Anda di halaman 1dari 35

PROSA TRADISIONAL

BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA

ANTOLOGI SEJADAH RINDU


KANDUNGAN PdPr
Standard
Kandungan

Ciri-ciri
BM Klasik

Panduan
Menukarkan
BM Klasik > BM Standard

Jom, tukarkan
ayat demi ayat!
Standard Kandungan
4.1 Memahami dan mengapresiasi
karya sastera

Standard
Pembelajaran
4.1.1 Memahami dan
mengapresiasi untuk
menghubung kait aspek
yang menarik dalam prosa
moden dan prosa tradisional.
karya sastera
Ciri-ciri BM Klasik

Ayatnya panjang
dan berbelit-belit.

Banyak
menggunakan Banyak
ayat pasif menggunakan
dengan kata pangkal
pendepanan ayat
predikat.

Menggunakan Banyak
kosa kata menggunakan
klasik partikel
-pun dan -lah
Panduan Menjawab

Susunan Ayat Dikekalkan


- ayat pasif/aktif
- ayat dialog

Bilangan Ayat
Kata Ganti Nama Dalam Teks
Dikekalkan Dikekalkan
- baginda
- tuan hamba

Tanda Baca
Nama Tempat
Dikekalkan
Dikekalkan

Penggunaan Bahasa
istana Dikekalkan
Nama Watak
- menghadap
Dikekalkan
-menyembah
TEKS BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
KATA sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman
dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di
bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunya. Telah
kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya,
maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka
Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua
Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri
nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka
dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua
Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak
tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang

Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh
menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun
Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang
Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain
semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun
Perak dengan perempuan sekali.
BM KLASIK BM STANDARD
KATA sahibulhikayat, maka tersebutlah Empunya cerita menyatakan tentang Raja
perkataan Raja Benua Siam. Benua Siam
Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Dari zaman dahulu negeri Siam disebut
Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan orang sebagai Syahrunnuwi, dan semua
raja-raja di bawah angin ini semuanya raja pada ketika itu berada di bawah
takluk kepadanya, dan nama rajanya taklukkannya. Nama rajanya Bubunnya.
Bubunya.

Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Benua Siam telah mendengar tentang
Melaka negeri besar yang tiada takluk Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak
kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun dikuasai olehnya. Paduka Bubunnya
menyuruh ke Melaka hendak minta surat menyuruh utusannya ke Melaka untuk
sembah.
meminta surat sembah.
Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu Sultan Muzaffar tidak mahu menyembah
menyembah ke benua Siam. Maka Raja kepada benua Siam. Raja Benua Siam
Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh terlalu marah, kemudian mengarahkan
berlengkap akan menyerang Melaka; Awi kelengkapan perang disediakan untuk
Cakri nama panglimanya, membawa
rakyat terlalu banyak tiada terpermanai
menyerang Melaka; Panglimanya bernama
lagi. Awi Cakri telah membawa rakyat yang
terlalu ramai tidak terkira.
BM KLASIK BM STANDARD
Maka dipersembahkan orang ke bawah Kemudian ke bawah Duli Sultan Muzaffar
Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja telah dipersembahkan perkhabaran Raja
Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Benua Siam mentiahkan hulubalang
Cakri namanya, membawa rakyat terlalu bernama Awi Cakri, membawa rakyat yang
banyak tiada terpermanai banyaknya,
berjalan darat terus ke hulu Pahang
terlalu ramai tidak terkira. Mereka
menggunakan jalan darat terus ke Hulu
Pahang.
Maka telah Sultan Muzaffar Syah Setelah Sultan Muzaffar mengetahui berita
mendengar khabar itu, maka baginda itu. Baginda mengumpulkan semua orang
menyuruh menghimpunkan segala rakyat lelaki dari seluruh teluk rantau negeri
teluk rantau berhimpun ke Melaka. Melaka.
Dan akan Tun Perak membawa orang Tun Perak membawa orang Kelang ke
Kelang ke Melaka dengan anak isterinya Melaka dengan anak isteri mereka sekali.
sekali.
Maka orang Kelang berdatang sembah Orang Kelang datang menyembah Sultan,
kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk “Ya tuanku, semua orang dari teluk rantau
rantau yang lain semuanya menghadap menghadap dengan orang lelaki
dengan laki-laki juga; akan patik sekalian sahaja,tetapi patik semua dibawa oleh Tun
dibawa oleh Tun Perak dengan
perempuan sekali.
Perak dengan orang perempuan sekali” .
TEKS BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia
cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri
Amerta. Maka diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di
sanalah ia memikul pedang, ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu.
Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah
sama sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun
Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan
halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain
semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa
Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil
tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu
pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka
barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan
pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan,
jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang
bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di
dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah
pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh
Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah
maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali.
Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia
berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-
sungguh.”
BM KLASIK BM STANDARD
Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Seri Amerta berasal daripada orang Pasai,
Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia namanya Tanah Samudera. Dia cerdik,
cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka pandai berkata-kata, oleh itu dijadikan
dijadikan baginda bentara, digelar bentara baginda, digelar Seri Amerta oleh
baginda Seri Amerta.
baginda.
Maka diperbuatkan baginda satu bangku Diperbuat oleh baginda satu bangku
tebal, di bawah lutut baginda, di sanalah tebal, , di bawah lutut baginda. Di sanalah
ia memikul pedang, ialah yang Seri Amerta memikul pedang dan
menyampaikan titah raja barang sesuatu. menyampaikan titah raja tentang sesuatu
perkara.
Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Pada suatu hari, Tun Perak datang
Perak datang menghadap, duduk di tanah menghadap, duduk bersama-sama dengan
sama sama orang banyak. Maka kata orang lain. Bentara yang bergelar Seri
bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Amerta bertanya kepada Tun Perak, “Tuan
Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang
Kelang ini menghadap baginda
Tun Perak, terdapat orang Kelang yang
mengadukan halnya ke bawah Duli Yang mengadukan halnya ke bawah Duli Yang
Dipertuan. Dipertuan.
Adapun orang teluk rantau yang lain Rakyat negeri lain menghadap dengan
semuanya menghadap laki-laki juga; orang lelaki sahaja, tetapi orang Kelang
adapun orang Kelang ini menghadap menghadap dengan membawa orang
dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapa tuan
perempuan sekali. Mengapakah maka
demikian fiil tuan?”
berkelakuan demikian?
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata Tun Perak tidak menyahut pertanyaan itu.
itu.
BM KLASIK BM STANDARD
Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun Seri Amerta bertanya sekali lagi, Tun Perak
tiada disahuti oleh Tun Perak. tidak menyahut juga.
Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, Setelah genap tiga kali bertanya, barulah
maka barulah disahuti oleh Tun Perak, disahuti oleh Tun Perak, ‘Wahai Seri
katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba Amerta, tuan hamba dengan sebilah
dengan pedang tuan hamba sebilah itu pedang itu, hendaklah dijagadengan baik,
juga, hendaklah baik-baik tuan hamba
peliharakan, jangan diberi berkarat,
jangan dibiarkan berkarat, jangan
jangan kemakanan matanya. dibiarkan tumpul matanya.
Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di Mengenai pekerjaan kami orang yang
mana tuan hamba tahu? Adapun akan berkerja ini, apa yang tuan hamba tahu?
sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam Sekarang ini di dalam negeri Duli Yang
negeri ini dengan perempuan anak isteri Dipertuan dibawa dengan anak isteri dan
dan segala perkakas.
segala perkakas.
Maka benarkah pada fikir tuan hamba Benarkah pada fikiran tuan hamba kami
kami sekalian datang dengan laki-laki semua datang dengan orang lelaki dari
juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Selat Kelang? Jika sesuatu terjadi di negeri
Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada ini, apakah perhitungan kepada kami
kami sekalian? Sebab itulah maka segala
orang Kelang ini hamba suruh bawa
semua? Oleh sebab itu, hamba menyuruh
dengan anak isterinya sekali. ” orang Kelang membawa semua anak isteri
mereka sekali.
Nescaya berperang dengan musuh Mereka akan berperang dengan musuh
bersungguh-sungguh hatinya; kurang- sepenuh hatinya, sekurang-kurangnya
kurang ia berlawankan Duli Yang mereka berperang demi Duli Yang
Dipertuan lebih ia berlawankan anak Dipertuan dan selebihnya berperang untuk
isterinya bersungguh-sungguh.
anak isteri mereka dengan bersungguh-
sungguh
TEKS BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang
Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah
baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun
Perak diam di negeri.”
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa
lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat
Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya
dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam,
manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan
tumang Siam tempat bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah
pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka Tun
Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan baginda bentara.
Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka
ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri
Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka
Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya
ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah
maka demikian pekerti tuan hamba?”
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta
berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan
tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba
peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang
memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri
namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya
juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca
hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba
belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu.
Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana
Menteri.”
BM KLASIK BM STANDARD
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu Seri Amerta mempersembahkan kata-kata
semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Tun Perak kepada Duli Yang Dipertuan.
Yang Dipertuan.
Maka baginda pun tersenyum, seraya Baginda tersenyum lalu bertitah, “Benar
bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak seperti yang diperkatakan Tun Perak itu.”
itu.
Maka diambil baginda sirih dari puan Baginda mengambil sirih dari tepak sirih
baginda, disuruh berikan kepada Tun baginda lalu menyuruh ia diberikan kepada
Perak. Tun Perak.
Maka titah baginda kepada Tun Perak, Baginda bertitah kepada Tun Perak, “Tun
“Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Perak tidak sepatutnya tinggal di Kelang
Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di lagi, sebaiknya Tun Perak tinggal di negeri
negeri.” ini.
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, Orang Siam pun tiba lalu berperang
lalu perang dengan orang Melaka. dengan orang Melaka.
Ada beberapa lamanya berperang, maka Setelah beberapa lama berperang, ramai
banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka orang Siam yang mati, Melaka tidak dapat
tiada alah. dikalahkan.
Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya Rakyat Siam pun kembali, sambil mereka
ia pulang segala rotan ikat barang- pulang segala rotan ikat dan barang-
barangnya semuanya dicampakkannya di barang dicampakkan di Hulu Muar,
hulu Muar.
Maka rotan itu pun tumbuh; itulah Lalu rotan itu tumbuh dan dinamakan
dinamai orang Rotan Siam, manakala orang Rotan Siam. malah pasungan kayu
pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, ara juga tumbuh, sehingga sekarang di
datang sekarang di hulu Muar jua, dan hulu Muar, dan tumang Siam tempat
tumang Siam tempat bertanak itu pun
tumbuh juga, datang sekarang.
bertanak juga tumbuh sehingga sekarang.
BM KLASIK BM STANDARD
Telah rakyat Siam sudah pulang, maka Setelah rakyat Siam pulang, semua orang
segala orang teluk rantau pun kembalilah dari seluruh negeri pun kembali ke tempat
masing-masing ke tempatnya. masing-masing
Maka Tun Perak tiada diberi baginda Tun Perak tidak dibenarkan pulang lagi ke
pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, Kelang, beliau tinggal di Melaka dan
dijadikan baginda bentara. dijadikan bentara oleh Baginda.
Maka ada seorang orang Kelang Ada seorang orang Kelang mengatakan
mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun dirinya telah dianiaya sedikit oleh Tun
Perak sedikit. Perak,
Maka ia berdatang sembah ke bawah duli Lalu dia menyembahkan hal itu ke bawah
baginda. duli baginda untuk bertanya kepada Tun
Perak.
Maka baginda memberi titah kepada Baginda menitahkan bentara Seri Amerta
bentara Seri Amerta, menyuruh berkata untuk bertanya kepada Tun Perak.
kepada Tun Perak.
Maka Tun Perak pun datang menghadap. Tun Perak datang menghadap.
Maka Seri Amerta pun berkata kepada Seri Amerta bertanya kepada Tun Perak,
Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun “Terdapat seorang orang Kelang yang
Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli mengadukan halnya kepada Duli Yang
Yang Dipertuan, mengatakan dirinya Dipertuan dengan mengatakan dirinya
teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah
maka demikian pekerti tuan hamba?’
telah dianiaya oleh Tun Perak. Mengapa
tuan hamba berbuat demikian?”
BM KLASIK BM STANDARD
Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata Setelah tiga kali Seri Amerta bertanya
itu, maka barulah disahutinya oleh Tun barulah Tun Perak menyahutnya. “Tuan Seri
Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan Amerta, tuan hamba dijadikan Yang
tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Dipertuan Bentara, dianugerahkan sebilah
Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu
jua tuan hamba peliharakan baik-baik,
pedang, hendaklah tuan hamba pelihara
usahakan jangan diberi berkarat pedang itu dengan baik, jangan dibiarkan
kemakanan. berkarat dan tumpul
Akan pekerjaan kami orang memegang Hal tentang hamba yang mentadbir negeri
negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau ini, di mana tuan tahu? Jika negeri ini
sebesar tempurung sekalipun, negeri sebesar tempurung, ia tetap negeri, akan
namanya; baik juga kepada kami, maka hamba tadbir dengan sebaiknya, kerana
kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan
tahu akan baiknya juga kepada kami,
