Anda di halaman 1dari 11

BIOLOGI

Sains biologi merupakan bidang ilmu yang berkaitan dengan benda-benda hidup. Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab spesies wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling. Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain. Ilmu zoologi berkolaborasi dengan ilmu botani sehinga secara bersama - sama membentuk ilmu biologi atau ilmu hayat

ZOOLOGI Zoologi merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi haiwan. Cabang ilmu zoologi antara lain: (a) Nematologi adalah ilmu tentang biologi nematoda . Nematoda merupakan sekelompok avertebrata penting kerana beberapa anggotanya menjadi parasit penting dalam bidang kesihatan/perubatan dan pertanian. (b) Entomologi adalah ilmu yang mempelajari tentang serangga. Ianya merangkumi ilmu yang mempelajari artropoda (haiwan berstruktur) , khususnya labah-labah dan spesisnya (Arachnida atau Arachnoidea), serta lipan dan spesisnya (Millepoda dan Centipoda). Istilah ini berasal dari dua perkataan Latin - entomon bermakna serangga dan logos bermakna ilmu pengetahuan. (c) Malakologi (Inggris: malacology; berasal dari bahasa Yunani: cypraea yang berarti "siput" dan logos yang berarti "lambang, pengetahuan") adalah cabang zoologi yang mempelajari semua aspek kehidupan (biologi) moluska. (d) Herpetologi (Bahasa Yunani: herpeton = melata, dan logos = penjelasan atau alasan) adalah cabang ilmu zoologi yang mempelajari kehidupan (biologi) reptilia dan amfibia. Sesungguhnya, objek kajian ilmu ini adalah vertebrata berkaki empat (tetrapoda) yang "berdarah sejuk" (poikiloterm) karena reptilia dan amfibia banyak perbezaanya. (e) Herpetologi semakin banyak dipelajari seiring dengan berkembangnya kecenderungan menjadikan reptilia sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, banyak jenis dari kedua kelompok besar haiwan ini yang menghasilkan bisa/racun yang dapat digunakan sebagai ubat-ubatan.

(f) Iktiologi (Bahasa Inggris: ichhyology, Bahasa Yunani: ichthyon = "ikan" dan logos = "lambang, pengetahuan") adalah cabang ilmu zoologi yang mempelajari kehidupan (biologi) ikan. Iktiologi dipelajari di bidang biologi untuk aspek ilu pengetahuan dan perikanan.Terdapat lebih kurang 25.000 spesies ikan yang merupakan kumpulan dari vertebrata. Walaupun sebahagian besar spesies telah ditemui dan dikenalpasti, lebih kurang 250 spesis dikelaskan dan diberitahu kepada umum secara rasmi hampir setiap tahun. Penerapan iktiologi sering dihubungkan dengan biologi laut, limnologi, dan oseanografi. (g) Ornitologi (dari Bahasa Yunani: , ornis, "burung"; dan , logos, "ilmu") adalah cabang zoologi yang mempelajari tentang burung. Beberapa aspek ornitologi berbeza yang berhubungan erat dengan kedisiplinan, yang berkaitan dengan kemampuan penglihatan yang tinggi dan pendekatan burung-burung dengan estetis. (h) Mamologi, dalam zoologi, adalah ilmu yang mempelajari tentang haiwan mamalia, merupakan haiwan vertebrata yang diklafisikasikan dengan jantung dengan empat injap, berdarah panas, berbulu, dan memiliki sistem saraf yang kompleks. Mamologi juga dikenali dengan nama "mastologi", "theriologi", dan "therologi". (i) Primatologi adalah cabang zoologi yang mempelajari kehidupan (biologi) selain manusia (kera, monyet, dan spesisnya). Ilmu ini dianggap penting sekarang ini kerana meningkatnya perhatian terhadap kelestarian haiwan-haiwan yang tergolong primat. Selain itu, berdasarkan DNA, diketahui bahawa komposisi genetik manusia dan sebahagian primat tidak jauh berbeza (bahkan hingga lebih dari 99% ). Dengan demikian, secara teorinya kajian terhadap primat dapat dianalogikan pada manusia. Contohnya adalah virus HIV atau ebola yang diketahui merebak dari primat ke manusia. Primatologi dipelajari sebagai ilmu khusus dalam bidang biologi atau kehutanan (terutama aspek konservasinya). (j) Paleozoologi atau palaeozoology (bahasa Yunani: , paleon = tua dan , zoon = haiwan) adalah adalah cabang dari paleontologi atau paleobiologi, yang bertujuan untuk menemukan dan mengidentifikasi fosil haiwan bersel banyak dari sistem geologi atau arkeologi, untuk menggunakan fosil tersebut dalam merekonstruki tempoh masa dan ekologi prasejarah.

PERKEMBANGAN BIDANG ZOOLOGI DI MALAYSIA


Pengasas bidang zoologi di Malaysia, Boo Liat pula diiktiraf menerusi sumbangan beliau kepada pemeliharaan kepelbagaian biodiversiti melalui kajian, fahaman dan kawalan penyakit berkenaan vektor dan kaitan antara penyakit ini dengan persekitaran dan juga kerana menganjurkan perlindungan untuk warisan semulajadi. Beliau diakui sebagai pakar utama dalam bidang pemeliharaan kepelbagaian kajihayat negara melalui pembabitan selama enam dekad dalam kajian saintifik dan penganjuran untuk melindungi biodiversiti kaya di Malaysia.

TOKOH ZOOLOGI ISLAM


Ibnu Al Muqaffa Ibnu Al Muqaffa yang wafat tahun 757 adalah pengarang kitab Al Hayawan atau kitab tentang Binatang / Ensiklopedia tentang Haiwan. Abdulmalik bin Quraib Al-Asma'i Abdulmalik bin Quraib Al-Asma'i (Basra, 740-828) merupakan seorang ilmuwan bidang zoologi, botani, dan penjagaan haiwan. Tulisannya yang terkenal di antaranya Kitab Ibil, Kitab Khalil, Kitab Wuhush, Kitab Sha, dan Kitab Khalqal Insan. Buku terakhirnya tentang anatomi manusia membuktikan pengetahuannya yang mendalam dan luas mengenai bidang tersebut. Minat dalam penjagaan/peternakan kuda dan unta mendorong kepada hasil kerja ilmiah sistematik oleh orang Arab seawal abad ke-7. Ketika pemerintahan Khalifah Umayyad, klasifikasi dan sifat haiwan dan tumbuhan dikaji dan dicatat oleh beberapa ilmuwan. Hasil kajian Al-Asmai amat popular dikalangan ilmuwan pada abad ke-9 dan abad ke-10. Abdul Malik bin Quraib al-Asmai ialah sarjana pertama yang mengkaji ilmu alam dan zoologi (ilmu haiwan). Beberapa buah fikirannya yang sangat terkenal mengupas tentang haiwan, yakni Kitab alKhayhl, yang membahas selok belok kuda. Selain itu, ia juga menulis Kitab Al-Ibil yang mengupas tentang unta, Kitab ash-Sha tentang kambing, dan Kitab al-Wuhush tentang haiwan liar. Abdul Malik juga mengkaji manusia melalui Kitab Khalq al-Insan. Ia juga tercatat sebagai ilmuwan pertama yang mempelajari anatomi manusia. Salah satu kitabnya yang menjadi fenomena adalah Kitab al-Asmai yang masih menjadi rujukan ilmuwan di Austria separuh kedua abad ke-19 M. Al-JahizAl-Jahiz Amr Ibn Bahr al-Jahiz telah mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan dan menghasilkan "Kitab alHayawan". Kitab ini menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar Al-Jahiz ialah ilmuwan Islam yang dikagumi kerana cintanya yang tidak berbelah bagi dalam menimba ilmu pengetahuan. Diceritakan bahawa ibunya memberikan beliau sedulang kertas nota dan memberitahunya bahwa kertas itu boleh menyara hidupnya kelak. Beliau menguasai bahasa dan sastera Arab dengan baik, selain mengkaji buku berbahasa Yunani. Begitu pun, kepakarannya lebih menonjol dalam bidang ilmu haiwan berdasarkan buku karangannya. Al-Jahiz menulis lebih 200 naskhah buku meliputi bidang zoologi, tatabahasa Arab, puisi dan kamus. Al-Jahiz yang mempunyai komitmen tinggi terhadap ilmu dan pembacaan sehingga mati tertindih oleh bukunya pernah berkata, Buku itu akan diam bila engkau menyuruhn ya diam. Dia tidak akan mengganggumu jika engkau sedang bekerja. Tetapi apabila engkau diulik kesepian, dialah teman yang akan menjadi temanmu paling baik.

KEPENTINGAN BIDANG ZOOLOGI

Secara amnya kajian zoology yang dijalankan di seluruh dunia oleh saintis zoologi
melibatkan haiwan yang terancam atau hampir pupus. Kebelakangan ini banyak kajian yang diterbitkan sebagai panduan bagi manusia khusunya pakar zoologi untuk mengenalpasti tingkah laku, perubahan persekitaran alam dengan haiwan, faktor kejatuhan spesis dan sebagainya. Khususnya di Malaysia banyak program berkenaan zoologi dilaksanakan untuk kelestarian haiwan-haiwan di Malaysia agar ianya terus terpelihara. Antara program dan kajian yang telah dijalankan ialah : 1) Program pemeliharaan penyu 2) Kajian bilangan haiwan liar di Malaysia 3) Kajian pemeliharaan harimau Malaysia 4) Program pemeliharaan gajah pigmy Kajian dan program yang telah dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan bahawa haiwan keseluruhnya dapat: Diwarisi dari generasi sehingga generasi Mengenalpasti punca dan kesan kemerosotan haiwan Mencari cara terbaik memelihara haiwan terancam Memastikan kemandirian spesis haiwan yang ada sekarang menjadi satu tanggungjawab bersama oleh individu dan masyarakat agar ianya tidak lupus dan pupus selamanya. Matlamat utama kajian zoologi ini sebenarnya berkait rapat dengan hubungan yang terjalin antara haiwan dan manusia. Dengan wujudnya kajian tentang haiwan ini, manusia dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai sesuatu spesis haiwan tersebut malahan menjadi penyelamat kepada sebarang kejadian yang tidak didingini seperti penyakit berbahaya atau sebagainya. Kajian zoologi juga dapat membantu memajukan sektor penternakan, terutama ternakan haiwan makanan. Haiwan ternakan penting sebagai sumber protein sama ada dalam bentuk daging, susu ataupun telur yang dihasilkan. Pemeliharaan haiwan ternakan memerlukan penjagaan khusus, dan harus berdasarkan ilmu sains yang berkaitan. Ilmu dalam bidang zoologi sangat diperlukan oleh pakar veterinar haiwan turut terlibat dalam penjagaan haiwan peliharaan. Haiwan seperti kucing, anjing dan arnab yang dipelihara di rumah memerlukan ubat dan rawatan khursus seperti suntikan vaksin untuk hidup sihat dan tidak membawa bahaya kepada pemiliknya. Haiwan yang digunakan untuk tujuan perlumbaan dan permainan seperti kuda serta haiwan di zoo juga memerlukan khidmat pakar yang mengkhusus dalam zoologi. Sumbangan kajian ilmu zoologi juga penting untuk kajian tentang pelbagai spesis fauna terutamanya di Negara ini. Negara kita mempunyai pelbagai jenis haiwan yang masih hidup liar di hutan, sama ada yang melata atau yang ganas. Kajian tentang habitat, perlakuan dan keperluan hidup haiwan berkenaan amat penting untuk mengelakkan kepupusannya, selain meningkatkan ilmu dan

kepakaran kita tentang haiwan eksotik. Bantuan pakar zoologi juga di perlukan dalam kajian perubatan. Sistem biologi sesetengah mamalia hampir sama dengan sistem biologi manusia. Oleh itu, banyak ubat yang dihasilkan diuji terlebih dahulu dalam badan haiwan untuk melihat hasilnya. Sesetengah haiwan pula boleh dijadikan sel induk dalam pemindahan organ kepada manusia. Selain itu, terdapat haiwan yang menjadi sumber perubatan, misalnya insulin untuk pesakit diabetis boleh diperoleh daripada haiwan.Kepentingan sains biologi dalam bidang zoologi di Negara ini tidak dapat dinafikan. Kemajuan dalam bidang ini perlu ditingkatkan sejajar dengan pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara pada masa ini.

BOTANI
Botani ialah kajian saintifik untuk hidupan tumbuhan. Sebagai satu cabang biologi, botani kadang kala dirujuk sebagai sains tumbuhan atau biologi tumbuhan. Botani merangkumi berbagai-bagai disiplin saintifik yang mengkaji struktur, pertumbuhan, pembiakan, metabolisme, perkembangan, penyakit, ekologi, dan evolusi tumbuhan.

Bidang Kajian Botani


Sebagaimana dengan bentuk-bentuk hidup yang lain dalam bidang biologi, kehidupan tumbuhtumbuhan boleh dikaji dari berbagai-bagai sudut pandangan, dari peringkat biologi molekul, genetik, dan biokimia sehingga organel, sel, tisu, organ, individu, populasi tumbuhan, dan kepelbagaian biologi tumbuhan. Pada setiap peringkat itu, seseorang ahli botani mungkin akan melibatkan diri dalam pengelasan (taksonomi), struktur (anatomi), atau fungsi (fisiologi) kehidupan tumbuhan. Secara sejarah, botani merangkumi semua organisma yang tidak dianggap sebagai haiwan. Sebilangan daripada organisma yang "macam tumbuhan" termasuk: a) kulat (dikaji dalam bidang mikologi); b) bakteria dan virus (dikaji dalam bidang mikrobiologi); dan c) alga (dikaji dalam bidang fikologi). Kebanyakan alga, kulat, dan mikrob tidak lagi dianggap sebagai sebahagian alam tumbuhan. Bagaimanapun, perhatian masih diberikan kepada organisma-organisma itu oleh ahli-ahil botani, dan bakteria, kulat, dan alga biasanya dicakupi dalam kursus-kursus botani pengenalan. Mengapakah kita harus belajar tentang tumbuh-tumbuhan? Tumbuh-tumbuhan merupakan sebahagian asas kehidupan dalam bumi ini. Tumbuh-tumbuhan menghasilkan oksigen, makanan, gentian, bahan api, dan ubat yang membenarkan bentuk-bentuk hidup yang lebih tinggi untuk wujud. Tumbuhan-tumbuhan juga menyerap karbon dioksida, sejenis gas rumah tanaman, melalui proses

fotosintesis. Pemahaman yang baik terhadap tumbuh-tumbuhan adalah penting untuk masa hadapan manusia kerana tumbuh-tumbuhan membenarkan kita: 1) memberi makan kepada dunia; 2) memahami proses hidup asas; 3) menggunakan tumbuhan untuk ubat dan bahan; dan 4) memahami perubahan alam sekitar.

Dalam sains Botani terdapat beberapa pengkhususan dalam bidang Sains Botani untuk Organisma atau hidupan halus. Diantara bidang pengkhususan untuk botani organisma adalah seperti (1) Briologi Bidang ini mengkaji berkaitan lumut dan juga tumbuhan yang seumpamanya. Aspek identifikasi, klasifikasi dan ekologi lumut juga turut dikaji. (2) Lichenology Biologi lichens adalah mengenai satu organisma yang terdiri daripada fungus dan alga. (3) Mikologi (Mycology) Ini merupakan botani yang melibatkan biologi fungus. Fungus sebenarnya mempunyai kesan yang besar terhadap dunia kita. Ia penting dalam biosfera dan ianya dapat membantu mengitar semula bahan organik mati dalam proses pereputan tumbuhan. Malah ada beberapa fungus yang penting kerana menjadi pengeluar utama kepada hasil biologi seperti vitamin dan antibiotik. (4) Mikrobiologi Kajian mengenai organisma mikro. pengkhususan dalam bidang organisma di lakukan oleh Ahli organisma mikro sepertimana ahli mikrobiologi yang mengkaji bakteria. (5) Pteridology Mengkaji mengenai paku pakis dan tumbuhan seumpamanya. Ahli pteridologi mengkaji semua aspek biologi paku pakis. (6) Phycology Sains botani ini berkaitan dengan kajian mengenai algae, adalah merupakan asas rantaian makanan dalam persekitaran ekuatik. Juga dikenali sebagai ahli botani marin.

Kajian Botani Di Malaysia


Malaysia di bawah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah lama menjalankan penyelidikan tentang kepelbagaian tumbuhan dan herba yang terdapat dalam hutan di Malaysia. Antara kawasan penyelidikan FRIM ialah di : Stesen Penyelidikan Pasoh, Negeri Sembilan: Ia adalah stesen penyelidikan FRIM yang pertama ditubuhkan pada tahun 1970 di bawah

Man and Biosphere Programme, Universiti Malaya. Dipindah hakmilik kepada Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) pada tahun 1978.

Terletak di Hutan Simpan Penyelidikan Pasoh yang meliputi kawasan seluas 1,840 hektar

yang telah diwartakan untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan yang diuruskan oleh FRIM. Ia mendapat perhatian seluruh dunia dari saintis dan ahli ekologi hutan tropika, serta

pendidik dan penggemar alam sekitar tempatan. Terdapat sebuah plot ekologi kekal seluas 50 hektar, arboretum seluas 2 hektar, denai

alam berpandu sepanjang 2 kilometer dan sistem menara titian kanopi segitiga diperbuat daripada aluminium dan aloi yang pertama seumpamanya di negara ini. Hutan Simpan Penyelidikan Pasoh ini merupakan hutan pamah tropika yang paling

menyeluruh dikaji di rantau Asia Tenggara.

Stesen Penyelidikan Bidor, Perak - Kawasan tanah bekas lombong merangkumi 121.5 hektar ini dipajakkan kepada FRIM oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1996. - Ia adalah tapak kajian bagi projek-projek penyelidikan kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan penanaman semula hutan, biodiversiti, pengaruh hutan, fitoremediasi dan eko-toksisiti. -Ia merupakan model hutan yang diiktiraf sebagai tapak pendidikan antarabangsa untuk pemulihan kawasan bekas lombong bijih timah. - Ia telah dibangunkan dalam masa lima tahun selaras dengan Bidor Research Station Strategic Plan 1997-2002.

Sesungguhnya tamadun Islam telah lama mengkaji bidang botani ini yang dikatakan diwarisi daripada tamadun Purba. Para saintis Islam telah mengkaji bidang botani ini secara lebih saintifik dan ilmu ini diasingkan daripada ilmu farmakologi. Dalam tamadun Islam juga, Andalus begitu terkenal kerana mempunyai banyak ilmu mengenai bidang botani ini atas faktor kepentingan dalam sains perubatan dan sains pertanian. Bidang perubatan sememangnya sinonim dengan herba-herba. bagi menyembuhkan sesuatu penyakit. Kajian yang dilakukan terhadap tumbuhan dibuat secara terperinci bagi tiap-tia tumbuhan serta para saintis juga mencatatkan ciri-ciri alam sekitar tumbuhan pokok itu. Penulis artikel ini juga mengatakan bahawa kemajuan bidang botani ini yang dicapai oleh tamadun Islam berada di tahap optimum dalam bidang botani berbanding pencapaian yang pernah diwarisi oleh bangsa Yunani. Antara tokoh-tokoh saintis Islam dalam bidang botani ialah:

1. Ahmad ibn Baytar **Nama sebenar : Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar **ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan (abad 16M). **mengunjungi beberapa buah negara seperti afrika Utara, Semenanjung Arab, Syria dan Mesopotamia untuk membuat penyelidikan tentang tumbuh-tumbuhan **menghasilkan dua buah buku yang amat terkenal iaitu al-Mughni fi al-Adawiyah al-Mufradah dan alJami fi al-adawiyah al-mufradah iaitu sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang diproses daripada binatang tumbuh-tumbuhan dan bahan galian dan 200 jenis tanaman yang belum diketahui sebelumnya. pengembaraan beliau ke sepanyol dan susur pantai benua afrika adalah semata-mata untuk membuat kajian mengenai botani. 2. al-Jahiz **beliau ialah abu Osman Amru b. Bahr. **menghasilkan 350 buah buku dalam berbagai bidang. **buku botaninya ialah al-Zar'u wa al-Nakhl dan al-Ma'adin.

