan keselamatan diri, alatan dan bengkel sentiasa terjamin. Antara tujuan pelaksanaan pengurusan organisasi bengkel ialah : ii) iii) iv) v) Memastikan bengkel sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, kemas dan selamat. Membina dan mewujudkan sikap bertanggungjawab, bekerjasama, menepati masa dan berdisiplin dikalangan pelajar. Memastikan alat dan kelengkapan bengkel sentiasa berada dalam keadaan teratur, bersih dan terkawal. Memastikan tugasan dapat dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik.

Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persikitaran UTM

Rajah 3: Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persikitaran UTM

Anda mungkin juga menyukai