Anda di halaman 1dari 11

PENYIASATAN

Proses

penyiasatan

didefinisikan

sebagai

proses

mengenalpasti

dan

menyelesaikan masalah dengan kaedah yang boleh diuji kebenarannya Proses


penyiasatan merupakan salah satu elemen utama dalam pemikiran saintifik yang
menjadi matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaran sains.Proses
penyiasatan merupakan matlamat utama yang perlu dicapai dan dikuasai di
kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Proses
penyiasatan juga menjadi matlamat hampir semua kurikulum sains di seluruh
dunia. Hal ini dibuktikan secara eksplisit dalam kurikulum sains yang menjelaskan
keperluan para pelajar untuk menguasai proses penyiasatan bagi membantu
mereka menguasai

pemikiran

saintifik.Proses menyelesaikan

masalah

ini

memberikan autonomi kepada pelajar pada tahap tertentu bagi mencari jalan
penyelesaian dengan mengaplikasikan proses kognitif, kemahiran dan konsepkonsep yang dimiliki . Ia melibatkan proses merancang penyiasatan, mendapatkan
bukti, menganalisis dan membuat kesimpulan serta menilai bukti. Dalam proses
penyiasatan pelajar perlu menggunakan proses pemikiran mereka secara kreatif
dan

kritis

bagi

menyelesaikan

permasalahan

yang

diberikan

dengan

menggunakan kaedah yang saintifik. Ianya melibatkan kemahiran saintifik seperti


kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan penguasaan terhadap konsep
sains yang berkaitan dengan permasalahan yang cuba diselesaikan.Proses
penyiasatan membawa kepada pembangunan pemikiran dan sikap saintifik
pelajar. Ia berupaya untuk:

meningkatkan

dan

mempertahankan

minat,

sikap,

kepuasan

dan

keterbukaan dalam pemikiran dan sikap ingin tahu dalam sains

membangunkan pemikiran kreatif dan kemampuan menyelesaikan masalah

membangunkan kemampuan eksperimen (sebagai contoh: merekabentuk


penyiasatan,

pemerhatian,

merekodkan

menginterpretasikan keputusan).

data,

menganalisis

dan

Kesemua elemen di atas menjelaskan betapa pentingnya proses penyiasatan


dalam proses pembangunan pelajar yang berupaya berfikir secara saintifik dan
seterusnya mendorong mereka menyelesaikan permasalahan dan membuat
keputusan secara sistematik dan berkesan. Proses penyiasatan telah mendapat
tempat yang amat signifikan dalam pembangunan kurikulum dan proses
pengajaran dan pembelajaran sains di seluruh dunia sama ada negara
membangun ataupun negara maju. Proses penyiasatan sentiasa mendapat tempat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum sains di negara
membangun dan negara maju ke arah membangunkan pelajar yang berupaya
menguasai penguasaan saintifik. Sehubungan itu, tahap penguasaan pelajar
terhadap proses penyiasatan perlu dikaji bagi mengenalpasti kemampuan pelajar
seterusnya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar agar proses
penambahbaikan dapat dilaksanakan.
EKSPERIMEN
Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains.
Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea
sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan
eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran
manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan
eksperimen adalah seperti berikut:

Mengenal pasti masalah

Membuat hypothesis

Merancang eksperimen:

mengawal pemboleh ubah.

menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

menentulkan langkah menjalanakan eksperimen

kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

Melakukan eksperimen

DEMONSTRASI
Tunjuk cara atau demonstrasi adalah satu jenis teknik pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau
langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar, dan memberi peluang
kepada pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti. Oleh itu, teknik
tunjuk cara ini juga dikenali sebagai demostrasi. Teknik ini digunakan secara
meluas dalam pengajaran dan pembelajaran untuk hampir semua mata pelajaran
di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh teknik demonstrasi yang
dilakukan di sekolah-sekolah.

Matematik

Sains

Pendidikan Seni

Sains Rumah Tangga

Seni Perusahaan

Mendemostrasikan cara membina sudut dengan

protraktor

Mendemostrasikan sesuatu eksperimen untuk

membuktikan daun mengandungi kanji

Mendemostrasikan cara melukis bentuk simetri

Mendemostrasikan cara menjahit sapu tangan

Mendemostrasikan cara memasang wayar dalam plag

Prinsip-prinsip tunjuk cara


Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara dengan berkesan, guru
haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjuk cara
berikut:
1. Sebelum demonstrasi

Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk cara

terlebih dahulu.

Alatan atau radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah


demonstrasi yang diperlukan.

Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid


dapat menyaksikan dengan jelas

Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau bahan yang


mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.

Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu murid


tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka
dapat mencontohinya nanti tanpa melakukan sebarang kesilapan.

2. Semasa demonstrasi

Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan


tentang aktiviti demonstrasi dijalankan.

Sekiranya pelajar menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan


langkah itu sekali lagi.

Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.

Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar


penerangan guru dengan jelas.

Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat


demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang
cara-cara melaksanakannya.

