Anda di halaman 1dari 15

KARBURATOR (CARBURATOR)

Karburator adalah komponen yang dapat mencampurkan bahan api dan udara ke
dalam kebuk pembakaran. Bahan api yang dipam akan terus masuk ke
karburator dan ditakung di dalam kebuk apung. Di dalam kebuk apung terdapat
beberapa komponen lain seperti injap yang mengawal kemasukan bahan api ke
karburator, pencekik, injap pendikit, jet utama, jet pemelahuan dan penapis
bahan api.
Di bahagian luar karburator terdapat komponen pelaras karburator, iaitu skru
pelaras angin dan skru pelaras bahanapi. Skru pelaras bahan api digunakan
untuk melaras kuantiti bahan api. Manakala skru pelaras angin digunakan untuk
melaras jumlah kemasukan angin yang akan dicampurkan dengan bahan api
pada nisbah yang diperlukan mengikut kehendak dan keadaan enjin. Jika
kenderaan bergerak laju, nisbah campuran bahan api akan sampai ke tahap 1314.7 : 1(13-14.7 bahagian angin dan satu bahagian bahan api) iaitu nisbah yang
ideal untuk enjin kereta.
Bil Jenis litar
Nisbah campuran
bahan api
1 Litar cekik
10 : 1
2 Litar kelajuan pepura
12 : 1
3 Litar kelajuan rendah
13 : 1
4 Litar kelajuan sederhana
15 : 1
5 Litar kelajuan tinggi (kuasa
13 : 1
penuh)
6 Litar oam pencepat
10 : 1
Jadual 8 (a) : Menunjukkan jenis litar dan nisbah campuran bahan api.
Antara masaalah yang mungkin timbul berkaitan dengan karburator adalah
seperti berikut :8.1 Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna.
8.2 Enjin kurang kuasa.
8.3 Enjin mati secara tiba-tiba.
8.4 Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya
terhenti.
8.5 Karburator dibasahi dengan bahan api setelah memandu.
8.1 Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna.
Masaalah seperti ini berlaku selalunya disebabkan oleh jet melahu separuh
tersumbat. Walaupun enjin beroperasi tetapi kelajuan (ppm) melahu tidak dapat
dicapai lalu menyebabkan enjin tiba-tiba saja mati atau bergegar.
Jika ini berlaku, keluarkan karburator daripada enjin dan lakukan kerja baik pulih
dengan peralatan yang sesuai. Masukkan komponen-komponen karburator ke
dalam dulang dan basuh dengan petrol. Kemudian semburkan semua lubang
talian bahan api dengan angin mampatan tinggi untuk menjauhkan kotoran.
Cucuk semua lubang talian bahan api dengan dawai untuk membuang kotoran
yang melekat. Pasangkan semula karburator pada enjin dan laraskan kelajuan
melahu dengan kadar bunyi yang halus dan sempurna jika tidak terdapat alatan
khas untuk pelarasan, tuning.
8.2 Enjin kurang berkuasa.
Pada ammnya enjin kurang berkuasa disebabkan oleh beberapa perkara kecil
seperti kerosakan mekanikal ataupun elektrikal. Ini disebabkan oleh larasan

bahan api petrol yang terlalu rendah daripada sepatutnya dan seterusnya ini
mengakibatkan enjin berkurangan kuasa.
Untuk mengatasi masaalah ini, pusingkan skru melahu bahan api melawan
pusingan jam. Hidupkan enjin dan laraskan kelajuan melahu, kemudian naikkan
kelajuan pusingan enjin hingga 2500-3000 ppm. Jika tidak kedengaran letupan
daripada ekzos, maknanya enjin dalam keadaan yang baik. Uji pandu kenderaan
tersebut untuk menguji kelajuan dan pecutan.
8.3 Enjin mati secara tiba-tiba.
Kejadian seperti ini selalu berlaku apabila kenderaan berhenti semasa lampu
isyarat berwarna merah (nyahpecutan mendadak) semasa kesesakan lalu lintas
atau setelah memandu dengan kelajuan yang tinggi. Ini disebabkan oleh pelaras
melahu tidak dipusing dengan betul, dan campuran antara bahan api dengan
angin terlalu kurang. Pendikit perlu dibuka dengan lebih luas supaya kelajuan
enjin stabil dan jika injak dilepaskan enjin akan mati.
Jika ini berlaku, pusing skru melahu bahan api melawan pusingan jam sedikit
demi sedikit sambil mendengar bunyi enjin sehingga kelajuannya bertambah
laju, antara 700-750 ppm tercatat pada papan pemuka.
8.4 Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya terhenti.
Penapis udara tersumbat
Penapis udara tersumbat atau terdapat banyak habuk pada penapis juga boleh
mengakibatkan kemasukan udara ke pancarongga pengambilan tersekat dan
seterusnya nisbah bahan api yang ideal tidak dapat dicapai khususnya semasa
enjin melahu.
Jika ini berlaku keluarkan penapis udara daripada enjin dan periksa
keadaan penapis tersebut samaada masih boleh digunakan atau sebaliknya. Jika
penapis udara kelihatan perlu dibersihkan, servis dengan pemampat udara yang
bertekanan tinggi.
Sekiranya kertas katrij untuk membuat penapisan koyak atau basah teruk,
ia perlu ditukar dengan yang baru dan saiz yang sama. Penapis udara yang tidak
betul saiznya pada enjin akan menyebabkan kerengganan pada penapis
tersebut. Ini seterusnya menyebabkan sebahagian daripada angin yang masuk
ke pancarongga alur masuk tidak di tapis dan boleh menyebabkan habuk masuk
ke silinder melalui injap kemasukan. Ini kemudiannya akan mengakibatkan
dinding silinder bercalar hasil daripada pergerakan omboh turun dan naik dalam
silinder dan menguis habuk dalam dinding silinder.
Paip vakum karburator tecabut atau bocor.
Buka bonnet kereta dan periksa semua paip vakum daripada dan kepada
karburator. Sekiranya terdapat paip vakum tercabut, sambungkan semula pada
sambungan yang betul. Kadang-kala terdapat kebocoran pada kebocoran yang
berlaku pada hos vakum yang boleh menyebabkan operasi enjin tidak lancar.
Matikan enjin dan tukarkan hos berkenaan kepada hos yang baru. Selepas itu,
hidupkan semula enjin dan pastikan enjin beroperasi dengan kelajuan yang
lancar dan sempurna.
8.5 Karburator dibasahi dengan bahan api setelah memandu.

Ini selalunya disebabkan oleh gasket bahagian atas atau bahagian tengah
karburator yang terkoyak atau bocor, dan membolehkan bahan api terkeluar.
Baraikan karburator dan lakukan servis. Gantikan gasket karburator yang baru.
Apabila mengikat skru karburator, jangan ikat terlalu kuat hingga merosakkan
benang skru. Benang skru yang rosak boleh menyebabkan karburator renggang
sebelah, dan bahan api boleh terkeluar.
Berikut adalah ciri-ciri sebuah karburator yang baik :
- Enjin beroperasi dengan sempurna tanpa gegaran atau gangguan, tidak kira
semasa melahu atau memandu dengan laju.
- Tidak kedengaran bunyi letupan apabila menekan injak pendikit dengan
sempurna.
- Kelajaun enjin tidak berubah atau tersekat ketika memecut.
- Enjin mudah dihidupkan walaupun tanpa membuka pencekik pada cuaca
sejuk atau di dalam hujan.
- Enjin melahu kepada tahap yang dijangka mengikut spesifikasi dengan
seimbang.
- Penjimatan penggunaan petrol untuk setiap kilometer disebabkan
keseimbangan campuran petrol dan udara.
- Keadaan permukaan palam pencucuh yang tiada mendakan karbon.

SISTEM BAHAN API ( FUEL SYSTEM )

Rajah 7 (a) : Fuel system overview


Sistem bahan api bertujuan membekalkan bahan api sepenuhnya daripada
tangki ke karburator mengikut keperluan enjin supaya enjin dapat beroperasi
dengan baik dan sempurna. Terdapat dua jenis pam bahan api pada sistem ini
iaitu pam bahan api elektronik dan pam bahan api mekanikal.
Pam bahan api elektrik beroperasi menggunakan kuasa elektrik daripada bateri
dan pam jenis ini banyak digunakan pada kereta model lama seperti Austin Mini
dan beberapa jenis lagi model kereta buatan eropah. Pam bahan api jenis
mekanikal pula digunakan pada kebanyakkan kereta terkini kecuali enjin
pancutan bahan api elektronik. Memandangkan pam mekanikal mempunyai
komponen yang sering berfungsi pada setiap masa enjin beroperasi, maka ia
akan mengalami pelbagai jenis kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan
sempurna. Antara kerosakan atau masaalah yang sering dialami adalah seperti :-

7.1 Pam gagal menghantar bahan ke karburator.


7.2 Pam tidak dapat membekalkan bahan api yang mencukupi ke
karburator.
7.1 Pam gagal menghantar bahan api ke karburator
Pam didapati tidak dapat menyedut petrol daripada tangki.
Jika berlaku keadaan sebegini, ia disebabkan oleh gegendang terkoyak atau
bocor atau pegas telah lemah dan tidak mampu menarik gegendang dengan
kuat untuk menyedut petrol daripada tangki. Lengan jumpelang pam yang terlalu
pendek pun akan mengakibatkan tunjal gegendang tidak bergerak dan tiada
vakum di capai untuk menyedut petrol daripada tangki.
Kebanyakkan pam bahan api masa kini adalah jenis pasang terus dan tidak
dapat dipisah-pisahkan komponennya. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah
dengan membuka pam bahan api tersebut daripada enjin, dan gantikan dengan
yang baru. Pastikan lengan jumpelang sama panjang dengan yang lama.
Adakah tidak terdapat bekalan bahan api yang cukup didalam tangki.
Apabila pam gagal menghantar bahan api ke karburator pastikan sama ada
terdapat tangki bekalan bahan api di dalam atau tolok bahan api rosak dan
sentiasa menunjukkan petunjuk ke arah F.
Jika tiada bekalan, masukkan bahan api ke dalam tangki, perhatikan dan
pastikan penunjuk pada tolok. Jika penunjuk pada tolok berubah mengikut
kuantiti bahan api yang dimasukkan ke tangki, itu menunjukkan tolok berada
dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika penunjuk tidak berubah, anda perlu
mengeluarkan tolok bahan api untuk di baiki atupun ditukar dengan yang baru
jika perlu.
Kemungkinan penapis bahan api tersumbat.
Bahan api petrol yang dimasukkan ke dalam tangki bahan api selalunya
mengandungi habuk, debu dan air. Bahagian dasar tangki pula, sudah lama
digunakan, terdapat kerak karat yang kemudiannya akan disedut oleh pam
bahan api melalui penapis petrol. Inilah yang menyebabkan penapis tersumbat.
Jika ini berlaku, keluarkan penapis bahan api daripada enjin dan semburkan
dengan udara bertekanan
tinggi secara bertentangan dengan pengaliran bahan api dalam sistem bahan api
sesebuah enjin tersebut.
7.2 Pam tidak membekalkan bahan api yang mencukupi ke karburator.
Adakah penapis bahan api berfungsi dengan sempurna.
Penapis bahan api yang tidak dibersihkan daripada sebarang kotoran akan
menyebabkan pelampung dilaras terlalu rendah lalu menyebabkan injap tertutup
terlau awal. Ini menyebabkan bekalan untuk karburator berfungsi dengan baik
tidak akan mencukupi. Jika ini berlaku, baraikan karburator dan laraskan pelaras
lengan pelampung dalam keadaan lurus. Sebelum mamasang semula komponen,
tiub saluran petrol pada karburator dengan udara bertekanan tinggi. Pasangkan
gasket baru untuk mengelakkan kebocoran petrol semasa karburator beroperasi.
Selepas karburator siap dipasang pada enjin, hidupkan enjin dan perhatiakan
aras minyak petrol dalam mangkuk pelampung yang boleh dilihat daripada
bahagian tepi karburator melalui kaca penglihatan. Aras bahan api hendaklah
sekurang-kurangnya separuh penuh dalam mangkuk pelampung. Jika terlalu
tinggi, ia boleh menyebabkan bahan api membanjiri karburator.

Rajah 7 (b) : Tangki bahanapi petrol

SISTEM ENJIN
Enjin merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk menukar tenaga haba
kepada tenaga mekanikal dan seterusnya menggerakkan sesebuah kereta. Enjin
kereta dibahagikan kepada dua bahagian iaitu enjin pembakaran dalam dan
enjin pencucuh mampatan. Enjin pembakaran dalam menggunakan bahan api
jenis petrol, jenis ini sangat meluas digunakan diseluruh dunia kepada kenderaan
penumpang. Manakala enjin pencucuh mampatan menggunakan bahan api jenis
diesel yang sinonim kepada kenderaan perdagangan berkapasiti besar.
Cara enjin pembakaran dalaman beroperasi terbahagi kepada dua cara iaitu
enjin yang terdapat pada kereta biasa (enjin lazim) yang dipasang dengan
karburator, dan enjin jenis sistem pancitan bahan api elektronik. Dalam enjin
pancitan bahan api elektronik,
sistem bahan api dan sistem pencucuh dikawal melalui unit kawalan elektronik.
Manakala enjin pencucuh mampatan pula beroperasi menggunakan campuran
bahan api dan udara yang dibakar melalui proses mampatan tinggi. Enjin ini
terdapat pada enjin diesel.
Dalam sesebuah sistem enjin banyak komponen boleh terdedah kepada pelbagai
jenis kerosakan, seperti antaranya :
> Enjin kekurangan kuasa
> Enjin tidak dapat dihidupkan
> Bunyi ketukan daripada enjin
SISTEM PENYEJUKAN ( COOLANT SYSTEM )

Rajah 6 (a) : Sistem penyejukan


Jika enjin beroperasi secara berterusan, komponen yang bergesel akan
mengeluarkan suhu yang tinggi. Walaupun jika suhu berkenaan tidak
dikurangkan, ia akan merosakkan komponen-komponen yang sering beroperasi.
Maka suatu sistem amat diperlukan untuk menyejukkan enjin ke tahap
maksimum supaya enjin dapat beroperasi dengan stabil dan sempurna. Sistem
ini dikenali sebagai sistem penyejukkan.
Sistem penyejukkan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyejukkan cecair
yang menggunakan bahan penyejukkan khas iaitu etil glikol dan satu lagi ialah
penyejukkan angin yang ditarik melalui kipas ke arah radiator dan komponen
enjin yang lain. Penyejukkan cecair menyejukkan suhu panas di bahagian dalam
enjin dan penyejukkan angin menyejukkan bahagian luar enjin. Sesebuah enjin
menggunakan kombinasi sistem penyejuk cecair dan sistem penyejuk angin.
Kebanyakan enjin kereta modal tahun 1980an dan 1990an menggunakan kipas
penyejuk automatik yang cuma berfungsi pada takat suhu yang tetentu sahaja.
Namun begitu, kedua-dua jenis sistem ini selalu mengalami kerosakan yang akan
menggugat kesempurnaan operasi sesebuah enjin.
Antara kerosakan yang sering berlaku ialah :6.1 Enjin terlalu panas
6.2 Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan.
6.3 Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.
6.4 Terdapat rekahan atau keretakan pada Radiator.
6.5 Terdapat kebocoran pada saluran (Hose).
6.6 Motorkipas tidak berfungsi dengan baik.
6.1 Enjin terlalu panas
Cecair tidak ditambah setiap hari.
Beberapa kemungkinan boleh menyebabkan air berkurangan dan radiator
menjadi kering setiap hari. Selalunya, kerosakan berlaku pada gasket penebat
pam air yang telah bocor atau haus, yang mungkin sudah terlalu lama digunakan
atau kesilapan semasa pemasangan.
Jika ini berlaku, keluarkan pam air daripada enjin dan periksa kesan cecair yang
menitik daripada injap semak pam preasure check valve. Jika terdapat kesan
kebocoran, buka komponen pam air dan gantikan gasket penebat, jika keadaan
impeller sudah uzur, berkarat. Penggantian perlu dilakukan. Dipasang kembali
dan uji samaada masih ada kebocoran, diteliti punca kebocoran. Jika masih bocor
mungkin permukaan pertemuan pam air dengan enjin sumpik, calar dan tidak
rata memungkinkan air boleh keluar.
Hos aliran cecair rosak.

Periksa juga hos aliran cecair daripada radiator kepada pam cecair, dan daripada
enjin blok ke radiator. Jika hos didapati terseliuh atau patah, pengaliran
cecair daripada tangki cecair tidak akan mengalir dengan bebas dalam sistem
penyejukkan lalu menyebabkan enjin terlampau panas. Jika hos aliran cecair
didapati lembut, gantikan dengan yang baru.
Termostat tidak beroperasi walau pada suhu yang tinggi.
Selalunya terdapat termostat yang tidak beroperasi seperti yang dijangka, atau
cecair dalam radiator tidak berubah walaupun pada suhu yang tinggi. Injap
termostat sepatutnya terbuka apabila suhu meningkat kepada 26C.
Jika hal ini berlaku, keluarkan daripada enjin dan periksa samaada injap dapat
terbuka atau tertutup. Masukkan termostat kedalam balang yang hampir berisi
air dan masukkan meter suhu ke dalam balang tersebut. Panaskan cecair dan
perhatikan pergerakan injap termostat. Ia sepatutnya mula terbuka pada tahap
suhu 79-80C bagi termostat yang bertanda 82C, jika injap tidak terbuka
selepas 82C itu tandanya injap itu rosak. Untuk mengatasi masaalah ini, hanya
perlu ganti termostat yang baru dengan suhu operasi sama seperti yang lama.
Seeloknya gantikan dengan termostat yang dikeluarkan oleh pengeluar enjin.
Jeriji radiator tersumbat atau mengepis.
Cara membaiki adalah dengan mengeluarkan radiator daripada enjin dan
melakukan pancuran bertentangan. Proses ini adalah untuk membuang kotoran
daripada jeriji radiator.
Motor kipas rosak atau bilah kipas patah
Uji motor kipas dengan menggunakan kuasa bateri direct current lihat samaada
berpusing atau tidak. Jika tidak gantikan dengan yang lain. Biasanya komponen
ini tidak boleh dibaiki. Jika hanya bilah kipas sahaja yang patah atau piuh,
gantikan dengan model yang sama.
6.2 Cecair dalam tangki air radiator berkurangan.

Rajah 6.2 : Laluan air sebagai agen penyejuk pada sesebuah kereta
Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan walaupun tiada kesan
kebocoran pada bahagian luar enjin. Kerosakan seperti ini memang sukar di
kesan tanpa alat penguji tekanan. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh
dinding silinder yang retak dan cecair memasuki silinder sedikit demi sedikit
semasa lejang kuasa. Untuk memastikan kerosakan, uji tekanan dalam sistem
penyejukkan adalah antara10-15 bar. Jika tekanan berkurangan semasa alat
penguji tekanan ditekan, dan pada masa yang sama tidak terdapat sebarang
kebocoran daripada sambungan hos air dan pam air, maka disahkan kebocoran
berpunca daripada dinding silinder.Jika hal ini berlaku, keluarkan semua cecair
daripada enjin dan gantikan pelapik silinder yang bocor atau retak dengan saiz

yang sama, atau enjin kereta tersebut perlu diganti dengan enjin blok terpakai
ataupun dengan blok enjin yang baru.
Berkemungkinan juga ada kebocoran yang halus pada radiator, ini dapat dilihat
dengan membiarkan enjin hidup dan lihat jika ada air menitis atau keadaan
berair pada radiator. Kemudian tanggalkan radiator dari kereta dan lakukan baik
pulih.
6.3 Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.
Gasket kepala silinder bocor, atau bolt pengikat kepala silinder longgar. Ini
menyebabkan minyak pelincir masuk ke saliran cecair penyejuk melaluinya. Jika
ini berlaku, keluarkan cecair daripada radiator dan blok enjin, kemudian lakukan
kerja baik pulih bahagian atas silinder enjin top overhaul.
Ciri-ciri sistem penyejukkan yang baik pada enjin :- Suhu enjin stabil semasa operasi
- Tidak terdapat sebarang titisan atau lelehan cecair daripada enjin.
- Tali sawat dalam keadaan ketegangan yang baik mengikut spesifikasi
(antara 12-19)
- Enjin dapat dihidupkan dengan segera walaupun dalam keadaan cuaca
sejuk.

Rajah 6.4 (a) : Melihat kerosakkan pada sirip radiator

SISTEM PENCUCUHAN ( IGNITION SYSTEM )


Tujuan sistem ini pada kenderaan adalah untuk mengagihkan voltan. Voltan
sejumlah 12 volt daripada bateri melalui gelung utama hingga ke tahap 40,000
volt melalui gelung sekunder ke palam pencucuh yang melalui kabel voltan
tinggi. Ini supaya percikkan api dapat melompat diantara elektrod positif dan
elektrod bumi untuk menyalakan campuran bahan api dan angin dalam kebuk
pembakaran combustion chamber enjin pada masa tertentu.

Rajah 9 (a) : Wiring diagram, dual electronic ignition with isolated


backup battery
Sistem pencucuhan memainkan peranan yang penting pada sesebuah enjin dari
segi kuasa, ekonomi, dan kawalan pancaran. Sistem pencucuhan mesti
menghasilkan voltan tinggi arus elektrik ke silinder mengikut aturan pembakaran
yang betul. Sistem ini memerlukan pelbagai jenis senggaraan termasuk
menggantikan komponen yang rosak seperti menggantikan palam pencucuh,
titik sesentuh, tukup pengagih dan menservis bahagian dalam tukup pengagih
supaya
kuasa enjin berada pada tahap yang maksimum. Bagi enjin yang dipasang
dengan titik sesentuh, jarak titik sesentuh menentukan keupayaan pecutan dan
operasi sesebuah kenderaan.
Sistem pencucuhan elektronik pula tidak terkecuali daripada kerosakan. Ini juga
memerlukan kerja senggaraan yang secukupnya dan berterusan dengan
kelengkapan seperti penganalisis enjin, tako meter dan lampu pemasaan timing
light. Antara masaalah yang sering berlaku dalam sistem pencucuhan adalah
seperti berikut :9.1 Tiada percikan api pada titik sesentuh.
9.2 Gelung pencucuh cepat panas dan enjin tidak beroperasi
dengan norma atau tiba-tiba mati.
9.3 Enjin berfungsi melalui tiga silinder atau kurang.
9.1 Tiada percikan api pada titik sesentuh.

Rajah 9.1 (a) : Distributor


Apabila enjin tidak dapat dihidupkan, buka tutup pengagih, manakala pengunci
kereta pada kedudukan ON. Buka titik sesentuh dengan pemutar skru, sejurus
sahaja sesentuh dibuka percikan bunga api sepatutnya melompat antara titik
sesentuh. Tetapi jika sebaliknya (tiada percikan api), ia bermakna bekalan voltan
daripada bateri tidak sampai ke titik sesentuh.

Jika ini berlaku, dapatkan jumlah voltan yang terdapat pada bateri dengan
menggunakan meter volt. Bateri hendaklah sekurang-kurangnya 9-10 volt.
Pastikan
wayar daripada teminal negatif gelung pencucuh bersambung pada terminal
pengagih. Buka sambungan wayar pada sebelah pengagih dan sentuhkan ke
punca bumi. Ia mesti mengeluarkan percikan api dan ini menunjukkan terdapat
voltan bekalan sampai kepada titik sesentuh. Buka titik sesentuh yang dalam
keadaan tertutup dengan pemutar skru dan periksa percikan api sekali lagi.
Sekiranya masih tidak terdapat percikan api, betulkan sambungan daripada
gelung kepada pengagih, elakkan litar pintas terhadap punca bumi. Kemudian
periksa keadaan titik sesentuh samaada lapisan masih baik atau sudah terlalu
haus. Jika lapisan sesentuh didapati haus, pemilik kereta digalakkan menukar
dengan yang baru. Laraskan jarak titik sesentuh antara 0.35-0.55mm. palam
pencucuh perlu diservis pada setiap jarak 10,000 kilometer perjalanan.
9.2 Gelung pencucuh cepat panas dan enjin tidak beroperasi dengan
normal atau tiba-tiba mati.
Tanda-tanda begini menunjukkan cecair dalam tabung gelung pencucuh telah
berkurangan selepas lama digunakan, suhu tinggi dan voltan tinggi yang
dihasilkan melalui gelung sekunder tidak dapat diserap sepenuhnya disebabkan
cecair dalam tabung gelung pencucuh tidak mencukupi.
Jika ini berlaku, pastikan tiada sambungan yang longgar pada kedua-dua
terminal gelung pencucuh. Ketatkan jika terdapat kelonggaran pada terminal.
Setelah kerja pemeriksaan kelonggran dibuat tetapi keadaan masih tidak
berubah, ini menunjukkan gelang pencucuh telah rosak dan perlu diganti dengan
yang baru.
9.3 Enjin berfungsi melalui tiga silinder atau kurang.
Tanda-tanda enjin berfungsi melalui tiga silinder bagi enjin kebuk ialah enjin
bergegar, kurang kuasa, dan melahu secara tidak konsisten. Terdapat dua jenis
kerosakan utama iaitu samaada daripada kerosakan palam pencucuh atau kabel
voltan tinggi yang rosak. Jika ini berlaku, keluarkan palam pencucuh satu
persatu.
Kemudian sambungkan ke kabel palam pencucuh, enjin diengkol dan pegang
palam pencucuh kira-kira 5 mm daripada punca bumi (badan enjin). Perhatikan
bunga api, jika tidak terdapat api pada palam pencucuh semasa diengkol, cabut
palam pencucuh daripada kabel dan lakukan seperti dinyatakan tadi.
Jika terdapat percikan api semasa enjin diengkol, itu menunjukkan palam
pencucuh tersebut telah rosak dan perlu diganti. Kadangkala semasa ujian
dibuat, kabel palam pencucuh tertentu hanya mengeluarkan sedikit sahaja
bunga api. Jika ini berlaku berkemungkinan semasa pemasangan kabel tersebut,
tukup pengagihnya longgar. Oleh yang demikian, ketatkan pemasangan kabel
tersebut pada tukup pengagihnya, dan uji sekali lagi.
Jika kabel dalam pencucuh bunga api tidak mengeluarkan bunga api semasa
diengkol, itu menunjukkan kabel tersebut telah rosak dan perlu diganti dengan
yang baru. Berikut adalah beberapa
ciri-ciri sistem pencucuhan yang baik :- Enjin mudah dihidupkan
- Bunyi enjin dalam keadaan stabil dan lancar tanpa gangguan dan meragam.
- Tiada kedengaran bunyi letupan daripada paip ekzos apabila kelajuan enjin
dipertingkatkan.
- Kuasa pecutan enjin mudah berada di tahap maksimum.

Rajah 9 (b) : Distributor cap for 6 cylinder

Rajah 9 (c) : Distributor cap (pandangan dalam)

SISTEM BREK ( BRAKE SYSTEM )

Rajah 10 (a) : Saluran aliran brek


Brek yang dipasang pada kenderaan adalah bertujuan untuk memberhentikan
atau memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan.
Operasi sistem brek biasanya menjadi satu aspek yang paling penting bagi
setiap pemandu untuk diambil perhatian serius. Oleh itu, keupayaan pembrekkan
memainkan peranan penting dalam pemanduan kenderaan bermotor. Umumnya
terdapat dua jenis sistem brek yang digunakan pada kenderaan masa kini, iaitu
sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Walaubagaimana pun
kebanyakan kenderaan masa kini menggunakan teknologi sistem brek hidraulik
kerana kuasa pemberhentiannya lebih baik daripada brek mekanikal.
Brek hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi. Bagi brek
hidraulik masa kini, ia dipasang dengan gabungan brek cakera dan brek
gelendong. Brek cakera dipasang pada roda hadapan manakala brek gelendong
dipasang pada roda belakang. Brek merupakan peranti yang menggunakan
kuasa geseran untuk memperlahankan atau memberhentikan mekanisme brek
daripada terus bergerak. Dalam sistem tersebut terdapat berbagai-bagai
kerumitan berlaku, yang boleh menggagalkan kenderaan daripad berhenti
seperti yang dikehendaki pemandu. Antara kerumitan atau masaalah yang
sering berlaku ialah :10.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.
10.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke
bawah.
10.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.
10.4 Brek mencengkam.
10.5 Brek menyeret.
10.6 Brek mampung.
10.7 Brek tangan tidak berfungsi.
10.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.
Kerosakan berlaku pada pam induk brek ( master pump).

Rajah 10.1 : Master pump

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan getah penebat, dinding silinder,
pam induk bercalar, saluran hidraulik tersumbat atau kebocoran pada pam induk
brek. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaik pulih pam
induk brek. Periksa dengan teliti setiap bahagian komponen seperti penebat
getah, dinding silinder, dan saluran hidraulik. Gantikan komponen yang rosak
dan pasangkan semula pada kenderaan. Lakukan kerja penjujusan bleeding
semasa enjin dihidupkan.
Getah penebat pada silinder roda bocor atau haus.
Kebiasaannya ternampak kebocoran atau cecair brek terkeluar daripada silinder
roda yang rosak. Letakkan kenderaan diatas pendorong dan atas tempat yang
rata. Tanggalkan roda yang mengeluarkan silinder roda. Rombak silinder roda
yang bocor, dan gantikan komponen yang rosak (biasanya penebat rosak).
Pasangkan semula semua komponen pada kenderaan, hidupkan enjin dan
jujuskan sistem brek bermula daripada roda yang paling jauh dan berakhir
dengan roda yang terdekat dengan pam induk brek.
10.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.
Lapik brek atau pad brek haus berlebihan.
Kehausan terjadi selepas pelapik brek atau pad brek digunakan dengan lama
kerana setiap kali pengguna kenderaan memandu, tentunya brek amat
diperlukan. Setiap kali injak brek ditekan, pelapik atau pad bergeser dengan
gelendong brek atau cakera brek. Lama-kelamaan pelapik atau pad tersebut
akan semakin nipis. Jika ini berlaku, tarikkan brek tangan dan naikkan kereta ke
atas penyokong. Keluarkan roda dan tanggalkan pelapik atau pad brek daripada
kedudukannya. Ganti keratan lapik pad brek dan pasangkan semula seperti
sediakala.
Hidupkan enjin dan jujus sistem brek hidraulik sehingga tiada udara terkandung
dalam sistem hidraulik. Sekiranya pelapik atau pad didapati masih licin dan
tebal. Gosokkan pelapik dengan kertas pasir halus untuk membuang lapisan
yang licin, kemudiannya pasangkan semula.

Rajah 10.2 (a) : Brake disk

Rajah 10.2 (b) : Cara brek beroperasi


10.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.
Pelapik atau pad berminyak pada sebelah roda.
Pelapik atau pad yang berminyak ini menyebabkan brek sebelah roda tergelincir
dan tidak dapat berfungsi seperti roda-roda yang lain. Jika ini berlaku, cara
mengatasinya adalah dengan membaraikan komponen brek pada sebelah roda
berkenaan, dan memeriksa komponen yang rosak. Gantikan pelapik brek,
penebat getah atau penutup habuk jika perlu.
10.4 Brek mencengkam.
Brek cakera atau brek gelendong berpiuh atau piring belakang longgar.
Jika ini berlaku, baik pulih brek cakera atau brek gelendong dan lakukan servis ke
atasnya. Jika terdapat kerosakan pada mana-mana komponen brek, gantikan
dengan alat ganti yang baru. Tukarkan pegas atau spring yang lemah atau
patah.
Tiada jarak antara gelendong dengan pelapik brek.
Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan
komponen-komponen yang didapati telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas
dilihat dengan mata kasar.
10.5 Brek menyeret.
Brek tangan tidak dilepaskan sepenuhnya, pelarasan brek tidak seimbang,
pegas kasut patah.
Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan
komponen-komponen yang dilihat telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas
dilihat dengan mata kasar.
Omboh melekat di dalam silinder.
Keadaan ini disebabkan oleh keadaan silinder yang telah berkarat dengan teruk,
dan kerana itu omboh tidak dapat ditolak keluar daripada kedudukannya untuk
menekan pelapik dan memberhentikan kenderaan. Jika ini berlaku, buat kerja
baik pulih terhadap angkup atau gelendong brek dan tukarkan penebat getah,
servis silinder serta bersihkan atau gantikan penutup habuk. Basuh pam brek
pada silinder, bekas dan penutup minyak dengan air bersih. Setelah selesai, isi
minyak dan lakukan penjujusan.
10.6 Brek mampung
Udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada silinder induk.
Keadaan ini berlaku apabila terdapat udara dalam saluran hidraulik atau
kebocoran pada atau dalam silinder induk. Lakukan jujusan terlebih dahulu.

Sebelum memasang semula silinder pada kenderaan. Ini untuk mengeluarkan


udara berlebihan
dalam silinder induk. Setelah memasangnya pada kenderaan, lakukan pula
jujusan pada setiap roda mengikut susunan jujusan.
10.7 Brek tangan tidak berfungsi.
Keadaan ini adalah biasanya disebabkan oleh kabel tangan yang terlalu panjang
yang menyebabkan pelarasan menjadi kendur. Pastikan kabel digunakan sesuai
dengan atau sama dengan alat ganti yang tulen. Jika tidak, saiz dan panjangnya
akan memberi masaalah apabila memasang dan melakukan pelarasan. Letakkan
kenderaan diatas tempat yang rata. Lepaskan brek tangan sepenuhnya dan
laraskan melalui nat pelarasan dengan kabel ke tahap yang sesuai. Selepas itu
tarik brek tangan dengan perlahan sehingga 5 bunyi klik kedengaran. Hidupkan
enjin, masukkan gear satu dan cuba gerakkan kenderaan dengan perlahan dan
tarik brek tangan. Kereta akan terhenti sejurus sahaja brek tangan di tarik. Jika
sebaliknya laraskan semula sehingga ia dapat berfungsi sepenuhnya.
Berikut adalah beberapa ciri-ciri sistem brek yang baik.:- Kenderaan dapat berhenti seperti yang dijangka oleh pemandu.
- Cengkaman brek yang baik dan tidak menyeret.
- Keadaan injak brek dalam keadaan lembut dan selesa ketika memijak
brek.
Model RPM @ 110 km/h
Perodua:
kelisa 1.0(M) 3k
kelisa 1.0(A) 3.7k
kancil 660(M) 4.2k
kancil 850EX(M) 4.2k
myvi 1.0(M) 3.6k
myvi 1.3(A) 3k
kenari 1.0(A) 3.6k
kenari 1.0(M) 3.4k
viva 1.0 (A) 3.7k

Anda mungkin juga menyukai