Anda di halaman 1dari 14

SKR2603/ROMBAK RAWAT

TRANSMISI AUTOMATIK

SIJIL SERVIS KENDERAAN


RINGAN

MUHAMMAD FIKRI BIN SUHAIMI

P01SKR20F024

2BSKR
ISI KANDUNGAN:

*PENGENALAN
*SITUASI PENGGUNAAN GEAR
*PENYELENGGARAAN
*BINAAN ASAS
*KOMPONEN GEARBOX AUTO
Pengenalan
1 . Sebuah sistem penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk disesuaikan dengan
keadaan beban dan jalan.
2. Tidak mempunyai pedal klac ,akan tetapi mempunyai “fluid coupling” di antara enjin
dan transmisi.
3. Selepas memandu memilih kedudukan gear melalui tuil, nisbah gear akan bertukar
secara automatic samada menaik atau menurun mengikut keadaan pemanduan dan
keadaan jalan.

Maksud penggunaan tuil pilihan gear:


P - PARKING
R - REVERSE
N - NEUTRAL
D - DRIVE
2 - SECOND
L - LOCK UP

Situasi penggunaan:

PARKING : Kebiasaannya di gunakan semasa parking kenderaan bagi mengelakkan


dari kenderaan bergerak secara sendiri .
REVERSE : Digunakan semasa hendak mengundurkan kenderaan.
NEUTRAL : Digunakan untuk membebaskan gear.
DRIVE : Digunakan ketika dalam keadaan pemanduan biasa.
2 nd : Digunakan ketika jalan dalam keadaan sesak atau jalan bengkang bengkok .
Penukaran gear 1 dan 2 sahaja
LOCK UP : Digunakan bagi menuruni bukit yang curam . Gear yang berfungsi hanya
gear 1 sahaja.

Cara membuat penukaran gear

Untuk membuat penukaran gear dari rendah ke gear tinggi Cuma letakkan tuil pada
“DRIVE” dan pandu seperti biasa.
Untuk membuat penukaran gear dari tinggi ke gear rendah ada dua acara kita boleh
lakukan.

1 . Dalam keadaan pemanduan ,tekan pedal throttle hingga habis dan apabila gear
telah bertukar lepaskan kembalik pedal hingga mencapai kelajuan dikehendaki.
2. Cara seterusnya adalah dengan melepaskan pedal throttle sehingga habis dan tekan
semula . ( Kedua-dua proses ini dinamakan “KICKDOWN”)
Penyelengaraan

Jenis pelinciran yang perlu digunakan adalah:-

(3 AT) ATF Daxron / ATF 1000


(4 AT) Proton SP / Diamond Queen
(ALL TYPE) Proton SP 3 (courtesy of Proton)

*Pastikan ATF ditukar setiap 40000 km Untuk prestasi yang lebih baik, gunakan
“Automatic Transmission fluid changer”.

*kelikatan minyak diukur menggunakan viscometer (Prinsipnya dalam 1 saat ada


berapa titik)

Warna Cecair ATF :-


Merah (red) - Normal
Seakan Kehitaman (Blacklish) - Kehausan klac telah berlaku
Varnish / Syupy - Cecair berada dalam suhu yang tinggi pada
Masa yang lama.

Cara – cara untuk memeriksa cecair ATF :-

1 . Suhu cecair dalam keadaan 70 ke 80 darjah celcius


2 . Keadaan tempat mestilah rata.
3. Lever Gear mestilah Neutral.
4. Takat cecair mestilah berada pada kawasan “HOT”.

Binaan Asas

1. Torque converter atau “fluid coupling”


2. Planetary Gear Set
3. Satu siri “ brake band” dan gabungan klac .
4. Servo hidraulik dan set piston.
5. Pam cecair

Front Clutch
-Terdiri dari piston ,klac plate ,klac disc, hub dan snap ring. Berfungsi pada gear 3 dan
undur sahaja.
Rear Clutch
-Terdiri dari piston, klac plate, klac disc, hub dan snap ring. Berfungsi hanya pada gear
1, 2, 3 sahaja.

Low Reverse Brake Set


- Terdiri dari piston ,klac plate, klac disc, hub dan snap ring. Berfungsi hanya pada
gear 1’L’ dan undur sahaja.
End Clutch Set
- Terdiri dari piston, klac plate, klac disc, hub dan snap ring. Berfungsi hanya pada
gear 4 sahaja.

Input Shaft
-Terdiri dari sebatang shaft yang mempunyai beberapa lubang saluran cecair .
Berfungsi sebagai penghantar kuasa dari “torque converter” kepada transmisi
Planetary Gear Set
-Terdiri dari beberapa jenis gabungan gear yang kecil. Berfungsi sebagai penukaran
pusingan penghantaran kuasa samada ke hadapan atau undur ke belakang.

Forward And Reverse Sun Gear


-Terdiri dari 2 jenis gabungan gear yang terletak di bahagian planetary gear set.
Berfungsi untuk memandu planetary gear supaya kenderaan bergerak ke hadapan atau
undur.
Torque converter
-Sebuah komponen yang berbentuk separuh bulat yang terletak diantara
penyambungan enjin dan transmisi. Terdiri dari Starter dan impeller. Berfungsi sebagai
penukar torque dari enjin ke transmisi.

Oil Pump (Pam Minyak)


-Terdiri dari sebuah pam berbentuk bulat jika dilihat dari atas . Pam ini mengepam
cecair automatic untuk dihantar ke semua bahagian transmisi.
Valve Body (Badan Injap)
-Terdiri dari sebuah perumah yang menempatkan pelbagai jenis injap .Berfungsi untuk
mengawal penghantaran cecair ATF ke setiap bahagian Klac.

Solenoid Valve (Injap Solenoid)


-Terdiri daripada beberapa buah injap solenoid yang menggunakan arus elektrik untuk
beroperasi .Berfungsi untuk meninggikan atau kurangkan tekanan cecair ATF dalam
salurannya. Hanya Terdapat dalam system transmisi yang menggunakan kawalan
elektronik sahaja.
Inhibitor Switch (Suis Pengendali)
-Terdiri dari sebuah suis yang digunakan untuk lampu penunjuk gear dan juga
“Transmission Control Unit”.

Overdrive Switch
-Terdiri dari sebuah suis yang terletak pada tuil pemilih gear. Bertugas untuk
kemasukan ke gear 4 .Hanya terdapat pada sistem transmisi yang menggunakan
kawalan elektronik .
Gear Selector (Tuil Pemilih Gear)
-Terdiri dari sebatang tuil .Digunakan oleh pemandu untuk memilih kedudukan gear
mengikut keseuaian pemanduan.

Cooler (Penyejuk)
-Terletak di bahagian bawah radiator .Digunakan sebagai sistem penyejukkan cecair
automatik.

Anda mungkin juga menyukai