Anda di halaman 1dari 11

TAJUK : ASAS PEMAIPAN KUPRUM

Pengenalan:
Penyaman udara boleh ditakrifkan sebagai satu proses dimana udara dikendalikan
dengan kawalan ke atas suhunya, kelembapan, kebersihan dan seterusnya
mengagihkan udara ini ke dalam satu ruangan yang terlebih dahulu telah diketahui
keperluannya dan penggunaannya.

A. PENYAMBUNGAN PAIP KUPRUM


Objektif :
Selepas menjalani modul ini, pelajar berkemahiran di dalam kerja-kerja
merekabentuk pemaipan kuprum. Selain itu, pelajar dapat menjalankan proses flaring
(pengembangan), swaging (penyambungan antara dua tiub), memotong, melulas tiub
kuprum, membengkok tiub kuprum dan juga proses pinch off.

Bahan-bahan dan Peralatan :


Bahan-Bahan Peralatan
Tiub Kuprum Alat
pengembangan
(Flaring)

Penyambungan Alat Swaging


T

Flare Union Pemotong tiub

Flare Nut Pelulas


(Reamer)
Elbow 90° Pembengkok
Tiub
(Bender)

Pinch Off Plier

Prosedur:
1) Berpandukan gambarajah 1, tiub kuprum diukur mengikut saiz yang telah
ditetapkan.

Gambarajah 1
2) Seterusnya, potong tiub kuprum yang telah diukur menggunakan pemotong tiub.
3) Tiub kuprum dimasukkan diantara roda pemutar dan bilah pemotong.
4) Bilah memotong diketatkan sehingga menekan sedikit pada tiub kuprum.
5) Bilah pemotong dirapatkan pada tiub kuprum dengan memusingkan pengetat
mengikut arah pusingan jam.
6) Pemotong tiub diketatkan sedikit demi sedikit sehingga tiub kuprum terpotong.

Gambarajah 2
7) Tiub kuprum yang telah dipotong kemudiannya dilulas menggunakan pelulas
untuk membuang gerigis yang terdapat pada tiub kuprum setelah dipotong.
8) Tiub kuprum diletakkan ke dalam kon pelulas. Pelulas dipusing ke kiri dan kanan
untuk membuang gerigis.

Gambarajah 3
9) Dengan berpandukan gambarajah, proses flaring/ pengembangan (gambarajah 4)
dan swaging(gambarajah 5) telah dilakukan pada tiub kuprum.
10) Proses Flaring adalah proses mengembangkan hujung tiub kuprum untuk tujuan
penyambungan dengan menggunakan flare nut.
11) Tiub kuprum dimasukkan di dalam blok pengembang mengikut saiz.
12) Jarak permukaan hujung tiub kuprum dengan permukaan blok pengembang
dalam anggaran 3mm.
13) Kedua-dua nat pengetat yang terdapat pada blok pengembang diketatkan.
Seterusnya, alat pengembang dimasukkan di dalam blok pengembang dan bar
pengembang diputar supaya kon pengembang terletak kemas pada hujung tiub.
14) Kon diketatkan sehingga tiub kuprum membentuk pengembangan seperti yang
dikehendaki.

Gambaraajah 4
15) Seterusnya, proses swaging. Proses swaging ialah proses penyambungan dua tiub
kuprum yang sama saiz. Dalam proses ini, satu tiub akan dibesarkan dan satu lagi
akan dimasukkan ke dalam hujung tiub yang telah dibesarkan.
16) Tiub kuprum dimasukkan kedalam blok swaging mengikut saiz yang di
kehendaki. Jarak permukaan hujung tiub kuprum dengan permukaan blok
swaging dalam anggaran 5mm.
17) Kedua-dua nat pengetat yang terdapat pada blok swaging diketatkan. Bar
swaging diletakkan kedalam blok swaging supaya terletak pada hujung tiub
kuprum.
18) Bar swaging diketatkan sehingga hujung tiub kuprum membentuk swaging.

Gambarajah 5
19) Tuil pembentuk diangkat dan tiub kuprum diletakkan pada alur V roda
pembentuk.

Gambarajah 6
20) Tuil pembentuk diturunkan dan tanda ‘0’ pada tuil pembentuk dilaraskan
sehingga bertemu dengan tanda ‘0’ pada roda pembentuk.
21) Tuil pembentuk digerakkan sehingga tnda ‘0’ pada tuil pembentuk bertemu sudut
yang dikehendaki pada roda pembentuk.
22) Gambarajah 7 menunjukkan proses pinch off. Muncung pinch off plier hendaklah
dilaraskan dahulu sebelum digunakan.
23) Seterusnya, tiub kuprum diletakkan pada muncung pinch off plier dan plier
ditekan sehingga muncung plier tertutup rapat.

Gambarajah 7
24) Akhir sekali, tiub kuprum disusun mengikut pelan yang telah diberikan.

Gambarajah 8
B. PEMOTONGAN PLAT BESI DAN BESI SILINDER
Objektif:
Selepas menjalani modul ini, pelajar berkemahiran di dalam mengendalikan mesin
pemotong dan penebuk besi. Selain itu pelajar berkemahiran dalam membuat
pengukuran besi.

Bahan-bahan dan peralatan :


Bahan- bahan Peralatan
Kuprum Jangka lukis

Logam Keluli Mesin Penebuk


Lembut Besi

Mesin
Pemotong plat
besi
Kikir Besi

Mesin
Pemotong besi
silinder

Prosedur:
1) Logam keluli lembut dipotong menggunakan mesin pemotong besi dengan
ukuran panjang 8mm.

Gambarajah 9
2) Logam keluli lembut dikikir dengan menggunakan kikir besi bertujuan untuk
meratakan permukaan logam keluli lembut yang kasar setelah dipotong.

Gambarajah 10
3) Setelah itu, ukuran diameter logam keluli lembut diambil dan dilukis pada
kuprumdengan menggunakan jangka lukis. Satu plat kuprum boleh dimuatkan
dengan 4 buah bentuk bulat.

Gambarajah 11
4) Gambarajah 12 menunjukkan proses menebuk lubang pada kuprum yang telah
ditanda dengan menggunakan mesin penebuk besi. Kuprum yang telah ditebuk
dikikir dengan kikir besi untuk meratakan permukaan kuprum (gambarajah 13).

Gambarajah 12 Gambarajah 13
5) Kuprum yang telah dikikir kemudiannya dipotong dengan mesin besi
mengikut ukuran diameter logam keluli lembut yang telah dilukis pada kuprum.
Gambarajah 14
6) Pastikan kuprum yang dipotong tidak terlampau besar dan kecil daripada
diameter
logam keluli lembut..

Gambarajah 15

C. KIMPALAN GAS
Objektif:
Selepas menjalani modul ini, pelajar memahami konsep kimpalan gas serta
kegunaannya dan dapat mengetahui cara untuk menguji kebocoranyang berlaku pada
paip tiub kuprum.

Bahan-bahan dan alatan:

Bahan-bahan dan alatan Gambar


1) Tolok tekanan alir keluar
2) Tolok kandungan silinder
3) Pengatur tekanan
4) Perengkuh injap silinder
5) Injap
6) Hos oksigen
7) Tangki oksigen
8) Tangki asetelena
9) Sumpitan api/torch
10) Penangkap cegah balik
11) Hos asetelena
12) Silfos

13) Gas R12

14) Tolok pancarongga

Prosedur:
1) Buat silfosing. Silfosing ialah ialah kerja penyambungan kuprum dengan kuprum.
Kerja-kerja silfosing hanya menggunakan silfos sebagai logam ketiga.
2) Kedua-dua permukaan kuprum yang hendak di silfos dibersihkan terlebih dahulu.
3) Tiub kuprum diapit dengan batu blok dengan kemas dalam keadaan menegak.
4) Nyalaan api oksi-asetelen dilaraskan pada nyalaan neutral.
5) Permukaan tiub kuprum yang hendak disambung dipanaskan sehingga kemerah-
merahan.
6) Apabila sudah kemerah-merahan, rod silfos disentuh disekeliling sambungan
sehingga cair pada arah yang bertentangan dengan nyalaan api.

Gambarajah 16
7) Sambungan dibiarkan sejuk untuk seketika.
8) Seterusnya, membuat proses brazing. Pada dasarnya brazing ialah satu proses
menyambung dua logam asas dari jenis yang sama atau boleh juga base metal
dari jenis yang tidak sama tanpa mencairkan kedua-dua base metal dengan
menggunakan filler rod yang dicairkan pada suhu sederhana tinggi.
9) Mula-mula, tiub kuprum dipanaskan sehingga kemerah-merahan. Kemudian,
filler rod dipanaskan sekejap dan salurkan dengan flux. Flux merupakan sebatian
kimia.
10) Filler rod yang telah disalurkan dengan flux dicairkan pada logam yang nak
disambung. Proses ini dibuat sehingga seluruh permukaan logam yang disambung
tertutup.

Gambarajah 17
11) Setelah semua tiub kuprum disambung dengan sempurna. Ujian kebocoran
dilakukan untuk mengenal pasti jika paip itu bocor.
12) Flare nut diketatkan. Kemudian tiub kuprum disalurkan dengan gas R12 dan tiub
kuprum direndam ke dalam air.
13) Buih akan keluar sekiranya berlaku kebocoran.

Gambarajah 18

Perbincangan:
Selepas memotong tiub kuprum, tiub kuprum disusun mengikut pelan yang telah
diberikan dan mengukur mengunakan pembaris besi. Kami mendapati panjang tiub
kuprum tidak sama dengan ukuran yang diberikan di dalam pelan.untuk
menyelesaikan masalah ini, kami memotong semula tiub kuprum mengikut panjang
yang telah diberikan. Seterusnya,semasa membuat pengujian kebocoran gas,terdapat
sedikit kebocoran pada kuprum silinder.untuk menyelesaikan masalah tersebut, kami
membuat kimpalan gas semula untuk menutup kawasan yang bocor.

Kesimpulan:
Kesimpulannya, selepas membuat bengkel asas pemaipan kuprum ini pelajar
berkemahiran dalam kerja-kerja merekabentuk terutamanya dalam proses flaring,
swaging, memotong, melulas tiub kuprum, membengkok dan juga proses pinch off.
Selain itu,berkemahiran dalam mengendalikan mesin.Antaranya, mesin penebuk dan
pemotong besi. Akhir sekali, pelajar memahami konsep kimpalan gas serta
kegunaannya dan dapat mengetahui cara untuk menguji kebocoran yang berlaku pada
paip tiub kuprum,.

Anda mungkin juga menyukai