Anda di halaman 1dari 10

SKEMA JAWAPAN KERTAS GEOGRAFI STPM 942/2 (PENGGAL 2 2013 )

Bahagian A

1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera ?


[3]
Satu lapisan udara yang nipis (1m) yang mengelilingi dan meliputi bumi (1m), terdiri daripada
juzuk gas dan bukan gas (1m) danbergerak seiring dengan putaran bumi akibat tarikan daya
graviti bumi (1m

b) Jelaskan peranan wap air yang terkandung dalam atmosfera.


[4]
B1 menggalakkan pembentukan awan (pemeluwapan) dan kerpasan
B2 peratus wap air akan mempengaruhi sejatan
B3 jumlah wap air menentukan kadar kelembapan udara
B4 menyederhanakan suhu kerana wap air menyerap bahangan matahari

c) “Ozon adalah salah satu lapisan gas yang membentuk atmosfera”


Apakah pengaruh lapisan ozon terhadap atmosfera
[2]
• Ozon berperanan menapis, menyerap, menyerak dan memantulkan sinaran UV
• mengurangkan sinaran UV berlebihan dan merendahkan suhu

d) Bagaimanakah ketidakstabilan udara boleh terjadi?


[2]
Ketidakstabilan udara boleh terjadi apabila Kadar Tukaran Sekitaran (KTS) melebihi Kadar
Tukaran Adiabatik (KTA)
Panduan guru:
KTS – kenaikan 165m suhu jatuh 1° C ( 1m = 0.006° C)
KTA – kenaikan bungkusan udara 1000m suhu jatuh 10° C (1m = 0.01° C)
KTS < KTA = udara stabil
KTS> KTA = udara tidak stabil

e) Jelaskan ciri-ciri udara yang tidak stabil.


Mana-mana 2 isi [ 4 ]
E1 pemeluwapan giat menyebabkan kejadian hujan
E2 berlaku pergerakan udara secara menegak menyebabkan kejadian ribut.
E3 berlakunya petir atau guruh dan kilat akibat pertembungan cas negetif dan positif dalam udara
(kesan tiupan angin yang kencang
E4 pemeluwapan giat berhampiran permukaan bumi membentuk kabus dan kabut.

2. a) Apakah maksud pemanasan global ?


• Pemanasan global bermaksud peningkatan purata suhu permukaan bumi dan lautan
daripada keadaan normal di seluruh dunia.
[3]
b) Jelaskan punca-punca berlakunya fenomena pemanasan global. [10]

1
B1 Lapisan ozon • Penipisan lapisan ozon menyebabkan banyak sinar UV matahari
semakin nipis masuk ke atmosfera bumi dan meningkatkan suhu
• Berlaku peningkatan intensiti bahangan suria ke atmosfera
• Pembebasan CFC menyebabkan gas O3 dalam ozon semakin
terhakis.
B2 Kesan rumah • Haba panas((Bahang matahari dan bahang bumi) yang
hijau (KRH) terperangkap di dalam sesuatu ruang atmosfera akibat halangan
lapisan gas rumah hijau dan memanaskan ruang udara tersebut
sehingga meningkatkan suhu.
• Peningkatan gas rumah hijau dalam udara (gas Co2 ) oleh
aktiviti penyahhutanan dan pembakaran terbuka,
B3 Pembakaran • pembakaran petrol dan arang batu menggalakkan pembebasan
bahan api fosil gas rumah hijau ke dalam udara
• bahan nitrogen dioksida dan karbon dioksida bertambah dalam
udara lalu meningkatkan suhu
B4 Peningkatan • Pertambahan bahan pencemar udara seperti habuk, debu, asap
pencemaran dan gas ke dalam udara menyebabkan bahang bumi dan
udara bahang matahari terperangkap dalam ruang atmosfera.
• Bahan pencemar juga menjadi penyerap dan penyerak haba lalu
meningkatkan suhu udara.
B5 Letusan • Sebaran asap, debu dan abu gunung berapi akan menghalang
gunung berapi kemasukan bahangan suria ke atmosfera bumi – menyebabkan
suhu atmosfera rendah dan tidak menggalakkan pembentukan
gas ozon – oleh itu ozon menjadi semakin nipis – sinar UV akan
lebih banyak masuk ke atmosfera.

c) Huraikan kesan pemanasan global terhadap fenomena cuaca dan iklim. [12]
C1 Fenomena • Udara kering menggalakkan sebaran habuk, debu dan asap
jerebu terampai-ampai di ruang udara membentuk jerebu
• Pembakaran terbuka, perindustrian menyumbangkan asap yang
banyak
• Perlombongan, kuari, pembinaan menyumbangkan habuk dan
debu yang banyak ke ruang udara
C2 Ribut / siklon • Suhu tinggi menyebabkan pemanasan melampau lalu
mewujudkan zon TUR di tengah lautan – menggalakkan kejadian
ribut
• Angin akan menyerbu ke arah zon TUR dan berpusar
mengelilingi TUR membentuk ribut
C3 Hujan • Suhu tinggi menyebabkan wap air hasil sejatan kering sebelum
berkurangan sempat dipeluwapkan di Zon Takat Embun
• Kehilangan wap air sebelum dipeluwapkan menyebabkan
pembentukan awan tidak berlaku – hujan berkurangan
C4 Kemarau • Pemanasan jangka panjang menyebabkan ketiadaan hujan –
berlaku fenomena kemarau – sejatan tinggi menyebabkan air
tanah kering – tanah jadi gersang

C5 Fenomena el • Pemanasan berlebihan meningkatkan suhu di lautan –


nino mewujudkan zon TUR di barat Pasifik – menyebabkan
perubahan angin timuran bertiup ke arah barat – keadaan ini
menyebabkan bahagian timur Pasifik ( Asia Tenggara )
mengalami kurang hujan dan kemarau.

2
C6 Bahangan • Pertambahan bahang suria telah meningkatkan kadar serapan
bumi haba oleh bumi – menjadi haba pendam – oleh itu bahangan
(telestrial) bumi yang dibebaskan ke atmosfera akan meningkat
meningkat

3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran hidrologi?


• Merujuk kepada pergerakan, dan pertukaran sifat air secara berterusan ( kitar) dalam
pelbagai bentuk ( cecair, pepejal, dan wap ) dan dalam pelbagai ruang ( ruang
hidrosfera, atmosfera, biosfera, dan litosfera ). ATAU
• Pergerakan air secara berterusan dari bumi ke atmosfera melalui proses sejatan serta
sejatpeluhan dan pergerakan air dari atmosfera kembali ke bumi melalui kerpasan .
[3]

b) Lukis gambar rajah kitaran hidrologi [2]

[2]

b) Berdasarkan gambar rajah dalam soalan b(i) di atas, huraikan empat proses menegak
dalam kitaran hidrologi. [8]

B1 Sejatan • proses pertukaran sifat air daripada bentuk cecair kepada wap
air .
• Berlaku akibat bahang matahari memanaskan permukaan air
secara berterusan dan maksimum menyebabkan tekanan wap
permukaan tinggi lebih tinggi daripada tekanan udara atmosfera
berhampiran permukaan air.
B2 Pemeluwapan • Proses pertukaran sifat air daripada wap kepada bentuk cecair
apabila wap air tiba pada suhu takat beku ( atau Zon Takat
3
Embun )
• Wap air bertukar menjadi bintik-bintik air terkumpul membentuk
awan ( atau berdasarkan terori Begeron ia membeku menjadi
butir ais membentuk awan )
B3 Kerpasan • Apabila bintik-bintik air atau butir ais bercantum menjadi lebih
berat dari daya tampung udara, ia akan jatuh dari ZTE sebagai
kerpasan iaitu hujan .
• Di kawasan beriklim panas hujannya dalam bentuk cecair dan di
kawasan beriklim sejuk buiran ais kekal sampai ke bumi
membentuk hujan salji.
B4 Resapan • Proses pergerakan air hujan masuk ke dalam tanah melalui
atau susupan ruang rongga tanah atau melalui liang pori tanah.
• Semakin banyak rongga dan liang pori, semakin banyak kadar
susupan air ke dalam tanah.
B5 Sejatpeluhan • Proses udara menyejat atau menyerap peluh dari liang stoma
daun atau badan hidupan masuk ke dalam udara.
• Perpeluhan berlaku apabila tenaga digunakan dalam jasad
tumbuhan atau hidupan
B6 Pintasan • Proses daun tumbuhan memintas atau menghalang jatuhan
silara hujan sebelum tiba ke bumi.
• Pintasan silara berlaku melalui proses pintasan daun, aliran
ranting, aliran dahan dan aliran batang.

c) Jelaskan kesan kurangan air terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia di kawasan
tropika lembap
[ 12 ]

C1 Hujan • Hujan kurang menyebabkan udara kering – meningkatkan


ASF berkurangan sejatan – tetapi wap air hilang atau kering dalam udara kerana
suhu tinggi – pemeluwapan tidak berlaku – hujan tidak menjadi
C2 Kelembapan • Air permukaan kering kerana ketiadaan hujan – wap air kurang
Bandingan disejat ke dalam udara – udara menjadi kering – peratus KB
jatuh udara rendah

C3 Peingkatan • Udara menjadi panas kerana kurang wap air disejat masuk ke
suhu dalam udara – udara jadi kering dan panas
C4 Kemerosotan • Kadar air tanah merosot menyebabkan proses pereputan
kualiti tanah organik lambat berlaku – pengembalian nutrien tanah secara
semula jadi berkurangan
C5 Ekosistem • Paya,sungai, tasik kering – menjejaskan habitat hidupan akuatik
terjejas • Hutan mati akibat kemarau berpanjangan – menjejaskan habitat
haiwan dan rantaian makanan terputus
C6 Kitaran • Proses kitaran air terganggu kerana bekalan wap air melalui
hidrologi sejatan/ s/peluhan berkurangan – menyebabkan hujan
terganggu berkurangan
• Kitaran air akan terjejas apabila hujan berkurang atau imbangan
4
air tidak seimbang.
ASM Pertanian • aktiviti pertanian terjejas khususnya tanaman padi sawah yang
C7 terjejas memerlukan banyak air semasa musim menanam.
• Kemarau yang berpanjangan juga mengganggu proses
fotosintesis , pertumbuhan terbantut dan tanaman mati.
C8 Akuakultur • kuantiti air permukaan berkurangan menyebabkan BOD air
terjejas terjejas.
• Tanah kering – aras air tanah jatuh jauh ke dalam tanah –
menyebabkan kolam ternakan kering
C9 Menjejaskan • Sungai kering menyebabkan aktiviti jelajah sungai , berkayak ,
sektor meredah jeram tidak dapat dijalankan
pelancongan • Air terjun kekurangan air – ketiadaan tempat berkelah
C10 Pengangkutan • Aras sungai jatuh memutuskan aliran sungai – tidak dapat dilalui
air terganggu oleh bot atau feri pengangkut
• Sungai jadi cetek – tidak boleh dilalui oleh bot
C11 Krisis air • Bekalan air bersih kepada penduduk / domestik berkurangan
bersih • Catuan air mengikut masa atau kawasan petempatan
• Menjejaskan perniagaan makanan, perkhidmatan pembersihan
dan dobi

Catatan: 3 kesan fizikal + 3 kesan manusia (6 isi x 2m = 12m)

Bahagian B

4. a) Takrifkan konsep bioteknologi .


[3]
Teknik atau proses yang melibatkan penggunaan sains yang berkaitan dengan benda hidup
atau tumbuhan dalam bidang pertanian dan pembuatan.
ATAU
Penggunaan sistem biologi, organisma hidup atau terbitannya untuk membuat atau
memproses bagi sesuatu kegunaan

b) Huraikan dua kategori bioteknologi yang diamalkan dalam pertanian ladang di Malaysia
[4]
B1 Pengklonan proses menghasilkan anak pokok atau haiwan daripada tisu pokok
5
atau haiwan berkenaan yang sama kandungan genetik dengan induk
bertujuan menghasilkan jumlah yang lebih banyak
B2 Kacukan proses pemindahan genetik secara semula jadi daripada dua organisma
atau hibrid yang sama untuk menghasilkan anak baharu (Transgenik

c) Terangkan dua impak positif perkembangan bioteknologi kepada pertanian ladang di


Malaysia
[4]
C1 Pelbagai • Sektor pertanian boleh menghasilkan pelbagai produk pertanian
produk bermutu dan pelbagai jenis.
• contoh buah tomato daripada pokok lada
C2 Tanaman • penggunaan kaedah Hidroponik, kaedah Agrobi dan kaedah
tanpa tanah Aeroponik tidak memerlukan tanah untuk tanaman.
C3 Produk • Benih yang penyakit mengurangkan penggunaan racun serangga
mesra alam • Teknologi tanaman tanpa tanah mengurangkan penerokaan tanah –
mengelakkan hakisan, mengurangkan penerokaan hutan
C4 Produk • Penghasilan benih yang bermutu akan menghasilkan buah yang
berkualiti berkualiti - berbuah lebat, tahan penyakit dan cepat mengeluarkan
hasil. Contohnya betik exotica, tembikai madu
C5 Produk yang • Berupaya menghasilkan produktiviti yang banyak dalam masa
banyak singkat. –benih atau baka baharu yang bermutu tinggi dan cepat
matang. Cth: kelapa sawit p456, klon getah RRIM 300001 dan
sebagainya

d) Aktiviti pertanian telah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar fizikal.
Jelaskan.
[4]
D1 Perubahan • Perubahan landskap hutan kepada landskap pertanian
landskap • Cerun bukit bertukar menjadi bertangga-tangga akibat peneresan
• Hutan asal dengan pelbagai spesis tumbuhan berubah menjadi
hutan sekunder dengan spesis yang seragam
D2 Hakisan • Penerokaan hutan mendedahkan permukaan bumi kepada aliran
tanah giat permukaan dan titisan hujan
• Berlaku hakisan tipis, percikan, galur dan galir akibat limpahan air
permukaan.

D3 Pencemaran • Sisa penerokaan tanah dibawa air hujan ke dalam sungai –


sungai mengeruhkan air sungai dan mencetekkan dasar sungai
• Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun rumpai –
mencemarkan air sungai
D4 Pencemaran • Penyemburan racun serangga dan racun rumpai akan
udara mencemarkan udara
• Pembakaran sisa pertanian seperti jerami, pembakaran hutan untuk
pertanian pindah menyumbangkan asap, debu dan abu ke dalam
udara – menggalakkan kejadian jerebu.
D5 Kemusnahan • Penerokaan hutan memusnahkan habitat haiwan
ekosistem • Rantaian makanan terjejas
• Kepupusan spesis pokok – kepupusan sumber pelbagai biologi
D6 Gangguan • Kemusnahan hutan menjejaskan kawasan tadahan air – sumber air
6
kitaran tanah menjadi kering – menjejaskan air sungai
hidrologi • Hutan berkurangan menjejaskan kadar sejatpeluhan –
mengurangkan turunan hujan
D7 Perubahan • Penerokaan hutan meningkatkan suhu setempat kerana
suhu kekurangan sejatpeluhan – udara kering
setempat • Suhu tanah tinggi meningkat – contoh Cameron Highlands

(Pilih mana-mana 2 isi beserta huraian X 2m)

5 a) Nyatakan lima ciri perikanan laut dalam. [5]


Isi utama Huraian Markah
a1 Lokasi Di kawasan Zon Ekonomi Ekluksif (ZEE) yang melebihi
30 batu nautika dari pinggir pantai. 1

a2 Teknologi Menggunakan teknologi moden seperti alat ecosoner


dan bot yang menggunakan enjin berkuasa tinggi. 1
Bot-bot nelayan mempunyai peti dingin beku agar ikan
tidak mudah menjadi busuk, rosak dan tahan lebih
lama.

a3 Orientasi tangkapan Pasaran tempatan. Untuk pasaran seperti pasaran


eksport. Kuantiti tangkapan banyak. 1

a4 Modal Modal besar dimiliki oleh syarikat atau persatuan 1


nelayan.

a5 Jangkamasa operasi Berminggu-minggu di laut dan dijalankan secara


berkumpulan. 1

a6 Hasil / Jenis kuantiti banyak. Ikan tuna, paus dll


tangkapan 1
a7 Penggunaan buruh Tenaga buruh mahir / import. Bilangan yang ramai.
1
Mana-mana 5 isi = 5m

b) Mengapakah sektor perikanan di Malaysia perlu ditransformasikan. [10]


Isi utama Huraian Markah
b1 memberi peluang peluang pekerjaan sebagai nelayan bagi penduduk yang
pekerjaan kepada terlibat dan pekerjaan sampingan seperti pekerja di kilang
penduduk memproses ikan dan pekerjaan dalam perkhidmatan yang 2
berkaitan perikanan.
Cth membuat kapal, jarring, bekerja di pelabuhan
pendaratan ikan dan lain-lain.
pengurangan kadar pengangguran dan peningkatan taraf
hidup.

b2 meningkatkan pengeksportan hasil tangkapan ke Negara luar spt


KDNK negara Singapura, Hong Kong, Rusia dan China. 2

b3 Sumber Protein sumber protein utama kepada penduduk

7
2
b4 Kesan Pengganda member kesan pengganda kepada sektor lain selain IKS
iaitu makanan berasaskan ikan.
sektor perkilangan – sardin
2
b5 meningkatkan meningkatkan pembangunan infrastruktur seperti elektrik,
pembangunan air, jalan raya, dll.
kawasan

2
b6 teknologi pengawetan dan pembungkusan untuk menjamin
memperkembangkan kesegaran terutama untuk pasaran eksport.
teknologi R&D
2
b7 pasaran dan pasaran dalam dan luar Negara
permintaan yang tinggi pilihan/memenuhi citarasa
2
b8 sumber lautan sumber lautan yang luas mengelilingi negara di benus Asia
yang luas lautan yang luas membolehkan jumlah tangkapan yang
banyak.
member keuntungan kepada nelayan laut dalam. 2
Mana-mana 5 isi = 10m

c) Jelaskan sebab sektor perikanan pinggir pantai di Malaysia semakin merosot.


[10]
Isi utama Huraian Markah
c1 Kekurangan modal Kebanyakan nelayan miskin tidak ada modal memiliki
sampan.
2
Sukar memperolehi pinjaman dan kurang berpengetahuan

c2 Kekurangan Teknologi tradisional menyebabkan tangkapan sedikit.


teknologi dan
kepakaran Tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah
menyebabkan nelayan tidak mampu mengendalikan alat 2
berteknologi tinggi.

c3 Tenaga buruh Ramai anak-anak muda berhijrah ke bandar dan tertarik


kepada peluang ekonomi sektor sekunder dan tertier.
2
Generasi muda tidak berminat

c4 Masalah cuaca Musim tengkujuh menyebabkan nelayan tidak dapat turun


ke laut.

Banjir yang berlaku menyebabkan muara sungai menjadi 2


cetek menyukarkan nelayan untuk menangkap ikan.

c5 Kepupusan sumber Penangkapan ikan berlebihan akan menjejaskan hasil


perikanan tangkapan nelayan.
Penggunaan pukat harimau / pukat jerut akan
mengakibatkan kepupusan sumber kerana semua ikan
8
tidak kira saiz kecil atau besar akan ditangkap bersama- 2
sama.

c6 Kerosakan habitat Aktiviti pembangunan pinggir pantai akan memberi kesan


ikan terhadap habitat pinggir pantai.

Pembinaan kawasan perlancongan serta pemlombongan 2


akan memberi impak terhadap habitat di pinggir pantai.

c7 Masalah kerjasama Berlaku pencerobohan kawasan di sempadan perairan.


antarabangsa atau
antara negara Ancaman keselamatan oleh lanun-lanun. 2

c8 Masalah orang Hasil tangkapan oleh nelayan akan dijual terus kepada
tengah pelanggan tetapi dengan adanya orang tengah mereka
akan menawarkan harga yang lebih murah.
2
Ini akan menjejaskan mata pencarian nelayan tradisional.

Mana-mana 5 isi = 10m

6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi ekonomi ?


[3]
Globalisasi ekonomi bermaksud pasaran ekonomi bebas tanpa sempadan di mana tiada
lagi sekatan atau batasan terhadap pengeluaran dan perdagangan antara negara-negara
melalui sokongan kemajuan teknologi telekomunikasi (ICT).

6 b) Bukti wujudnya saling kebergantungan antara kawasan dalam globalisasi ekonomi


melibatkan:

B1 Sumbangan • Negara maju boleh menyumbangkan modal untuk membangunkan


modal sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian atau perlombongan
melalui pelaburan asing atau pinjaman modal
B2 Pemindahan • Pemindahan teknologi moden dalam sektor pertanian, perindustrian
teknologi atau perlombongan dilakukan melalui pinjaman pakar, pembelian
alatan
• Pemindahan teknologi berlaku melalui pembinaan kilang
B3 Pergantungan • Saling memasarkan barangan antara negara terlibat
pasaran • Perluasan pasaran ke negara luar
• Peningkatan eksport dan import – dagangan dua hala
B4 Perkongsian • Terdapat pergerakan masuk buruh asing ke negara terlibat teruama
buruh dalam sektor pembinaan dan pertanian
• Wujud kerjasama bekalan buruh seperti persetujuan bekalan buruh
9
pembantu rumah antara Malaysia- Indonesia ; Malaysia- Filipina
B5 Pergantungan • Negara yang mempunyai bahan mentah boleh mengeksport bahan
bahan mentah tersebut ke negara terlibat seperti mineral, hasil pertanian atau sumber
air. Contohnya perjanjian bekalan air Malaysia-Singapura.

6c) Kesan globalisasi ekonomi terhadap pembangunan di Malaysia

C1 Peningkatan • Pertambahan kawasan industri akibat pelaburan asing memerlukan


pembangunan pembinaan jalan perhubungan – menggalakkan pembinaan jalan raya
infrasturktur dan lebuh raya menghubungkan kawasan industri dengan bandar-
bandar
• Peningkatan keupayaan bekalan elektrik melalui pembinaan empangan
hidro yang baru
C2 Kemasukan • Perkembangan teknologi dan kemajuan industri memerlukan buruh
buruh mahir mahir – kerjasama antara negara membolehkan pergerakan masuk
buruh mahir ke Malaysia.
• Buruh mahir Malaysia pula boleh masuk ke Indonesia, Myanmar,
Brunei atau Singapura.
B2 Pemindahan • Pemindahan teknologi moden dalam sektor pertanian, perindustrian
teknologi atau perlombongan dilakukan melalui pinjaman pakar, pembelian
alatan
• Pemindahan teknologi berlaku melalui pembinaan kilang di negara
berkenaan.
C4 Menggalakkan • Perluasan pasaran di negara terlibat memerlukan pembinaan kilang di
pelaburan negara berkenaan bagi mengurangkan kos pengangkutan.
asing • Buruh yang ramai di negara terlibat memudahkan pengeluaran – lebih
menjimatkan kos apabila pelaburan dibuat di situ
C5 Dagangan dua • Persefahaman dan kerjasama ekonomi membolehkan dagangan
hala seimbang atau dua hala antara negara. Misalnya dagangan Malaysia
dengan Cina ; Malaysia dengan Korea

10

Anda mungkin juga menyukai