Anda di halaman 1dari 8

TAJUK/TITLE :

KELUARKAN ENJIN DARI KENDERAAN

TUJUAN PEMBELAJARAN
1. Tanggal komponen tambahan yang berkaitan pada enjin.
2. Keluarkan enjin dari kenderaan
3. Pasang enjin pada pencagak (engine stand)

LUKISAN. DATA DAN JADUAL

Rajah Keluarkan Enjin


PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN
BIL KELENGKAPAN
1. Buku Manual Servis
2. Alat tangan
3. Jek lantai
4. Jek rantai (Floor Crane jack)
5. Pencagak enjin (Engine stand)
6. Bongkah Penahan Roda
7. Kereta atau enjin boleh khidmat
8. Sangga keselamatan
LANGKAH KERJA/
BUTIRAN KERJA/ DETAILS
STEPS

PENYAMPAIAN SIKAP, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN/Pastikan


kedudukan kenderaan dalam keadaan selamat, mempunyai
pencahayaan dan pengudaraan yang baik.
a. Pastikan enjin telah sejuk sebelum melukakan kerja.

1. Tanggal komponen 1.1 Pilih komponen-komponen tambahan yang perlu di


tambahan yang tanggal seperti;
berkaitan pada enjin. a. Paip saluran gas penyejuk penyaman udara
b. Hos atas (upper hose) dan hos bawah (lower hose)
radiator
c. Komponen luaran enjin
 Pancarongga ekzos
 Kotak angin/Penapis udara
 Radiator
 Bateri @ Kabel kuasa
 Penutup enjin (Engine cover)
d. Syaf pandu (drive shaft)
e. Skirting (sekiranya perlu)

Rajah 1 : Contoh kereta yang perlu ditanggal skirting.


LANGKAH
BUTIRAN KERJA/DETAILS
KERJA/STEPS

f. Pemegang enjin (engine mounting)


 Sebelah kiri enjin ke badan kereta
 Sebelah kanan enjin ke badan kereta
 Di bawah bahagian hadapan kerangka
 Di bawah bahagian belakang kerangka

Rajah 2 : Pemegang Enjin (Mounting)


g. Kabel pendikit kelajuan dan paip saluran bahanapi
h. Soket-soket penyambung sensor
i. Wayar berkaitan dan pipe line dari enjin ke badan
kenderaan
j. Persambungan starter motor atau sebarang
komponen yang bercantum dengan enjin
1.2 Tanggal penutup enjin,tanggal pancarongga ekzos untuk
memasang rantai pengangkat
1.3 Masukkan jek rantai ke bahagian bawah kenderaan
seperti gambarajah 2 diatas
1.4 Pasang rantai pada enjin secara bersilang
Rajah 3 : Contoh Pemasangan Rantai

LANGKAH
BUTIRAN KERJA/DETAILS
KERJA/STEPS

1.5 Tanggalkan semua komponen seperti di urutan 1.1 diatas.


1.6 Periksa sekeliling enjin, rancang dan buat anggaran jarak
sebelum menjekkan enjin .
1.7 Tanggalkan semua komponen seperti di urutan 1.1 diatas.
1.8 Periksa sekeliling enjin, rancang dan buat anggaran jarak
sebelum menjekkan enjin .
2. Keluarkan enjin dari 2.1 Longgarkan enjin mounting dan angkat keluar enjin dari
kenderaan. kenderaan
2.2 Pastikan kedudukan enjin pada sudut yang betul, jika tidak
turunkan enjin dan imbangkan sudut keluarnya
2.3 Jek perlahan-lahan manakala pelatih pembantu
memegang enjin sambil menolak/menarik untuk melepasi
ruang bonet.

Rajah 4: Proses Kerja Mengeluarkan Enjin


2.4 Alih jek rantai bersama enjin keluar dari ruang kenderaan
secara berhati-hati.
Rajah 5 : Enjin Pasang Pada Pencagak (Engine Stand)

LANGKAH
BUTIRAN KERJA/DETAILS
KERJA/STEPS

3. Pasang enjin pada 3.1 Pasang enjin di atas pencagak


pencagak (engine
stand)

Rajah 6 : Stand Enjin Yang Di Syorkan Untuk Melancarkan


Kerja Overhaul
PERHATIAN:
Jangan gantungkan dan berharap pada rantai dan
puller bracket.

3.2 Lakukan kerja merombak seluruh enjin.

KESELAMATAN:
i. Pastikan puller bracket dan rantai selamat digunakan
dan dipasang dengan cara yang betul.
ii. Pastikan kedudukan enjin sentiasa selamat semasa
menanggal.
iii. Turunkan enjin selepas diangkat keluar.
iv. Pastikan persekitaran kerja bersih dan selamat.
v. Tanggalkan terminal bateri sebelum menanggal
komponen elektrikal.
SOALAN/QUESTION :

1. Senaraikan lima (5) komponen tambahan yang perlu ditanggal sebelum


memulakan proses mengangkat keluar enjin dari kereta?

2. Apakah tujuan memasang enjin pada pencagak (stand)?


SENARAI SEMAK KERJA/CHECKLIST
Tidak
Bil Tahap Pencapaian / Level of Terima / Catatan/
Terima / Not
No. Achievement Accepted Remark
Accepted

A. PROSES KERJA/WORK PROCESS


 Alatan dipilih mengikut saiz komponen yang
perlu ditanggal dengan betul
 Enjin di tanggalkan mengikut langkah kerja
yang betul

B. HASIL KERJA/END RESULT - PRODUK/PERKHIDMATAN/KEPUTUSAN


 Enjin dapat ditanggal mengikut kaedah
yang betul tanpa merosakkan komponen
sekitar
 Enjin dikeluarkan dan dipasang pada
kenderaan
 Pencagak mengikut prosedur yang ditetapkan

C. SIKAP/ ATTITUDE
 Persekitaran tempat kerja dibersih dan
dikemas setelah selesai
 Tepati masa hadir ke bengkel

D. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL

 Kaedah kerja mengikut prosedur serta


menitikberatkan keselamatan kerja

.................................................. ....................................................
( Tandatangan dan Nama Pelatih ) ( Tandatangan dan Nama Pengajar )
Trainee’s Name and Signature Instructor’s Name and Signature
Tarikh/Date: ____________________ Tarikh/Date: ___________________

Anda mungkin juga menyukai