Anda di halaman 1dari 19

1.

KERTAS KERJA KONSEP


Huraikan dalam bentuk kertas kerja konsep tentang kemahiran-kemahiran bahasa, prinsip-
prinsip penyediaan dan penggunaan bahan bantu pengajaran-pembelajaran dan penilaian
bahasa.
Jawapan :
PENGENALAN
Kemahiran Bahasa adalah kemahiran penting yang perlu diberi keutamaan kepada
perkembangan bahasa kanak-kanak. Tanpa kemahiran ini agak sukar untuk seseorang murid
itu untuk meneroka lebih jauh di dalam dunia pembelajaran yang lebih mencabar. Kemahiran
Bahasa ini meliputi kemahiran lisan dan bukan lisan. Kemahiran lisan iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur , sementara kemahiran bukan lisan pula ialah kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Manakala Penilaian Bahasa pula merujuk kepada satu proses untuk
mengenalpasti, memperoleh dan mentafsir maklumat yang berguna dan boleh digunapakai bagi
mempertimbangkan pilihan-pilihan dalam membuat keputusan berdasarkan objektif pengajaran.

1.0 Kemahiran Bahasa
1.1 Kemahiran Mendengar
1.1.1 Definisi kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku
pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran
mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang
dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada
apa yang didengar.
Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan menilai.
Mendengar bermaksud memberikan perhatian pada perkara yang disampaikan oleh penutur.
Memahami pula bermaksud mengambil perkara yang telah kita dengari dan memahaminya
dengan cara kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah kita memahami perkara yang
disampaikan oleh penutur, kita mula memikirkan sama ada kenyataan itu memberikan makna
tertentu dan kita hanya dapat menerimanya tanpa berfikir.


1.1.2 Proses mendengar
Mendengar merupakan satu proses yang aktif. Oleh itu, sebagai seorang pendengar,
seharusnya mempunyai mendiskriminasikan bunyi ujaran yang didengar, mendengar dengan
tajam dan sekali gus memahami maklumat tersebut. Pendengar juga harus bijak menapis dan
menilai serta menerima input yang benar-benar mustahak dan relevan. Proses mendengar
biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu:
a) Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
b) Memahami bunyi-bunyi bahasa
c) Menilai bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan
d) Bertindak terhadap bunyi-bunyi bahasa

1.2 Kemahiran Bertutur
1.2.1 Definisi kemahiran bertutur
Bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat
sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran bertutur berlaku semasa di peringkat produksi lagi. Ia
bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Model-model yang diperdengarkan
seharusnya merupakan model-model yang baik bagi membolehkan pelajar-pelajar bertutur
secara berkesan. Kemahiran bertutur mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia
merupakan pengintepretasian ujaran, iaitu proses yang membolehkan individu memahami dan
menelah ujaran yang didengar.
Menurut Nor aina dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran
lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa
dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta
helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan
aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada
unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang
berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar.
Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.



1.2.2 Konsep kemahiran bertutur
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah, kemahiran bertutur
diajarkan kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah
fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul dalam pelbagai keadaan
perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti
perbahasan dan syarahan. Konsep kemahiran bertutur adalah;

i. gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan
ii. berlaku di peringkat produksi iaitu berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan
memahami dengan baik apa yang didengarnya
iii. individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya
iv. dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina
v. pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan member tumpuan kepada aspek fonologi,
struktur, intonasi dan penguasaan system bunyi yang lain
Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur
dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan
tepat. Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid:

i. Menyebut dengan jelas
ii. Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi
iii. Menunjukkan arah
iv. Bertemu ramah
v. Memberikan penerangan dan memberi alasan
vi. Membina soalan untuk mencari maklumat

1.2.3 Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
Mendengar, memahami, menyebut frasa dan ayat dengan struktur yang betul dan tepat.
Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap
arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat
suruhan dengan betul.

Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan berdasarkan soalan
yang mengandungi kata tanya dan menyampaikan pesanan dengan betul
Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan yang
sesuai dalam kalangan bukan ahli keluarga dan kata ganti nama diri yang betul dalam
pelbagai situasi secara bertatasusila.
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan perkataan dan ayat yang
sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;

1.3 Kemahiran Membaca
1.3.1 Definisi kemahiran membaca
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan
daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan,
seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi
pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan
daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca adalah proses kebalikan
daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan
kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan
oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana membaca melibatkan kedua-
dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan
bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan
pertuturan itu kepada pemikiran.

