Anda di halaman 1dari 21

AHLI KUMPULAN

1. 2. 3. 4. 5. SUHAIMI BIN ISMAIL (06DKM12F1158) NUR HASANAH BINTI ROHAIZAT (06DKM12F1163) KHAIRUL IQBAL BIN SUKRI (06DKM12F1156) MOHAMAD HENDRI BIN HARIS (06DKM12F1164) AHMAD HAZIQ BIN ABD MALEK (06DKM12F1159)

TAJUK
1.SAMBUNGAN TEE (FILLET JOINT) 2. SAMBUNGAN LEKAP (LAP JOINT)

3. MELOYANG ( BRAZING)

4.KERJA-KERJA PEMOTONGAN OKSI-ASETILENA (CUTTING)

PENGENALAN KIMPALAN OKSIGEN-ASETILENA (OKSI-ASETILENA,C2H2 O2)


Digunakan secara komersial untuk kimpalan logam ferus dan bukan ferus sehingga ketebalan 3mm, berguna untuk jumlah yang besar seperti kerja-kerja: pembaikan. fabrikasi saluran pengudaraan dan penyaman udara. pembaikan kenderaan.

PRINSIP KERJA KIMPAL LEBUR OKSI-ASETILENA (OXY-ACYTELENE WORKING PRINCIPLE)


Kedua-dua benda kerja dipanaskan pada bahagian yang akan disambung sehingga terbentuknya kolam cair dan pada masa yang sama diisikan bersama logam penambah sehingga benda kerja dan logam penambah membeku bersama yang akan menghasilkan kumai.
1.hujung sumpitan (tip) 1 2.logam penambah (filler rod) 3.nyalaan api (flame) 4.kolam cair (molten pool)

5.kumai (bead)

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN (STANDARD OPERATION PROCEDURE)


pengudaraan yang baik dan unit pengekstrakan asap. lakukan pemeriksaan semua peralatan. lapor kepada pensyarah atau penyelia bengkel jika peralatan rosak atau berlaku kemalangan . kawasan kerja bebas dari gris, minyak dan bahan mudah terbakar. selesai kerja, simpan peralatan ke tempat yang sepatutnya, tutup injap gas dan matikan alat pengekstrakan asap. tinggalkan kawasan kerja dalam keadaan yang selamat, bersih dan kemas.

KELENGKAPAN KIMPALAN OKSI-ASETILENA (OXY-ACYTELENE WELDING EQUIPEMENT)

Silinder oksigen (hitam)

Silinder asetilena Alatur oksigen Alatur asetilena (maron) (bebenang menganan) (bebenang mengiri)

Badan sumpitan

Hujung sumpitan

Hos: Biru-O2 Maron-C2H2

KELENGKAPAN C2H2 O2 SIAP DIPASANG

KELENGKAPAN KIMPALAN OKSI-ASETILENA (OXY-ACYTELENE WELDING EQUIPEMENT)

LOGAM PENAMBAH (FILLER ROD)

PEMETIK API (FLINT LIGHTER)

PENGEPIT (PLIER)

PENCUCI MUNCUNG SUMPITAN (NOZZLE TIP CLEAMER)

BERUS DAWAI (STEEL BRUSH)

MESIN PENCANAI

KIKIR SEGIEMPAT SAMA (FLAT FILE)

PERALATAN PELINDUNG KESELAMATAN (PERSONNEL PROTECTIVE EQUIPEMENT)

GOGAL (GOGGLE)

PAKAIAN YANG SESUAI (OVERALL)

SARUNG TANGAN KULIT (LEATHER GLOVE)

KASUT KESELAMATAN (SAFETY BOOT)

PELINDUNG TELINGA (EAR MUFF)

APRON KULIT (LEATHER APRON)

SAMBUNGAN JENIS TEE (FILLET JOINT)


Bersih kedua-dua kepingan plat keluli lembut guna berus dawai. Buka injap gas oksigen dan asetilena. Laras api hingga nyalaan api pertengahan. Letak satu plat keluli di atas meja cara mendatar dan satu lagi didirikan pada sudut 90 di atas logam pertama guna kaedah setengah saiz lebar. Kimpal paku di kedua-dua hujung plat logam. Lakukan kimpal penuh kembi T pada sudut sumpitan 60-70 dan logam penambah 30-40 hingga dapat sambungan yang kuat. Bersih plat logam guna berus dawai setelah selesai proses kimpal penuh.

SAMBUNGAN LEKAP ( LAP JOINT)


Bersih kedua-dua kepingan plat keluli lembut guna berus dawai. Buka injap gas oksigen dan asetilena. Laras nyalaan api hingga nyalaan pertengahan. Letak dua-dua plat atas meja secara tindih guna kaedah setengah saiz bahagian lebar. Kimpal paku di kedua-dua hujung plat logam. Lakukan kimpal penuh dengan mencairkan kedua-dua plat logam hingga jadi satu sambungan yang kuat. Pastikan muncung sumpitan bersudut 6070 dan logam penambah 30-40 masa kimpal penuh . Bersih plat logam guna berus dawai setelah selesai proses kimpal penuh.

DEFINISI MELOYANG
Satu proses penyambungan logam (kategori sambungan kekal). Logam yang akan diloyang dipanaskan pada suhu melebihi 427C. Logam penambah mestilah mempunyai suhu lebur yang lebih rendah dari logam asas. Tujuan supaya sambuangan lebih kuat dari proses memateri. Boleh sambung logam lain jenis cth, besi tuang dengan loyang dan tungsten karbida dengan keluli.

PROSEDUR KERJA MELOYANG (BRAZING PROCEDURES)


Bersihkan benda kerja Buka injap Laras api Sapu bahan lakur (flux) jenis yang biasa digunakan dari jenis boraks (borax). Fungsi utama bahan lakur untuk menghilangkan oksigen dari permukaan bahan kerja dan cegah pengoksidaan lanjut masa meloyang. Lakukan proses meloyang penuh dan pastikan sebelah bahagian benda kerja ditinggikan sedikit pada sebelah bahagian.

Bersihkan benda kerja guna berus dawai atau ejen pencuci.

INFO TAMBAHAN

Borax brazing fluxes

Aluminum brazing fluxes

Calcium silicate brazing fluxes

CARBORIZING FLAME (5700F =3148C)

NEUTRAL FLAME (5850F=3232C)

OXIDIZING FLAME (6300F=3482C)

PEMOTONGAN OKSI-ASETILENA
Prinsip Pemotongan Menggunakan prinsip pengoksidaan yang terjadi hasil tindak balas antara logam ferus yang diprapanaskan dan oksigen tulen. Logam yang akan dipotong akan diprapanas pada suhu 700C hingga 900C di bawah takat lebur. Suhu yang sesuai boleh dikenalpasti apabila logam berubah menjadi warna merah ceri. Logam ferus yang diprapanas mula dioksidakan setelah jet oksigen tulen dipancutkan diatasnya. Semburan oksigen tulen tersebut akan mengalirkan ferus oksida cair kebahagian bawah potongan. Kesan ferus oksida yang terlekat bahagian bawah logam yang dipotong dipanggil ferus oksida atau sangga.

RAJAH PRINSIP PEMOTONGAN

PERALATAN
Kelengkapan Pemotongan Kelengkapan dan kelengkapan tambahan (aksesori) pemotongan hampir sama dengan kelengkapan kimpalan oksi-asetilena. Perbezaan ialah bahagian Sumpitan api (Torch) dan muncung sumpitan api (Tip).

PROSEDUR PEMOTONGAN
1. Proses Pemotongan Proses pemotongan dengan mendirisiap kelengkapan pemotongan dan melaras nyalaan pertengahan. Logam yang hendak dipotong hendaklah ditanda garisan panduan pemotongan terlebih dahulu supaya bahagian yang dipotong menepati ukuran yang dihendaki.Selepas proses tandaan selesai tetapkan kedudukan logam yang akan dipotong.

2. Proses Prapanas Lakukan proses prapanas di bahagian penjuru permulaan garisan panduan sehingga warna bahagian tersebut berubah menjadi warna merah ceri. Tekan tuil jet oksigen tulen untuk memotong logam Pastikan sudut muncung sumpitan api pemotong sentiasa berkedudukan 90 dengan jarak muncung antara 2mm hingga 3mm. Gerakkan muncung sumpitan di sepanjang garisan panduan pemotongan dengan cara menolak kehadapan, menarik kebelakang atau bergerak dari kanan ke kiri mengikut keadaan kedudukan logam.

PROSEDUR PEMOTONGAN (SAMB DR SLIDE 18)


3. Lakukan kerja pemotongan sehingga selesai dan bersih hasil potongan dengan membuang ferus oksida yang mungkin terlekat pada bahagian penjuru bawah logam yang dipotong.

Ciri pemotongan berkualiti Penjuru atas bersegi tepat Permukaan potongan licin atau hampir licin. Penjuru bawah juga bersegi tepat Tiada sangga atau jika ada mudah ditanggalkan

SOALAN, PANDANGAN AND CADANGAN

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai