Anda di halaman 1dari 9

‫المبتداء والخبر‬

❖ Definisi:
➢ Jumlah Ismiyyah terdiri daripada dua elemen, iatu Mubtada’ dan
Khabar.
➢ Mubtada adalah Isim yang terletak di awal jumlah/ayat. Ia juga
dikenali sebagai subjek. Manakala ‫ خبر‬pula dikenali sebagai
predikat.
Contoh:
ُّ
ُ‫الطالَبُُأذ ِكيَاء‬
(Para pelajar itu cerdas)
➢ Lafadz ُ‫ الطالب‬adalah Mubtada’ kerana kalimahnya adalah Isim
dan kedudukannya berada di awal ayat. Tanda ‘Irabnya adalah
Marfu’ (‫)مرفوع‬.
➢ Mubtada’ dii’rabkan sebagai marfu’ (‫ )مرفوع‬dalam 3 keadaan.

‫)ُمرفوعُبالضمة‬1
ُ ‫)ُمرفوعُبالوا ُو‬2
‫)ُمرفوعُباأللف‬3
ُ
➢ Pertama, Hukum I’rab Mubtada’ adalah ‫ مرفوعُبالضمة‬jika kalimah
Mubtada’ tersebut terdiri daripada ‫( مفرد‬Mufrad), ُ ‫تكسير جمع‬
(Jama’ Taksir) &ُ‫( ُجمعُمؤنثُسالم‬Jama’ Muannas Salim).
➢ Kedua, Hukum I’rab Mubtada’ adalah ‫ مرفوع ُبالوا ُو‬jika kalimah
Mubtada’ tersebut adalah ‫( جمعُمذكرُسالم‬Jama’ Muzakkar Salim).
➢ Ketiga, Hukum I’rab Mubtada’ adalah ‫ مرفوع ُباأللف‬jika kalimah
Mubtada’ tersebut adalah ‫( مثنى‬Musanna).
‫المبتداء والخبر‬
Contoh ayat:

)‫الطا ِلبُُنَ ِشيْطُُ(مفرد‬- َّ


ُ)‫تُُ َماهرُُُُُ(ضمير‬ َ ‫أ ْن‬-
)‫ه َوُُعظيمُُُُُ(ضمير‬-
)ُ ‫العلمُُنورُُُُُ(مفرد‬-
ِ ‫انُُم ْجتَ ِه َد‬
)‫انُُُ(مثنى‬ ِ َ‫طالب‬ َ ‫ال‬-
)‫المسلمونَُُمجتهدونُُ(جمعُمذكرسالم‬-
Setiap kalimah yang berwarna biru itu adalah kalimah mubtada’

❖ Isim yang biasa dijadikan Mubtada adalah seperti berikut:

(Isim Zahir)‫االسم ظاهر‬ •

➢ Iaitu isimnya jelas dan lafadznya adalah seperti nama orang,


haiwan, tumbuhan, benda baik hidup atau mati.
Contoh:

ُ‫م َح َّمدُُو ِسيم‬ -


ُِ‫اإلنسانُُخليفةُللا‬ -
‫المبتداء والخبر‬
(Isim Mausul) ‫االسم الموصول‬ •

➢ Iaitu kata sambung yang berfungsi untuk menggabungkan


beberapa kalimat menjadi satu.

Contoh:

‫كر‬
ُ ‫احبُالرسولُللاُصلىُللاُعليهُوسلمُأبوُ َب‬
َ ‫ص‬ َ ُ‫الذي‬

(Isim Isharah) ‫اسم اإلشارة‬ •

➢ Iaitu kata tunjuk untuk menunjukkan sesuatu.


Contoh:

ُ‫هذهُ ِعمارة‬

(Dhamir Munfasil) ‫الضمير المنفصل‬ •

Iaitu dhamir yang lafadznya nampak jelas namun terpisah dengan


fi’ilnya. Lihat jadual di bawah:
‫المبتداء والخبر‬

Jadual di atas adalah contoh I’rab bagi kalimah mubtada’.

1. Contoh dan cara i'rab ayat : ‫( اإلنسانُ خليفةُ للاه‬Manusia adalah khalifah
Allah).
Kalimah ٌ ُ‫ُاإلنسان‬
(1) Nama : Mubtada' (subjek)
(2) Hukum i'rab : Marfu'
(3) Tanda : Baris dhammah
(4) Sebab tanda : Jama’ Taksir

✓ Isim Isharah, Isim Mausul dan Dhamir tergolong dalam

kumpulan Isim Mabni, iaitu isim yang tetap. Jika golongan ini

berada di awal jumlah/ayat, maka dii’rabkan sebagai ُ‫فيُمحلُرفع‬

ُ‫ مبتداء‬Iatu berada pada kedudukan Mubtada’.


