Anda di halaman 1dari 9

68

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISA PROJEK

4.0 Pengenalan

Daripada kajian yang telah dijalankan, projek yang dihasilkan bermanfaat

kepada pelajar akan datang. Di dalam bidang automotif pula, formula varsity yang

dihasilkan mengikut spesifikasi ditetapkan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang

secukupnya supaya di hari perlumbaan tiada masalah yang timbul. Setelah kajian dibuat

ke atas projek ini, ia telah menjadi sesuatu yang baru dalam bidang automotif kerana

ianya adalah sebagai kenderaan alternatif yang untuk perlumbaan di antara Institusi

Pengajian Tinggi.

Bagi projek ini perlu melakukan proses pengujian bagi menentukan keberkesanan

projek tersebut. Hasil dari pengujian tersebut kita boleh mengetahui samada sesebuah

formula varsity itu mencapai tahap piawaian yang ditentukan atau tidak.
69

Begitu juga dengan kos yang telah dikeluarkan bagi menyiapkan projek ini,

adakah ia akan menguntungkan jika dibandingkan dengan hasil yang diterima. Semua

ini merupakan faktor-faktor yang penting untuk menentukan kejayaan sesebuah projek

ini.

4.1 Hasil Dan Dapatan

Setelah sekian lama kami bersusah payah menyiapkan projek ini, segala masalah

berjaya kami lalui dalam menjalankan projek ini. Semua masalah ini dapat ditangani

dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Segala ilmu yang telah kami pelajari di

Politeknik Kota Bharu telah kami gunakan dan aplikasikan semasa menjalankan projek

ini. Walaubagaimanapun, segala penat kami terbayar setelah projek kereta Formula

Varsity yang dijalankan dapat berfungsi dengan baik dan siap mengikut jadual

perancangan.

4.2 Tujuan Analisa

Pengujian terhadap projek ini perlu dijalankan setelah selesai kerja-kerja

pembinaan dan kekemasan yang dilakukan pada projek ini. Projek yang telah siap itu
70

mestilah memenuhi segala objektif yang dinyatakan sebelum ini. Sebarang

pengubahsuaian akan dibuat sekiranya projek dihasilkan itu belum mencapai tahap yang

dikehendaki baik dari segi operasi mahupun kendaliannya.

Ujian kedua mungkin perlu dilakukan setelah sebarang pengubahsuaian dibuat

terhadap projek tersebut. Ia bertujuan membandingkan prestasi projek tersebut sebelum

dan selepas pengubahsuaian dijalankan. Kebiasaannya ujian kedua ini memberikan satu

keputusan ujian dan analisa yang lebih baik berbanding sebelumnya. Projek akan

dianggap berjaya sekiiranya ia tidak lagi mengalami sebarang masalah dan memenuhi

objektifnya.

4.3 Menjalankan Rujukan

Langkah yang seterusnya, kami membuat kajian sumber bacaan dan teori. Kami

juga menjalankan beberapa ujikaji bersama-sama mereka yang berpengalaman dalam

bidang kejuruteraan.

Projek yang dihasilkan ini diharap menjadi pilihan kenderaan perlumbaan bagi

pelajar Insitusi Pengajian Tinggi. Ia juga sebagai memenuhi kehendak masyarakat

dalam bidang permotoran pada masa kini. Setelah dikaji selidik dengan mendalamnya,

projek yang dibuat banyak memberi manfaat kepada teknologi automotif pada masa
71

sekarang di mana sisitem yang ada dapat dilihat dari dekat. Setelah analisa dibuat ke atas

projek yang dijalankan, terdapat kelemahan dan kebaikannya pada kenderaan tersebut.

4.4 Unit Kerbeda

Unit kerbeda adalah salah satu komponen yang sangat penting untuk kenderaan

menghadkan kegelincirannya. Kedudukan unit kerbeda juga memainkan peranan yang

amat penting dalam membina sesebuah kereta, sama ada ia enjin hadapan pacuan roda

hadapan, enjin hadapan pacuan roda belakang, enjin belakang pacuan roda belakang,

enjin tengah pacuan roda belakang ataupun enjin belakang pacuan roda hadapan. Bagi

menghasilkan kestabilan kenderaan yang tinggi, kami telah melakukan ubahsuai pada

unit kerbeda supaya ia dapat berfungsi dengan baik semasa enjin memusingkannya.

4.4.1 Penjimatan Kos

Sepertimana yang diketahui untuk memiliki kesemua sistem ini, ianya

memerlukan modal yang besar. Pada unit kerbeda, penjimatan yang kami dapat

dibuat dengan mengunjungi banyak kedai terpakai supaya mendapat harga yang
72

paling rendah. Dengan itu kos untuk penyediaan bahan untuk sistem tersebut

dapat dikurangkan.

4.4.2 Kualiti Dan Kuantiti Kerja

Kualiti pada unit kerbeda kali ini iaitu menggunakan unit kerbeda

daripada kotak gear Perodua Kancil, ini kerana saiznya lebih kecil dan ringan.

Kuantiti kerja adalah bertambah kerana perlu banyak pengubahsuaian yang perlu

ditambah pada sistem penghantaran. Selain itu penyelenggaraan juga bertambah

kerana menggunakan unit kerbeda berbanding dengan formula varsity lepas yang

tanpa unit kerbeda.

4.4.3 Faktor Keselamatan

Faktor keselamatan bagi unit kerbeda iaitu hendaklah mempunyai

keberkesanan yang tinggi agar ia dapat menghasilkan pusingan roda yang

berlainan semasa membelok. Selain itu, pengubahsuaian juga perlu berdasarkan

keluasan yang membolehkan unit kerbeda itu untuk memasangkan pada

kerangkanya. Tambahan pula, sekeping plat besi perlulah ditambah untuk

menutup gear-gear unit kerbeda yang boleh dinampak. Supaya ia tidak tersekat

disebabkan oleh pasir atau batu kecil.


73

4.5 Aci Pemacu

Aci pemacu juga merupakan salah satu sistem yang penting dalam kenderaan.

Jika tiadanya aci pemacu dalam sesebuah kenderaan, maka roda tidak akan berpusing

dan kenderaan juga tidak akan bergerak. Aci pemacu yang digunakan pada kereta

formula varsity ini adalah menggunakan aci pemacu Perodua Kancil pada sebelah kiri.

Penggunaan aci pemacu Perodua Kancil pada sebelah kiri lebih pendek dan kecil jika

berbanding dengan aci pemacu sebelah kanan.

4.5.1 Penjimatan Kos

Bagi aci pemacu ini, kami terpaksa menggunakan aci pemacu yang baru.

Walaupun kos aci pemacu baru agak tinggi, tetapi ia memberi jaminan

keselamatan yang tinggi kepada formula varsity dan pemandu juga.

4.5.2 Kualiti Dan Kuantiti Kerja

Kualiti bagi aci pemacu ini adalah baik, kerana ia ringan, kecil dan

mudah untuk dipasang pada kenderaan. Aci pemacu yang digunakan ini dapat
74

berfungsi dengan elok dan sesuai digunakan pada kereta formula varsity. Dari

segi kuantiti kerja pula, sebarang pengubahsuaian tidak dilakukan kerana kami

telah mengukur kepanjangan aci pemacu yang hendak dipasangkan sebelum

membina kerangkanya.

4.5.3 Faktor Keselamatan

Aspek keselamatan adalah penting bagi setiap rekabentuk atau

komponen. Faktor keselamatan pada aci pemacu seperti bahagian penyambungan

dan bebolanya haruslah kuat dan licin agar tidak tersekat semasa kenderaan

bergerak. Ini dapat mengelakkan risiko kemalangan sekiranya penyambungan

terputus ketika pemanduan.

4.6 Gantungan Lengan Panjang Dan Pendek

Sistem gantungan lengan panjang (upper arm)dan pendek (lower arm)yang

digunakan pada formula varsity kami mempunyai kepanjangan yang tidak sama. Tiap-

tiap roda bebas dihubungkan ke kerangka oleh satu buku sendi stereng (knuckle

arm)pasangan sambungan bebola dengan lengan atas dan bawah. Bagi mengurangkan

beban pada formula varsity, kami telah mereka gantungan lengan panjang dan pendek

tersendiri tanpa menggunakan komponen daripada kenderaan.


75

4.6.1 Penjimatan Kos

Setelah beberapa contoh formula varsity yang kami melakukan kajian,

didapati kebanyakan formula varsity yang lepas menggunakan gantungan lengan

daripada kenderaan Perodua Kancil. Bsgi menjimatkan kos dan ruang yang sedia

ada, kami telah mereka gantungan lengan tersendiri tanpa menggunakan

komponen daripada kenderaan. Ini telah menjimatkan kos yang banyak.

4.6.2 Kualiti Dan Kuantiti Kerja

Kualiti bagi gantuungan lengan adalah baik, kerana ia ringan, kecil dan

mudah untuk dipasang pada kenderaan. Gantungan lengan yang direka sendiri ini

dapat berfungsi dengan elok dan sesuai digunakan pada kereta formula varsity.

Dari segi kuantiti kerja pula, kami mereka gantungan lengan yang senang dan

kukuh semasa ia dimainkan ataupun kenderaan dijalankan di atas jalan.

4.6.3 Faktor Keselamatan


76

Aspek keselamatan adalah penting bagi setiap rekabentuk atau

komponen. Faktor keselamatan pada gantungan lengan seperti bahagian

penyambungannya haruslah kuat agar tidak tercabut keluar semasa kenderaan

bergerak ataupun semasa ia beroperasi. Ini dapat mengelakkan risiko

kemalangan sekiranya penyambungan terputus ketika pemanduan.

4.7 Kos Keseluruhan Bagi Sistem Penghantaran

NAMA HARGA JUMLAH

BIL PERALATAN/KOMPONEN SEUNIT (RM) UNIT (RM)

1 Aci Pemacu 120 2 240


2 Kotak Gear Perodua Kancil 150 1 150
3 Rantai Motor 428 35 1 35
4 Spoket “T-40” 50 1 50
5 Ball Bearing 150 2 300
6 Hub Roda 50 2 100
7 Knuckle Arm 50 2 100
8 Rim 40 4 160
9 Tayar 50 8 400
10 Kos Sampingan 100 100
  JUMLAH 1635
Jadual 4.7.1 : Jadual kos keseluruhan bagi sistem penghantaran

Anda mungkin juga menyukai