Anda di halaman 1dari 22

MODUL 3

KEUSAHAWANAN
Dalam modul ini pelajar diperkenalkan kepada keusahawanan dan kerjaya yang meliputi aspek kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat keputusan, pengiraan kos, rancangan perniagaan, agensi yang membantu usahawan, pemasaran serta peluang kerjaya dalam industri automobil.

Objektif
Modul ini membolehkan pelajar:

1. 2. 3. 4. 5.

Menyatakan maksud komunikasi. Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan. Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain. Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam perniagaan yang diceburi. Mengenal pasti harga seunit bagi setiap komponen. 6. Menentukan kos perkhidmatan menservis dan menyenggara sistem automobil. 7. Mengira kos perkhidmatan menservis dan menyenggara sistem automobil. 8. Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan. 9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah. 10. Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahawan. 11. Mengenal pasti unsur pemasaran. 12. Mengenal pasti cara mempromosi produk yang ditawarkan. 13. Mengenal pasti peluang kerja dalam industri automobil.

KANDUNGAN MODUL
Unit Unit Unit Unit Unit Unit Unit 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 : : : : : : : Kemahiran berkomunikasi. Kemahiran membuat keputusan. Pengiraan kos. Rancangan Perniagaan. Agensi yang membantu usahawan. Pemasaran. Peluang kerjaya dalam industri automobil.

UNIT 3.1 : KEMAHIRAN BERKOMUNAKASI


Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat: 101

1. Menyatakan maksud komunikasi. 2. Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan. 3. Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain.

Pencapaian Kompetensi
1. 2. 3. 4.
Boleh menyatakan maksud komunikasi. Boleh menjalankan simulasi, main peranan dan menonton video cara berkomunikasi. Boleh menyatakan kepentingan membentuk jaringan hubungan ( networking ). Boleh menjalinkan perhubungan antara rakan untuk melaksanakan projek usahasama.

Maklumat penting
Kemahiran berkomunikasi
Komunikasi adalah satu proses yang menentukan perbualan, perbincangan, arahan atau penulisan dilakukan dengan berkesan. Ia melibatkan pertukaran maklumat dan pemahaman terhadap maksud maklumat yang disampaikan. Komunikasi yang berkesan adalah penting dalam proses pengurusan sesebuah perniagaan. Oleh itu usahawan yang inginkan pencapaian cemerlang dalam perniagaan yang diterajuinya perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi.

Proses komunikasi semasa berurusan dengan pelanggan


Proses komunikasi yang berkesan mengandungi beberapa langkah seperti berikut:

1. Ketahui 2. 3. 4. 5.

objektif atau sebab komunikasi dilakukan. Mengenal pasti kepada siapa maklumat ditujukan. Memilih media yang sesuai untuk berkomunikasi supaya objektif komunikasi tercapai. Memilih masa yang sesuai untuk berkomunikasi. Rancang maklumat yang hendak disampaikan dan pilih bahasa yang sesuai supaya difahami oleh penerima maklumat.

6. Mendapatkan maklum balas untuk memastikan komunikasi yang berkesan. Teknik berkomunikasi dalam perniagaan
Rajah 3.1 Komunikasi bersama pelanggan Terdapat dua teknik berkomunikasi yang kerap digunakan oleh usahawan untuk menguruskan perniagaannya. Teknik tersebut ialah komunikasi menggunakan tulisan dan lisan. Komunikasi secara lisan dilakukan apabila usahawan berkomunikasi melalui talefon, intercom, perbincangan bersemuka, mesyuarat, seminar dan konferensi. Kaedah komunikasi secara bertulis pula merangkumi surat menyurat, memo, laporan, minit mesyuarat, mel elektronik, faksimili, iklan dan risalah.

