Anda di halaman 1dari 2

ZOOLOGI

Zoologi merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi haiwan. Cabang ilmu zoologi antara lain: (a) Nematologi adalah ilmu tentang biologi nematoda . Nematoda merupakan sekelompok avertebrata penting kerana beberapa anggotanya menjadi parasit penting dalam bidang kesihatan/perubatan dan pertanian. (b) Entomologi adalah ilmu yang mempelajari tentang serangga. Ianya merangkumi ilmu yang mempelajari artropoda (haiwan berstruktur) , khususnya labah-labah dan spesisnya (Arachnida atau Arachnoidea), serta lipan dan spesisnya (Millepoda dan Centipoda). Istilah ini berasal dari dua perkataan Latin - entomon bermakna serangga dan logos bermakna ilmu pengetahuan. (c) Malakologi (Inggris: malacology; berasal dari bahasa Yunani: cypraea yang berarti "siput" dan logos yang berarti "lambang, pengetahuan") adalah cabang zoologi yang mempelajari semua aspek kehidupan (biologi) moluska. (d) Herpetologi (Bahasa Yunani: herpeton = melata, dan logos = penjelasan atau alasan) adalah cabang ilmu zoologi yang mempelajari kehidupan (biologi) reptilia dan amfibia. Sesungguhnya, objek kajian ilmu ini adalah vertebrata berkaki empat (tetrapoda) yang "berdarah sejuk" (poikiloterm) karena reptilia dan amfibia banyak perbezaanya. (e) Herpetologi semakin banyak dipelajari seiring dengan berkembangnya kecenderungan menjadikan reptilia sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, banyak jenis dari kedua kelompok besar haiwan ini yang menghasilkan bisa/racun yang dapat digunakan sebagai ubat-ubatan. (f) Iktiologi (Bahasa Inggris: ichhyology, Bahasa Yunani: ichthyon = "ikan" dan logos = "lambang, pengetahuan") adalah cabang ilmu zoologi yang mempelajari kehidupan (biologi) ikan. Iktiologi dipelajari di bidang biologi untuk aspek ilu pengetahuan dan perikanan.Terdapat lebih kurang 25.000 spesies ikan yang merupakan kumpulan dari vertebrata. Walaupun sebahagian besar spesies telah ditemui dan dikenalpasti, lebih kurang 250 spesis dikelaskan dan diberitahu kepada umum secara rasmi hampir setiap tahun. Penerapan iktiologi sering dihubungkan dengan biologi laut, limnologi, dan oseanografi. (g) Ornitologi (dari Bahasa Yunani: , ornis, "burung"; dan , logos, "ilmu") adalah cabang zoologi yang mempelajari tentang burung. Beberapa aspek ornitologi berbeza yang berhubungan erat

dengan kedisiplinan, yang berkaitan dengan kemampuan penglihatan yang tinggi dan pendekatan burung-burung dengan estetis. (h) Mamologi, dalam zoologi, adalah ilmu yang mempelajari tentang haiwan mamalia, merupakan haiwan vertebrata yang diklafisikasikan dengan jantung dengan empat injap, berdarah panas, berbulu, dan memiliki sistem saraf yang kompleks. Mamologi juga dikenali dengan nama "mastologi", "theriologi", dan "therologi". (i) Primatologi adalah cabang zoologi yang mempelajari kehidupan (biologi) selain manusia (kera, monyet, dan spesisnya). Ilmu ini dianggap penting sekarang ini kerana meningkatnya perhatian terhadap kelestarian haiwan-haiwan yang tergolong primat. Selain itu, berdasarkan DNA, diketahui bahawa komposisi genetik manusia dan sebahagian primat tidak jauh berbeza (bahkan hingga lebih dari 99% ). Dengan demikian, secara teorinya kajian terhadap primat dapat dianalogikan pada manusia. Contohnya adalah virus HIV atau ebola yang diketahui merebak dari primat ke manusia. Primatologi dipelajari sebagai ilmu khusus dalam bidang biologi atau kehutanan (terutama aspek konservasinya). (j) Paleozoologi atau palaeozoology (bahasa Yunani: , paleon = tua dan , zoon = haiwan) adalah adalah cabang dari paleontologi atau paleobiologi, yang bertujuan untuk menemukan dan mengidentifikasi fosil haiwan bersel banyak dari sistem geologi atau arkeologi, untuk menggunakan fosil tersebut dalam merekonstruki tempoh masa dan ekologi prasejarah.

Anda mungkin juga menyukai