Anda di halaman 1dari 7

 

        
Latihan 1

Garis jawapan yang betul.

1.            Budak yang berusia empat bulan itu sungguh ( lawa , comel ).

2.            Badang menjadi  ( sasa , kuat ) setelah makan muntah hantu.

3.            Kepalanya ( benjol , bulat  ) kerana terhantuk dinding.

4.            Anak-anak Profesor Murad ( bijak , ganas ) belaka.

5.            Pemuda bermisai ( panjang , tebal ) itu kelihatan bengis.

6.            Badan anggota polis itu sungguh ( lembik , tegap ).

7.            Dia dipilih sebagai ketua kerana ( lantang , malu ) berkata-kata.

8.            Saya kagum melihat menara ( condong , bengkok ) di Teluk Intan.

9.            Permukaan yang ( senget , rata ) diperlukan untuk berkasut roda.

10.         Para hadirin begitu ( khusyuk , lokek ) mendengar ceramah itu.

11.         Polis menemui mayat ( lembut , reput ) di dalam kawasan semak itu.

12.         Ibu membuang pakaian yang ( baru , lusuh ) itu.

13.         Jeritan budak itu sungguh ( merdu , nyaring ).

14.         Lelaki ( kerdil , pendek ) itu berjaya dalam hidupnya.

15.         Saya ( sayu , nyaris ) tertipu dengan pujukannya.

16.         Kamu patut bercakap dengan ( jelas , besar ) agar mudah difahami.

17.         Gina sering ( gopoh  , segera ) sewaktu membuat  kerja.

18.         Perut kakak ( tembam , buncit ) kerana mengandung.

19.         Pak Ali mengasah parangnya yang ( tumpul , tajam ).

20.         Budak yang ( nakal , kencang ) itu adik saya.


Latihan 2

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

          tebal            lurus             masam                   panjang         bujur
          Licin             hapak           kempis                   hitam            kelat  
          mahal           tinggi            tampan         rindu             bising

1.            Biskut di dalam tin itu sudah ………………….

2.            Buku …………………..itu saya beli di Ipoh.

3.            Bola ragbi  berbentuk …………………..

4.            Baju ………………………itu telah koyak.

5.            Gelang emas itu sangat ……………………..

6.            Saya tidak terminum teh yang …………………….itu.

7.            Aslina lebih ……………………..daripada ayahnya.

8.            Tayar basikal Kumaran telah …………………………..

9.            Pemuda …………………….itu bekerja di  sebuah syarikat insurans .

10.         Junit amat ……………………akan neneknya.

11.         Rumah itu …………………….dengan suara kanak-kanak.

12.         Buah mangga yang sangat ……………………itu telah dibuang oleh ibu.

13.         Belut itu sangat …………………..

14.         Jalan itu …………………..tetapi berbahaya.

15.         Sungai yang ……………………..itu bermula di sini.


Latihan 3

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

          Kempis                   pipih             laris              luntur            landai
          Keriting         gempar         gentar           sebu             surut
          Suam            bengis           hening           lengang         becok

1.            Deepak tidak mampu makan lagi kerana perutnya terasa …………………..

2.            Bak kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek , yang ……………….. tak datang melayang.

3.            Penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing setelah banjir …………………

4.            Kawasan pantai yang ……………………..itu sesuai dijadikan kawasan perkelahan.

5.            Orang ramai ……………………….dengan bunyi letupan di kilang itu.

6.            Pengurus itu amat gembira kerana barangan syarikatnya ………………….di pasaran       .

7.            Bola itu ……………………..dan perlu dipam angin.

8.            Wanita  yang berambut ………………………..itu ialah cikgu saya.

9.            “Saya tidak …………………….dengan ugutan kamu,” kata budak kecil itu.

10.         Semangat para pejuang kemerdekaan tidak pernah …………………………walaupun menghadapi


rintangan.

11.         Saya berasa amat tenang dalam suasana yang …………………………ini.

12.         Kami takut menegur Wai Kiong melihatkan wajahnya yang ………………………

13.         Suasana di bandar …………………………menjelang tengah malam.

14.         Ayah minum secawan kopi …………………….sebelum ke pejabat.

15.         Siew Hong digelar mulut murai kerana mulutnya ………………………..


Latihan 4

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1.       Barangan import itu harganya sangat ……………………………

2.       Ruang yang ……………………….ini tidak sesuai dijadikan tempat bermain untuk


kanak-  kanak.

3.         Warna baju itu ……………………setelah dicuci beberapa kali.

4.         Sikapnya yang ……………………….tidak disenangi oleh rakan-rakan.

5.         Aminah berasa ………………………kerana lulus dalam ujian.

6.          Kepalanya ……………………….akibat diketuk oleh budak itu.

7.          Setiausaha itu kelihatan ………………………apabila memakai  baju kebaya.

8.          Rumahnya terletak tidak …………………….dari pusat bandar.

9.          Murid itu dimarahi oleh gurunya kerana selalu datang ………………….. ke sekolah.

10.       Kita digalakkan supaya bangun …………………… pada setiap pagi.

11.       Khairil membuang penselnya yang telah ………………………….

12.       Sawah padinya sangat ………………………., seluas mata memandang.

13.       Tangan Nancy berasa ……………………. kerana terkena duri.

14.        Linda disayangi gurunya kerana dia ……………………..dan rajin.

15.        Buah manggis yang …………………….itu diambil dari kebun nenek.

16.        Robiah sangat ……………………..berbahasa Inggeris.

17.        Ahli tinju yang ……………………itu berasal dari Terengganu.

18.        Raja yang ……………………sentiasa dikasihi rakyat.

19.        Kucing Nani yang comel itu sangat ………………………..

20          Ubat-ubat mesti disimpan di tempat ………………………..agar tidak diambil oleh


            kanak-kanak.
Latihan 5

Gariskan jawapan yang betu.