Yang Dipertuan tahu akan kebaikannya
tiada tahu akan jahatnya. kepada kami, tidak tahu akan
kejahatannya.
Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan Jika Duli Yang Dipertuan mahu mencaci
hendak mencerca hamba sebab orang itu, hamba kerana orang itu, pecatlah hamba
pecatlah hamba dahulu, maka cercakan dahulu kemudian hinalah hamba bersama
hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dia. Jika hamba tidak dipecat, bagaimana
dipecat, bagaimana hamba hendak
dicerca?”
hamba hendak dihina?”
Syahadan, maka berkenan Sultan Suktan Muzaffar berkenan akan kata-kata
Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak Tun Perak itu,
itu.
Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini Di hati baginda, “Tun Perak ini tidak
tidaklah patut jadi bentara lagi, patut sepatutnya menjadi bentara lagi, sepatutnya
menjadi Perdana Menteri.” menjadi Perdana Menteri.
TEKS BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk diseri balai setara Seri Nara Diraja. Maka
Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja
berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka
Raja duduk pada tempat bendahara. Adapun Seri Nara Diraja pun telah tualah tiada beranak
laki-laki, dan beranak dengan isterinya, anak bendahara Seri Amar Diraja itu seorang perempuan,
Tun Putih namanya, diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak dengan gundik seorang laki-
laki, Tun Nina Madi namanya, tiada diaku oleh Seri Nara Diraja sebab takut akan isterinya.
Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara Diraja pun matilah.
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak.
Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja.
Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian
bahawa ia ini anak hamba?”
Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku,
semua takut mengatakan dia anak tuanku.”
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah
Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi
orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri
Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat
dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan
Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan
perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang
besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka
Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka
titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
BM KLASIK BM STANDARD
Maka digelar baginda Paduka Raja, Digelar oleh baginda sebagai Paduka Raja,
disuruh duduk diseri balai setara Seri disuruh duduk di seri balai setara dengan
Nara Diraja. Seri Nara Diraja.
Maka Paduka Raja pun naiklah duduk Paduka Raja naik duduk dekat Seri Nara
dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Diraja di seri balai, lalu Seri Nara Diraja
Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. beralih ke tengah.
Hatta, maka Seri Nara Diraja pun Setelah itu, Seri Nara Diraja berpindah
pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka sebelah kanan, lalu Paduka Raja duduk di
Raja duduk pada tempat bendahara. tempat Bendahara.
Adapun Seri Nara Diraja pun telah tualah Seri Nara Diraja telah tua dan tidak
tiada beranak laki-laki, dan beranak mempunyai anak lelaki, namun mempunyai
dengan isterinya, anak bendahara Seri seorang anak perempuan bernama Tun
Amar Diraja itu seorang perempuan, Tun Putih bersama dengan isterinya, anak
Putih namanya, diperisteri oleh Raja
Abdullah; dan beranak dengan gundik
kepada bendahara Seri Amar Diraja., telah
seorang laki-laki, Tun Nina Madi diperisteri oleh Raja Abdullah; namun
namanya, tiada diaku oleh Seri Nara begitu Seri Nara Diraja mempunyai seorang
Diraja sebab takut akan isterinya. anak lelaki dengan gundiknya, bernama
Tun Nina Madi, Seri Nara Diraja tidak
mengakui hal ini kerana takut akan
isterinya.
Maka Tun Nina Madi pun besarlah, Tun Nina Madi membesar dan telah
beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara berkahwin manakala isteri Seri Nara Diraja
Diraja pun matilah. juga telah meninggal dunia.
BM KLASIK BM STANDARD
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Pernah terjadi suatu peristiwa, Seri Nara
Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang Diraja duduk di seri balai di hadapan orang
banyak. ramai.
Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh Ketika itu Tun Nina Madi melintas,
naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri disuruhnya naik duduk dekat kemudian
Nara Diraja. Seri Nara Diraja meribanya.
Maka kata Seri Nara Diraja pada segala Seri Nara Diraja berTanya kepada orang-
orang yang duduk itu, “Tahukah tuan orang yang berada di situ, ”Tahukah tuan
hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba semua bahawa Tun Nina ini anak
hamba?” hamba?”
Maka sembah segala orang banyak itu, Orang ramai yang berada di situ
“Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku menjawab, “Saya semua tahu, tetapi
tiada mengaku, semua takut mengatakan disebabkan Seri Nara Diraja tidak
dia anak tuanku.” mengaku, semua takut untuk mengatakan
dia anak Seri Nara Diraja”.
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Seri Nara Diraja tersenyum. Tun Nina Madi
Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan digelar oleh Sultan Muzaffar Syah sebagai
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Tun Bijaya Maha Menteri.
Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja
dua orang itu menjadi orang besar, maka menjadi orang besar lalu masyarakat
anak Melayu pun berbelah, setengah pada Melayu telah terbahagi kepada dua, satu
Paduka Raja, setengah pada Seri Nara bahagian menyokong Paduka Raja, satu
Diraja, kerana kedua-duanya sama orang
berasal.
bahagian menyokong Seri Nara Diaraja, hal
ini kerana kedua-duanya merupakan
keturunan yang mempunyai kedudukan di
istana.
BM KLASIK BM STANDARD
Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat Paduka Raja dan Seri Nara Diraja tidak ada
dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit persefahaman, sentiasa berbalah, Paduka
juga; beberapa kali lain Paduka Raja Raja juga beberapa kali pernah pergi
kedapatan dengan Paduka Raja dalam menemui Seri Nara Diraja di kampungnya.
kampung Seri Nara Diraja
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu Sultan Muzaffar Syah sudah mengetahui
akan perihal itu maka terlalulah dukacita hak itu dan berasa terlalu berdukacita
baginda melihat kelakuan Paduka Raja melihatkan kelakuan Paduka Raja dan Seri
dengan Seri Nara Diraja itu. Nara Diraja itu.
Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau Baginda berfikir di dalam hatinya, “Jika
demikian binasalah negeri ini, kerana dibiarkan, rosaklah negeri Melaka kerana
orang besarnya tidak muafakat sama pembesar tidak ada persefahaman dengan
orang besar.” pembesar yang lain.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara Setelah berfikir, baginda ingin
hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja memuafakatkan Seri Nara Diraja dan
dengan Paduka Raja. Maka baginda pun Paduka Raja. Baginda menyuruh
menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; memanggil Seri Nara Diraja. Sultan
maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan
Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara
Muzaffar Syah bertitah, “Seri Nara Diraja
Diraja beristeri?” mahu beristeri lagi?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Sembah Seri Nara Diraja, “ Jika ada kurnia
Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.” daripada Duli Yang Dipertuan, patik
bersetuju ”
TEKS BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka beberapa anak orang besar-besar dinyatakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri
Nara Diraja.
Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja,
saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya
juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat
itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir
akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda,
kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula
dibeli oleh bapaku sekali emas di benua Keling itu.”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka
menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti
saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku,
baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”
Maka titah baginda, “Baiklah.” Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman
itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di
dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Muda;
dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara
Diraja menjadi penghulu bendahari.
BM KLASIK BM STANDARD
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Baginda bertitah, “ Seri Nara Diraja mahu
Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?”
Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik Sembah Seri Nara Diraja, “Mohon patik,
tuanku.” Tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Baginda bertitah, “Seri Nara Diraja mahu
Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka
Raja itu?”
Maka sembahnya, “Mohon patik, Sembah Seri Nara Diraja, “Mohon patik,
tuanku.” Tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Baginda bertitah, “Seri Nara Diraja mahu
Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Wak
Raja?” Raja?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.” Sembah Seri Nara Diraja, “Mohon patik,
Tuanku.”
Maka beberapa anak orang besar-besar Semua anak orang besar-besar telah
dinyatakan oleh Sultan, tiada juga disebutkan oleh Sultan, namun tidak ada
berkenan pada Seri Nara Diraja. seorang pun yang Seri Nara Diraja
berkenan.
Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Baginda bertitah, “Seri Nara Diraja mahu
Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara akan Tun Kudu, anak Bendahara Wak Raja,
Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?” saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.” Sembah Seri Nara Diraja, “Daulat Tuanku.
BM KLASIK BM STANDARD
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Tun Kudu telah diperisteri oleh Duli Yang
Duli Yang Dipertuan, terlalu baik Dipertuan, terlalu cantik orangnya tetapi
rupanya, tetapi matanya juling sedikit. matanya juling sedikit
Telah baginda mendengar sembah Seri Setelah mendengar sembah Si Nara Diraja
Nara Diraja demikian, maka dengan tadi dengan segera baginda menjatuhkan
sesaat itu juga ditalak baginda, talak dan menghantar Tun Kudu ke rumah
dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi Paduka Raja, diberikan belanja dan
belanja, disuruh berhadir akan kahwin
dengan Seri Nara Diraja.
disuruh hadir untuk berkahwin dengan
Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Anak-anak buah Seri Nara Diraja berkata,
Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak “Bagaimanakah Seri Nara Diraja hendak
beristeri muda, kerana datuk sudah tua, berkahwin dengan isteri muda sedangkan
dan bulu mata dengan bulu kening sudah Seri Nara Diraja sudah tua malah bulu
bertemu?”
mata dan bulu kening juga sudah
bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana Seri Nara Diraja menjawab, “Bagaimana
kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia- kamu tahu? Jika tidak, sia-sialah azimat
sialah cula dibeli oleh bapaku sekali emas yang dibeli oleh bapaku di Benua Keling.”
di benua Keling itu.”
BM KLASIK BM STANDARD
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Setelah habis idah, Seri Nara Diraja
Nara Diraja pun bernikah dengan Tun bernikah dengan Tun Kudu. Setelah itu,
Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri bersefahamanlah Seri Nara Diraja dan
Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi Paduka Raja, menjadi akrab seperti
berkasih-kasihan seperti saudara sejalan
jadi.
bersaudara rapat.
Maka sembah Seri Nara Diraja pada Seri Nara Diraja memberi sembah kepada
Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Sultan Muzaffar, “Tuanku, adalah lebih baik
Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana Paduka Raja dijadikan Bendahara kerana
ia sedia anak bendahara.” dia juga merupakan anak kepada
Bendahara.”
Maka titah baginda, “Baiklah.” Baginda bertitah, “Baiklah.”
Maka Paduka Raja pun dijadikan Setelah itu, Paduka Raja dilantik menjadi
bendahara. Bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah Bendahara Pauka Raja dikatakan seorang
yang dikatakan orang bijaksana, kerana yang bijaksana kerana pada zaman itu
pada zaman itu tiga buah negeri yang terdapat tiga buah negeri yang sama
sama besarnya: pertama, Majapahit; hebatnya iaitu pertama Majapahit, kedua
kedua, Pasai; ketiga, Melaka.
Pasai, ketiga Melaka.
Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga Di dalam ketiga-tiga buah negeri itu
orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih terdapat tiga orang pembesar yang
Aria Gajah Muda; dan di Pasai, Orang bijaksana iaitu di Majapahit ialah Patih
Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Aria Gajah Mada, di Pasai ialah Orang Kaya
Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja
menjadi penghulu bendahari.
Kanayan dan di Melaka ialah Bendahara
Paduka Raja manakala Seri Nara Diraja
sebagai penghulu bendahari.
TEKS BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA

Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi
Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka
dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara
Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala
hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu.
Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya
daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan
atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang besar,
duduk di atas segala hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja
pun pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan
segala hulubalang banyak. Maka orang Siam pun hampir ke Batu Pahat
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh
perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-
oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya
sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik,
dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah.
Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat
kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh
Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu
sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api
tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak
kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita?
Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.” Maka kata Awi Dicu,
“Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
BM KLASIK BM STANDARD
Hatta, berapa lamanya maka datang pula Setelah beberapa lama, orang Siam datang
orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu menyerang Melaka, Nama panglimanya Awi
nama panglimanya. Dicu.
Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; Khabar ini telah dipersembahkan kepada
maka dipersembahkan orang kepada Sultan.
Sultan.
Maka baginda pun menitahkan Baginda menitahkan Bendahara Paduka
Bendahara Paduka Raja berlengkap akan Raja bersedia dengan kelengkapan untuk
mengeluari orang Siam. berperang dengan orang Siam.
Seri Bija Diraja dan segala hulubalang Seri Bija Diraja dan semua hulubalang
sekaliannya dititahkan baginda dititahkan untuk mengiringi Bendahara
mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Paduka Raja.
Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Seri Bija Diraja berasal dari bangsa Melayu
Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya yang bernama Tun Hamzah dan tempat
daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil asalnya dari Muntah Lembu; dia dipanggil
orang Datuk Bongkok. Datuk Bongkok .
Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Apabila berjalan atau duduk, dia
Oleh sebab sangat gagah berani ia membongkok. Disebabkan dia seorang
menjadi hulubalang besar, duduk di atas yang gagah berani lalu dia dijadikan
segala hulubalang. hulubalang besar, ketua kepada semua
hulubalang.
Telah sudah lengkap, maka Bendahara Setelah semua bersiap sedia, Bendahara
Paduka Raja pun pergilah mengeluari Paduka Raja pun berperang dengan orang
Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Siam bersama-sama dengan semua
Diraja, dengan segala hulubalang banyak. hulubalang.
BM KLASIK BM STANDARD
Maka orang Siam pun hampir ke Batu Orang Siam telah sampai di Batu Pahat.
Pahat
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Seoang anak Seri Bija Diraja , bernama Tun
Tun Umar namanya, terlalu berani, Umar, terlalu berani dan kelakuannya gila-
kelakuannya gila-gila bahasa. gila bahasa.
Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Tun Umar disuruh oleh Bendahara Paduka
Raja suluh perahu Siam itu. Raja untuk mengintip perahu Siam.
Maka Tun Umar pun pergilah dengan Tun Umar pun pergi dengan sebuah perahu
sebuah perahunya olang-oleng. yang terolang-aling.
Telah bertemu dengan perahu Siam yang Setelah sampai di tempat perahu Siam
banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua berlabuh, dia pun melanggarnya, dua tiga
tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus buah perahu Siam tewas. , dia pergi ke
ke sebelah; maka ia berbalik, bahagian sebelah lagi dan melanggar
dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua
tiga buah perahu Siam alah.
perahu Siam yang lain, dua tiga buah
perahu tewas.
Maka Tun Umar pun kembalilah. Setelah itu, Tun Umar pulang semula ke
Melaka. .
Maka orang Siam terlalu hairan melihat Orang Siam sangat pelik dengan kelakuan
kelakuan Tun Umar itu Tun Umar
BM KLASIK BM STANDARD
Telah hari malam, maka Awi Dicu pun Setelah hari malam, Awi Dicu datang.
datanglah.
Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala Bendahara Paduka Raja telah menyuruh
pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu orang-orangnya untuk mengikat puntung
api-api itu sekaliannya disuruhnya api pada setiap pokok kayu bakau, nyirih
tambati puntung api. dan tumpu api-api.
Telah dipandang oleh orang Siam api Apabila orang Siam melihat bilangan api
tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata yang terlalu banyak, lalu hulubalang Siam
hulubalang Siam, “Terlalu banyak berkata, “Kelengkapan perahu Melaka ini
kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terlalu banyak, sehingga tidak terbilang.
terbilang lagi.
Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang Jika diserang, apakah nasib kita?
sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan Sedangkan sebuah perahunya pun kita
oleh kita.” tidak dapat melawan.”
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti Awi Dicu menjawab, “Benar kata kamu,
kata kamu itu; marilah kita kembali marilah kita pulang sementara hari belum
sementara belum siang ini.” siang.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah. Ssemua orang Siam pulanglah.
TEKS BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh Bendahara
Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan
Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke
Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan
Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang
pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya.
Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu
pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia
sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau
Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang
Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.”
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda
pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil kecil tiada
terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang
Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya
disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir.
Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya.
Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan
itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di
hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab,
sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Padan.” Maka Sultan Muzaffar Syah pun
tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan,
sungguhlah tuan keramat.”
BM KLASIK BM STANDARD
Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Terdapat perigi di Batu Pahat yang dibina
Siamlah membuat dia. oleh orang Siam.
Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja Bendahara Paduka Raja mengekori orang
sampai ke Singapura Siam sehingga ke Singapura.
Maka bendahara pun kembali ke Melaka Bendahara menghadap Sultan Muzaffar
menghadap Sultan Muzaffar Syah. Syah setelah pulang ke Melaka.
Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya Semua hal yang berlaku dipersembahkan
dipersembahkan oleh bendahara Ke oleh bnedahara kepada Ke Bawah Duli
Bawah Duli Sultan. Sultan.
Maka baginda pun terlalu suka; maka Baginda amat suka; kemudian baginda
baginda pun memberi persalin akan memberikan persalinan kepada Bendahara
Bendahara Paduka Raja daripada pakaian Paduka Raja daripada jenis pakaian yang
yang mulia-mulia, dengan segala terbaik, begitu juga dengan hulubalang
hulubalang yang pergi bersama-sama itu
semuanya dianugerahi baginda persalin
yang pergi bersama-sama, kesemuanya
masing-masing pada kadarnya. dianugerahkan persalinan oleh baginda
mengikut pangkat mereka.
Adapun segala orang Siam yang kembali Semua orang Siam telah balik itu akhirnya
itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka sampai ke benua Siam, Awi Dicu masuk
Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka menghadap Paduka Bubunnya.
Bubunnya.
BM KLASIK BM STANDARD
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu Paduka Bubunnya sangat marah sehingga
marah; maka ia sendiri hendak pergi baginda sendiri mahu pergi menyerang
menyerang Melaka itu. Melaka.
Maka ada seorang anak Paduka Ada seorang anak Paduka Bubunnya
Bubunnya, Cau Pandan namanya. bernama Cau Pandan.
Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Dialah yang bercakap Ke Bawah Duli
Paduka Bubunnya hendak menyerang Paduka Bubunya mahu menyerang Melaka,
Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, sembahnya, “Duli Pra Cau, lengkapilah
lengkapi patik, patiklah mengalahkan patik, patik akan menewaskan Melaka.”
Melaka itu.”

Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka Paduka Bubunnya sangat sukacita
mendengar sembah Cau Pandan itu. mendengar sembah Cau Pandan itu.
Maka baginda pun menyuruh berlengkap Baginda segera menyuruh Pra Kelong
kepada Pra Kelong delapan ratus sum, untuk menyediakan kelengkapan perang
lain perahu kecil kecil tiada terbilang lagi, delapan ratus sum, berserta perahu kecil
sekadar menantikan musim juga lagi. yang terlalu banyak dan menanti masa
yang sesuai.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Di Melaka, telah kedengaran tentang Cau
Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan Pandan, anak Bubunnya yang dititahkan
menyerang Melaka. untuk menyerang Melaka .
Maka ada seorang hamba Allah diam di Ada seorang hamba Allah yang tinggal di
Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab Melaka, berbangsa Arab, orang
namanya disebut orang. memanggilnya dengan nama Sidi Arab.
BM KLASIK BM STANDARD
Maka tuan itu senantiasa bermain panah Beliau kerap bermain panah lasykar seperti
lasykar, seperti dewal orang berzikir. orang berzikir sekeliling kota.
Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu Ke mana sahaja beliau pergi, panah itu
dibawanya. akan dibawanya.
Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun Tuan Sidi Arab masuk menghadap Sultan
ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Muzaffar Syah.
Telah tuan itu mendengar khabar Cau Setelah beliau mendengar perkhabaran
Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tentang Cau Pandan yang akan datang ke
tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Melaka, Tuan Sidi Arab lalu berdiri di
hadapan baginda.
Maka dihalakannya panahnya itu ke Dihalakan panahnya ke benua Siam,
benua Siam.
Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil kemudian Tuan Sidi Arab berkata sambil
menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau menarik panahnya, “Matilah engkau Cau
Padan.” Pandan.”
Maka Sultan Muzaffar Syah pun Sultan Muzaffar tersenyum lalu bertitah
tersenyum; maka titah baginda pada Tuan kepada Tuan Sidi Arab, “Jika betul Cau
Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan itu mati, maka benarlah tuan ini
Pandan, sungguhlah tuan keramat.” keramat orangnya.”
TEKS BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah,
maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang
Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi:
Cau Pandan anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.

Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan
darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka
titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.”
Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan
sepertinya.
Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka
baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah itulah
menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah,
umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri
Nara Diraja yang bernama Tun Putih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda
seorang perempuan bernama Puteri Bakal. Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu baik
parasnya, serta dengan adilnya lagi pemurah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada
sepertinya pada zaman itu.
BM KLASIK BM STANDARD
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Cau Pandan yang berada di benua Siam
Siam, maka berasa kepada dadanya terasa dadanya seperti dipanah, Cau
seperti kena panah, maka Cau Pandan pun Pandan jatuh sakit, memuntahkan darah
sakit muntahkan darah lalu mati. kemudian mati.
Maka tidaklah jadi Siam menyerang Siam tidak jadi menyerang Melaka kerana
Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka Cau Pandan telah mati. Kejadian itu
itulah diperbuatkan orang nyanyi: diciptakan nyanyian;

Cau Pandan anak Bubunnya, Cau Pandan anak Bubunnya,


Hendak menyerang ke Melaka; Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga, Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.
Bunga berladung si air mata.
Syahadan, maka kedengaran di Melaka Perkhabaran tentang Cau Pandan sudah
bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya mati telah sampai ke Melaka, sakit hingga
muntahkan darah, dadanya seperti kena memuntahkan darah, dadanya seperti
panah. dipanah.
Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar Setelah Sultan Muzaffar mendengar
khabar itu, maka titah baginda, perkhabaran itu, baginda bertitah,
“Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba “Benarlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah
Allah keramat.” yang keramat.”
Maka beberapa puji baginda akan Tuan Baginda memuji-muji Tuan Sidi Arab dan
Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda menganugerahi beliau dengan seadanya.
dengan sepertinya.
BM KLASIK BM STANDARD
Setelah empat puluh dua tahun lamanya Setelah 42 tahun memerintah, Sultan
Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, Muzaffar Syah mangkat.
maka baginda pun mangkatlah.
Maka anakanda baginda yang bernama Anakanda baginda yang bernama Raja
Raja Abdullah itulah menggantikan Abdullah telah menggantikan kerajaan
kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda ayahandanya dengan gelaran Sultan
di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah, Mansur Syah, Usia baginda ketika menaiki
umur baginda tatkala naik raja itu dua
puluh tujuh tahun.
takhta ialah 27 tahun.

Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Baginda telah memperisteri anak Seri Nara
Diraja yang bernama Tun Putih Nur Diraja yang bernama Tun Putih Nur
Pualam; dan ada beranak dengan gundik Pualam dan baginda juga mempunyai
baginda seorang perempuan bernama seorang anak perempuan bernama Puteri
Puteri Bakal.
Bakal bersama gundiknya.
Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu Sultan Mansur Syah sangat elok rupa
baik parasnya, serta dengan adilnya lagi parasnya, sangat adil dan pemurah; tidak
pemurah; seorang pun raja-raja di dalam ada seorang raja-raja pada zaman itu yang
alam ini tiada sepertinya pada zaman itu. setandingan dengan baginda..
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai