Anda di halaman 1dari 9

ZOOLOGI (Kajian Haiwan)

Zoologi merupakan kajian haiwan, tingkah laku haiwan, fisiologi dan evolusi, serta interaksi haiwan dengan satu sama lain dan persekitaran. Penyelidikan dalam Zoologi memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat mengenai bidang, eksperimen, dan penyelidikan teori mengenai zoologi . Ia merangkumi semua aspek asas, perbandingan, dan gunaan protozoa dan biologi haiwan pada molekul sel, tisu, organ, penduduk, dan komuniti ekosistem peringkat. Haiwan membentuk majoriti spesies di bumi - bagaimana ia berfungsi , genetik mereka , tingkah laku dan evolusi dengan interaksi mereka antara satu sama lain dan persekitaran mereka mempunyai kepentingan utama dalam biologi moden. Sains hayat telah melangakah ke hadapan dalam bidang sains dan teknologi pada abad ke- 21, dan Zoologi telah menjadi satu perkara yang dinamik dan semakin penting kerana kemajuan dalam genetik molekul dan teknologi DNA menyediakan peluang yang menarik dan pentingke arah wawasan dalam pelbagai aspek kehidupan haiwan. Kemajuan ini pernah berlaku sebelum ini juga mendedahkan sejauh mana persamaan genetik , fungsi dan tingkah laku di antara haiwan dan manusia. Pada masa yang sama , pemahaman kita masyarakat haiwan, ekosistem, biodiversiti dan pemuliharaan juga memajukan pesat melalui eksperimen , pemodelan dan pemerhatian kajian. . Antara bidang-bidang kajian yang menjadi perhatian saintis zoologi ialah: - anatomi - Kelakuan haiwan - Biologi Perkembangan - Ekologi - Evolusi - Genetik - Taksonomi serangga - Fisiologi - Kawalan perosak

Tokoh-tokoh zoologi yang memainkan peranan penting dalam kajian zooologi pada ada masa dahulu dan sekarang antaranya ialah: Louis Agassiz (malakologi, iktiologi) Archie Carr (Herpetologi, khususnya penyu) Archie Carr III (mamalia liar) Eugenie Clark (iktiologi) Jeff Corwin (kebanyakan haiwan) Georges Cuvier (pengasas morfologi perbandingan) Charles Darwin (teori evolusi moden ) Richard Dawkins (etologi) Dian Fossey (primatologi) Birut Galdikas (primatologi) Jane Goodall (primatologi) Arthur Davis Hasler (limnologi, iktiologi, salmon balas pulang) Victor Hensen (planktologi) Libbie Hyman (zoologi invertebrat) Steve Irwin (herpetologi) William Kirby (bapa entomologi) Hans-Wilhelm Koepcke (ornitologi, herpetologi) Konrad Lorenz (etologi) Ron Nowak (haiwan liar) Richard Owen (cadangan arketip untuk kumpulan-kumpulan organisme utama)

Jika dilihat pada masa kini ramai tokoh zoologi yang terkenal menjadi perhatian antaranya ialah mendiang Steve Irwin yang mengkusus kajiannya dalam zoologi reptilia Buaya. Stephen Robert "Steve" Irwin
(22 Februari 1962 4 September 2006) ialah ahli alamiah, pakar hidupan liar, dan tokoh televisyen Australia. Beliau paling dikenali kerana merupakan juruacara, bersama dengan isterinya, Terri, kepada rancangan televisyennya, Pemburu Buaya (The Crocodile Hunter). Rancangan itu adalah sebuah siri dokumentari hidupan liar yang tidak mengikut kelaziman dan yang telah disiarkan di seluruh dunia. Irwin juga merupakan pemilik serta pengendali Zoo Australia di Beerwah, Queensland. Di malaysia juga tidak ketinggalan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah menjalankan program-program bagi tujuan pemeliharaan haiwan terancam dan menyedarkan manusia khasnya penduduk tentang kepentingan haiwan kepada manusia. Di Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, di Pahang memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat gajah Malaysia.Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah ini akan memberikan anda peluang mempelajari sifat haiwan ini..Dianggarkan hanya tinggal 1,200 ekor gajah liar Asia, juga dikenali sebagai Elephus Maximus, berada di Malaysia dan ini satu-satunya pusat perlindungan yang dibina untuk menempatkan semula haiwan ini.Gajah telah diselamatkan dari serata Semenanjung Malaysia, dengan menyediakan sebuah pusat perlindungan yang selamat di hutan Selain itu ,Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri yang mempunyai pendaratan penyu untuk bertelur telah membina pusat-pusat penerangan dan pengurusan penyu . Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan pengurusan penyu di negeri berkenaan.Pusat-pusat penerangan dan pengurusan yang telah dibina dan masih beroperasi sehingga kini adalah sepertimana berikut:a) Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu b) Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kemaman, Terengganu c) Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka d) Pusat Pengurusan Penyu Segari, Perak e) Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang

KEPENTINGAN ZOOLOGI
Kajian tentang zoologi yang telah banyak dilakukan oleh pakar-pakar zoologi tidak lain untuk satu matlamat iaitu mengetahui dengan lebih mendalam tentang haiwan yang dikaji agar ia dapat menjadi panduan dan ilmu yang dapat memberi manfaat khususnya kepada manusia. Zoologi amat penting kerana melalui kajian yang dilaksanakan pakar-pakar zoologi dapat mencari alternatif untuk mengenal pasti: a) b) c) d) e) Haiwan boleh menjadi sumber ubatan, atau kajian tentang anatomi manusia Sumber bekalan makanan Faktor kemerosotan bilangan spesis haiwan tertentu Cara memelihara haiwan terancam Identifikasi spesis baru dan berguna

Dalam kajian zoologi oleh pakar, ianya dapat menentukan jangka hayat sesuatu spesis haiwan yang berkadar dengan perubahan sekitar. Kajian zoologi juga dapat membantu memajukan sektor
penternakan, terutama ternakan haiwan makanan. Haiwan ternakan penting sebagai sumber protein sama ada dalam bentuk daging, susu ataupun telur yang dihasilkan.Objektif utama kajian zoologi ini sebenarnya berkait rapat dengan hubungan yang terjalin antara haiwan dan manusia. Dengan wujudnya kajian tentang haiwan ini, manusia dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai sesuatu spesis haiwan tersebut malahan menjadi penyelamat kepada sebarang kejadian yang tidak didingini seperti penyakit berbahaya atau sebagainya.

BOTANI
Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan. Dengan demikian, dalam botani dipelajari semua disiplin ilmu biologi untuk mempelajari pertumbuhan, reproduksi, metabolisme, perkembangan, interaksi dengan komponen biotik dan komponen abiotik, serta evolusi tumbuhan. Botani dirujuk mengenai sebuah kajian berbentuk saintifik mengenai tumbuhan yang meliputi tumbuhan biasa, algea, fungus, lumut, mosses, paku pakis, konifer (conifers) dan tumbuh-tumbuhan berbunga. Adakah korang tahu bahawa sains botani merangkumi bidang yang sangat luas dan dapat dipecahkan kepada lebih daripada 17 cabang sains yang berlainan? Saintis botani ini kerap dirujuk sebagai ahli biologi tumbuhan.Sebagai contoh, kajian spesis-spesis yang dijalankan oleh ahli-ahli botani yang berminat dengan struktur ekologi, mengkaji interaksi tumbuhan dengan organisma-organisma tertentu dan juga alam sekitar. Antara bidang kajian ahli botani ini adalah: Mengkaji spesis-spesis baru dan juga menjalankan uji kaji untuk mengkaji bagaimana tumbuh-tumbuhan itu tumbuh dalam keadaan berbeza.Ada juga yang menggunakan mikroskop untuk memperincikan kajian struktur-struktur sesuatu tumbuhan Ada sebagai pengkaji hanya kepada struktur tumbuhan-tumbuhan dengan melakukan kerja lapangan hanya dengan tumpuan kepada corak pertumbuhan sesuatu tumbuhan.Ada yang menjalankan sesebuah kajian itu dan menukar bahan kimia yang mudah kepada bahan kimia kompleks semata-mata untuk menentukan bagaimana sifat sesuatu tumbuhan itu. Mengkaji bagaimana informasi genetik dalam DNA mengawal perkembangan sesuatu tumbuhan. Kajian-kajian yang mereka lakukan adalah sangat penting kepada manusia sejagat, antaranya adalah kerana ia dapat meningkatkan dan membaiki bekalan perubatan, makanan, fiber, bahan-bahan binaan dan sebagainya daripada hasil tumbuhan. Maka dengan itu peranan ahli botani ini terlalu penting dalam memberi sumber maklumat tentang bagaimana pengekalan dan pemuliharaan hutan, taman dan persekitaran boleh dilakukan.

Antara pengkhususan dalam bidang Sains Botani: Anatomi Ia berkaitan tentang struktur mikroskopik tumbuhan (sel dan tisu). Biokimia Ianya meliputi pelbagai aspek pemprosesan kimia dalam kehidupan tumbuhan.Termasuklah penghasilan kimia oleh tumbuhan (phytochemistry).

Biofizik Pengaplikasian fizik kepada proses hidup tumbuhan. Sitologi (Cytology) Struktur, Fungsi dan sejarah hayat sel tumbuhan. Ekologi Adalah antara perhubungan tumbuhan dengan persekitaran baik secara individu ataupun berkelompok. Genetik Variasi dan asal usulnya tumbuhan itu. Pengkajian gen dan fungsinya dalam tumbuhan dilakukan oleh ahli genetik. Biologi Molikuler Pengkajian fungsi dan struktur biologi molikul makro, termasuk biokimia dan aspek molikul sesuatu genetik. Morfologi (Morphology) Pembetukan makroskopik tumbuhan. Kajian evolusi dan perkembagan daun, akar dan batang dilakukan oleh ahli morfologi. Fisiologi Kajian tentang fungsi dan pemprosesan utama tumbuhan. Sebagai contoh,Fotosintesis dan zat galian adalah subjek yang antaranya dikaji. Paleobotani Mangkaji berkenaan biologi dan evolusi fosil tumbuhan. Ekologi Sistem Model yang digunakan adalah berbentuk matematik bagi menjelaskan konsep tertentu seperti kitaran zat makanan.

Kajian Botani di Malaysia


Ramai ahli botani Malaysia yang terlibat dalam kajian tentang tumbuhan terutamanya kajian-kajian yang dilakukan penyelidik dari IPTA dan IPTS negara. FRIM atau Intitut penyelidikan dan perhutanan Malaysia banyak memainkan peranan dalam kajian tentang tumbuhan di Malaysia. Antara kawasan kajian yang telah dilaksanakan ialah : Stesen Penyelidikan Mata Ayer, Perlis: Ditubuhkan pada tahun 1974, stesen ini terletak di kawasan seluas 455 hektar dalam Hutan Simpan Mata Ayer. Ia merupakan pusat rujukan untuk penubuhan ladang hutan jati. Penanaman pertama dijalankan pada tahun 1953. Ia mempunyai kawasan seluas 300 hektar yang ditanam dengan jati dari pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia serta dari Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad dan Sabah.Stesen ini juga dilengkapkan dengan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti pendidikan ekopelancongan dan alam sekitar termasuk titian kanopi, kemudahan penginapan dan tapak perkhemahan. Stesen Penyelidikan Setiu, Terengganu: Ia terletak di kawasan seluas 53 hektar yang dipajakkan kepada FRIM oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1996.Tumbuhan asal terdiri daripada kelat (Sygium spp), gelam (Malaleuca cajuputi), balau pasir (Shorea metarialis) , kemunting (Rhodomyrtus tomentosa), senduduk (Melastoma malabathricum), chuchur atap

(Baeckea Frutescens) dan rhu pantai (Casuarina equistifolia).Untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyebar maklumat berkenaan penanaman pokok di atas tanah BRIS, mengenalpasti spesies pokok hutan ladang yang berpotensi ditanam di tanah BRIS, mempromosi penggunaan tanah BRIS dengan tanaman spesies pokok hutan yang bernilai komersial dan membangunkan teknik yang kos-efektif bagi penanaman pokok di tanah jenis bermasalah ini.Antara spesies yang telah ditanam: Akasia hybrid (Acacia hybrid), Khaya sp. (Khaya ivorensis), merawab siput jantan (Hopea odorata), tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan jarak (Jatropha curcas).

Botani Awal (sebelum 1945) Antara karya-karya terawal, terdapat dua karangan panjang yang ditulis di sekitar 300 SM oleh Theophrastus: Tentang Sejarah Tumbuhan (Historia Plantarum) serta Tentang Sebab-sebab Tumbuhan. Bersama-sama, kedua-dua buku itu merupakan sumbangan sains botani yang terpenting sejak purbakala sehingga Zaman Pertengahan. Dioscorides, seorang penulis perubatan Rom memberikan bukti-bukti yang penting mengenai pengetahuan Yunani dan Rom tentang tumbuhan perubatan. Dengan menggunakan mikroskop awal, Robert Hooke menemui sel dalam gabus pada tahun 1665, dan tidak lama kemudian, dalam tisu tumbuhan hidup. Leonhart Fuchs dari Jerman, Conrad von Gesner dari Switzerland, serta Nicholas Culpeper dan John Gerard dari United Kingdom menerbitkan karya-karya mengenai tumbuhan herba yang memberikan maklumat tentang kegunaan perubatan tumbuhan.

Botani Moden (sejak 1945) Banyak pengetahuan baru pada hari ini dijanakan daripada kajian tumbuhan model seperti Arabidopsis thaliana. Rumpai mustard ini merupakan salah satu daripada tumbuhan pertama untuk penjujukan genomnya. Penjujukan genom padi bersama-sama dengan sebuah komuniti penyelidikan antarabangsa yang besar telah menyebabkan padi sebagai model de facto untuk bijiran, rumput, dan monokot. Brachypodium distachyon, sejenis spesies rumput yang lain, juga muncul sebagai model uji kajian untuk memahami biologi genetik, sel, dan molekul rumput-rumput iklim sederhana. Genom untuk ruji-ruji yang penting dari segi perdagangan termasuk gandum, jagung, barli, rai, sekoi, dan kacang soya kini juga dijujukkan. Penjujukan sebilangan daripada tumbuh-tumbuhan ini amat mencabar disebabkan tumbuhantumbuhan itu bersifat poliploid, iaitu gen-gennya mempunyai dua atau lebih set haploid kromosom. Bagaimanapun, sifat polipliod adalah biasa dalam alam tumbuhan. "Yis hijau" (Chlamydomonas reinhardtii, sejenis alga hijau yang mempunyai sel tunggal) merupakan lagi satu organisma model tumbuhan yang telah dikaji dengan meluas dan memberikan wawasan yang penting untuk biologi sel.

KEPENTINGAN BOTANI
Diantara bidang kajian dan aktiviti Ahli Botani adalah seperti mengkaji spesis-spesis baru dan juga menjalankan kajian atau penyelidikan bagaimana tumbuh-tumbuhan itu tumbuh dalam keadaan berbeza. Ahli Botani juga ada juga menggunakan mikroskop untuk memperincikan kajian struktur-struktur sesuatu tumbuhan. Sementara itu skop tugas juga sebagai pengkaji hanya kepada struktur tumbuh-tumbuhan dengan melakukan kerja lapangan hanya dengan tumpuan kepada corak pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Ada ahli botani yang menjalankan sesebuah kajian itu dan menukar bahan kimia yang mudah kepada bahan kimia kompleks semata-mata untuk menentukan bagaimana sifat sesuatu tumbuhan itu. Akhirnya seorang ahli botani mampu mengkaji bagaimana informasi genetik dalam DNA mengawal perkembangan sesuatu tumbuhan.

Memahami proses hidup asas Tumbuh-tumbuhan merupakan organisma yang sesuai untuk mengkaji proses hidup yang asas, seperti pembahagian sel dan sintesis protein, tanpa menimbulkan dilema etika yang dihadapi dalam kajian haiwan atau manusia. Hukum-hukum genetik pewarisan telah ditemui dengan cara ini oleh Gregor Mendel ketika beliau sedang mengkaji cara bagaimana bentuk kacang pea diwariskan. Apa yang Mendel belajar daripada kajian tumbuhannya telah memberikan manfaat yang besar kepada bidang-bidang di luar bidang botani. Selain itu, Barbara McClintock telah menemui 'gen melompat' melalui kajian jagung. Ini merupakan salah beberapa contoh untuk menunjukkan bagaimana penyelidikan botani mempunyai hubungan yang berterusan terhadap pemahaman proses-proses biologi asas. Sumber ubatan,herba dan bahan berguna Banyak daripada drug perubatan dan drug rekreasi, seperti kanabis, kafeina, dan nikotina datang secara langsung daripada alam tumbuhan. Aspirin yang asalnya datang daripada kulit pokok willow hanya merupakan salah satu daripada contoh-contohnya. Mungkin terdapat banyak lagi ubat baru yang boleh dibekalkan oleh tumbuhan yang masih belum ditemui. Peransang yang popular seperti kopi, coklat, tembakau, dan teh juga datang daripada tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan minuman beralkohol datang daripada penapaian tumbuhan seperti malt barli dan anggur. Tumbuh-tumbuhan juga membekalkan kita dengan banyak bahan-bahan semula jadi, seperti kapas, kayu, kertas, kain linen, minyak sayuran, getah, dan sebilangan jenis tali. Pengeluaran sutera tidak akan mungkin jika tiadanya pokok mulberi. Pokok tebu dan tumbuhan-tumbuhan yang lain baru-baru ini telah dipergunakan sebagai sumber biobahan api yang merupakan pilihan alternatif yang penting untuk bahan api fosil.

Memahami proses perubahan alam sekitar Tumbuh-tumbuhan juga boleh membantu kita memahami pertukaran dalam alam sekitar dengan berbagai-bagai cara: - Pemahaman pemusnahan habitat dan pemupusan spesies bergantung kepada katalog yang tepat dan lengkap untuk sistematik dan taksonomi tumbuhan. - Respon tumbuhan terhadap sinaran ultraungu boleh membantu dalam pengawasan masalah seperti kesusutan ozon. - Penganalisisan debunga yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan pada beribu-ribu atau berjuta-juta tahun dahulu juga boleh membantu ahli sains dalam pembinaan semula iklim-iklim dahulu dan peramalan iklim masa hadapan. Ini merupakan sebahagian yang penting dalam penyelidikan perubahan iklim. Pencatatan dan analisis pemasaan kitaran hidup tumbuhan merupakan sebahagian fenologi yang

mustahak dalam penyelidikan perubahan iklim. - Liken yang peka terhadap keadaan-keadaan atmosfera telah digunakan secara meluas sebagai penunjuk pencemaran. Bekalan utama Sumber utama makanan Hampir kesemua makanan kita datang secara langsung daripada ruji-ruji serta buah-buahan dan sayursayuran yang lain, atau secara tidak langsung melalui ternakan yang bergantung kepada tumbuhantumbuhan untuk makanan. Dengan kata yang lain, tumbuh-tumbuhan terletak pada asas hampir semua rantai makanan yang digelarkan oleh ahli ekologi sebagai paras trofik pertama. Memahami bagaimana tumbuhan-tumbuhan menghasilkan makanan kita adalah amat penting untuk memberi makan kepada dunia serta untuk memberikan keselamatan makanan untuk generasi-generasi yang akan datang, umpamanya melalui pembiakbakaan tumbuhan.

Anda mungkin juga menyukai