Anda di halaman 1dari 4

Latihan 1

Garisi jawapan yang betul.

1. Budak yang berusia empat bulan itu sungguh ( lawa , comel ).

2. Badang menjadi ( sasa , kuat ) setelah makan muntah hantu.

3. Kepalanya ( benjol , bulat ) kerana terhantuk dinding.

4. Anak-anak Profesor Murad ( bijak , ganas ) belaka.

5. Pemuda bermisai ( panjang , tebal ) itu kelihatan bengis.

6. Badan anggota polis itu sungguh ( lembik , tegap ).

7. Dia dipilih sebagai ketua kerana ( lantang , malu ) berkata-kata.

8. Saya kagum melihat menara ( condong , bengkok ) di Teluk Intan.

9. Permukaan yang ( senget , rata ) diperlukan untuk berkasut roda.

10. Para hadirin begitu ( khusyuk , lokek ) mendengar ceramah itu.

11. Polis menemui mayat ( lembut , reput ) di dalam kawasan semak itu.

12. Ibu membuang pakaian yang ( baru , lusuh ) itu.

13. Jeritan budak itu sungguh ( merdu , nyaring ).

14. Lelaki ( kerdil , pendek ) itu berjaya dalam hidupnya.

15. Saya ( sayu , nyaris ) tertipu dengan pujukannya.

16. Kamu patut bercakap dengan ( jelas , besar ) agar mudah difahami.

17. Gina sering ( gopoh , segera ) sewaktu membuat kerja.

18. Perut kakak ( tembam , buncit ) kerana mengandung.

19. Pak Ali mengasah parangnya yang ( tumpul , tajam ).

20. Budak yang ( nakal , kencang ) itu adik saya.


Latihan 2

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

tebal lurus masam panjang bujur


licin hapak kempis hitam kelat
mahal tinggi tampan rindu bising

1. Biskut di dalam tin itu sudah ………………….

2. Buku …………………..itu saya beli di Ipoh.

3. Bola ragbi berbentuk …………………..

4. Baju ………………………itu telah koyak.

5. Gelang emas itu sangat ……………………..

6. Saya tidak terminum teh yang …………………….itu.

7. Aslina lebih ……………………..daripada ayahnya.

8. Tayar basikal Kumaran telah …………………………..

9. Pemuda …………………….itu bekerja di sebuah syarikat insurans .

10. Junit amat ……………………akan neneknya.

11. Rumah itu …………………….dengan suara kanak-kanak.

12. Buah mangga yang sangat ……………………itu telah dibuang oleh ibu.

13. Belut itu sangat …………………..

14. Jalan itu …………………..tetapi berbahaya.

15. Sungai yang ……………………..itu bermula di sini.


Latihan 3

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Kempis pipih laris luntur landai


Keriting gempar gentar sebu surut
Suam bengis hening lengang becok

1. Deepak tidak mampu makan lagi kerana perutnya terasa …………………..

2. Bak kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek , yang ……………….. tak datang
melayang.

3. Penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing setelah banjir …………………

4. Kawasan pantai yang ……………………..itu sesuai dijadikan kawasan perkelahan.

5. Orang ramai ……………………….dengan bunyi letupan di kilang itu.

6. Pengurus itu amat gembira kerana barangan syarikatnya ………………….di pasaran .

7. Bola itu ……………………..dan perlu dipam angin.

8. Wanita yang berambut ………………………..itu ialah cikgu saya.

9. “Saya tidak …………………….dengan ugutan kamu,” kata budak kecil itu.

10. Semangat para pejuang kemerdekaan tidak pernah …………………………walaupun


menghadapi rintangan.

11. Saya berasa amat tenang dalam suasana yang …………………………ini.

12. Kami takut menegur Wai Kiong melihatkan wajahnya yang ………………………

13. Suasana di bandar …………………………menjelang tengah malam.

14. Ayah minum secawan kopi …………………….sebelum ke pejabat.

15. Siew Hong digelar mulut murai kerana mulutnya ………………………..


Latihan 4

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1. Barangan import itu harganya sangat ……………………………

2. Ruang yang ……………………….ini tidak sesuai dijadikan tempat bermain untuk


kanak- kanak.

3. Warna baju itu ……………………setelah dicuci beberapa kali.

4. Sikapnya yang ……………………….tidak disenangi oleh rakan-rakan.

5. Aminah berasa ………………………kerana lulus dalam ujian.

6. Kepalanya ……………………….akibat diketuk oleh budak itu.

7. Setiausaha itu kelihatan ………………………apabila memakai baju kebaya.

8. Rumahnya terletak tidak …………………….dari pusat bandar.

9. Murid itu dimarahi oleh gurunya kerana selalu datang ………………….. ke sekolah.

10. Kita digalakkan supaya bangun …………………… pada setiap pagi.

11. Khairil membuang penselnya yang telah ………………………….

12. Sawah padinya sangat ………………………., seluas mata memandang.

13. Tangan Nancy berasa ……………………. kerana terkena duri.

14. Linda disayangi gurunya kerana dia ……………………..dan rajin.

15. Buah manggis yang …………………….itu diambil dari kebun nenek.

16. Robiah sangat ……………………..berbahasa Inggeris.

17. Ahli tinju yang ……………………itu berasal dari Terengganu.

18. Raja yang ……………………sentiasa dikasihi rakyat.

19. Kucing Nani yang comel itu sangat ………………………..

20 . Ubat-ubat mesti disimpan di tempat ………………………..agar tidak diambil oleh


kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai