Anda di halaman 1dari 4

Bab 1: Mengenali Sejarah

1.1 Pengertian Sejarah

Apakah Sejarah?

Secara umum Aspek bahasa

buah masyarakat atau negara akan


Dalamdikaji oleh Melayu:
Bahasa sejarawan.Kamus Dewan:
od-rekod lalu dan memuatkanIstilah
dapatan kajian dalam bentuk
Asalbuku,
sejarah berasal daripada usul monograf
Arab,(tulisan,
(keturunan,
perkataan huraian
salasilah
“syajaratun” , rencana)
yang atau makalah.
bererti pokok.
Peristiwa
Sejarah juga dikaitkan dengan yangriwayat,
salasilah, benar-benar berlaku
keturunan danpada
asalwaktu
usul. yang lampau , kisah, riwayat dan

Dalam Bahasa Inggeris, sejarah ialah history:


History bererti cerita tentang seseorang
Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani , historia yang bererti penyelidikan

1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan

Sejarawan Pandangan
Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan
Herodotus
serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-
E.H.Carr faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini
dengan masa lampau.
Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, peradaban dunia
Ibn Khaldun
dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku.
Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada
Khoo Kay Kim
masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang.
Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan
Muhd Yusof Ibrahim ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa
yang lalu.

1
1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah

 Masa silam – rentetan peristiwa yang  Ruang dalam sejarah yang luas
telah berlaku. mendorong sejarawan membahagikan
 Kronologi – mengikut urutan masa dari penulisan mereka kepada tema tertentu
awal hingga yang terakhir dan bergerak seperti politik, ekonomi dan sosial bagi
mengikut satu garisan lurus memudahkan sejarawan melakukan
 Dekad – jangka masa 10 tahun penyelidikan sebelum membuat
 Abad – jangka masa 100 tahun penulisan sejarah.
 Alaf – jangka masa 1000 tahun
 Konsep masa juga boleh diukur
mengikut zaman seperti Sebelum Masihi
(SM) dan Masihi (M). Zaman Masihi
bermula dengan kelahiran Nabi Isa.

1.4 Sumber Sejarah

Sumber Pertama Sumber Kedua


a. Dikenali juga sebagai sumber primer a. Dikenali juga sebagai sumber sekunder
b. Belum diolah atau diterbitkan b. Bahan yang telah diolah dan diterbitkan
c. Bersifat asli c. Bahan tersebar kepada umum
d. Belum ditafsir d. Contohnya:
e. Contohnya:  Buku
 Fosil  Akhbar
 Artifak – peralatan ciptaan manusia  Majalah
yang digunakan untuk perburuan,  Jurnal
pertanian dan perdagangan.  Ensiklipedia
Peralatan ini diperbuat daripada  Risalah
batu, kaca dan logam
 Bukan artifak – data arkeologi
berkaitan dengan budaya manusia
yang terdapat di bawah tanah dan di
atas permukaan tanahseperti dinding
gua, dinding kota dan struktur
binaan.
 Batu bersurat
 Keterangan lisan
 Dokumen rasmi
 Manuskrip
 Fail rasmi jabatan
 Surat peribadi
 Diari

1.5 Penyelidikan dalam Sejarah

Kaedah Huraian
Bertulis  kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau
ditulis
 di Asia Tenggara, tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada
kulit kayu, gading dan daun lontar.
 Boleh dilihat pada catatan harian seseorang, fail kerajaan dan catatan pengembaraan.
 Proses kaedah bertulis:
Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi

2
Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut
(sejarawan mentafsir maklumat dengan bantuan ahli paleografi dan epigrafi)

Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh

Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan


komunikasi serta peralatan arkeologi)

Menganalisis
Lisan  Merupakan proses mendapat maklumat melalui temu bual
 Tokoh yang dipilih untuk ditemu bual dikenali sebagai orang sumber
 Orang sumber biasanya terdiri daripada mereka yang memberikan maklumat melalui
pemerhatian dan pengalaman sendiri.
 Tahap kaedah lisan:

Tahap Pertama: Persediaan


 Menentukan tokoh
 Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual
 Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah

Tahap Kedua: Rakaman temu bual


 Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak
mungkin perkara yang dikaji terutama dengan meneliti sumber
bertulis dahulu
 Meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan menghargai
tujuan pengkajian

Tahap Ketiga: Memproses rakaman


 Membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman
 Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis
 Menyimpan rakaman dengan baik

Arkeologi  Merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah
daripada bahan tinggalan sejarah
 Antara bahan tinggalan sejarahyang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi
termasuklah fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.

Arkeologi Bawah Air


 Arkeologi bawah air ialah kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang
terdampar di dasar laut, sungai atau tasik

3
1.6 Tasiran dalam Sejarah
A. Apakah tafsiran dalam sejarah?
 Menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan
dengannya.
B. Mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah?
 Perbezaan wujud disebabkan:
a. Pemilihan sumber yang pelbagai
b. Perbezaan pandangan
c. Perbezaan ideologi
d. Tujuan penulisan
C. Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah?
 Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang
mempunyai bukti yang kukuh
 Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza
 Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan
menggunakan pelbagai sumber sejarah
D. Apakah contoh tafsiran dalam sejarah?
 Peristiwa penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan.
a. Pengkaji tempatan melihat faktor kebangkitan beliau disebabkan oleh penentangan
peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang diperkenalkan oleh pihak British membebankan
orang ramai.
b. Pengkaji Barat pula menganggap kebangkitan Tok Janggut sebagai pemberontakan.

1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah


a. Mengenal asal usul
Kita akan dapat mengenal asal usul keluarga dan negara kita. Kita juga dapat memahami adat istiadat,
tradisi dan budaya bangsa kita.

b. Mengambil iktibar
Sejarah membawa pengajaran dan iktibar daripada peristiwa lalu. Mereka yang tidak mempelajari
sejarah berkemungkinan akan mengulangi kesilapan masa lalu.

c. Memupuk patriotisme
Menghargai warisan negara untuk dihayati oleh generasi akan datang. Hal ini dapat menyemai rasa cinta
akan negara dan menaikkan semangat patriotik

d. Mengukuhkan perpaduan
Penting kepada generasi kini dalam meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di
negara kita. Sejarah juga mampu menjadi sumber kesedaran kapda masyarakat dalam menjaga dan
meneruskan adat resam dan tradisi kita.

e. Membangunkan negara dan bangsa


Dapat mengekal kegemilangan yang dicapai oleh negara. Kita juga akan lebih memahami budaya dahulu
dan budaya kini untuk dijadikan perbandingan bagi membangunkan negara dan bangsa pada masa akan
datang

f. Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah


Pemikiran kritis dan analitis dapat ditingkatkan. Kita dapat membuat tafsiran terhadap sesuatu perkara
dan akan mendorong seseorang memahami peristiwa sejarah dengan lebih empati.

Anda mungkin juga menyukai