102

Komunikasi

Lisan

Bertulis

Surat Mesyuarat Telefon Memo Gaya Perbualan Laporan Perbincangan

Interpersonal Antara peroragan

Penampilan

Kebolehan mendengar

Berketerampilan

Memahami kehendak perbualan Gerak bahasa tubuh (body language) Gerak bahasa tubuh

Rajah 3.2 Peta minda kemahiran berkomunikasi

Kepentingan menjalin hubungan dengan orang lain


Kemahiran hubungan manusia adalah kemahiran penting perlu dihayati oleh seseorang usahawan. Ini adalah 103 kerana usahawan sentiasa perlu berinteraksi dengan pelanggan, pembekal, pekerja, pesaing dan anggota masyarakat perdagangan yang mempunyai hubungkait dengan perniagaannya. Antara kemahiran hubungan manusia yang penting ialah:

1. 2. 3. 4. 5.

Kemahiran berkomunikasi. Kemahiran mewujudkan jaringan dalam perniagaan. Kepimpinan. Dinamika kumpulan. Mengatasi konflik.

Halangan Dalam Berkomunikasi


Keberkesanan sesuatu proses komunikasi bergantung kepada unsur penghalang dalam komunikasi. Penghalang komunikasi adalah seperti berikut:

1. Maklumat kabur kerana penghantar maklumat gagal menggunakan bahasa perantaraan dengan 2. 3. 4. 5.
berkesan dan gagal membentuk idea yang jelas. Maklumat yang kurang jelas adalah penghalang kepada keberkesanan proses komunikasi. Gagal mentafsir maklumat dengan tepat. Kegagalan mentaksir maksud asal sesuatu maklumat menyumbang kepada hilangnya sesuatu maklumat itu dalam saluran komunikasi. Halangan dalam penghantaran maklumat. Saluran maklumat mungkin terganggu oleh suasana yang bising, suara penghantar yang kurang jelas, tulisan yang kurang difahami atau sukar dibaca. Halangan di pihak penerima maklumat. Maksud asal maklumat hilang dalam saluran komunikasi kerana penerima maklumat tidak memberi tumpuan kepada apa yang sedang diterangkan dan gagal mentaksirkan maklumat dengan tepat. Penerima tidak yakin dengan apa yang telah ditafsirkan kerana tidak yakin kepada penghantar maklumat.

Aktiviti
1. Menonton tayangan cara berkomunikasi. 2. Jalankan aktiviti berkomunikasi dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga, skim bayaran, kualiti, ketahanan, estetika, egronomik, saiz, reka bentuk, warna, trend terkini, tempoh serahan dan perkhidmatan selepas jualan. 3. Laksanakan satu projek usahasama dan lakukan proses menjalin perhubungan.

Latihan
1. Dalam menjalankan perniagaan, komunikasi sangan penting. Nyatakan maksud komunikasi.

2. Terdapat dua teknik berkomunikasi iaitu. dan yang


kerap digunakan oleh usahawan. 3. Keberkesanan sesuatu proses komunikasi bergantung kepada unsur penghalang dalam komunikasi.

Nyatakan dua penghalang komunikasi.

UNIT 3.2 : KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN


Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat: 104

Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam perniagaan yang diceburi.

Pencapaian Kompetensi
1. Boleh membuat keputusan cara mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian
yang baik, bertindak dan menilai semula.

2. Boleh menyelesaikan masalah ketiadaan bahan atau alat yang diperlukan untuk menservis enjin,
kekurangan modal untuk perniagaan dan tawar-menawar harga perkhidmatan.

Maklumat penting
Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran didalam kemahiran membuat keputusan ini sangat penting dimiliki oleh usahawan. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran penting untuk menentukan yang seseorang itu benar-benar tahu apa yang hendak dilakukan ke atas perniagaan yang diceburi. Contohnya, seseorang mekanik bukan sahaja mengetahui bagaimana hendak membaiki enjin tetapi juga perlu mengetahui bagaimana hendak mengesan kerosakan dan boleh memberi khidmat nasihat.

Langkah membuat keputusan bidang automobil.


Seorang mekanik yang baik mestilah boleh memuaskan hati pelanggan atau pemilik kenderaan. Mekanik mestilah boleh mengesan atau memeriksa kerosakkan ke atas kenderaan dengan tepat. Keputusan kerosakan mestilah dibincangkan dengan pelanggan dari segi kos kerja pembaikan dan masa pembaikan. Cara pembayaran juga sangat penting dibincangkan kerana ianya akan memudahkan pelanggan membuat pembayaran secara tunai, kad kredit atau cek.
Ketua Mekanik mendapat maklumat daripada pelanggan mengenai kerosakan. Pemeriksaan awal dilakukan oleh ketua mekanik / mekanik ke atas kenderaan.

Mendapatkan persetujuan daripada pelanggan mengenai kos dan kerja pembaikan.

Berbincang dengan pelanggan mengenai kerosakan dan kerja pembaikan.

Ketua Mekanik mengisi borang kerja.

Menyerahkan borang kerja kepada mekanik dan mekanik memulakan kerja.

Menguji kenderaan, menuntut bayaran dan menyerahkan kenderaan kepada pelanggan.

Rajah 3.3 Carta alir membuat keputusan

105

Aktiviti

Pelajar membuat perbincangan kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingan membuat keputusan yang sesuai.

Latihan
Ketua Mekanik mendapat maklumat daripada pelanggan mengenai kerosakan.

Rajah 1

Mendapatkan persetujuan daripada pelanggan mengenai kos dan kerja pembaikan

Ketua Mekanik mengisi borang kerja dan menetapkan kos pembaikan

Menyerahkan borang kerja kepada mekanik dan mekanik memulakan kerja

1. Berpandukan rajah di atas, lengkapkan carta alir langkah membuat keputusan. 2. Nyatakan kemahiran penting yang perlu dimiliki oleh usahawan di dalam proses kemahiran membuat keputusan.

106

UNIT 3.3 : PENGIRAAN KOS


Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. Mengenal pasti harga seunit bagi setiap komponen. 2. Menentukan kos perkhidmatan menservis dan menyenggara sistem automobil. 3. Mengira kos perkhidmatan menservis dan menyenggara sistem automobil.

Pencapaian Kompentasi
1. Boleh membuat pengiraan kos semasa menservis dengan menggunakan komponen alat ganti yang
berkualiti dan mengikut spesifikasi. 2. Dapat menentukan harga atau kos perkhidmatan menservis dan menyenggara sistem automobil. 3. Boleh mengira kos perkhidmatan dan menyenggara sistem automobil.

Maklumat penting
Bagi mengetahui kos seunit komponen atau perkhidmatan menservis dan menyenggara, usahawan perlu membuat pengiraan kos operasi. Komponen kos operasi terdiri daripada kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed. Kos bahan langsung termasuk semua bahan yang diperlukan secara terus untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan. Kos buruh langsung merujuk kepada kos buruh yang terlibat secara terus dalam mengeluarkan barang siap. Kos bahan dan buruh yang tidak terlibat secara terus dalam menghasilkan barang siap akan disenaraikan bawah kos overhed. Kos overhed termasuk sewa premis, insuran, gaji buruh tak langsung, gaji kakitangan pengurusan seperti panyelia kilang, kos penyelenggaran, kos bahan tak langsung dan susut nilai bagi aset seperti mesin dan peralatan serta bangunan yang dibina atau dibeli.