1.3.2 Konsep kemahiran membaca
Menurut buku The American Heritage Dictionary of The English Language (2003),
definisi membaca ialah:
intepretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang diperkatakan
proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan penghasilan dan
pemahaman komunikasi linguistik)
keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan simbol-
simbol tulisan
gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau visual
yang dilihat.
Definisi ini seolah-olah mementingkan pengenalan kata yang tepat satu persatu dengan
cara menyembunyikannya lebih dahulu sebelum kita dapat menarik erti sesuatu kalimat.
Definisi ini mengetepikan peranan yang dimainkan oleh pembaca. Pembaca merupakan satu
organisma yang pasif yang hanya menunggu kemasukan erti dari luar. Ini merupakan satu
proses satu hala yang sangat bercanggah dengan keadaan sebenarnya. Proses satu hala ini
ditentang oleh psikolinguistik kognitif kerana tidak mengambil kira peranan yang dimainkan oleh
pembaca.

1.3.3 Tujuan membaca
a) Tujuan serta merta
Tujuan ini berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca dan memaham. Boleh
membaca bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca
dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang panjang. Selain itu, boleh
membaca juga bermaksud murid-murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada
pertolongan dan bantuan guru.
Boleh memahami pula ialah menangkap dengan pantas makna atau maksud yang
dibaca. Ia juga bererti murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri dan menggunakan
perkataan sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya.

b)Tujuan lanjut
Tujuan lanjut membaca bermatlamatkan sebagai alat penambah pengetahuan setelah keluar
dari sekolah. Selain itu, ianya bertujuan untuk mendapatkan bahan fikiran untuk dijadikan
panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan orang lain.
Ianya juga bertujuan meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah.

1.3.4 Objektif Kemahiran Membaca

* Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat
daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;

* Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat kepada
bentuk ayat dengan betul; dan

* Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera dan bukan sastera untuk menambah ilmu
pengetahuan dan mendapatkan pengajaran.

1.4 KEMAHIRAN MENULIS
1.4.1 Definisi kemahiran menulis
Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga
merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun
yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.

1.4.2 Konsep kemahiran menulis
Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan
yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara umumnya, terdapat beberapa konsep
menulis iaitu :
menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau perkataan
sesuatu bahasa
menulis merupakan penggunaan huruf atau symbol bagi menggambarkan sesuatu
makna
menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi
mempersembahkan idea dan pendapat.

1.4.3 Prinsip Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis mekanis merupakan asas kepada penguasaan menulis
Melahirkan idea dalam bentuk penulisan perlu mengamalkan prinsip ansur maju.
Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik melalui
penambahan kosa kata.

2.0 Prinsip penyediaan dan penggunaan bahan.

Prinsip penyediaan Bahan Bantu Mengajar.
Ada beberapa garis panduan dalam aspek pemilihan bahan bantu mengajar, dan prinsip-prinsip
pemilihan dan penyediaan bahan bantu mengajar bahasa boleh dirumuskan seperti yang
berikut iaitu:

2.1. Sesuai
Sesuai boleh didefinikan sebagai bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh
diikuti, difahami dan seterusnya dihayati oleh murid-murid. Tajuk pelajaran dan juga keterangan
mestilah ada kaitan dengan mata pelajaran yang hendak diajar. Perbendaharaan kata dan laras
bahasa yang digunakan mestilah mudah difahami oleh pelajar yang mana ianya menepati
seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Aspek pemilihan bahan haruslah
mempunyai hubungan yang sesuai dengan perkara-perkara seperti di bawah :
a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c) Keadaan pelajar
d) Suasana pembelajaran
e) Minat pelajar

Seterusnya bahan pengajaran yang dipilih mestilah sesuai dengan matlamat dan objektif
pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian, guru hendaklah menentukan objektif
pembelajaran dan pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan yang hendah
digunakan. Setelah menentukan objektif pengajaran, maka guru boleh memilih bahan-bahan
yang sesuai dan dapat membantu bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam memilih
bahan bantu mengajar, seorang guru hendaklah menyesuaikannya dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara. Malah ia juga haruslah bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam,
kepercayaan dan suasana kehidupan masyarakat setempat..

Sehubungan dengan itu, guru juga seharusnya mengambil kira faktor pelajarnya yang
mana mereka datang daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan,
ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang
dipilih mungkin hanya sesuai dengan golongan pelajar tertentu sahaja dan ianya mungkin tidak
sesuai dengan golongan pelajar yang lain.Elemen pemilihan bahan yang seterusnya ialah
suasana pembelajaran. Bahan yang baik dan sesuai dengan suasana pembelajaran akan dapat
meransang proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan dengan secara tidak
langsung apa yang diharapkan daripada murid akan tercapai. Perkara yang penting dalam
proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan adalah datang daripada penglibatan
pelajar, isi pelajaran, bahan yang digunakan dan pengajaran guru. Seterusnya bagi menjayakan
proses pembelajaran, rangsangan ke arah mewujudkan pada pemikiran yang kreatif dan kritis
amat perlu yang mana ianya dapat mewujudkan tingkah laku tertentu. Terdapat tiga aspek
penting yang harus dititikberatkan iaitu :

2.2 Mencabar
Prinsipseterusnya pula ialah bahan perlu mencabar. Guru perlu memastikan setiap bahan
bantu bantu mengajar yang dibina mampu mencabar dan menggalakkan pemikiran dan
tingkahlaku murid-murid bagi membolehkan mereka dapat menggunakan bahan sepenuhnya.
Terdapat pelbagai cara yang bolehdigunakan bagi membina bahan yang mencabar antaranya
ialah membina bahan yang konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks, fakta terasing
kepada yang mempunyai hubungan bersepadu, khusus kepada umum dan sebaliknya. Bahan
yang dibina berdasarkan cara yang sesuai dapat memastikan sesuatu ses ipengajaran dan
pembelajaran lebih mudah untuk difahami.
Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar daya pemikiran
pelajar ialah penggunaan bahan-bahan yang dipilih itu mestilah bertepatan dengan ciri-ciri
seperti berikut :

a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.
b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang
bersepadu.
d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f) Bahan yang umum kepada teori.
g) Bahan masakini kepada masa akan datang.
2.3. Menepati

Bahan yang dibina perlu menepati objektif pengajaran yang ingin disampaikan kepada
murid-murid. Bagi menyediakan bahan untuksesi pengajaran dan pembelajaran murid, guru
perlulah memilih bahan yang menepati dengan isipelajaran seperti mengandungi maklumat,
urutan susunan juga perlu lebih teratur untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan lebih berkesan.Bahan yang baik akan membolehkan murid-murid mendapat
peluang menggunakan pelbagai kemahiran bahasa dan seterusnya membantu untuk mencapai
isipelajaran yang ingin disampaikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran.


2.4. Menarik
Bahan yang dibina perlukemas, berwarna warni dan mampu menarik minat dan perhatian
murid di dalamkelas.Rekabentuk bahan yang ingin dihasilkan juga perlu diambil perhatian agar
bersesuaian dengan fungsinya.Rekabentuk yang menarik akan membolehkan guru
menyampaikan maklumat dengan lebih santai dan saiz bahan juga perlu disesuaikan dengan
jumlah bilangan murid agar semua murid dapat melihat bahan tersebut dengan jelas dan boleh
dibaca. Warna juga memainkan peranan yang sangatpenting kerana penggunaan warna yang
tidaksesuai akan menghalang murid untuk melihat dan memahami apa yang cuba disampaikan
oleh guru daripada bahan bantu mengajar tersebut.

2.5. Jimat dan mudah
Pemilihan bahan yang hendak digunakan mestilah mudah alih di mana ianya hendaklah
senang dibawa dan mudah digunakan serta mudah difahami oleh murid-murid, Sekiranya
bahan yang hendak digunakan perlu dibeli, ianya tidak semestinya mahal. Apa yang paling
penting ialah kualiti bahan tersebut di mana ianya bersesuaian dengan pelajar. Selain itu
bahan itu tidak semestinya dibeli, ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan
terbuang bagi menghasilkan sesuatu bahan pengajaran. guru perlu memastikan bahan yang
dibina berkualiti dan tidak mudah rosak.Kebiasaannya, murid ingin menyentuh sendiri bahan
yang dibina dan mereka lebih mudah memahami sesuatu konsep dengan cara tersebut. Maka,
bahan perlu tahan lasak dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan kepada bahan
tersebut, guru perlu memberi arahan yang jelas dan ringkas kepada murid-murid agar mereka
tahu menggunakan bahan yang dibina dengan cara yang betul.
2.6. Praktikal
Sesuatu bahan yang dipilih semestinya memikirkan akan faktor kesesuaian yang dengan
murid-murid dan ianya sudah semestinya amat praktikal dengan mereka. Sekiranya bahan
yang digunakan itu dibeli dengan harga yang mahal tetapi tidak sesuai dan tidak praktikal
dengan keadaan murid-murid dan juga guru, maka ianya bukanlah suatu bahan yang yang
terbaik. Oleh yang demikian bahan pengajaran tidak perlulah terlalu canggih. Ianya cukuplah
dengan hanya menggunakan bahan yang sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan
bentuk bahasa yang berdasarkan situasi sebenar.Penggunaan bahasa yang mudah
sebenarnya dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu,
bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya
digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran
lain.

