Anda di halaman 1dari 7

Aras aplikasi

Menggunakan konsep, teori dan kaedah dalam situasi baru Menggunakan maklumat Menyelesaikan masalah dengan pengetahuan atau kemahiran tertentu Kata kunci pembinaan soalan :
Gunakan, demonstrasi, kirakan, selesaikan, gambarkan, tunjukkan, kaitkan, tukarkan, kategorikan, teroka, ujikaji

Pada peringkat ini,pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.

Taxonomy Bloom
Aras aplikasi- pelajar dapat menggunakan pengetahuan dan pemahaman dalam situasi yang baru. Setelah belajar tentang teknik rendidih, pelajar boleh memberi contoh beberapa bahan masakan lain yang boleh digunakan dalam teknik tersebut.

Contoh soalan aras Aplikasi


Soalan Esei
(i) Anda telah ditugaskan mrnyrdiakan makanan untuk satu program perkemahan. Bilangan peserta perkemahan ialah 100 oran, 85 orang ialah murid lelaki danperempuan yang berumur 12-15 tahun dan 15 orang lagi laki-laki dan perempuan dewasa. Anda perlu memberi perhatian tehadap peruntukan wang dan mutu nilai pemakanan Tuliskan menu lima hari bagi minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Jelaskan sebab menu itu sebegitu rupa.

(ii) Soalan Objektif


Tangga di dalam kolam mandi kelihatan bengkok di bahagian yang terendam di dalam air. Pernyataan manakah memberikan penjelasan yang TERBAIK tentang fenomena ini?
(A) Pembiasan cahaya oleh permukaan air (B)Penyebaran cahaya semasa memaski air (C)Pesongan cahaya akibat perbezaan laju cahaya di dalam udara dan air (D)Cahaya tidak bergerak lurus di dalam air (E) Bahan-bahan asing di dalam air

Contoh Item Aplikasi:


Jika seseorang bercadang untuk berjemur di bawah cahaya matahari, pada pukul berapakah pada hari tersebut dia mungkin merasakan kepanasan cahaya matahari yang paling terik dan mengapa?. Dia mungkin merasa kepanasan cahaya matahari yang paling terik pada waktu tengah hari, hari tersebut (11 pagi hingga 1 tengah hari) kerana: (A)Kita berada agak lebih dekat dengan matahari pada waktu tengah hari daripa sebelah pagi atau petang. (B) Matahari tengah hari akan menghasilkan lebih banyak pembakaran daripad matahari pagi atau matahari petang. (c) Apabila cahaya matahari jatuh secara langsung(tegak ke bumi) ke atas sesuatu permukaan, lebih banyak tenaga diterima oleh permukaan itu daripada apabila cahaya jatuh secara condong ke atas permukaan. (D)Apabila matahari berada tepat di atas kepala, cahaya matahari melalui atmosfera yang kurang menyerap tenaga, daripada apabila matahari berada rendah di kaki langit. (E) Udara biasanya lebih panas pada waktu tengah hari daripada masa-masa lain dalam sehari Komen: Adalah diandaikan bahawa ini ialah satu masalah yang baru bagi pelajar berkenaan. Oleh itu satu daripada tugasnya ialah memilih prinsip-prinsip yang menjelaskannya dengan betul. Sebahagian daripada pilihan-pilihan yang diberikan adalah betul dari segi faktanya manakala yang lain tidak betul. Sebahagiannya adalah berkaitan, manakala yang lainnya tidak. Sebahagiannya pula mengulangi rumusan manakala yang lainnya menyatakan generalisasi atau prinsip-prinsip yang mempunyai nilai dari segi penjelasan/huraian. Memilih genarilsasi yang dihuraikan dengan saksama memerlukan pelajar itu boleh menghubungkan generalisasi yang tepat berkaitan dengan situasi itu. Ini pula dikelaskan sebagai 3.00 Aplikasi

Anda mungkin juga menyukai