Anda di halaman 1dari 5

GAMBAR 1 : SET INDUKSI

Cuti Hujung Tahun Bersama Keluarga


Cuti sepatutnya dirancang supaya kita mendapat memanfaatkannya dengan
baik. Salah satu perkara yang patut dipertimbangkan ialah bagaimana masa cuti
ini boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan. Bagi ibu bapa yang bekerja, semasa
anak-anak bercuti inilah peluang untuk bersama-sama mereka dengan lebih mesra
lagi.
Untuk bersama-sama anak-anak tidak semesti dilakukan dengan pergi bercuti
ke tempat-tempat percutian atau peranginan ke luar negeri . Malah di rumah juga
boleh dilakukan berbagai aktiviti bersama sepanjang satu hari bercuti.
Masa yang lain hendaklah diisikan dengan aktiviti yang melibatkan semua
orang; ibu, bapa dan semua anak-anak. Sebenarnya jika kita pandai mengatur
masa dan aktiviti harian, memang banyak yang boleh dilakukan bersama-sama
keluarga yang boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan.
Selain merapatkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak, ikatan
persaudaraan antara adik-beradik, biras dan sepupu juga boleh terus disemai.
Memancangkan dewasa ini dengan masalah disiplin pelajar dan gejala sosial yang
berleluasa dalam kalangan remaja salah satu cara untuk mengatasinya ialah
dengan memperkukuhkan institusi keluarga. Jika setiap keluarga itu dianggotai
oleh ahli yang baik sudah tentu akan menjurus kepada membentuk satu
masyarakat yang harmoni.

TANDA BACA KAD GAMBAR

TANDA TITIK @
NOKTAH
(.)

TANDA KOMA
(,)

TANDA TANYA ATAU


SOAL
(?)

TANDA SERUAN
(!)

TANDA SEMPANG
ATAU SENGKANG ( - )

TANDA PENGIKAT
KATA ATAU PETIK
(
)

Latihan
Pilih jawapan yang betul.
1. A."Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam ?" Tanya cikgu Siti.
B."Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam ?" tanya Cikgu Siti.
C."Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam?" Tanya Cikgu Siti.
D."Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam." tanay Cikgu Siti.
2. A."Aduhai, malang sungguh nasibku hari ini." keluh pengemis itu.
B."Aduhai! malang sungguh nasibku hari ini." Keluh pengemis itu.
C."Aduhai. Malang sungguh nasibku hari ini!" keluh pengemis itu.
D."Aduhai, malng sungguh nasibku hari ini!" keluh pengemis itu.
3. A.Tolong! Tolong! Ada kebakaran, jerit Samy.
B."Tolong, tolong, ada kebakaran!" jerit Samy.
C."Tolong! Tolong! ada kebakaran!" Jerit Samy.
D."Tolong! Tolong! Ada kebakaran," jerit Samy.
4. A."Wah! cantik sungguh rumah kamu," kata Siti.
B."Wah, cantik sungguh rumah kamu!" kata Siti.
C.Wah, "cantik sungguh rumah kamu kata Siti!"
D.Wah, cantik sunggu rumah kamu, kata Siti.
5. A."Di manakah kemalangan itu berlaku?" tanya polis.
B."Di manakah kemalangan itu Berlaku?"tanya polis.
C."Di manakah kemalangan itu berlaku" tanya polis.
D."Di manakah kemalangan itu berlaku?tanta polis."

Anda mungkin juga menyukai