Anda di halaman 1dari 16

DMD 1243 – PETROL ENGINE

PENGUJIAN KOMPONEN KEPALA SELINDER


PENILAIAN BERTERUSAN PRAKTIKAL

KOMPETENSI 3.0 GENERAL OVERHAUL

 Different between Top Overhaul and Overhaul


 Dismantle Engine External and Internal Components
SUB KOMPETENSI  Measure Engine Component Parts
 Assemble Engine Internal and External Component
 Engine Tuning

NAMA PELAJAR :

NO. K/P :
KELAS / TAHUN :
TAJUK :
PERIKSA DAN UJI KOMPONEN DALAM ENJIN

1. Bersihkan bahagian enjin dan komponen enjin


2. Periksa bahagian enjin dan komponen enjin.
3. Buat ukuran bahagian enjin dan komponen enjin

ARAHAN
Pelajar dikehendaki bersihkan bahagian enjin dan komponen enjin, periksa bahagian
enjin dan komponen enjin serta buat ukuran bahagian enjin dan komponen enjin.
Catatkan hasil pemeriksaan serta ujian dan kenal pasti punca kerosakan tersebut
pada borang yang telah disediakan.
Anda dikehendaki memeriksa komponen enjin dengan mengikut setiap langkah
kerja satu persatu dan jangan abaikan aspek keselamatan sepanjang latihan
berjalan.

Rajah Uji Komponen Dalam Enjin


LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

SIKAP, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN/


a. Pastikan kedudukan kenderaan dalam keadaan selamat,
mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik.

1. Bersih bahagian enjin 1.1 Asingkan kesemua komponen enjin yang telah ditanggal
dan komponen enjin dan diceraikan.
1.2 Rendam komponen yang terlalu kotor dengan kerak karbon
didalam cecair degreaser.

Rajah 1: Cuci Komponen Guna Degreaser


1.3 Cuci komponen-komponen tersebut menggunakan berus
yang sesuai. Bersihkan segala kekotoran, bekas sebatian
pelekat (gasket sealant) dan enapan karbon

Rajah 2: Bersihkan komponen


1.4 Bersihkan dengan air dan sembur dengan udara mampat
jika perlu
1.5 Keringkan dan sedia untuk langkah pemeriksaan.
2. Periksa bahagian enjin 2.1 Periksa keadaan injap / penutup rocker arm
dan komponen enjin. i. Periksa injap dari retak, patah atau bengkok.
Gantikan injap jika terdapat kesan haus yang ketara.

Rajah 2: Valve
ii. Ukur margin mengikut spesifikasi yang telah diberi.
Catat bacaan di dalam jadual.

Rajah 3: Ukur Valve Seat Contact


iii. Periksa keadaan duduk injap (valve seat). Bersihkan
kekotoran pada duduk injap menggunakan kertas
pasir/las.

Rajah 4: Valve Seat

iv. Periksa kehausan dan kelurusan batang injap


menggunakan dial gauge
Rajah 5: Ukur Kelurusan Valve
v. Ukur diameter batang injap. Catatkan bacaan di
dalam jadual.

Rajah 6: Ukur Kehausan Valve

2.2 Periksa keadaan cam carrier / cap


2.3 Periksa keadaan camshaft

2.4 Periksa ketinggian cam lobe


Rajah 7: Ukur Cam Lobe
i. Ukur komponen-komponen di bawah;
 Tinggi sesondol (Cam Height)
 Diameter jurnal (Journal Diameter)
 Diameter sesondol pemacu pam bahan api
(Fuel Pump Driving Cam Diameter)

ii. Catat bacaan ukuran kamsyaf pada jadual di bawah:


iii. Rujuk jadual di atas untuk spesifikasi kamsyaf.

2.5 Periksa keadaan camshaft bearing dari retak atau calar


Rajah 8: Camshaft
2.6 Periksa keadaan rocker arm / valve lifter
2.7 Periksa laluan minyak / gallery and orifice
2.8 Periksa laluan air. Jika tersumbat bersihkan menggunakan
semburan angin

2.9 Uji kebocoran injap. Tuang sedikit minyak pelincir pada


lubang injap dan perhatikan samada minyak tersebut
mengalir keluar melalui duduk injap atau tidak.

Rajah 9: Periksa Kebocoran Valve

3. Buat ukuran bahagian


3.1 Ukur panjang bolt kepala silinder
enjin dan komponen
enjin

3.2 Ukur ketinggian kepala silinder. Perhatikan jika kepala


silinder bengkok.

Rajah 10: Cylinder Head


3.3 Periksa cylinder block liner secara visual

Rajah 11: Cylinder Block Liner


3.4 Ukur keadaan lubang / gerek silinder

Rajah 12: Ukur Kehausan Cylinder Bore


3.5 Periksa keadaan bongkah silinder
i. Bersihkan segala kekotoran, bekas sebatian pelekat
(gasket sealant) dan enapan karbon pada permukaan
kepala silinder, ruang pembakaran, liang masuk
dan liang ekzos.
Rajah 13: Ukur Keratan Cylinder Block
ii. Periksa tanda-tanda retak, rosak dan kesan
kebocoran air
iii. Periksa kerataan permukaan kepala silinder dengan
menggunakan pinggir lurus dan tolok penduga
sepanjang permukaan seperti yang ditunjukkan.

3.6 Periksa keadaan perumah dan penutup galas utama


bongkah silinder
3.7 Periksa keadaan laluan minyak bongkah silinder.
Bersihkan.
3.8 Periksa keadaan selubung air bongkah silinder. Jika perlu
gunakan semburan angin.
3.9 Periksa keadaan piston. Ukur komponen-komponen di
bawah dan catat di dalam jadual.
a. Diameter piston
b. Kelegaan lurah gelang piston (Ring Side
Clearance)
c. Kelegaan hujung gelang piston (End Gap)

Rajah 14: Ukur Kehausan Piston

3.10 Periksa keadaan pin piston pada rod penyambung.


Piston dan penutup rod penghubung ditanda mengikut
nombor silinder sebelum dikeluarkan daripada blok
silinder.

tandaan

penutup rod
penghubung

Rajah 15: Tanda Connecting Rod Sebelum Di Ceraikan


3.11 Ukur alur gelang piston menggunakan tolok perasa .
i. Ukur juga kelegaan hujung gelang piston
menggunakan tolok perasa.

Rajah 16: Ukur Piston Ring Gap

ii. Masukkan gelang piston kedalam cylinder bore


dengan menggunakan piston sehingga melepasi
’ridge’.
iii. Pastikan piston crown bersentuh dengan piston
ring untuk menentukan kedudukannya bersudut
tepat dengan cylinder wall.

Nilai piawai:
No. 1 ring: 0.03 - 0.07 mm
No. 2 ring: 0.02 - 0.06 mm
Had terima:
No. 1 ring: 0.1 mm
No. 2 ring: 0.1 mm

Rajah 17: Ukur Piston Ring Clerance


iv. Jika piston ring gap melebihi service limit, ganti
gelang piston
v. Periksa connecting rod bush secara visual
vi. Periksa keadaan crankshaft secara visual

3.12 Periksa kebujuran dan ketirusan crankshaft journal


menggunakan micrometer. Catat bacaan di dalam jadual.
Rajah 18: Ukur kehausan Main Journal

3.13 Periksa lubang minyak crankshaft. Cuci dengan


semburan angin.
3.14 Ukur diameter penutup galas utama (main bearing cap)

Rajah 19: Periksa Main Bearing Cap


3.15 Ukur kelegaan galas utama crankshaft

Rajah 20: Ukur kelegaan Main Bearing Oil


3.16 Ukur gerak bebas crankshaft menggunakan tolok dail.
Tolak crankshaft ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan
bacaan.
Rajah 21: Periksa Free-Play Crankshaft
3.17 Periksa keadaan crankshaft oil jet
3.18 Periksa keadaan penyejuk minyak (oil cooler)
3.19 Periksa keadaan pam minyak
3.20 Periksa keadaan kelegaan rotor pam minyak
i. Periksa kehausan gigi gear
ii. Periksa kelegaan diantara outer gear (outer
circumference) dengan front case
iii. Periksa kelegaan diantara outer gear addendum
dengan crescent
iv. Periksa kelegaan di antara inner gear addendum
dengan crescent

Rajah 22: Perika Kelegaan Oil Pump

3.21 Periksa keadaan penyaring minyak (oil strainer)


3.22 Periksa keterusan injap/suis tekanan pam minyak
menggunakan meter pelbagai
Rajah 23: Periksa Oil Pressure Switch

3.23 Periksa keadaan pam minyak secara visual. Pusingkan


gigi gear samada gerakan gear baik atau sebaliknya.

Rajah 24: Periksa Gear Oil Pump

SOALAN/QUESTION :

1. Apakah tujuan membersihkan komponen enjin?

2. Apakah bacaan standard crankshaft end play mengikut spesifikasi ?

SENARAI SEMAK KERJA/CHECKLIST


Tidak
Bil Tahap Pencapaian / Level of Terima / Catatan/
Terima / Not
No. Achievement Accepted Remark
Accepted
A. PROSES KERJA/WORK PROCESS
 Alatan menguji dipilih pada komponen dalam
enjin mengikut kegunaan yang betul
 Pemeriksaan dilakukan dengan mengikut
urutan yang betul

B. HASIL KERJA/END RESULT - PRODUK/PERKHIDMATAN/KEPUTUSAN


 Komponen kepala silinder diuji mengikut
kaedah yang betul mengikut buku manual
 Komponen bongkah silinder diuji mengikut
kaedah yang betul mengikut buku manual
 Pemeriksaan semua komponen telah
dilakukan mengikut spesifikasi buku manual

C. SIKAP/ ATTITUDE
 Persekitaran tempat kerja dibersih dan
dikemas setelah selesai
 Tepati masa hadir ke bengkel

=
D. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL

 Kaedah kerja mengikut prosedur serta


menitikberatkan keselamatan kerja

. ................................................. ....................................................
( Tandatangan dan Nama Pelatih ) ( Tandatangan dan Nama Pengajar )
Trainee’s Name and Signature Instructor’s Name and Signature

Tarikh/Date: ____________________ Tarikh/Date: ____________________

Anda mungkin juga menyukai