Anda di halaman 1dari 3

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI

BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 SK

KEMAHIRAN
BAND

Membaca
4
Membaca dan memahami maklumat yang tersirat dengan tepat daripada

PERNYATAAN
STANDARD

bahan multimedia yang sesuai untuk membuat penilaian dengan betul.

DESKRIPTOR

B4 DB
Membaca, memahami dan menyatakan maklumat yang tersirat dengan betul.
Bahan:
Petikan
LembaranKerja

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

LangkahPentaksiran :
Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul dan
lancar.
Murid menyatakan maklumat yang tersirat dengan betul.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 SK
Nama : Tarikh :
Kelas

Rujukan

: B4 DB

ARAHAN

: Baca dan fahami petikan. Padankan maklumat dengan betul.

Pernahkah kamu mendengar peribahasa Bulat air kerana pembentung,bulat kata oleh
muafakat ? Maksudnya, kata sepakat dapat dicapai dengan bermesyuarat. Peribahasa ini dijadikan
panduan oleh Encik Sufian sebagai ketua penduduk Taman Setia.
Encik Sufian sering mengingatkan penduduk Taman Setia agar bersatu. Setiap hujung minggu
mereka bermesyuarat. Mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran untuk menjaga keselamatan
Taman Setia dan memastikan tempat tinggal mereka bersih dan cantik.
Untuk tujuan tersebut pelbagai aktiviti telah dijalankan. Mereka bergilir-gilir meronda kawasan
Taman Setia supaya tidak berlaku kecurian. Mereka bergotong-royong membersihkan dan
mencantikkan kawasan taman. Mereka turut mengadakan sukaneka supaya hubungan mereka
sentiasa erat.
Sikap penduduk Taman Setia medapat pujian daripada wakil rakyat. Beliau berharap agar
penduduk di kawasan lain menjadikan sikap mereka sebagai contoh.

Arahan: Padankan maklumat dengan betul.

1. Mereka bergotong-royong

Tempat tinggal mereka akan


terjamin keselamatan.

mencantikkan kawasan

2.
Mereka
membersihkan
kawasan taman.

Tempat tinggal mereka bertambah


cantik

3.

Penduduk selalu
mengadakan mesyuarat

Mereka dapat menyelesaikan


masalah yang dihadapi.

4.

Penduduk Taman Setia


mengadakan rondaan.

Kesihatan mereka akan sentiasa


terjaga.

Anda mungkin juga menyukai