Anda di halaman 1dari 3

Rumah lindungan raja yang telah diubahsuai pada 1985-1986 ini asalnya rumah milik

Tn.Hj.Mohd Yassin b. Abd Mutalib,bekas Penghulu Mukim Sedim yang dibina pada
1353H bersamaan 1934M. Rumah ini telah dipilih oleh YTM Tunku Abd Rahman (ketika
itu menjadi Pegawai Daerah Kulim) untuk DYMM Almarhum Sultan Abd Hamid Halim
Shah bersemayam sewaktu berlindung tatkala Perang Dunia ke2 meletus pada 
Disember 1941. Kerabat lain yang ada bersama termasuklah DYMM Tunku Abd Halim
Muadzam Shah yang ketika itu berusia 14 tahun.

Atas pengorbanan penduduk Kg.Sedim melindungi Tuanku Sultan dan kerabat diraja
yang lain, rumah ini dinamakan Rumah Lindungan Raja dan kampung Sedim telah
diisytiharkan sebagai Kampung Lindungan Raja sejak 12  Januari 1962
Menurut anak-anak penduduk yang kebetulan sedang bermain "batu seremban" di
wakaf berhampiran...rumah ini sentiasa dibuka untuk orangramai. So, Anim ambil
peluang tinjau apa ada di dalamnya. Selain tempat beradu serba kuning ini...terdapat
banyak info dan gambar-gambar berkenaan Peristiwa Sedim 1941 ini.

Latar Belakang Peristiwa Sedim


peristiwa penculikan terhadap Sultan Abdul Hamid Halim Shah
olehanakandanya(TunkuAbdulRahman)semasaJepunmenyerangKe
dah pada Disember 1941.
berlaku pada hari Isnin 8hb Disember apabila Jepun
menjatuhkanbom di Sungai Petani. Tunku Abdul Rahman pada
ketika itu adalahPegawai Daerah di Kulim.
Pada malam
sebelum"penculikan"itu berlaku,Tunkumenerima mesej bahawa
British hendak memindahkan Sultan pada waktu subuh.
Pada waktu itu, Tunku memutuskan bahawa ayahandanya
wajarberada bersama-sama rakyat jelata. Oleh yang demikian,
TunkumenghalangpihakberkuasauntukmembawaayahandanyakeP
ulau Pinang.
Tunku bersama-sama dengan rakannya Syed Abu Bakar Al-
Idrus,menunggu baginda di Simpang Kepala Batas.Apabila
muncul kereta yang membawa baginda Sultan,Tunku Abdul
Rahman menahan kereta tersebut dan melompat masuk lantas
memaksa pemandunya menghala ke arah Kulim.

Peristiwa Sedim merupakan peristiwa penculikan oleh Tunku Abdul Rahman


terhadap ayahanda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) iaitu
semasa Jepun menyerang Kedah pada Disember 1941. Peristiwa tersebut terjadi
pada hari Isnin 8hb Disember apabila Jepun menjatuhkan bom di Sungai Petani.
Tunku Abdul Rahman pada ketika itu adalah Pegawai Daerah di Kulim. Pada malam
sebelum "penculikan" itu berlaku, Tunku sedang bertugas di Ibu Pejabat A.R.P. dan
menerima mesej daripada Dato Sri Syed Omar Shahabudin bahawa British hendak
memindahkan Sultan pada waktu subuh.

Pada malam yang sama, Tunku memutuskan bahawa ayahandanya wajar berada
bersama-sama rakyat jelata pada waktu itu. Oleh yang demikian, Tunku bertindak
nekad untuk menghalang pihak berkuasa untuk membawa ayahandanya ke Pulau
Pinang. Tunku melengkapkan diri dengan senjata dan bersama-sama dengan
rakannya Syed Abu Bakar Al-Idrus, menunggu baginda di Simpang Kepala Batas.
Kereta pertama dengan iringan polis bertolak dan dua minit kemudian muncul
kereta Rolls Royce yang membawa baginda Sultan, Tunku Abdul Rahman
menahannya dan melompat masuk lantas memaksa pemandunya menghala ke
arah Kulim. Hanya apabila tiba di Pulau Pinang barulah mereka yang turut serta
sedar tentang kehilangan baginda Sultan. Selepas membuat siasatan, mereka
mendapati bahawa Sultan berada bersama-sama Tunku di Kulim.

Tunku berjaya melaksanakan misinya memandangkan pergerakan kenderaan yang


perlahan dengan jarak masa selang dua minit bagi mengelakkan debu pada jalan.
Tempoh dua minit cukup buat Tunku untuk melencongkan kenderaan berkenaan.

Tunku membawa ayahandanya ke tempat kediamannya di Kulim dan apabila pihak


Jepun kian hampir, Tunku meminta baginda Sultan dan Pemangku Raja untuk ke
tempat perlindungan yang disediakan khas di Estet Bukit Sedim iaitu di luar garis
kemaraan Jepun. Seterusnya rombongan baginda dibawa ke Kampung Sedim. Pada
ketika itu, penduduk kampung telah berpakat untuk membuat usungan daripada
dua batang buluh dan apabila rombongan Sultan tiba, baginda diusung ke rumah
Penghulu Sedim iaitu Haji Yassin. Di Kampung Sedim, Sultan Badlishah tinggal di
rumah anak Penghulu Haji Yassin. Seramai 5 hingga 60 orang disuruh berkawal
siang dan malam untuk menjaga keselamatan baginda Sultan. Mereka kekal berada
di situ selama 6 hari sehinggalah Jepun menghantar rombongan untuk mengiringi
mereka kembali ke Alor Setar. Apabila mereka sampai di Alor Setar, baginda Sultan
tanpa meluahkan sebarang bantahan, tidak dibenarkan bersemayam di Istana
Kampung Baharu kerana tentera Jepun mahu merampasnya. Oleh itu, Pemangku
Raja membawa baginda Sultan tinggal di Istana Anak Bukit dan disitulah baginda
mangkat pada tahun 1943, setelah memerintah selama 62 tahun.

Anda mungkin juga menyukai