2.7. Mudah alih
Pemilihan bahan pengajaran mestilah sentiasa berfungsi, boleh dan senang dibawa ke
mana-mana serta saiznya yang bersesuaian. Bahan pengajaran yang dipilih dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain
mestilah terdiri daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif
struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih menumpukan kepada
murid-murid itu sendiri.


3.0 Jenis Penilaian Bahasa
Pendahuluan
Penilaian adalah satu proses yang sistematik di mana ianya dilakukan utntuk mendapatkan
maklumat dalam menentukan sesuatu prestasi. Dalam aspek pendidikan, penilaian merupakan
suatu proses yang meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tujuannya adalah untuk
membuat analisis dan keputusan dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Oleh yang demikian, penilaian boleh ditakrifkan sebagai satu proses untuk menguji,
mengukur dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman
murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Apa yang pasti penilaian itu
dilaksanakan adalah untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran
yang sedang diajarkan, mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah
dipelajari, dan mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik untuk menentukan
kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.
Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan,
ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif
pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa pengajaran dan pembelajaran atau
objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

3.1 Penilaian Rujukan Norma
Tujuannya untuk membanding prestasi pelajar dengan pelajar yang lain.
Guru ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu ujian dan ia berupaya
membandingkan keputusan dalam kalangan pelajar terhadap satu kelas
ataupun kumpulan.
Kaedah sering digunakan oleh guru untuk menentukan gred yang diperoleh
oleh pelajar dalam satu-satu ujian.
Norma dalam Pendidikan Jasmani sering dikaitkan dalam pengukuran berat,
tinggi, umur dan aras gred.
3.2 Penilaian Rujukan Kriteria
Tujuannya untuk menilai kriteria tertentu
Digunakan untuk menilai tahap prestasi kemajuan pelajar
Keputusan diperolehi tidak akan dibandingkan dengan prestasi pelajar lain
Ia digunakan bagi menilai tahap kecergasan berkaitan kesihatan

3.3 Ujian Formatif
Ujian jenis ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari
semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini juga boleh dijalankan semasa
kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
Bahan atau alat ujian yang digunakan oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran
atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.
Ujian yang diberikan adalah berasaskan sesuatu kemahiran atau subkemahiran atau
sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan
atau bulanan.
Ujian formatif bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam penguasaan sesuatu
subkemahiran bahasa
Aktiviti boleh dijalankan secara formal dan tidak formal semasa waktu pelajaran dengan
secara individu, kumpulan atau secara kelas.

3.4 Ujian Sumatif
Ujian sumatif dilakukan adalah untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid
dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat
utama penilaian jenis ini ialah untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat
membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa
kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang seperti selepas satu
semester atau selepas setahun persekolahan.
Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif murid.
Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya pula adalah berbentuk
jumlah skor.
3.5 Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau
kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat seseorang pelajar dalam menguasai
bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.
Ujian ini adalah khusus untuk menelaah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran atau
kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.
Ia melibatkan data-data bahasa yang artifical yang mengandungi pelbagai unsur
bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainnya.
Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru memahami masalah pelajar dan
mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

3.6 Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian juga disebut sebagai ujian sumatif adalah merupakan ujian yang diberi
setelah kursus tamat dan ianya bertujuan untuk menilai hasil pengajaran. Seterusnya dalam
aspek pendidikan ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga
untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan
atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar
sahaja.
Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit
pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan.
Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan
jurusan pelajar.
Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.

3.7 Ujian Kefasihan

Ujian kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu
bahasa. Berfungsi untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai
dan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid mengetahui dan menguasai
sesuatu bahasa secara keseluruhan.
Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berdasarkan kepada
sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global (umum) pada bahasa yang
dipelajari murid terbabit.
Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran
yang sesuai dengan kebolehannnya.
Ia dinilai dari segi :
a. Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
b. Intonasi dan nada yang betul.
c. Pemilihan ungkapan yang betul.
d. Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.
e. Posisi tubuh yang betul.
f. Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk menyerap
perkataan).


3.8 Ujian Kemajuan
Ujian Kemajuan ini digunakan di dalam bilik darjah dan ianya dinilai oleh guru kelas.
Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai
bahan/perkara perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.
Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu
darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang
telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah
menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk
tertentu.
Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang
kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan

3.9 Penilaian Kemahiran Bahasa
3.9.1 Penilaian Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur.
3.9.1.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Terdiri daripada beberapa kemahiran iaitu:
i. Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yg betul
ii. Bertutur dgn nada, intonasi,dan sebutan yg betul.
iii. Mendengar dengan baik, memahami perkara yg didengar, dan menghormati pertuturan
orang lain.
iv. Bercerita dan membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik dan betul.
v. Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
vi. Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi.
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
a. bacaan kuat
b. syarahan
c. perbahasan
d. bercerita
e. perbincangan
f. hafazan
g. temu bual
h. soal jawab
i. nyanyian
j. deklamasi sajak
k. mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
a. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
b. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
c. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
d. mengesan kelancaran dalam sebutan.
e. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
Cth : PLBS (menyediakan instrument) yang mesti mengambil kira aspek:
a. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
b. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
c. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
d. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.


3.9.2 Kemahiran Membaca

Merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian ini penting untuk
guru-guru mengetahui atau menilai tahap kemajuan murid-murid.Ianya boleh dilakukan dalam
pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian. Kemahiran membaca merupakan keupayaan
murid-murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul.
Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara
kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Ciri-ciri Penilaian Membaca:
1. Merupakan satu proses yang berterusan.
2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.
3. Penilaian mengkehendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.
4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.
5. Terbuka dan tiada batasan.
6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan
tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.

Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3 iaitu:
1. Matlamat Persepsi.
2. Matlamat Kognitif.
3. Matlamat Afektif.

a) Matlamat Persepsi:
1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan.
2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu
konsep perkataan.

b)Matlamat Kognitif:
1.Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap
jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca.

c)Matlamat Afektif:
1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang
dibaca.
2. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat
mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.

Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:
1.Mengenal pasti idea keseluruhan.
a. Mesej utama yang disampaikan penulis.
b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.
c. Kenal pasti prinsip penulisan
Pengelasan mengikut kronologi.
Pengelasan mengikut hierarki.
Pengelasan mengikut ciri-ciri.

2. Mengenal idea utama dan sokongan.
a. Idea Utama
.satu atau lebih idea utama.
satu idea utama dalam satu perenggan
b. Sokongan
Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.
Disertai dengan contoh-contoh.

3. Membuat ramalan dan kesimpulan.
Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.
Mesti baca dan teliti seluruh teks.
Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.
Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.

.3.9.3 Kemahiran Menulis
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti
i) Karangan
ii) Laporan projek/kerja kursus/folio
iii) Latihan dan ujian bertulis
iv) Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan
perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
i) Kemahiran menulis
ii) Menyusun idea
iii) Penggunaan tanda baca
iv) Perbendaharaan kata
v) Mengaplikasi
vi) Mentafsir Menilai
Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu
diambil kira :
i) Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
ii) Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
iii) Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
iv) Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
v) Skema pemarkahan disediakan

Bentuk item :
i) Bentuk Item Objektif
ii) Bentuk Item Subjektif
Mengesan serta merta :
i) Tujuan mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-
merta semasa pengajaran harian
ii) Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran
berbahasa melalui hasil kerja murid.
iii) Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu @ kumpulan, tiada
instrumen khusus )
iv) Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu )
v) Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan,
teguran, nasihat dan pujian)
mengesan kemajuan :
i) Tujuan kesan kekuatan dan kelemahan selepas pembelajaran
ii) Bagaimana? (Perlu dirancang, individu @ kumpulan, gunakan
instrumen seperti -lembaran kerja dan ujian bertulis )
iii) Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu
iv) Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
v) Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian:
objektif @ subjektif
mengesan pencapaian :
i) Tujuan mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
ii) Bagaimana? (Perlu dirancang, individu, guna ujian bertulis)
iii) Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
iv) Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
v) Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor )

BIBLIOGRAFI

Tuan Jah Tuan Yusoff &Faridah Nazir, (2011). Siri Pengajian Bahasa Melayu :
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Norhayaty binti Ismail & Mohd Asri bin Abdul Razak, (2010). Modul PPG: Pengajaran
Kemahiran Bahasa Melayu : Selangor : Bahagian Pendidikan Guru

. Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan
Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

. Kemahiran Mendengar & Bertutur ; Retreived from web
https://www.google.com/webhp?source=search_app#q=kemahiran+mendengar+dan+be
rtutur

. Kemahiran Membaca. Retreive from web :
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2012/05/peringkat-peringkat-kemahiran-
membaca.html

Kemahiran Menulis. Retreive from http://wajip.blogspot.com/2012/08/kemahiran-
berbahasa-kemahiran-menulis.html

Anda mungkin juga menyukai