1.             Warna baju baru itu  ( luntur , pudar ) setelah dicuci.

2.             Kita mestilah  ( murni , ikhlas ) sewaktu menghulurkan bantuan.

3.             Mayat mangsa kebakaran itu ditemui dalam keadaan ( rentung ,reput ).

4.             Kami menjadi ( segan , kecut ) mendengar ugutan samseng itu.

5.             Jackie sudah ( insaf , lali ) dengan ejekan kawan-kawannya.

6.             Pemuda yang ( tegap , gemalai ) itu terpilih sebagai hero dalam sebuah drama aksi.

7.             Rambut Hasnah ( genjur , likat ) setelah lama mandi di laut.

8.             Kamu perlu berhati-hati melalui kawasan yang ( landai , curam ) itu.

9.             Rohan berasa ( daif , belas ) melihat keadaan pengemis itu.

10.          Polis itu menembak dengan ( tepat , matang ).

11.          Kelas 6 Cempaka menjadi ( gambar , gamat ) semasa ketiadaan guru.

12.          Penduduk  ( daif , dajal ) di kampung itu telah diberi bantuan.

13.          Penagih itu ( gelabah , gemalai ) apabila begnya diperiksa polis.

14.          Azira menutup hidung sewaktu melalui tandas kerana berbau ( hanyir , hancing ).

15.          Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu (  luyu , remuk ) di bahagian hadapan.

16.          Isi rambutan itu  ( tanggal , lekang ) dan manis rasanya.

17.          Pelancong asing kagum dengan sikap rakyat  Malaysia yang ( bengis , ramah ).

18.          Adik jatuh terlentang kerana berlari di lantai yang  ( kasar , licin ).

19.          “Amboi, ( cantik , tinggi)nya kamu pada hari ini!” puji  Asnah kepada kawannya.

20.          Warna ( hitam , putih ) ialah warna yang melambangkan kesucian.

21.          Sambal daging itu agak ( masam , pedas ) tetapi sedap dimakan.

22.          Dia dapat menjawab soalan itu dengan ( cepat , terang ) dan tepat.

23.          Kami memakai pakaian yang ( nipis , tebal ) ketika berada di Tanah Tinggi Cameron.

24.          Baju yang dipakai oleh penyanyi itu ( berkilat , berkilat ) apabila disinari cahaya lampu.

25.          “Kita dilarang berbuat ( baik , jahat ) sesama insan,” pesan Ustaz Zaki.
Latihan 6

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

 
            Rajin                 landai                tegap                erat                  lumayan                        kecewa             
kagum              jernih                bingung             aneh                                         cemerlang         condong           
 mendung            pantas               jarang                                       curam               panjang             tajam             
   lambat              bising
   

1.             Perhubungan kami sungguh ………………………..bagai isi dengan kuku.

2.             Saya …………………….melihat kecekapan penunggang motosikal itu.

3.             Pantai itu menjadi tumpuan ramai kerana kawasannya ……………………………

4.             Kejadian yang ……………………..itu menjadi buah mulut orang ramai.

5.             Keuntungan yang diperoleh oleh Tauke Lim ……………………………benar.

6.             Shanti ……………………….memikirkan masalah yang dihadapinya.

7.             Tubuh pahlawan Melayu itu ………………………amat.

8.             Dia …………………………kerana permohonannya untuk belajar di kolej itu ditolak.

9.             Maniam …………………..berlatih untuk memenangi pertandingan itu.

10.          Sungai yang ……………………….airnya jangan disangka tiada buaya.

11.          Pokok kepala yang …………………………..itu perlu ditebang.

12.          Dia berlari ………………………… kerana dikejar oleh anjing yang garang.

13.          Langit ……………………………menandakan hujan hendak turun.

14.          “Jangan pakai pakaian yang …………………………dan ketat,” kata ibu.

15.          Dia mendapat keputusan yang …………………………….dalam peperiksaan itu.

16.          Suasana di kelas itu sangat ……………………….seperti di pasar.

17.          Belakang parang jika diasah, lama-lama akan ……………………….juga.

18.          Jalan raya yang ……………………..itu berbahaya kepada kenderaan.

19.          Kerja-kerja yang diberikan kepadanya …………………………..disiapkan

20.          Halim memotong rambutnya yang ……………………………itu di kedai gunting.


Latihan 7

Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

1.         Anjing itu sangat garang.                                                                   (           )

2.         Soalan inilah yang paling sukar sekali.                                                 (           )

3.         Di antara kami , dialah yang paling tinggi.                                            (           )

4.         Anis amat menjerit apabila mendengar berita itu.                                 (           )

5.         Murid baru itu amat pandai melukis.                                                    (           )

6.         Bajunya lebih merah daripada baju saya.                                             (           )

7.         Ubat itu sangat pahit betul.                                                                 (           )

8.         Wajah Rozita masam apabila disindir oleh kakaknya.                            (           )

9.         Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia amat besar daripada ibunya.   (           )

10.        Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis.                            (           )


           
11.        Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia.                                       (           )

12.        Pisau itu perlu diasah kerana tumpul.                                                 (           )

13.        Saya amat berlari dari sini ke kedai itu.                                              (           )

14.        Saya gemar lagu-lagu Melayu asli.                                                     (           )

15.        Asmah mendapat markah yang terbaik.                                             (           )

Anda mungkin juga menyukai