Anda di halaman 1dari 2

Denyut Kasih Medik karya Dr.

Farhan Hadi
Denyut Kasih Medik merupakan sabuah novel yang ditulis oleh seorang doktor perubatan yang bernama Dr Farhan Hadi iaitu suami kepada Fatimah Syarha Mohd Noordin iaitu seorang novelis dan juga pensyarah Universiti Malaya. Didalam buku ini mengandungi 6 bab yang terdiri daripada Langkah Bermula, Cabaran Ortopedik, Sepak Terajang Jabatan Perubatan Am, Merempuh Badai Obstetrik, Gynecology, Surgery, Wanita dan Si Dia dan diakhiri dengan selembar fitrah di pediatrik, N.I.C.U dan Maternity. Cerita ini mengisahkan tentang seorang doktor pelatih(HO), DR.Muslih yang cuba memperjuangkan syariat Islam di hospital. Dia bukan sahaja ingin merawat pesakitnya daripada penyakit fizikal tetapi juga dia ingin merawat penyakit rohani pesakit2 di hospital (doktor+ da'ei). Ketika mula bertugas sebgai HO, dia terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam pesakit dan staf-staf di hospital. Antaranya: Penggunaan clexane (sejenis ubat mencairkan darah yang mengandungi protein khinzir) secara berleluasa di hospital meyebabkan dia rasa begitu kecewa dengan protokol yang dikeluarkan hospital dan bagi dia, sekiranya bukan doktor muslim siapa lagi yang akan mengambil berat tentang sensitiviti agama pesakit-pesakit muslim. DR.Muslih berusaha untuk membwa isu ini kepada pihak atasan, setelah banyak kali usaha yang dilakukan akhirnya pihak hospital memutuskan untuk pesakit beragama islam heparin (halal) akan diberikan menggantikan clexane. Kemudian dia berhadapan pula dengan ragam seorang mat rempit. Dia sedar untuk mendekati golongan ini bukan sesuatu yang mudah. Mereka perlu di didik bukan dicemuh, dengan pendekatan dan nasihat Dr.Muslih yang penuh berhikmah. Dia berjaya memberi keinsafan kpd mat rempit ini untuk kembali ke pangkal jalan. Dia juga berhadapan pula dgn pesakit yang mengalami kemalangan kerana minum arak. Dia bermonolog dgn dirinya dan merasa bersyukur kerana islam mengharamkan arak kpd umatnya krn arak boleh memudaratkan kesihatan dan menghilangkan kewarasan akal. Sepanjang bertugas, dia juga berhadapan dgn pesakit, seorang wanita yang menjadi mangsa penderaan oleh suaminya. Dia merawat pesakit yang merupakan penagih dadah (En.Misman) yang mengalami pembengkakan pada pangkal paha kiri kerana uratnya telah rosak. Seperti biasa hati Dr.Muslih membuak-buak utk mmberi kata2 nasihat kpd En.Misman. Dr.Muslih berhadapan pula dengan pesakitnya yang merupakan seorang remaja yang terpaksa dihantarkan ke hospital kerana terlebih telan panadol krn kecewa dgn cinta monyet. Doktor ini juga pernah menasihati beberapa org pesakit yang tidak menunaikan solat. Alasan yang diberikan pesakit ialah mereka sakit jadi tidak perlu solat. Disebabkan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dia menasihati

pesakit tersebut agar tidak meninggalkan solat dalam apa jua keadaan dan mengajar pesakitnya cara solat dalam keadaan sakit. Dr.Muslih juga sudah bertunang tapi dia tak pernah menatap wajah tunangnya. Dia mengenali tunangnya melalui seorang ustaz. Bermacam-macam cerita yang disebarkan mengenai tunang dia, ada yang mengatakan tunang dia bersaiz XL dan lebih tua darinya tapi Dr.Muslih tidak kisah mengenai semua itu yang penting bagi nya, perempuan itu mempunyai agama dan xkisah fizikalnya macam mana. Akhirnya mereka pun kahwin. Segala sangkaan orang terhadap tunang dia adalah salah dan sebaliknya. Mereka di kurniakan cahaya mata dan harapan mereka, anak itu nanti akan dapat menjadi ulama yang akan memakmurkan alam ini suatu hari nanti.

Ulasan Novel:
Bagi saya, novel ini ada banyak unsur nasihat dan juga panduan terutamanya untuk para doktor, para wanita dan juga lelaki. Ia banyak menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu saja, ia juga kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, novel ini turut menyentuh fiqh perubatan serta menyelitkan fiqh wanita dan cinta.Terdapat juga penerangan hukum dan soal jawab dalam buku ini, doa-doa untuk diamalkan. Buku ini banyak menceritakan pengalaman sebagai seorang bakal doktor yang sememang susah dalam menjadi seorang doktor pelatih, bila baca novel ini saya dapat rasakan seperti saya berada dalam situasi dia. Perlukan banyak kesabaran dalam melayan kerenah pesakit, doktor, kawan dan orang atasan. Plot buku ini mendatar kerana banyak diceritakan pengalaman dan tiada plot yang suspen tapi walaupun mendatar kisahnya menarik untuk dikongsi. Apa yang saya dapat dari novel ini adalah: 1) Ilmu/istilah perubatan 2) Doa amalan 3) Hukum-hakam Islam Novel ini tak seperti novel cinta-cinta atau novel yang menggunakan ayat-ayat islamik untuk menarik perhatian pembaca tetapi novel ini memasukkan ayat-ayat AlQuran dan hadis-hadis, fiqh berkenaan wanita juga banyak . Walaupun tajuknya denyut kasih medik, ianya tidak terlalu banyak menyentuh isu percintaan lelaki dengan perempuan, bagi saya mungkin kasih medik itu bermaksud kecintaan terhadap kerjaya sebagai seorang doktor.

Anda mungkin juga menyukai