‫المبتداء والخبر‬
➢ Khobar adalah bahagian daripada jumlah ismiyyah yang
berfungsi menyempurnakan jumlah tersebut, maka dari itu
susunan kalimat yang terdiri dari mubtada & khobar disebut
jumlah ismiyah.

➢ Biasanya, kedudukan Khabar adalah selepas Mubtada’. Kalimah


yang berwarna merah di atas adalah kalimah Khabar.
‫المبتداء والخبر‬

➢ Khabar terbahagi kepada 3. Iaitu Khabar Mufrad, Khabar Jumlah,


dan Khabar Shibhu Jumlah.

1. Khabar Mufrad (‫ )المفرد‬adalah khabar yang bukan berbentuk ayat


atau yang menyerupai ayat, akan tetapi terdiri daripada satu
perkataan yang menunjukkan kata tunggal atau mutsanna
ataupun jamak, dan harus disesuaikan dengan Mubtada
sekiranya Mubtada’ berbentuk muzakkar atau ta’nis. Begitu juga
sekiranya Mubtada’ dalam bentuk mutsanna dan jamak.

Contoh ayat:

‫خرب املفرد‬
(Satu perkataan)

‫مفرد‬ ‫ املسؤلةُ منضبطة‬1


‫مثىن‬ ‫عادَل ِن‬
َ ‫ الوز َير ِان‬2
‫مجع‬ ‫العابدو َن خاشعُو َن‬
ُ 3
‫المبتداء والخبر‬

2. Khabar Jumlah (‫ )اجلملة‬adalah khabar yang terdiri dari ayat


jumlah ismiyyah dan jumlah fi’liyyah.

" Seperti yang kita ketahui dari pelajaran lepas, jumlah ismiyyah
terdiri dari dua unsur iaitu mubtada dan khabar. Jumlah fi’liyyah
pula terdiri dari fe’el, fa’il dan mafu’l bih."

Oleh itu, jika diamati ayat dalam contoh pertama dibawah,

ُ‫ )مسؤليتُه‬itu adalah mubtada dan (‫ ) َكبِ َرية‬itu khabarnya. Kedua


(
perkataan ini membentuk jumlah ismiyyah dan pada waktu yang
sama merupakan khabar kepada ( ‫ئيس‬
ُ ‫)الر‬.
Ayat dalam contoh kedua pula, bagi kalimah ( ‫ور‬
ُ ‫ ) ُتز‬ia merupakan
(‫)أنت‬, manakala (َ‫ )الـمدرسة‬ialah
fe’el mudhari’ dan fai’lnya
ََ َ
mafu’l bih. Ketiga unsur ini membentuk jumlah fi’liyyah dan
pada waktu yang sama ia juga merupakan khabar kepada

ُ‫)املوظفة‬.
(
Contoh ayat:

‫خرب اجلملة‬
(Ayat)

‫اجلملة اَلمسية‬ ‫ئيس مسؤليتُهُ َكبِ َرية‬ ُ ‫ الر‬1


‫اجلملة الفعلية‬ َ‫در َسة‬َ ‫ور ال َـم‬ُ ‫ املوظفةُ ُتز‬2
‫المبتداء والخبر‬

3. Khabar Syibh Jumlah (‫اجلملة‬ ‫ )شبه‬adalah khabar yang terdiri dari


harf jar dan juga zhorf.

Contoh ayat:

‫خرب شبه اجلملة‬


(menyerupai ayat)

‫حرف اجلر‬ ‫اض ُي ِِف ال َـمح َك َم ِة‬


ِ ‫ ال َق‬1
‫الظرف‬ ‫ف‬ِ ‫الس ْق‬
َّ ‫وق‬ َ َ‫ النجار ف‬2
‫المبتداء والخبر‬

Jadual di atas adalah contoh I’rab bagi kalimah Khabar.

2. Contoh dan cara i'rab ayat :‫ُالمسؤلةُ منضبطة‬. Kalimah ‫منضبطة‬

(1) Nama : Khabar' (predikat)


(2) Hukum i'rab : Marfu'
(3) Tanda : Baris dhammah
(4) Sebab tanda : Mufrad

✓ Khabar Jumlah dan Khabar Jumlah ismiyyahُ dan fi’liyyah,


di’irabkan sebagai ‫ فيُمحل رفعُخبر‬Iatu berada pada kedudukan
Khabar.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai