Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

BESERI, PERLIS

DIPLOMA TERKNOLOGI AUTOMOTIF

VEHICLE TECHNOLOGY 2 (GVD 30064)

TUGASAN TEORI:
BRAKE SYSTEM
KELAS:
DGA 3A

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NOMBOR MATRIK
MUHAMMAD NURSYAMIL FITRI 239579
BIN MOHD SOKRI

DISEDIAKAN KEPADA:
ENCIK HAZWAN BIN CHE ROSLI

1
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN 3
2. OBJEKTIF 4
3. JENIS BRAKE 5 - 10
4. CARA PEMERIKSAAN BRAKE 11
5. MINYAK BRAKE 12 - 13
6. BRAKE BOOSTER 14 - 16
7. BRAKE PAD 17
8. LINING BRAKE 18 - 20
9. KAEDAH BLEEDING BRAKE 21
10. KESIMPULAN 22
11. SUMBER RUJUKAN 23

2
PENGENALAN

Sistem brake direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta


memberhentikan kenderaan. Silinder induk disambungkan ke pedal brek yang
diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap
pepasangan brek roda. Disini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad
dalam pepasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak
keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek. Sistem brek
letak/brek tangan kereta biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan
Ketika meletakkan kenderaan ( parking ) atau membrek dalam kecemasan.
Satu pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas silinder induk untuk
menambah kuasa Ketika membrek.

3
OBJEKTIF

 Untuk mengawal kenderaan semasa memandu.


 Untuk memperlahankan kenderaan.
 Untuk meletakkan kenderaan di tempat yang curam.

SISTEM BRAKE YANG BAIK

1. Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila


dikehendaki.
2. Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada
setiap masa.
3. Tidak boleh kehilangan kuasa brek.
4. Tidak berkehendakkan larasan yang kerap.
5. Sesuai untuk segala kelajuan, keberatan dan suhu.

4
JENIS-JENIS SISTEM BREK

1. Hidraulik
2. Angin ( pneumatic )
3. Sistem brake ABS
4. Brake dram ( Drum Brake )
5. Brake cakera ( Disc Brake)

1. Hidraulik
 Sistem Brek jenis Hidraulik menggunakan Prinsip Paskal yang mana
didalam prinsip ini menyatakan ‘cecair yang tertutup dapat
memindahkan tekanan yang sama pada semua arah tanpa
menghilangkan kuasa yang dihasilkan.
 Cecair tidak boleh dimampatkan dan tekanan pada keseluruhan sistem
adalah sama.

5
2. Sistem brake pneumatic ( udara )

 Sistem brek udara sering digunakan pada kenderaan berat seperti


bas,trak, lori, treler, kereta api, dan lain-lain. Ia merupakan sejenis brek
geseran untuk kenderaan di mana udara termampat yang menekan
pada omboh digunakan bagi tekanan pada pelapik brek yang
menghentikan kenderaan
 Sistem ini berfungsi dengan peranti yang disebut pemampat udara dan
udara dilepaskan Ketika brek ditekan.

6
7
3. Sistem brek ABS

 Sistem pengawal brek yang memantau kelajuan pusingan setiap roda


seterusnya mengurangkan tekanan hidraulik brek terhadap mana-
mana roda yang didapati terkunci.
 Ia menggunakan sensor yang dipasang pada setiap roda. Dalam
sistem ini, sensor pada roda akan menghantar isyarat ke ECU tentang
kelajuan pusingan roda.
Apabila brek ditekan, ECU akan mengesa jika terdapat roda yang
perlahan terlalu cepat dan berkemungkinan terkunci.
ECU akan mengeluarkan isyarat untuk menggerakkan injap solenoid
hidraulik bagi mengurangkan tekanan brek ke atas roda tersebut. Ini
dapat menstabilkan pergerakan roda daripada tergelincir semasa brek
diteka secara mengejut.

8
4. Brek dram ( Drum Brake )

 Mempunyai berbilang komponen berbanding brek cakera dan lebih


sukar diservis. Komponen yang biasanya perlu ditukar Ketika
penyelenggaraan ialah brake shoe. Kebanyakkan kereta
menggunakan brek dram untuk roda belakang dan brek cakera untuk
roda hadapan.

9
5. Brek cakera ( Disc Brake )

 Komponen yang biasa ditukar Ketika menyelenggara brek cakera ialah


pad brek ( Brake Pad ).
Brek cakera memberi kuasa berhenti lebih tinggi berbanding brek
dram. Justeru, ia digunakan pada roda hadapan bagi kereta pacuan
roda hadapan ( Front Wheel Drive ).

10
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BREK JENIS CAKERA

KEBAIKAN
 Tiada pelarasan perlu dibuat keatas pepasangan brek cakera
 Masalah ‘brake fade’ dapat dikurangkan
 Mudah untuk membuat pelarasan

KEBURUKAN
 Berkehendakkan tekanan yang tinggi jika servo brek rosak

11
CARA PEMERIKSAAN BREK SECARA RINGKAS

Pemeriksaan brek yang sering dilakukan :

 Paras minyak brek


 Kabel brek ( jika ada ) untuk mengesan karat
 Hos brek untuk sebarang rekahan atau bocor
 Pelapik brek untuk kelusuhan atau sebarang kesan kebocoran
 Bearing roda
 Brek tangan

Selain itu, pemandu harus peka terhadap tanda-tanda kerosakan pada


brek seperti berikut :

 Bau hangit pada tayar


 Bunyi nyaring
 Pedal brek yang kurang anjal
 Kereta terpesong apabila membrek

Sekirannya terdapat tanda-tanda seperti di atas, segera hantar kereta


untuk melakukan pemeriksaan di pusat servis yang berhampiran.

12
MINYAK BREK

 Sistem brek merupakan satu sistem keselamatan yang penting bagi


sesebuah kenderaan. Pemeriksaan level atau paras kandungan cecair
brek merupakan satu perkara penting dan ianya mudah dilakukan.
Cecair brek disimpan dalam reservoir/takungan yang mana dipasang
diatas selinder induk ( master cylinder ). Setiap kali kita membuka hood
( bonet kereta ) kita akan nampak reservoir cecair brek ini.
 Semua cecair brek dikelaskan oleh Department of Transportation
( DOT ) dn ditanda dengan nombor DOT 3, 4 dan 5. Dalam pemilihan
cecair yang betul kepada sesebuah kenderaan tidak berpandu kepada
DOT 3 adalah bagus, DOT 4 adalah lebih bagus dan DOT 5 yang
paling bagus. Dalam pasaran domestik lebih sesuai untuk kenderaan
tetapi Syarikat FORD menamakan DOT 3 sebagai heavy-duty variation
kerana pembuatannya lebih bermutu tinggi.
 Dari segi proses pembuatan, DOT 3 dan DOT 4 dipanggil cecair
polyglycol. DOT 5 lebih kepada silikon. Dalam sektor pembuatan
kereta sekarang tidak terdapat sistem brek yang sesuai dan menepati
ciri-ciri untuk DOT 5.
Walaubagaimanapun ketiga-tiga jenis brek ini adalah sesuai untuk
sistem brek tetapi tidak boleh dicampurkan di dalam satu-satu sistem
brek.
 Cecair brek ini perlu ditukar setiap 18-24 bulan atau diantara 30000 km
ke 40000 km.

13
CIRI – CIRI BEDALIR BREK

 Tidak boleh dimampat


 Tidak berbuih
 Tidak terpeluwap apabila suhu tinggi
 Tidak menghakis bahagian logam
 Tidak mengeraskan dan melembutkan bahan brek yang diperbuat
daripada getah
 Bertindak sebagai bahan pelincir
 Tidak mengaratkan komponen brek
 Tidak mudah beku

SIFAT – SIFAT BENDALIR BREK

 Tidak berbuih
 Tidak boleh dimampatkan
 Tidak mengaratkan komponen brek
 Tidak bertindak pada bahagian getah di sistem brek
 Tidak mudah meluwap
 Tahan haba

14
BRAKE BOOSTER ( SERVO )

Brek booster ( servo ) digunakan sebagai bantuan kepada sistem brek


hidraulik. Di pasang Bersama selinder induk ( master cylinder ) dan
disambung terus ke pedal brek. Merupakan sebagai alat penggalak
kepada sistem brek bagi memberikan kecekapan yang lebih tinggi.
Brake servo digunakan untuk mempertingkatkan daya membrek hasil
dari tekanan pedal brek yang sediki. Keistimewaan brek jenis ini ialah
pemandu tidak perlu menekan pedal brek dengan kuat untuk
menghasilkan tekanan yang tinggi dalam sistem brek. Beroperasi
dengan dibantu oleh kuasa vakum dari enjin.

15
Terdapat 3 jenis sistem brek booster ( servo ) yang biasa digunakan
iaitu:

1. Jenis Vacuum
 Menggunakan vacuum ( hampagas ) yang diperoleh dari
intake manifold ( pancarongga masuk ) atau menggunakan
vacuum pump dan disambung pada brake booster.
 Bagi kenderaan yang menggunakan enjin diesel
kebiasaannya ada yang menggunakan pam jenis elektrikal
atau mekanikal yang dipandu oleh motor elektrik. Satu suis
terdapat di brake booster untuk memberi isyarat sekiranya
tahap vacuum rendah. Jika pam rosak, suis akan
menunjukkan isyarat ( lampu menyala pada meter )
manakala vacuum yang menggunakan pam jenis mekanikal
dikendalikan dengan menggunakan tali sawat ( belting ) .

16
2. Jenis Tekanan Angin
 Menggunakan angin yang diperolehi dari ‘air
compressor’. Biasanya digunakan pada kenderaan
berat seperti lori, bas, trak dan lain – lain.

3. Jenis Hidraulik
 Biasanya pada kenderaan kecil seperti lori – lori kecil.
Tenaga hidraulik biasanya diperolehi dari power
steering pump. Cara lain tenaga hidraulik diperoleh
ialah dengan menggunakan pam motor elektrik
hidraulik yang direka khas untuk brake booster.

17
PAD BREK ( BRAKE PAD )

 Pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan bergerak.


 Pad brek biasanya diperbuat daripada campuran asbestos, logam lebut dan
damar.
 Terdapat beberapa jenis pad brek iaitu Non Asbestos Organic ( NAO ), Semi
Metallic ( Semi-Met ) dan Low Metallic ( Low-Met). Setiap bahan yang
digunakan dikhususkan untuk pemanduan yang berbeza.

18
BREK LINING ( LINING BRAKE )

 Brek Lining dipasang pada kekasut brek ( brake shoe ) dengan menggunakan
2 kaedah iaitu dengan cara dirivet dan menggunakan gam yang tahan panas.
 Lining brek diperbuat daripada asbestos yang tahan panas dan geseran.

19
SUSUNAN BREK LINING

1. Bagi roda yang menggunakan jenis brek drum biasanya menggunakan 2


lining yang dipanggil lining primer dan lining sekunder atau kedua-duanya
sekunder.
2. Susunan lining brek primer dan lining sekuder menggunakan satu silinder
roda yang dipasang ditengah-tengah antara lining primer dan sekunder.
3. Apabila pedal brek ditekan, piston didalam selinder roda akan menolak lining
brek dan bersentuh dengan permukaan drum.
4. Lining brek primer biasanya mengalami tekanan yang lebih dari brek lining
sekunder. Ini menyebabkan lining brek primer cepat menjadi nipis.
5. Jenis ini biasanya digunakan pada roda belakang. Keupayaan membrek agak
lemah jika dibandingkan dengan dua lining sekunder.

20
21
6. Manakala jenis dua lining brek sekunder menggunakan 2 silinder roda yang
berasingan pada satu roda beserta dengan unit pelaras pada setiap lining
brek.
7. Kedua-dua lining brek bergerak mengikut arah pusingan gelendung, dengan
ini akan menyebabkan kuasa membrek yang lebih mencengkam.
8. Kelemahan jenis ini ialah kedua-dua lining brek akan bertindak sebagai lining
brek primer semasa kenderaan mengundur.

22
KAEDAH BLEEDING BREK

1. Tanggalkan penutup takungan bendalir brek dan isikan dengan bendalir


brek yang disyorkan sehingga paras MAX.
2. Mulakan menjujus pada selinder roda yang paling jauh daripada master
pump dan diikuti kepada yang paling hampir.
3. Bersihkan skru penjujus pada selinder roda/angkup brek dari segala
kotoran, Masukkan paip vinyl pada skru penjujus dan hujung lagi satu
pada bekas botol yang diisi dengan bendalir brek.
4. Dapatkan bantuan rakan untuk menekan pedal brek dua atau tiga kali.
Dengan pedal brek ditekan sepenuhnya, longgarkan skru penjujus untuk
mengeluarkan udara di dalam sistem.
5. Ketatkan skru penjujus dengan segera sebelum pedal brek dilepaskan.
6. Biarkan pedal brek kembali ke kedudukan asal dengan skru penjujus
ditutup.
7. Ulang Langkah 3 hingga 5 sehingga tiada lagi gelembung-gelembung
udara di dalam paip vinyl.
8. Tekan dan lepas pedal brek beberapa kali kemudian periksa kebocoran
pada setiap penyambungan.

23
KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap pengguna kenderaan perlu mengambil tahu


tentang sistem brek bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku seperti terbabas disebabkan brek pad haus dan sebagainya.
Seterusnya pengguna perlu membuat sevis pada sistem brek mengikut
jadual yang telah ditetapkan untuk memastikan sistem brek berjalan
dengan lancar. Akhir sekali, pengguna dapat mengawal sistem brek jika
mereka mengambil tahu sedikit sebanyak tentang sistem brek.

24
RUJUKAN

 http://rbhauto.blogspot.com/p/top-overhaull-overhaull.html
 http://amiauto.blogspot.com/2011/07/jenis-jenis-dan-binaan-sistem-
brek.html
 https://prihatinspanco.com.my/2022/11/13/5429/
 https://www.scribd.com/doc/148012407/Modul-8-Merservis-Sistem-
Brek

25

Anda mungkin juga menyukai