3. al-Ghafiqi **berasal dari Cordova **menghasilkan karya berupa pengkelasan kepada tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika **memberikan nama tumbuhan tersebut dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar. **Karya beliau mengenai herba perubatan iaitu Al-Adawiyah Al-Mufaradhah telah menjadi rujukan pakar-pakar lain dalam bidang tersebut. 4. al-Dinawari **Menghasilkan Encyclopedia Botanican terdiri daripada 6 jilid. **Sarjana Silberberg kagum dengan beliau kerana kajian dan huraiannya lebih tepat dan mendalam bagi setiap tumbuhan yang ditemui. 5. Ibn al-Awwam **Karyanya mengenai ilmu tumbuh-tumbuhan merupakan khazanah botani yang terbaik pada abad pertengahan.

**Beliau telah meneynaraikan 585 jenis tumbuh-tumbuhan dan penerangan mengenai cara penanaman.

KEPENTINGAN BOTANI Secara umumnya, kajian tentang botani yang dilakukan oleh saintis dalam bidang botani dapat memberikan banyak manfaat berguna kepada manusia khususnya. Antara kepentingan Botani ialah : 1) Dapat mengetahui tentang proses hidup asas 2) Sebagai sumber ubatan,herba dan bahan berguna 3) Dapat memahami perubahan alam sekitar yang berlaku 4) Sumber makanan utama bagi haiwan khususnya manusia

Memahami proses hidup asas Tumbuh-tumbuhan merupakan organisma yang sesuai untuk mengkaji proses hidup yang asas, seperti pembahagian sel dan sintesis protein, tanpa menimbulkan dilema etika yang dihadapi dalam kajian haiwan atau manusia. Hukum-hukum genetik pewarisan telah ditemui dengan cara ini oleh Gregor Mendel ketika beliau sedang mengkaji cara bagaimana bentuk kacang pea diwariskan. Apa yang Mendel belajar daripada kajian tumbuhannya telah memberikan manfaat yang besar kepada bidang-bidang di luar bidang botani. Selain itu, Barbara McClintock telah menemui 'gen melompat' melalui kajian jagung. Ini merupakan salah beberapa contoh untuk menunjukkan bagaimana penyelidikan botani mempunyai hubungan yang berterusan terhadap pemahaman proses-proses biologi asas. Sumber ubatan,herba dan bahan berguna Banyak daripada drug perubatan dan drug rekreasi, seperti kanabis, kafeina, dan nikotina datang secara langsung daripada alam tumbuhan. Aspirin yang asalnya datang daripada kulit pokok willow hanya merupakan salah satu daripada contoh-contohnya. Mungkin terdapat banyak lagi ubat baru yang boleh dibekalkan oleh tumbuhan yang masih belum ditemui. Peransang yang popular seperti kopi, coklat, tembakau, dan teh juga datang daripada tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan minuman beralkohol datang daripada penapaian tumbuhan seperti malt barli dan anggur. Tumbuh-tumbuhan juga membekalkan kita dengan banyak bahan-bahan semula jadi, seperti kapas, kayu, kertas, kain linen, minyak sayuran, getah, dan sebilangan jenis tali. Pengeluaran sutera tidak akan mungkin jika tiadanya pokok mulberi. Pokok tebu dan tumbuhan-tumbuhan yang lain baru-baru

ini telah dipergunakan sebagai sumber biobahan api yang merupakan pilihan alternatif yang penting untuk bahan api fosil. Memahami proses perubahan alam sekitar Tumbuh-tumbuhan juga boleh membantu kita memahami pertukaran dalam alam sekitar dengan berbagai-bagai cara: - Pemahaman pemusnahan habitat dan pemupusan spesies bergantung kepada katalog yang tepat dan lengkap untuk sistematik dan taksonomi tumbuhan. - Respon tumbuhan terhadap sinaran ultraungu boleh membantu dalam pengawasan masalah seperti kesusutan ozon. - Penganalisisan debunga yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan pada beribu-ribu atau berjuta-juta tahun dahulu juga boleh membantu ahli sains dalam pembinaan semula iklim-iklim dahulu dan peramalan iklim masa hadapan. Ini merupakan sebahagian yang penting dalam penyelidikan perubahan iklim. Pencatatan dan analisis pemasaan kitaran hidup tumbuhan merupakan sebahagian fenologi yang

mustahak dalam penyelidikan perubahan iklim. - Liken yang peka terhadap keadaan-keadaan atmosfera telah digunakan secara meluas sebagai penunjuk pencemaran. Dalam banyak cara yang berlainan, tumbuhan-tumbuhan boleh bertindak dengan sedikit sama dengan burung kenari sebagai sistem amaran awal untuk menyedarkan kita terhadap perubahan yang penting dalam alam sekitar kita. Selain daripada alasan-alasan praktik dan saintifik itu, tumbuhtumbuhan jugat amat bernilai sebagai rekreasi harian untuk berjuta-juta orang yang gemar akan berkebun, hortikultur dan masak-memasak Sumber utama makanan Hampir kesemua makanan kita datang secara langsung daripada ruji-ruji serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain, atau secara tidak langsung melalui ternakan yang bergantung kepada tumbuhan-tumbuhan untuk makanan. Dengan kata yang lain, tumbuh-tumbuhan terletak pada asas hampir semua rantai makanan yang digelarkan oleh ahli ekologi sebagai paras trofik pertama. Memahami bagaimana tumbuhan-tumbuhan menghasilkan makanan kita adalah amat penting untuk memberi makan kepada dunia serta untuk memberikan keselamatan makanan untuk generasigenerasi yang akan datang, umpamanya melalui pembiakbakaan tumbuhan.

Cara menarik minat Kanak-kanak dalam mempelajari Ilmu Zoologi dan Botani.
Telah dibincangkan diatas bagaimana pakar-pakar Zoologi dan Botani melakukan kajian mereka keatas flora dan fauna yang berada dimuka bumi kita ini. Samaada ianya haiwan atau tumbuhan yang masih ada, yang diancam kepupusan, yang telah pupus malahan kajian keatas fosil. Jika diminta atau diarahkan kanak-kanak untuk mempelajari dan meminati bidang Zoologi dan Botani ini, kanak-kanak pada asasnya hanya akan memberi perhatian kepada sesuatu perkara rancangan atau objek yang menarik minat mereka sahaja. Sebagai contoh hampir kebanyakkan kanak-kanak yang didedahkan kepada siri rancangan kartun atau animasi, mereka (kanak-kanak) akan lebih aktif menonton rancangan tersebut apapbila menonton dalam waktu yang kerap dengan jalan cerita yang menarik. Oleh itu cara yang terbaik menarik minat kanak-kanak ini ialah dengan mengaplikasi konsep animasi dengan grafik dan watak yang mencuit hati mereka (kanak-kanak). Melalui cara ini,kanak-kanak pada pandangan mereka hanya melihat dan mendengar watak kartun yang dicipta. Disinilah peranan kita untuk menyuntik jalan cerita dengan watak yang diingini beserta objektif yang jelas. Secara tidak langsung kanak-kanak ini akan dapat menyerap maklumat yang disampaikan tanpa melibatkan pengajaran yang susah dan membebankan minda kanak-kanak ini. Cara kedua, melalui permainan. Cara ini hanya dapat dilakukan apabila kanak-kanak itu sendiri tertarik dengan mainan yang dicipta tersebut. Ianya tidak sukar apabila kita dapat mencari satu perkara dalam permainan yang biasa dimain oleh kanak-kanak . Sebagai contoh bentuk permainan seperti permainan dam ular tetapi diinovasikan dengan cara permainan Jutawan. Jalan cerita didalam zoo, mempunyai kad haiwan bertuah dan kad haiwan malang. Mempunyai penjaga bagi haiwan yang ingin dibeli dan maklumat setiap haiwan yang dipegang oleh penjaga haiwan. Dengan grafik yang menarik ditambah imbuhan dalam permainan yang berupa Zoo yang paling Berjaya, ianya boleh digunakan sebagai satu cara yang sesuai menanam pengetahuan Zoologi dan Botani tanpa disedari oleh kanak-kanak itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai