Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 6 & 8, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62804 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
TP-300-3:2013- AUTOMOTIVE AFTER SALES SERVICE
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L3

KOD DAN NAMA UNIT


KOMPETENSI / TP-300-3:2013 – C08 SUPPLEMENTARY RESTRAINING
COMPETENCY UNIT SYSTEM (SRS) AIRBAG INSTALLATION AND DIAGNOSTIC
CODE. AND NAME

1. SETUP SCAN TOOL / DIAGNOSTIC TESTER TO


PERFORM SYSTEM DIAGNOSIS
NO. DAN PENYATAAN 2. OPERATE SCAN TOOL SRS AIRBAG DIAGNOSIS
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND 3. REPLACE AIRBAG MODULE AND CLOCK SPRING
STATEMENT
4. REPLACE SEAT BELT AND PRE TENSIONER

5. REPLACE IMPACT SENSOR

NO. KOD/CODE NO. TP-300-3:2013 –C08/P(1/5)


Muka Surat / Page :
NO. KOD KURSUS /
1 Drp / of 12
MTA 4022
COURSE CODE NO.

TAJUK/TITLE:

PERSEDIAAN ALATAN SCAN TOOL

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang papan kawalan kerja, peralatan yang berkaitan system SRS airbag, sistem
penyalaan, penyambungan alat pengimbas dan prosedur operasi scan tool dengan lebih
terperinci.

1
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
2 Drp / of : 12
PENERANGAN/INFORMATION:
Sistem SRS airbag pada kenderaan berfungsi sebagai alat keselamatan kepada
pemandu dan juga penumpang. Ia beroperasi menggunakan tenaga elektrik dan
elektronik. Oleh itu, setiap kerosakan pada sistem ini perlulah diimbas menggunakan scan
tool untuk mengenalpasti jenis kerosakannya. Setiap mekanik kenderaan perlu tahu cara
dan kaedah untuk melakukan diagnosis pada sistem kenderaan kerana kebanyakan
kenderaan pada masa kini banyak menggunakan sistem elektrik dan elektronik.

1. PAPAN KAWALAN KERJA ( JOB CONTROL BOARD )


1.1. Fungsi papan kawalan kerja / job control board.

Pengurusan pelanggan adalah penting kepada operasi sesebuah bengkel atau


pusat servis kenderaan. Antara kriteria sesebuah bengkel kenderaan yang
bagus adalah menggunakan papan kawalan kerja dalam operasinya.

a) Berikut adalah antara fungsi papan kawalan kerja / job control board.
i) Memudahkan kerja-kerja pemantauan kenderaan.

 Setiap kenderaan yang masuk ke pusat servis perlu direkodkan maklumat


ke dalam system dan dipamerkan pada papan kawalan kerja untuk
memudahkan kerja-kerja pemantauan dilakukan.

ii) Memastikan kerja pembaikan kereta berjalan dengan sempurna.

 Papan kawalan kerja atau job control board mengandungi sumber


maklumat mengenai operasi di dalam sesebuah pusat servis atau bengkel
kenderaan. Ia perlu dipamerkan di dalam bengkel atau pusat servis
sebagai panduan kepada kakitangan di situ.

iii) Mengawasi tugas mekanik dalam menjalankan tugas.

 Setiap kenderaan yang menjalani servis atau pembaikan di dalam pusat


servis atau bengkel kenderaan mempunyai mekanik khas yang ditugaskan
untuk membaiki kenderaan tersebut.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
3 Drp / of : 12

Rajah 1 : Contoh papan kawalan kerja ( job control board ).

2. ALAT, PERALATAN DAN BAHAGIAN SRS AIRBAG.

SRS adalah singkatan kepada “Secondary/Supplemental Restrain System” yang


bermaksud sistem sokongan kedua atau sekunder kepada tali pinggang keledar jika
berlaku kemalangan. Tali pinggang keledar adalah merupakan sistem utama
perlindungan kepada pemandu untuk mengurangkan impak kemalangan. Dengan erti
kata lain, adanya SRS airbag ini ciri-ciri keselamatan dalam pemanduan kereta dapat
dipertingkatkan.

SRS airbag akan diaktifkan secara automatik apabila berlaku kemalangan. Bagi
sesetengah sistem ini pada kenderaan telah diprogramkan dengan sistem tali pinggang
keledar. Apabila berlaku kemalangan, seat belt akan diketatkan (pre tensional) pada
masa yang sama SRS air bag diaktifkan. Jika lampu amaran SRS menyala, segeralah
ke bengkel supaya anda dalam keadaan yang lebih selamat. Walaupun kereta masih
boleh bergerak, namun kebolehan sistem air bag anda diragui dan boleh menjejaskan
keselamatan. 
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
4 Drp / of : 12

2.1. Peralatan yang berkaitan SRS airbag.

i) Servis manual.

 Setiap kenderaan yang masuk ke bengkel atau pusat servis berlainan


model dan jenama. Oleh itu setiap proses pembaikan kenderaan mesti
merujuk kepada servis manual untuk mengelakkan kesilapan berlaku.

Rajah 2 : Manual servis berbentuk CD.

ii) Special tools.

 Antara alat khas untuk kendalian system SRS airbag ialah alat pembuka
cover papan pemuka. alat tersebut berupa pengumpil plastic yang tidak
keras. Ia digunakan ketika mengumpil penutup papan pemuka / dashboard
untuk mengelakkan dari koyak atau calar. Contoh alat tersebut seperti
dalam rajah di bawah.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
5 Drp / of : 12

Rajah 3 : Alat pembuka cover papan pemuka.

iii) Alat pengimbas ( scan tools ).

 Scan tool atau alat pengimbas system kenderaan merupakan sejenis alat
seumpama komputer atau gajet elektronik. Ia digunakan untuk mengimbas
system elektronik pada kenderaan. kebanyakan kenderaan masa kini perlu
diimbas menggunakan scan tool untuk mengenalpasti kerosakan pada
system kenderaan. Antara system yang boleh diimbas menggunakan scan
tool ialah system SRS airbag, ABS, automatic transmission, fuel system,
engine system, dan system eksesori yang lain.

Rajah 4 : Alat pengimbas (scan tools).


Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
6 Drp / of : 12

iv) Special socket/bit.

 Pada system SRS airbag terdapat skru atau bolt istimewa kerana system ini
mempunyai ciri keselamatan. Skru tersebut memerlukan special socket /
bit untuk membukanya. Contoh gambarajah tork bit seperti di bawah.

. Rajah 5 : Tork bit socket

Rajah 6 : Bahagian SRS airbag.

Keterangan :
1, 2  = Crash sensor
       3      = ACU
        4      = Driver AirBag (DAB)
        5      = Passenger AirBag (PAB)
 
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
7 Drp / of : 12

3. PERALATAN KHAS UNTUK SISTEM SRS AIRBAG


Beg udara adalah peranti teknologi baru pada kenderaan moden. Untuk mengurangkan
kereta apabila perlanggaran dan kecederaan kepada pemandu dan penumpang. Di
bahagian stereng pemandu depan umumnya dilengkapi dengan sistem beg udara,
beberapa kereta di kerusi pemandu sebelum bahagian atas Kotak peralatan juga
dilengkapi dengan sistem beg udara. Terdapat juga lampu kegagalan beg udara akan
terpapar semasa kegagalan pada sistem.

3.1. Berikut adalah peralatan khas yang digunakan untuk mengendali sistem SRS
Airbag.

a) Gunakan special tool yang lembut untuk mengelakkan papan pemuka calar atau
rosak.

b) Allen key dan tork bit soket untuk membuka skru.

4. SISTEM PENYALAAN PADA KENDERAAN.

4.1. Suis penghidup adalah suis dalam sistem kawalan kenderaan motor yang
mengaktifkan sistem elektrik utama untuk kenderaan, termasuk "aksesori" (radio,
tingkap kuasa, SRS dan lain-lain). Suis pencucuhan

a) Merupakan sistem kawalan kenderaan motor yang mengaktifkan sistem


elektrik utama untuk kenderaan.
b) Suis ini digabungkan dengan immobilizer hanya untuk mengaktifkan fungsi
suis apabila isyarat transponder dalam kunci dikesan. Aksesori elektrik dan
elektronik (tingkap kuasa, radio, ABS, SRS airbag dan lain-lain).
c) Kenderaan baru telah dilengkapi dengan sistem yang disebut "tanpa kunci",
yang menggantikan suis utama dengan butang tekan.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
8 Drp / of : 12

Rajah 7 : Suis penyalaan (Ignition switch).

5. LOKASI SOKET PENYAMBUNG ALAT PENGIMBAS.


Sejak awal 1980-an, kebanyakan kereta mempunyai komputer di papan yang
mempunyai penyambung diagnostik on-board (OBD). Bermula pada tahun 1996,
banyak mesin mula muncul penyambung baru dengan sambungan moden OBD-II
standard, yang menjadi serasi dengan mana-mana komputer peribadi. Perlu diingat
bahawa pada masa itu, sesuatu yang serius dengan data dari unit kawalan kenderaan
dan enjinnya tidak mencukupi, yang boleh dilakukan menggunakan PC biasa.

5.1. Lokasi soket penyambung alat pengimbas harus diketahui sebelum memulakan
proses diagnosis.
a) Untuk mengetahui lokasi sebenar soket penyambung penyesuai OBD, rujuk manual
kereta (manual book).
b) Biasanya lokasi soket berada di bahagian pemandu.

Rajah 8: Lokasi soket penyambung.


Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
9 Drp / of : 12

6. JENIS SOKET PENYAMBUNG ALAT DIAGNOSTIK.

6.1. Dalam kebanyakkan alat pengimbas, kenderaan terkini dibekalkan dengan 16


pin connector point yang selalunya ditandakan dengan warna yang berbeza.
Juga dikenali sebagai DLC (data link connector), merupakan bahagian yang
sangat penting dalam penetapan alat pengimbas dan ia biasanya terletak pada
bahagian bawah dashboard bagi kenderaan lama berhampiran dengan
pemandu.

Jenis soket penyambung alat diagnostik terbahagi kepada 2 jenis iaitu OBD1
dan OBD2. Untuk jenis soket OBD1 mengandungi 12 pin manakala OBD2
mengandungi 16 pin. Soket OBD1 digunakan pada kebanyakan kenderaan enjin
Mitsubishi 4G9X manakala soket OBD2 digunakan pada kebanyakan model
kereta baru. Contoh soket penyambung alat pengimbas pada kenderaan adalah
seperti rajah di bawah.

a) ‘A’ merupakan socket OBD1 (12 PIN) – kebanyakan enjin Mitsubishi 4G9X.

b) ‘B’ merupakan socket OBD2 (16 PIN) – kebanyakan model kereta baru.

Rajah 9 : Socket OBD1 dan OBD2


Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
10 Drp / of : 12

Rajah 10 : Perbezaan soket 12 dan 16 pin.

7. ALAT IMBASAN KENDERAAN (SCAN TOOL).

Alatan pengimbas (Scan tools) merupakan suatu alat elektronik berupa sistem
komputer moden. Apabila lampu check engine, kereta anda cuba untuk berkomunikasi
dalam satu-satunya cara yang boleh. Pada tahap yang paling asas, Lampu check
engine menunjukkan bahawa sesetengah sensor, di suatu tempat di dalam enjin atau
transmission, telah memberikan data yang tidak dijangka ke komputer. Itu boleh
menunjukkan masalah dengan sistem sensor yang bertanggungjawab untuk
pemantauan, sensor bermasalah atau sistem pendawaian.
Dalam sesetengah kes, lampu check engine boleh dihidupkan dan kemudian akhirnya
dimatikan tanpa gangguan di luar. Itu tidak bermakna masalah itu telah hilang, atau
tidak ada masalah di tempat pertama. Sebenarnya, maklumat mengenai masalah itu
biasanya masih boleh didapati melalui code reader walaupun lampu padam..

a) Scan tools merupakan suatu alat elektronik berupa sistem komputer moden. Ia
didatangkan bersama aksesori tambahan seperti kabel penyambung dan lain-lain.

b) Fungsi scan tools ialah untuk mengimbas system pada sesebuah kenderaan. Ia
boleh mengesan punca kerosakan yang melibatkan pengesanan sensor. Alat ini
juga boleh memadam kod masalah pada system kenderaan pada sesetengah kes.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
11 Drp / of : 12

Rajah 11 : Alat pengimbas (scan tool).

8. PROSEDUR OPERASI SCAN TOOL.

8.1. Untuk menjalankan kerja-kerja diagnosis system kenderaan menggunakan alat


scan tool, seseorang haruslah tahu prosedur operasi scan tool terlebih dahulu
supaya tidak berlakunya kesilapan dan kerosakan pada system kenderaan.
Berikut adalah langkah operasi scan tool.

a) Penyambungan socket scan tool pada kenderaan.

 Pilih soket scan tool yang bersesuaian dengan kenderaan.

b) Switch ON kenderaan.

c) Switch ON pada scanner.

d) Tekan OK dan pilih model kenderaan.

e) Pilih sistem kenderaan (select mode) dan tekan OK.

f) Kemudian akan muncul DTC, clear DTC, Data stream dan juga Test function.

g) Jalankan menu-menu tersebut sesuai dengan keperluan servis yang kita


kehendaki.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-3:2013-C08/P(1/5)
12 Drp / of : 12

SOALAN/QUESTIONS :

1. Nyatakan fungsi papan kawalan kerja.


________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

2. Berikan tiga ( 3 ) peralatan yang berkaitan dengan system SRS airbag untuk
membaik pulih sistem.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

3. Apakah fungsi utama system SRS airbag ?


________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCES:

1. https://www.google.com/search?
rlz=1C2CHFX_enMY807MY808&source=hp&ei=iJ8BXerLOde5rQHWvKHIAQ&q
=fungsi+scan+tool&oq=fungsi+scan.-12 Jun 2019. 2.30pm

2. Teknologi Automotif.Mohd Bahaman Mohd Rajuli. International Book Service,


Petaling Jaya.ISBN 967-950-128-0. Muka Surat 234 hingga 241.

3. Buku Jurutera Lektrik dan Jentera (Institut Kejuruteraan Tentera Darat)

Anda mungkin juga menyukai