Anda di halaman 1dari 3

http://syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-pembelajaran-gagne_7014.

html
http://anharululum.blogspot.com/2012/06/hirarki-belajar-gagne.html
http://www.bpkpenabur.or.id/files/09_0.pdf
http://www.teknologipendidikan.net/2009/02/10/contoh-penerapan-teoripembelajaran-gagne/

REFLEKSI
Alhamdullillah , saya rasa amat bersyukur dan gembira ke hadrat ilahi kerana
dapat meneruskan lagi perjuangan saya yang terhenti selama setahun ini. Saya
berharap perjuangan kali ini akan berjaya hingga ke akhirnya insyallah. Ini adalah
kerana menjadi cita-cita saya untuk menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti
walaupun agak terlambat. Kerja kursus WAJ3104 yang saya terima pada kali ini
adalah di bawah bimbingan Encik Mohd Rafi bin Haji Ghazali. Tugasan ini bermula
pada 9 Mac 2013 dan berakhir pada 6 April 2013. Tugasan ini saya siapkan
bersama rakan sekumpulan saya iaitu Rahaya bt Yusof dan Fazidah bt Abd Ghani.
Tugasan Literasi Bahasa WAJ3104 ini memang nampak senang pada
mulanya. Tapi sebenarnya, ia adalah cabaran baru bagi saya dan rakan-rakan
kerana kami perlu memikirkan dan memilih aktiviti pembelajaran yang benar-benar
sesuai dan menarik perhatian pelajar juga pensyarah yang menilai. Kami telah
memilih kaedah pengajaran menggunakan teknik permainan bahasa. Di dalam
permainan bahasa ini saya dan ahli kumpulan telah menyediakan alat bantu
mengajar yang menggunakan ejaan perkataan kv + kv . Saya yakin alat yang kami
sediakan ini pasti dapat menarik minat pelajar . Kami juga sedar bahawa untuk
menarik minat pelajar pemulihan guru memerlukan daya kreativiti yang tinggi supaya
sessi pembelajaran tadi menarik dan memberikan ingatan yang bermakna dalam
jangkamasa yang panjang.
Semasa menyediakan alat bantu mengajar ini kami menghadapi masalah
untuk memotong plywood dan kayu untuk menyokong roda perkataan kami.
Dengan bantuan guru kemahiran hidup , akhirnya kami dapat memotong papan
plywood itu dengan baik. Masalah lain ialah roda yang di pusingkan tidak dapat
berfungsi dengan baik. Kami bercadang meletakkan washer sebagai alas pada skru
supaya roda perkataan itu tidak bergesel dengan tiang yang menyokong roda itu .
Alhamdulillah ianya menjadi.
Setelah alat bantu siap kami berasa puashati dan dapat merasakan bahawa
ini adalah pengalaman yang berharga buat kami sekumpulan kerana bersama-sama
berusaha memikirkan untuk menghasilkan alat yang menarik dan akhirnya menjadi

kenyataan. Kami berharap alat bantu mengajar kami ini dapat meransang interaksi
verbal pelajar, dapat menambah keyakinan dan kefasihan murid-murid pemulihan,
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan sepanjang pengajaran dan
pembelajaran di laksanakan, dan sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan
pengayaan pelajar di dalam kelas. Bukanlah tugas yang mudah untuk memulihkan
pelajar yang lemah sebenarnya kerana mereka kebanyakkannya cepat lupa apa
yang dipelajari di sekolah. Dengan alat bantu mengajar yang menarik murid-murid
lemah ini pasti akan mengingat dengan lebih lama lagi. Kami pun telahpun meminta
pelajar mencuba dan kami merakam aktiviti yang menggunakan alat bantu mengajar
kami ini dan terbukti pelajar seronok serta serta berminat bermain dengan alat itu.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan
saya iaitu Rahaya dan Fazidah dalam menjayakan tugasan ini dengan penuh
kerjasama. Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada pensyarah kami , Encik
Mohd Rafi bin Haji Ghazali atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat
menjadikan kami berilmu dalam mata pelajaran Literasi Bahasa ini.
Mudah-mudahan ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan di masa akan
datang untuk menjadi guru yang berguna apabila saya diberi peluang mengajar
subjek ini di sekolah nanti. Dengan siapnya tugasan ini, saya percaya ilmu ini telah
memberikan pengalaman dan menjadikan saya orang yang berfikir dengan lebih
teliti lagi.

JUHAIDA BT ZAINOL
740806026028

Anda mungkin juga menyukai