Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ VOKASIONAL

LEBUH CATOR
30450 IPOH, PERAK

LABSHEET 1-1
KOD/ TAJUK : DMB 1243 WELDING CUTTING PROCESS
KURSUS (PROSES PEMOTONGAN DALAM KIMPALAN )

TAJUK AKTIVITI : Memotong bahan menggunakan proses pemotongan oksiasetilena


(Cut Material Using Oxy-acetylene Cutting Process)

MASA : 60 MINIT
ETIKA KERJA : i. Memakai pakaian keselamatan/ bengkel
DAN AMALAN ii. Memakai kasut keselamatan
KESELAMATAN iii. Mematuhi masa
iv. Mematuhi peraturan

OBJEKTIF : Di akhir eksperimen/ amali ini, pelajar dapat memotong lurus secara manual di bahagian
(OBJECTIVE) tengah plat keluli berkarbon rendah 9mm x 100 x 200mm.

At the end of this experiment, the student should be able to :


PENGENALAN : Pemotongan oksiasetilena adalah kaedah yang paling lazim digunakan untuk
(INTRODUCTIO memotong logam ferus dengan penggunaan haba. Prinsip pemotongan oksiasetilena
N) adalah mudah. Logam dipanaskan kepada suhu pencucuhan dengan nyalaan
oksiasetilena. Kemudian satu jet oksigen tulen ditujukan kepada logam yang panas dan
satu tindak balas kimia dikenali sebagai PENGOKSIDANAN (oxidation) berlaku.
Pengoksidanan merupakan satu tindak balas kimia biasa. Apabila ia berlaku dengan
pantas ia dipanggil PEMBAKARAN (combustion or burning); bila ia berlaku secara
perlahan-lahan, ia dipanggil KARATAN (rusting). Apabila logam dipotong dengan kaedah
sumpitan oksiasetilena, pengoksidanan logam adalah sangat cepat, logam sebenarnya
membakar. Haba yang dibebaskan oleh pembakaran daripada besi atau keluli melebur
besi oksida (iron oxide) yang dibentuk oleh tindak balas kimia dan ia juga memanaskan
besi tulen atau keluli. Logam lebur mengalir sebagai sanga, mendedahkan lebih banyak
besi atau keluli kepada jet oksigen.
Dalam pemotongan oksiasetilena, hanya bahagian logam yang ada di laluan
langsung jet oksigen akan teroksida. Oleh itu, alur yang sempit yang dipanggi kerf
terbentuk pada logam semasa pemotongan berlaku. Kebanyakannya logam yang
dikeluarkan dari kerf adalah dalam bentuk oksida (produk tindak balas pengoksidanan).
Baki bahan yang dikeluarkan daripada kerf adalah logam tulen yang ditiup keluar
daripada kerf dengan daya jet oksigen.
Pengoksidanan logam adalah sangat penting dalam proses pemotongan
oksiasetilena. Proses ini tidak sesuai untuk logam yang tidak mengoksida dengan mudah
seperti loyang, tembaga, keluli tahan karat, dan sebagainya. Keluli karbon rendah paling
KOLEJ VOKASIONAL
LEBUH CATOR
30450 IPOH, PERAK

mudah dipotong dengan pemotongan oksiasetilena, tetapi teknik khas diperlukan untuk
memotong logam-logam lain.
Dinding kerf yang dibentuk oleh pemotongan oksiasetilena hendaklah halus dan
selari. Apabila kemahiran mengendalikan sumpitan telah diperolehi, anda mengekalkan
pemotongan pada had terima yang agak rapat. Anda akan dapat memotong lurus, garis
melengkung atau tidak teratur dan memotong serongan atau lain-lain bentuk yang
memerlukan sumpitan api dipegang pada sudut.

RAJAH :
(DIAGRAM)

BAHAN DAN : i. Kelengkapan pemotongan oksiasetilena


PERALATAN ii. Tip pemotong saiz 1/16 inci/ #2
(MATERIAL AND iii. Pencuci tip
APPARATUS) iv. Pemetik Api
v. Peralatan menanda dan mengukur
vi. Plat keluli berkarbon rendah 9mm x 100mm x 150mm
vii. Mesin Pencanai Mudahalih
viii. Roda canai Ø4" × 3mm
ix. Roda canai Ø4" × 6mm
x. Pahat
xi. Tukul bongkol bulat
xii. Alatan tangan

PROSEDUR : i. Sediakan bahan


(PROCEDURE) ii. Pilih saiz tip yang betul
iii. Buka injap dengan betul pada kedua-dua
silinder
iv. Memeriksa kebocoran (rujuk kaedah
memeriksa kebocoran)
KOLEJ VOKASIONAL
LEBUH CATOR
30450 IPOH, PERAK

v. Laraskan tekanan kerja yang betul untuk


pemotongan
vi. laraskan nyalaan neutral sehingga
mendapat kon dalam berwarna biru muda
vii. Lakukan kerja pemotongan dengan teknik
yang betul, lancar tanpa “popping” yang
disebabkan back fire

viii. Setelah selesai membuat pemotongan,


padam nyalaan dengan betul
ix. Tutup injap silinder betul

PENGIRAAN : -
(CALCULATION)
RESULT/ DATA : -
:
PERBINCANGA i. Rupa permukaan pemotongan
N ii. Nyalaan yang mempengaruhi permukaan pemotongan
(DISCUSSION)
KESIMPULAN : i. Potongan lurus, licin dan bersih (Rajah 3)
(CONCLUSION)

ii. Sedikit atau tiada sanga di bawah potongan


iii. Tiada tanda hitam (black band) pada tepian potongan
iv. Tepian atas potongan tajam dan tidak membulat
v. Ukuran (± 3mm)
DISEDIAKAN : PN NORAZZAH BINTI ABDULLAH 1 JANUARI 2019
OLEH
TERHAD UNTUK KEGUNAAN PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN
KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR SAHAJA

Anda mungkin juga menyukai