Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI PEMBUATAN KEPUTUSAN

Pembuatan keputusan ialah proses penyelesaian masalah dengan memilih satu jalan atau
tindakan antara beberapa alternatif. Pembuatan keputusan secara kualitatif tidak melibatkan
maklumat berangka tetapi cenderung berbentuk cungkilan idea-idea.
 
 
1.0 JENIS KEPUTUSAN ORGANISASI
 
1.1 KEPUTUSAN BERSIFAT RUTIN

Bergantung terutamanya kepada kriteria yang teah ditetapkan sebelumnya. Digunakan untuk
masalah berstruktur. Kebanyakan berlaku di peringkat bawah dalam hierarki pengurusan.
 
1.2 KEPUTUSAN BERSIFAT ADAPTIF
Perantaraan keputusan yang dirancang dan tidak dirancang. Keputusan yang diambil mengikut
kepentingan dan kesesuaian mengikut keadaan.
 
1.3 KEPUTUSAN BERSIFAT INOVATIF
Penemuan, pengenalpastian dan penentuan masalah yang tidak berstruktur dengan
pembentukan alternatif penyelesaian yang unik dan kreatif. Melibatkan kumpulan professional
untuk membangunkan sesuatu yang dijangka.
 
2.0              KERANGKA PEMBUATAN KEPUTUSAN BERETIKA
 
2.1              Empat elemen kerangka :
 
2.1.1        Intensiti Isu Etikal
Intensiti isu-isu etikal dalam persekitaran organisasi adalah krittikal di dalam proses
taakul (reasoning) bagi pembuatan keputusan. Secara dinamik, ia berkisar sejauhmana
kepekaan dan persepsi individu dan kumpulan dalam proses pembuatan keputusan tentang
kaitan dan kepentingan sesuatu isu etika itu?
 
 2.1.2        Perkembangan Kognitif Individu
Menurut model perkembangan kognitif individu yang dibangunkan oleh Lawrence Kohlberg,
seseorang individu akan membuat keputusan yang berbeza walaupun ke atas satu situasi etika
yang sama. Ini kerana mereka sebenarnya masaih berada pada tahap pembanguanan kognitif
moral yang berlainan sungguhpun mereka telah dewasa.
 

Terdapat Enam peringkat ‘evolusi’ perkembangan kognitif individu :


                          
Peringkat 1
Pada peringkat bayi, hukuman akan dikenakan apabila peraturan dilanggar. Dan dengan itu
meminta kepada pematuhan (kepada peraturan berkenaan). Pada peringkat ini,
“betul” (right) ditakrifkan sebagai suatu tuntutan diri supaya patuh kepada peraturan oleh pihak
berwajib (autoriti), misalnya anak-anak kecil terhadap ibubapa, guru, orang yang lebih tua dan
sebagainya.
 
Peringkat 2

Individu mengambilkira sejauhmana sesuatu pematuhan itu akan memberi pulangan yang
setimpal kepadanya.Contohnya, kanak-kanak yang semakin dewasa akan Cuma mematuhi
peraturan yang menguntungkan dirinya. Misalnya, anak akan mematuhi arahan supaya pergi ke
kedai membeli keperluan keluarga sekiranya diberikan imbuhan untuk membeli aiskrim untuk diri
sendiri. Pada peringkat ini, “betul” ditakrifkan sebagai apa yang akan memnuhi keperluan dirinya
kendiri (serves one’s own needs). Perlakuan insane dengan itu akan dinilai berasaskan dasar
patut (fair) atau tidak.
 
Peringkat 3

Anak muda yang menjadi matang akan menerima hakikat bahawa kepentingan kumpulan adalah
lebih penting daripada kepentingan kendiri. Prinsip-prinsip moral kini berkisar kepada
perhubungan sesame insan, ekspektasi interpersonal dan semangat kekitaan dalam kumpulan,
yang pada tanggapannya saling memberi manfaat kepada satu sama lain. Walaupun faedah
kendiri kini menjadi terhad, kepentingan kumpulan dipercayai dapat memberi keuntungan jangka
panjang pada dirinya.
 
Peingkat 4

Kesedaran kepada nilai-nilai hidup bersosial mempengaruhi keputusan etika individu. “Betul” kini
ditakrif dengan menimbangkan obligasinya terhadap masyarakat.
 
Peringkat 5

Berlandaskan prinsip-prinsip hidup bermasyarakat yang lebih meluas serta kontrak sosial yang
diterimapakai oleh individu, “betul” dikaitkan secara langsung kepada hasrat mempertahankan
hak-hak asasi, nilai serta peraturan dan undang-undang.
 
Peringkat 6

Pada tahap penerimaan prinsip-prinsip etika sejagat (universal), kepentingan meluas mengatasi


kepentingan kendiri, kelompok, bangsa dan negara. Keputusan tentang apa yang “betul” kini
menjangkau perkara-perkara yang sebelum ini terhad kepada nilai, tradisi dan budaya kendiri.

2.1.3 Falsafah dan Budaya Korporat


 
Budaya korporat bermaksud satu peranggu nilai, falsafah, kepercayaan, sasaran
tujuan (goals), norma bersosial serta cara-cara menyelesaikan masalah yang dikongsi bersama
oleh anggota sesebuah organisasi. Suatu organisasi yang formal yang menggabungkan budaya
korporat yang berlandaskan nilai (values based corporate culture) akan berkemampuan untuk
menzahirkan perlakuan beretika di kalangan semua pihak yang berkepentingan
dengannya (stakeholders).
 
Suasana beretika yang kondusif yang wujud dalam organisasi adalah merupakan satu lagi
komponen kepada budaya korporat. Bagi memupuknya, perkara-perkara tersebut perlu
diambilkira :
 
2.1.3.1      Dalam menentukan sama ada sesuatu respons kepada isu yang berbangkit adalah
etikal atau tidak etikal, suasana ini perlu diterima sebagai suatu ciri atau proses pembuatan
keputusan sehari-hari
 
2.1.3.2              Program etika yang dibangun dan diamalkan oleh organisasi, tindakan pengurusan
atasan di dalam menangani isu-isu etikal, dasar-dasar dan kod etika, pengaruh sesame pekerja,
dan peluang yang mungkin wujud dikalangan warga organisasi untuk melakukan salah laku
adalah lumrah kepada perlakuan insane yang membentuk suasana ini
 
2.1.3.3              Budaya korporat, yang kini diperkukuhkan oleh suasana yang berkenaan, mungkin
berkait secara langsung kepada penerimaan dimensi-dimensi etikal dalam pembuatan
keputusan, pertimbangan kepada alternative, dan penyesuaian kepada pembangunan kognitif
moral setiap individu dalam persekitaran organisasi.
 
2.1.3.4              Tanggapan mengenai persoalan etika oleh kumpulan-kumpulan etika terbukti
mempunyai kesan pengaruh kepada perlakuan beretika. Pada masa yang sama, tanggapan
bahawa budaya organisasi kita lebih cenderung kepada suasana beretika, akan meminimumkan
kemungkinan warga organisasi membuat keputusan yang tidak beretika.

2.1.4    Faktor Dorongan dan Faktor Sampingan


 
Faktor dorongan dicetuskan oleh Rakan Pendorong (Significant Others) yang terdiri daripada
golongan yang mempunyai pengaruh dalam sesuatu kumpulan kerja termasuklah rakan
setaraf (peers), pegawai atasan, sesama pekerja dan pegawai bawahan (subordinat). Kajian
yang dijalankan di Barat mengesahkan bahawa Rakan Pendorong menghasilkan impak yang
paling tinggi dalam pembuatan keputusan oleh para pekerja berbanding faktor-faktor lain dalam
kerangka pembuatan keputusan beretika.
 
Seorang pekerja mempelajari perlakuan beretika dan/atau tidak beretika melalui interaksinya
dengan pekerja-pekerja lain yang rapat dengannya. Seseorang pembuat keputusan yang
mendampingi mereka yang tidak beretika, dalam banyak keadaan akan turut tidak beretika. Jarak
atau lapisan hirarki antara pembuat keputusan dan Rakan Pendorong juga memberi kesan
kepada pembuatan keputusan yang beretika.
 
Keakuran atau kepatuhan kepada autoriti menjelaskan kenapa ada orang yang melakukan salah
laku etika dengan menuruti arahan pegawai atasan. Pegawai atasan juga boleh memberi kesan
negatif apabila menunujukkan contoh teladan yang salah dan apabila gagal menyelia
subordinatnya. Pekerja yang bertekad untuk mengawal destini hidup kendiri tidak perlu dikawal
oleh organisasi dan rakan sekerja. Dalam apapun keadaan, segala-galanya bergantung kepada
martabat kendiri (self-esteem) dan keyakinan kendiri (self-confidence) seseorang itu. Tahap
inilah yang akan menentukan sama ada seseorang itu akan “bersubahat” untuk menuruti arahan
beretika (atau tidak beretika) atau bertindak untuk tidak menyertai sesetengah keputuan itu.
 
Tekanan kerja juga merupakan satu lagi faktor yang menyumbang kepada perlakuan tidak
beretika. Polemik ini boleh tercetus apabila berlaku suasana tegang dalam perhubungan sesama
warga organisasi dan/atau dengan pihak-pihak berkepentingan, konflik atau gangguan kerana
ketidaksefahaman mengenai kerja atau ketidaksepakatan tentang peranan masing-masing.
Peranan seseorang dalam organsasi juga menentukan perlakuannya dalam pembuatan
keputusan beretika. Kecenderungan “petualang-petualang” organisasi ke arah mewujudkan
tekanan kerja juga akhirnya akan meningkatkan kemungkinan untuk organisasi menanam bibit
berintegriti rendah dikalangan para pekerja dan pengurus-pengurusnya.
 
Peluang dalam konteks kerangka pembuatan keputusan adalah faktor sampingan yang
bermaksud satu suasana yang membatas atau menggalakkan perlakuan beretika atau tidak
beretika.  Ianya wujud daripada keadaan yang sama ada menawarkan ganjaran (berbentuk
material ataupun tidak) atau situasi sehingga gagal membina “tembok pendinding” yang
menegah perlakuan salah laku.

3.0              CONTOH CABARAN DI DALAM PEMBUATAN KEPUTUSAN OLEH ORGANISASI


 
1.1           Cabaran utama dihadapi oleh organisasi adalah dari segi penerimaan pekerja
terhadap perubahan yang hendak dIlakukan.
 
1.2             Wujud penentangan (resistance) oleh pekerja bila perubahan cuba diadakan.
 
1.3             Penentangan selalunya pelu bagi mengimbangkan kehidupan individu iaitu
sebagai respons tidak sedar terhadap sesuatu.
 
1.4             Ketiadaan penentangan terhadap sesuatu boleh memberi tekanan kepada
individu.

Anda mungkin juga menyukai