3. Selepas demonstrasi

Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang


penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan
langkah-langkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul.

Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh


membuat rumusan dengan tepat.

Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. Ini boleh


dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau
mencatat langkah-langkah demonstrasi dalm buku nota.

Tujuan tunjuk cara atau demonstrasi :


Penggunaan tunjuk cara atau demonstrasi sebagai strategi pengajaran dan
pembelajaran sesuatu topik pelajaran mempunyai beberapa tujuan tertentu seperti
berikut:

Melalui demonstrasi, murid-murid dapat mencontohinya dengan lebih tepat


serta mudah untuk mereka laksanakannya sendiri.

Sesuatu demonstrasi yang baik akan mengukuhkan ingatan murid tentang


langkah-langkah untuk melaksanakannya.

Demonstrasi memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minat


mereka untuk belajar.

Melalui demonstrasi, murid mendapat latihan amali untuk membina


kemahiran yang tepat dan kukuh.

Melalui demonstrasi murid, guru dapat membetulkan sebarang kesilapan


yang berlaku. Dengan cara ini, mutu persembahan murid dapat
dipertingkatkan.

Tujuan demonstrasi guru adalah untuk membina keyakinan murid supaya


mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara individu.

Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjuk cara.

Penggunaan tunjuk cara sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran


dapatmengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah
cuba jaya.

Langkah-langkah Pengajaran Melalui Tunjuk Cara atau demonstrasi


Pengajaran dengan menggunakan teknik tunjuk cara melibatkan beberapa
langkah utama seperti perancangan, perlaksanaan, latihan dan penutup.
1. Perancangan

penentuan topik dan objektif

perancangan langkah-langkah demonstrasi

persediaan alatan dan radas

penyusunan tempat dan demonstrasi

2. Perlaksanaan

Penerangan tujuan demonstrasi

Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup

Penggunaan alat / radas mengikut langkah-langkah yang disediakan

Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian

3. Latihan

Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran

Guru membetulkan kesilapan murid

4. Penutup

Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Murid-murid membuat rumusa dan mencatat nota-nota yang berkaitan.

Jenis-jenis demonstrasi
Terdapat beberapa jenis-jenis demonstrasi, di antaranya adalah:
Model hidup.
Model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Model hidup ini
termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk
mendemonstrasikan aktivit yang berkenaan. Model-model seperti ini akan menjadi
contoh untuk diikuti atau ditiru oleh murid-murid yang lain. Di antara contoh-contoh

model hidup ialah:

Tingkah laku guru yang baik, termasuk pertuturan yang bersopan santun

Demonstrasi guru dalam berbagai-bagai mata pelajaran seperti sains,


kemahiran hidup, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni

Demonstrasi murid dalam kemahiran permainan alat muzik dan aksi


dalamtarian atau permainan sukan

Model simbolik.
Model ini adalah secara bertulis, bergambar atau arahan pengajar. Misalnya:

Semasa waktu pelajran pendidikan jasmani, guru memberi arahan langkah


demi langkah supaya murid-murid mencontohi dan melaksanakannya

Semasa waktu pelajaran sains rumahtangga, murid-murid mengikut


langkah-langkah yang dihuraikan dalam resipi untuk membuat kuih lapis

Semasa waktu pelajaran sains, murid-murid melakukan suatu ujikaji


berdasarkan langkah0langkah yang ditunjukkan dalam gambarajah

Model Persepsi.
Penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Biasanya, sesuatu
aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, maka tingkah laku yang lain dan
tidak diingini diketepikan. Misalnya:

Menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan tangan semasa berlari


100m dengan menunjukkan gerakkan tangan secara perlahan-lahan
mengikut tayangan video.

Menunjukkan sesuatu teknik pengajaran melalui pengajaran mikro. Dengan


model persepsi ini, guru-guru pelatih dapat mencontohi teknik pengajaran
yang mereka tonton.

BERCERITA
Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana
melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih
mendalam secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanakkanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan kanakkanak dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak
akan lebih mudah faham apabila mereka belajar dalam keadaan mereka
bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa
yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secaa lumrahnya manusia
sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara
yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga
dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan
mengingatinya.
Guru merupakan pengganti ibu bapa disekolah. Guru haruslah memahami
kehendak dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih
efektif. Mereka mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu
meningkatkan intelek,emosi,rohani dan jasmani mereka.Guru memainkan
peranan yang penting dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak.
Kanak-kanak berkembang melalui persekitaran mereka. Sepertimana Model
Pengajaran Sim persekitaran dan tempat belajar haruslah selesa dan sesuai agar
kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan yang kondusif tanpa gangguan dan ini
dapat membantu kanak-kanak tersebut berkembang dalam persekitaran yang
sihat. Guru haruslah mampu menarik tumpuan kanak-kanak untuk belajar dengan
kaedah pengajaran yang boleh menarik minat mereka. Salah satu kaedah yang
boleh menarik minat kanak-kanak untuk merek menumpukan perhatian merka
ialah melalui bercerita. Kanak mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan

mereka suka bertanya mengenai perkara-perkara yang baru sehingga mereka


mendapatkan jawapan yang tepat mengenai satu-satu persoalan. Keberkesanan
kaedah bercerita ialah melalui nada suara yang bersesuaian dengan watak yang
diceritakan. Intonasi suara yang sesuai menjadikan kanak-kanak akn lebih terarik
dan faham tentang suara yang diguanakan mengajar mereka tentang erti
kebenaran yakni mereka akan dapat mengetahui suara ibu adalah begini dan
suara ayah adalah garau. Nada suara hendaklah jelas dan lantang agar mereka
dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang hendak disampaikan.
Nada suara juga haruslah disertakan dengan emosi yang sesuia agar apa yang
disampaikan adalah betul dan difahami oleh mereka.
Selain itu, melalui teknik penceritaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan dalam
diri kanak-kanak. Guru haruslah menggunakan bahasa yakni struktur ayat dan
kosa kata yang betul serta bersesuaian agar kanak-kanak dapat meningkatkan
kemahiran bahasa mereka.
Bahasa yang digunakan mestilah bersesuian dengan aras kanak-kanak kerana
mengikut prinsip-prinsip pembelajaran guru hendaklah mengajar murid dari
senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Kepentingan bercerita ialah ianya
harus memberi kesan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak tersebut memahami
dengan jelas objektif utama yang hendak disampaikan melalui penceritaan
tersebut.
Memek muka memainkan peranan yang penting kerna memek muka membantu
kanak-kanak untuk memahami dengan lebih jelas mengenai emosi yang hendak
disampaikan oleh guru. Dengan itu murid akan lebih peka dengan apa yang
hendak diampaikan oleh guru dan secara tidak langsung kanak-kanak dapat
dikawal tingkahlaku mereka kerana mereka akan lebih menumpukan perhatian
kepada mereka. Guru juga boleh menggunakan teknik ini agar dapat menarik
minat kanak-kank untuk berkomunikasi dan menumpukan perhatian yang lebih
kepada apa yang hendak disampaikan. Sekaliguskan ia dapat meningkatkan
kosa kata murid-murid.Guru juga boleh mengplikasikan kemudahan IT yang ada
dengan menggunakan Power Point. Visual dan audio yang dimasukkan dapat
menarik minat murid-murid untuk melihat pada yang akan keluar pada muka
surat yang selanjutnya.Pita rakaman juga masih juga dapat digunakan kerana
kemagiran mendengar dapat ditingkatkan.Persembahan teater akan lebih

berkesan kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melihat sendiri tanpa perlu
berimaginasi. Ianya dapat membantu kanak-kanak menghayati dan merasakan
sendiri cerita tersebut. Syair, pantun dan gurindam juga dapat meningkatkan
kemahiran mereka untuk menghayati dan meletakkan diri mereka dalam cerita
tersebut. Guru memainkan peranan yang penting dalam teknik pengajaran
bercerita agar murid dapat memahami maksud yang hendak disampaikan
dengan jelas dan terkesan dalam diri mereka. Sebagai contoh nilai-nialai murni
dalam cerita itu dapat memberikan pengajaran kepada pembentukkan peribadi
diri mereka. Guru merupakan model kepada mereka dalam membentuk
perwatakan mereka dimasa hadapan. Melalui penekanakan kepada aspek
intonasi suara, memek muka dan gaya penceritaan serta alatan dan gaya
penyampaian teknik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru.
http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43458
Kelebihan teknik bercerita
Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran, bercerita bermanfaat bagi murid-murid
dalam memperkembangkan aspek kognitif, afektif mahupun psikomotor. Hal ini
demikian kerana melalui cerita, murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang
fakta, konsep mahupun pengetahuan yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah.
Cerita juga menampilkan model-model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para
pemegang watak atau tokoh dalam cerita. Murid-murid sebagai pendengar cerita,
biasanya juga terlibat secara emosional ketika mendengar atau membaca cerita.
Dengan hal yang demikian, maka baik aspek kognitif, afektif maupun psikomotor
murid-murid dapat dibantu perkembangannya melalui bercerita.Sebagai suatu
teknik dalam pembelajaran juga, bercerita memiliki beberapa kelebihan jika
dibandingkan dengan teknik-teknik yang lain.
Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang
menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan
bentuk dari seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi
jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan
kehidupan murid-murid.
Kedua, cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni, mampu menanamkan sikap
jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lainnya yang berguna dalam
pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid.

Ketiga, melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam


sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif
mereka.
Keempat, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam
satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar,
bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau
membaca cerita dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran
yang terlibat.
Selepas sesi bercerita, sesi perbincangan pula perlu dijalankan untuk menguji
kefahaman pelajar tentang cerita yang disampaikan, perbincangan hendaklah
merangkumi:

Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan.

Latihan tatabahasa.

Merumuskan isi-isi penting dalam cerita

Anda mungkin juga menyukai