Rumus.
Pengiraan kos operasi Kos Operasi = Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Kos Overhed Daripada pengiraan kos operasi, kos seunit dan kos seunit keluaran dapat di tentukan. Untuk mendapatkan kos seunit keluaran, jumlah kos operasi mesti dibahagi dengan jumlah output seperti berikut: Kos Seunit Keluaran = Jumlah Kos Operasi Jumlah Output ( unit )

107

Kos perkhidmatan menservis dan menyenggara sistem automobil. Jadual 3.1 Daftar harga menservis automobil

Info: Untuk maklumat terkini mengenai daftar harga, sila rujuk Persatuan Pengusaha Bengkel Bumiputra Malaysia di Kuala Lumpur atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

108

Mengira kos perkhidmatan menservis automobil


Sebuah syarikat perkhidmatan mencuci kenderaan mendapat tawaran mencuci 300 buah bas sebulan pada harga RM 80.00 bagi seunit bas. Spesifikasi kerja dinyatakan adalah menyembur, membasuh dengan syampu keseluruhan badan dan tayar serta menggilap dengan bahan pengilap. Kos operasi untuk sebulan adalah seperti berikut: Jadual 3.2 Kos operasi No Perkara 1 Syampu 2 Bahan Pengilap 3 Gaji Penyelia 4 Upah pekerja 5 Sewa tapak 6 Bil air 7 Bil elektrik 8 Sponge dan berus Susutnilai mesin penyembur, mesin pengilap dan 9 peralatan lain 10 Belanja runcit Harga 1,140 1,725 1,500 11,520 900 1,000 800 750 1,050 450

RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM

Kos Operasi perkhidmatan Mencuci Bas


Kos Bahan Mentah Langsung Syampu Bahan Penggilap Bil air Kos Buruh Langsung Upah Pekerja Kos Overhed Gaji Penyelia Sewa tapak Sponge dan berus Bil elektrik Susutnilai mesin Dan peralatan Belanja runcit RM RM RM RM RM RM 1,500 900 750 800 1,050 450 RM Kos Operasi Sebulan RM 5,450 20,835 RM 11,520 RM RM RM 1,140 1,725 1,000 RM 3,865

109

Rumus. Seterusnya kos seunit perkhidmatan dapat dikira seperti berikut: Kos seunit perkhidmatan = = = Jumlah kos operasi Jumlah output ( unit ) RM 20,835 300 buah bas RM 69.45 / bas

Daripada pengiraan di atas, kos perkhidmatan mencuci seunit bas ialah RM 69.45 Keuntungan yang diperolehi bagi sebuah bas ialah : Keuntungan = = = Harga tawaran mencuci bas kos seunit perkhidmatan. RM 80.00 RM 69,45 RM 10.55

Aktiviti
Pelajar membuat kiraan kos semasa menservis dengan menggunakan komponen alat ganti yang berkualiti dan mengikut spesifikasi berpandukan daftar harga.

Latihan
Sebuah syarikat menservis kenderaan telah mendapat tawaran untuk menservis dan menyenggara 200 buah kereta sebulan pada harga RM 160.00 bagi sebuah kereta. Spesifikasi kerja yang dinyatakan dalam surat tawaran adalah menukar minyak pelincir, penapis minyak pelincir, palam pencucuh dan penalaan enjin. Kos operasi untuk sebulan adalah seperti berikut:Minyak pelincir Penapis minyak pelincir Palam pencucuh Gaji Penyelia Upah Pekerja Sewa tapak Bil air Bil elektrik Susutnilai mesin penalaan enjin dan peralatan lain Belanja runcit RM 6,400 RM 3,000 RM 2,400 RM 1,500 RM 12,000 RM 1,200 RM 300 RM 200 RM 1,200 RM 1,000

Kirakan kos menservis dan menyenggara sebuah kereta dan keuntungannya.

110

UNIT 3.4 : RANCANGAN PERNIAGAAN


Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan. 2. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

Pencapaian Kompetensi
1. Dapat menyatakan tujuan menyediakan rancangan perniagaan 2. Boleh membuat rancangan perniagaan mudah

Maklumat penting
Rancangan Perniagaan ialah sebuah dokumen / kertas kerja bertulis yang menerangkan tentang perniagaan yang hendak dijalankan secara menyeluruh. Ia merupakan blue print perniagaan untuk menerangkan mengenai kajian yang telah dijalankan dan perancangan perniagaan pada masa depan. Ia juga menerangkan tentang ramalan dan jangkaan serta kaedah perlaksanaan strategi perniagaan tersebut.

Tujuan menyediakan Rancangan Perniagaan.


1. Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal. 2. Mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang akan dijalankan berdaya maju atau sebaliknya. 3. Meyakini pihak tertentu bagi mendapatkan sumber pembiayaan kewangan. 4. Menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian. 5. Mengagihkan sumber perniagaan dengan lebih baik.

Format Rancangan Perniagaan 1. Muka surat hadapan.


i.

ii. iii. iv.

Tajuk rancangan perniagaan. Nama dan alamat perniagaan. Nama penulis rancangan perniagaan. Tarikh disediakan.

2. Ringkasan rancangan perniagaan.


Ringkasan perlu disediakan dengan baik supaya mampu menimbulkan minat pembaca untuk meneliti Rancangan Perniagaan yang telah disediakan. Terkandung di dalamnya seperti barangan yang ditawarkan, potensi pasaran, pengurusan, kos projek dan jangkaan keuntungan.

3. Pengenalan. i. ii. iii. iv. Nama perniagaan 111 Jenis perniagaan yang dijalankan Lokasi perniagaan Potensi daya maju perniagaan di masa hadapan

4. Tujuan.
Untuk mendapatkan pinjaman kewangan: Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh Syarikat A. G. D. Sdn. Bhd. bagi memohon pembiayaan kewangan sebanyak RM 50,000 daripada Maybank untuk kegunaan modal pusingan perniagaan Untuk menguruskan perniagaan: Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh Syarikat A. G. D. Sdn. Bhd. sebagai garis panduan untuk menguruskan perniagaan.

5. Latar belakang perniagaan.


Bahagian ini mengandungi maklumat asas tentang perniagaan bagi memudahkan pembaca mengenai perniagaan dengan lebih dekat. 6. Latar belakang pemilik atau ahli kongsi. Jadual 3.3 Contoh latar belakang pemilik atau ahli kongsi. Bil Nama Jawatan 1 Encik Dzulkifli Bin Ujang Pengarah Urusan 2 Encik Padli Bin Mohamed Salleh Timbalan Pengarah I 3 Encik Suhaireesam Bin Sebon Timbalan Pengarah II 4 En Nor Hisham Bin Aspan Penolong Pengarah 7. Rancangan Pentadbiran. Syer RM 150,000 RM 130,000 RM 110,000 RM 100,000

i. ii. iii.
iv.

v. vi.

Pengenalan Organisasi. Carta Organisasi. Jadual jawatan dan bilangan tenaga pekerja. Jadual huraian tugas. Senarai keperluan tugas. Perbelanjaan pentadbiran.

8. Rancangan pemasaran. i.
ii. Penerangan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Sasaran pasaran. Saiz pasaran. Persaingan. Syer pasaran.

iii. iv. v.

vi. Ramalan jualan. vii. Strategi pemasaran. viii. Perbelanjaan pemasaran. 9. Rancangan kewangan.
i. ii. iii. iv. v. Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah keseluruhan kos yang 112 akan terlibat dalam memulakan sesuatu projek. Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi membiayai perlaksanaan projek tersebut. Meramal dan mengetahui untung / rugi perniagaan di akhir tempoh perakaunan dengan menyediakan Proforma Untung Rugi. Meramal dan mengetahui kedudukan ketunaian perniagaan dengan menyediakan Proforma Aliran Wang Tunai. Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada akhir tahun perakaunan dengan menyediakan Proforma Kunci Kira-Kira.

10. Rumusan.
Bahagian yang terakhir sekali ialah rumusan ke atas keseluruhan perancangan yang dibuat dalam Rancangan Perniagaan.

Aktiviti
Sediakan rancangan perniagaan yang mudah.

Latihan
1. 2.

Nyatakan maksud Rancangan Perniagaan Pilih pernyataan yang tidak betul dalam menyediakan format Rancangan Perniagaan a. Ringkasan Rancangan Perniagaan b. Tujuan c. Rancangan Pentadbiran d. Rancangan Kerugian.

3. Tujuan menyediakan Rancangan Perniagaan ialah Mengagihkan sumber perniagaan dengan lebih baik Meyakini pihak tertentu bagi mendapatkan sumber pembiayaan peribadi. Memberi peluang kepada usahawan untuk berbelanja sesuka hati Menjadi garis panduan untuk menghabiskan wang syarikat. 4.

Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh Syarikat ZYX . Sdn. Bhd. sebagai garis panduan untuk menguruskan perniagan Pernyataan di atas adalah bagi tujuan a. Pinjaman kewangan

b. Mempromosi syarikat c. Mengagihkan keuntungan d. Mengurus perniagaan

UNIT 3.5 : AGENSI YANG MEMBANTU USAHAWANAN


Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat: 113

Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahawanan.

Pencapaian kompetensi

Boleh menyatakan jenis perkhidmatan dan agensi yang terlibat membantu usahawan.

Maklumat penting
Kemudahan sokongan merupakan bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan atau swasta untuk membantu usahawan memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan.

Kemudahan sokongan
1.

Bantuan Teknikal. Memberi pendedahan tentang kaedah pengeluaran dan pengurusan yang sistematik. Agensi yang terlibat ialah SIRIM, MARA, MARDI, RRI dan PORIM. Bantuan Pemasaran. Membantu usahawan dalam mengedar dan memasarkan barangan. Agensi yang terlibat ialah MITI, MATRADE, FAMA, PERNAS EDAR, GUTHRIE dan BESTA. Bantuan Maklumat. Memberi maklumat peluang-peluang perniagaan, perangkaan, penemuan-penemuan baru, teknologi, penyelidikan dan sebagainya. Agensi yang terlibat ialah MITI, MATRADE, MARDI, SIRIM, MIDA, FRIM dan institusi pengajian tinggi tempatan. Bantuan Infrastruktur. Membantu usahawan mendapatkan premis atau lokasi perniagaan. Agensi yang terlibat ialah MARA, PKEN, SIRIM, UDA, KPLB, BPMB dan MIDA. Bantuan Kewangan. Membantu usahawan untuk membiayai perlaksanaan sesuatu perniagaan. Latihan, Seminar dan Bengkel Kerja. Menyediakan latihan pengurusan, kecekapan, kemahiran, motivasi dan berbagai lagi. Agensi yang terlibat ialah MEDEC, PUNB, MARA, FDPN, SEDC dan pihak institusi kewangan. Khidmat Lanjutan. Menjamin perlaksanaan dan perjalanan sesuatu projek seperti yang dirancangkan. Agensi yang terlibat ialah MEDEC, MITI, SIRIM, MARA, MATRADE, MARDI dan NPC.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Info: Layari laman web:www.kpun.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai skim bantuan kerajaan.

Jadual 3.4 Senarai agensi yang boleh memberi bantuan kewangan Bank Perdangangan Malayan Banking Berhad, BSN Commercial Bank, 114 Bank Berhad, Public Bank Berhad, EON Bank Islam Malaysia Berhad, Southern Bank Berhad. Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Pertanian Malaysia Berhad. Arab-Malaysian Finance Berhad, Hong Leong Finance Berhad, Maybank Finance Berhad, Public Finance Berhad. Majlis Amanah Rakyat, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Bank Saudagar Bank Pembangunan

Syarikat kewangan Berlesen Agensi Kerajaan

Pembekal Alatan dan bahan

Bank Perdagangan Bank Saudagar Usahawan Bank Pembangunan

Pembekal Alatan dan bahan

Pembekal Alatan dan bahan


Rajah 3.4 Carta alir mendapatkan bantuan

Agensi Kerajaan

Aktiviti

Adakan perbincangan bagaimana hendak mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan.

Latihan
1. Untuk memulakan perniagaan, usahawan memerlukan kemudahan sokongan. Kenapa kemudahan 115 sokongan ini diperlukan. 2. Kemudahan sokongan merupakan bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan atau swasta untuk membantu usahawan a. Mengagihkan modal untuk dihabiskan. b. Memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan c. Mengaut keuntungan untuk kekayaan sendiri d. Mengembangkan perniagaan dengan menindas orang lain 3. Nyatakan Bank Pembangunan mana yang dapat membantu usahawan. a. Maybank Finance Berhad b. Bank Pertanian Malaysia Berhad c. EON Bank Berhad d. Majlis Amanah Rakyat ( MARA ). 4. Nyatakan maksud kemudahan sokongan.

UNIT 3.6 : PEMASARAN


Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat: 116

1. Mengenal pasti unsur pemasaran.


2. Mengenal pasti cara mempromosi produk yang ditawarkan.

Pencapaian kompetensi
1. 2. 3.
Dapat menyatakan unsur pemasaran seperti produk, harga, promosi dan tempat. Boleh menyatakan cara mempromosi produk yang ditawarkan. Dapat menghasilkan iklan untuk mempromosi produk yang ditawarkan.

Maklumat penting
Pemasaran boleh didefinasikan sebagai usaha yang dilakukan secara sistematik bagi melaris dan meningkatkan jualan barangan yang ditawarkan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama dan tatasusila kemanusiaan.

Unsur Pemasaran
Unsur pemasaran terbahagi kepada 4 iaitu: 1. Produk 2. Harga 3. Promosi 4. Tempat

Produk
Produk atau pakej perkhidmatan memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Produk yang ditawarkan mestilah yang asli atau tulin. Pakej perkhidmatan juga perlulah menarik seperti menggabungkan beberapa barangan yang asli dengan harga yang berpatutan dan upah yang minima atau tanpa upah pemasangan.

Harga
Untuk menarik perhatian pelanggan, harga memainkan peranan yang sangat penting. Harga yang terlalu mahal akan menyebabkan pelanggan membuat perbezaan dengan kedai lain dan harga yang terlalu murah juga akan menyebabkan pelanggan beranggapan barangan yang kita jual telah rosak, tidak tulin, telah tamat tempoh atau ada kecacatannya. Yang penting ialah penetapan harga perlulah mengambil kira faktor kos seunit produk atau kos penyediaan perkhidmatan.

Promosi
Untuk menarik perhatian pelanggan maklumat 117 mengenai produk mestilah disebarkan. Promosi boleh dilakukan dengan beberapa cara: 1. Iklan Ia boleh dilakukan dalam bentuk audio-visual seperti radio dan tv atau bercetak seperti kain rentang, edaran risalah dan akhbar. Promosi bentuk ini memerlukan belanja yang besar tetapi kesannya lebih baik. 2. Pengumuman Biasanya dilakukan dengan melantik syarikat pengiklanan untuk memaklumkan kepada pelanggan dengan menggunakan kenderaan bergerak.

Rajah 3.5 Contoh Iklan

3. Galakan Jualan Mempercepatkan keputusan pelanggan membeli merupakan kejayaan dalam promosi. Galakan jualan boleh dilakukan dengan cara memberi potongan harga, hadiah percuma dan hantaran percuma kepada

pembeli awal.

Tempat
Kedudukan kedai atau bengkel juga memainkan peranan penting kerana tempat yang jauh dan tersembunyi akan menyukarkan pelanggan. Faktor lain ialah kemudahan pengangkutan awam, jalanraya, tempat letak kenderaan dan kemudahan awam yang lain. Tempat yang senang ditujui menjadi pilihan utama pelanggan.

Aktiviti
Hasilkan satu iklan bagi tujuan mempromosikan satu produk yang ditawarkan.

Latihan.
1.

Pemasaran boleh didefinisikan sebagai

. c. Iklan, tempat, promosi dan produk d. Produk, harga, promosi dan tempat. c. iklan dan pengumuman d. iklan

2. Unsur pemasaran terbahagi kepada 4 iaitu a. Produk, harga, tempat dan jenama b. Promosi, produk, barangan dan harga
3.

Promosi boleh dilakukan dengan cara a. Iklan, pengumuman dan galakan jualan b. Iklan, pengumuman, galakan jualan dan tempat

118 UNIT 3.7 : PELUANG KERJAYA DALAM INDUSTRI AUTOMOBIL.

Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat: Mengenal pasti peluang kerja dalam industri automobil.

Pencapaian kompetensi

Boleh menyatakan peluang-peluang pekerjaan dalam industri automobil.

Maklumat penting

Terdapat banyak industri automobil di negara kita sekarang seperti Proton, Produa, Naza Kia, Honda dan banyak lagi. Selain itu terdapat juga pusat-pusat servis kenderaan sama ada yang berdaftar atau tidak. Walaubagaimanapun ramai pelajar yang tidak tahu syarat atau kelayakan untuk memohon jawatan dalam industri automobil.

PENGURUS AUTOMOTIF

EKSEKUTIF

PENASIHAT PERKHIDMATAN

PENYELIA MEKANIK

KETUA MEKANIK

MEKANIK

MEKANIK

MEKANIK

Rajah 3.6 Carta organisasi industri automobil.

Aktiviti
1. 2.

Sila rujuk daftar kerjaya Piawaian Pengkelasan Pekerjaan Malaysia terbitan Jabatan Tenaga Rakyat bagi mendapatkan maklumat pekerjaan. Membuat lawatan ke kilang atau ekspo perdagangan.

119

Latihan
Pilih jawapan yang betul susunan jawatan dalam industri automobil. Penasihat Perkhidmatan, Eksekutif, Penyelia Mekanik, Ketua Mekanik dan Mekanik Eksekutif, Penyelia Mekanik, Penasihat Perkhidmatan, Ketua Mekanik dan Mekanik Penasihat Perkhidmatan, Penyelia Mekanik, Eksekutif, Ketua Mekanik dan Mekanik Eksekutif, Penasihat Perkhidmatan, Penyelia Mekanik, Ketua Mekanik dan Mekanik

Nyatakan kerjaya pekerjaan industri automobil dalam bentuk carta alir.

GLOSARI
Agensi (Agency) Bank (Bank) Kertas kerja (Blue print) Cek (Cheque) Kad kredit (Credit card) Komunikasi (Comunication) -

120 organisasi atau badan yang menjalankan urusan tertentu. tempat menguruskan hal-hal kewangan dan tempat menyimpan barang-barang berharga seperti barang-barang kemas, surat-surat penting dan lain-lain. rancangan pelunjuran sesuatu projek / sasaran. arahan bertulis kepada bank ( di atas kepingan tertentu ) supaya membayar wang kepada pembawanya atau memasukkannya ke dalam akaun tertentu sebanyak yang tertulis pada arahan tersebut. kad yang mengantikan wang untuk membeli barang secara kredit. hubungan atau perhubungan sama ada secara lisan atau isyarat.

Konflik (Conflict) Kos (Cost) Kualiti (Quality) Organisasi (Organisation) Overhed (Overhead) Premis (Premise) Tunai (Cash) Usahawan (Entrepreneur)

perselisihan, sengketa. harga sesuatu barangan atau perkhidmatan. keadaan sesuatu benda / mutu. susunan berbagai bahagian yang bersistem dalam sesuatu pertubuhan, perbadanan dan mempunyai tujuan tertentu. perbelanjaan asas untuk menjalankan sesuatu kerja seperti perniagaan. perkarangan (halaman) rumah dan lain-lain, butir-butir milik, nama orang dan lain-lain dalam bahagian pertama suatu perjanjian undangundang. tidak berhutang; membayar pada ketika itu juga. orang yang menjalankan peniagaan secara besar-besaran.

121

Anda mungkin juga menyukai