Anda di halaman 1dari 10

Semangat

Patriotik
Bahagian A
Maklumat di bawah berkaitan dengan semangat patriotik. Huraikan pendapat anda
tentang semangat patriotik. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga
200 patah perkataan.
perhatikan:

Kehendak tugasan
• Kepentingan?
• Punca?
• Cara?
• Kesan?

Tip: kehendak tugasan dalam karangan


bahan rangsangan ada sekurang-
kurangnya 2 perkara daripada bahan.
ANGGARAN AGIHAN PERKATAAN DALAM
PERENGGAN

PENDAHULUAN ISI PENUTUP

ISI PENUTUP
PENDAHULUAN ( anggaran 40-50 patah ( anggaran 20-30
anggaran 20-30 perkataan X 3 ISI = 150 patah perkataan )
patah perkataan patah perkataan
Cadangan pendahuluan
Setiap warganegara Malaysia mestilah memiliki
semangat patriotik. Hal ini amat penting demi
memastikan kesejahteraan negara terus dinikmati
tanpa ancaman-ancaman dari dalam mahupun dari
luar yang boleh menggugat keamanan negara.

29 pp
Cadangan isi 1 (pantun)
Terdapat beberapa kepentingan sekiranya seseorang itu sentiasa
menyematkan semangat patriotik dalam jiwa antaranya mereka akan
sentiasa berasa cinta kepada tanah air dan mendukung kedaulatan
undang-undang negara sebagaimana yang sering dilaungkan melalui
ikrar Rukun Negara. Selain itu, masyarakat yang mengamalkan
semangat patriotik bukan sahaja akan hidup harmoni dan saling
menyayangi malah sanggup berkorban demi negara.

53 pp
Cadangan isi 2 (petikan)
Semangat patriotik perlu dijana kepada rakyat melalui
pembacaan dan kajian novel-novel yang berkaitan dengan sejarah
seperti novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Selain itu, mereka juga
boleh menonton filem-filem sejarah seperti Hati Malaya atau Bukit
Kepong dan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Pasir Salak,
Perak. Hal ini dapat mengukuhkan jati diri agar dapat menyelami
betapa sukarnya pahlawan dahulu yang sanggup berjuang bermati-
matian kerana mempertahankan tanah tumpah darah mereka.

56 pp
Cadangan isi 3(grafik)
Bagi membuktikan kesetiaan dan kecintaan kepada
tanah air, pelbagai cara boleh dilakukan. Mereka boleh
melibatkan diri sebagai sukarelawan dan berbakti kepada
negara lebih-lebih lagi Ketika negara mengalami kesulitan.
Kini, negara sedang berdepan dengan masalah pandemik
Covid-19 dan memerlukan bantuan tenaga dan idea
daripada sukarelawan untuk bersatu melawan penularan
wabak tersebut.
50 pp.
Cadangan Kesimpulan

Kesimpulannya, semangat patriotik amat penting


dan mestilah tersemat kemas dalam jiwa rakyat
Malaysia(K). Sehubungan itu,semangat perjuangan
yang dipamerkan oleh pahlawan terdahulu wajarlah
diteladani (C) agar anak-anak muda dapat berbakti
dengan pelbagai cara demi kedaulatan negara (H).

36pp
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai