Anda di halaman 1dari 11

Ulangkaji sejarah

Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah
1.1 Definisi Sejarah
• 1) Secara umum: Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu

2) Bahasa Melayu
-Istilah Sejarah berasal dari perkataan Arab, “syajaratun” yang bererti pokok.
-Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul

3) Kamus Dewan
-Asal usul (keturunan), salasilah
-Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo
-Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu

4) Bahasa Inggeris
-History bererti cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani,
historia yang bererti Penyelidikan.
1.2 Pengertian Sejarah Mengikut
Pandangan Sejarawan

1) Herodatus
-Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa

2) E H Carr
-Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan
antara masa kini dan masa lampau

3) Ibn Khaldun
-Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia & perubahan-perubahan yang
berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu

4) Khoo Kay Kim


-Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku

5) Muhd Yusof Ibrahim


-Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan cacatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang
berlaku pada suatu masa yang lalu
1.4 Sumber Sejarah

a) Sumber primer
i. Sumber belum diolah
ii. Bersifat asli
iii. Belum ditafsir
iv. Contoh: Fosil, artifak, bukan artifak, batu bersurat, keterangan lisan, manuskirp, dokumen rasmi, fail
rasmi jabatan, surat peribadi, diari

b) Sumber Sekunder
i. Bahan yang diolah dan diterbitkan
ii. Bahan tersebar kepada umum
iii. Contoh: Buku, akhbar ,majalah, jurnal, ensiklopedia ,risalah

Sumber Sejarah
a) Artifak
b) Bukan Artifak
c) Ensiklopedia
1.5 Penyelidikan Dalam Sejarah

Kaedah Betulis
i. Mengenal pasti sumber
ii. Mendapat dan mengesahkan sumber
iii. Mengumpul dan menyimpan
iv. Menggunakan peralatan yang sesuai
v. Menganalisis

Kaedah Lisan
i. Tahap Pertama: Persediaan
ii. Tahap Kedua: Rakaman Temu Bual
iii. Tahap Ketiga: Memproses rakaman

Kaedah Arkeologi
i. Perancangan grid
ii. Menandakan kawasan
iii. Ekskavasi
iv. Pemunggahan & pengisihan
v. pembersihan
vi. pengkatalogan
vii. penganalisisan
1.6 Tafsiran Dalam Sejarah

a) Definisi
-menerangkan fakta sejarah berdasarakan sumber berkaitan

b) Kepentingan
– menggalakkan penggunaan pelbagai sumber
-dapat menilai peristiwa yang sama dari sudut berbeza
-berfikiran terbuka

c) Faktor wujud Perbezaan tafsiran


– sumber pelbagai
– perbezaan pandangan
– perbezaan ideologi
– tujuan penulisan
1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah

1. Mengenal asal usul
2. Mengambil ikhtibar
3. Memupuk patriotisme
4. Mengukuhkan perpaduan
5. Membangunkan negara dan bangsa
6. Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah
Sejarah Tingkatan 1 Bab 2 Zaman Air Batu
• 2.1 Dunia Kita
– Ahli sains menjangkakan bahawa usia bumi melebihi 4.6 billion
tahun
– Bumi telah mengalami perubahan dari segi iklim dan fizikal
-Iklim telah mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi
daratan dan lautan
• I
a) Zaman Air Batu ialah garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun
b) Pada akhir Zaman Air Batu, bumi mengalami proses pengglasieran
c) Perubahan iklim dunia kepada suhu panas telah menyebabkan berakhirnya Zaman Air Batu

1) Zaman Miosen
– berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu
– gunung-ganang terbentuk secara fizikal
– mamalia, hidupan di laut dan di air telah wujud di bumi
– Suhu dunia panas dan kering

2) Zaman Pliosen
– berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu
– berlaku penyejukan global Zaman Miosen yang lebih panas
– Dataran tinggi tebentuk
• 3) Zaman Pleistosen
– berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000 tahun
– glasier utama berlaku sebanyak 11 kali
– manusia mengetahui cara membuat api
– kebanyakan binatang yang wujud pada ketika itu masih kekal hingga kini

4) Zaman Holosen
– berlaku sejak 10,000 tahun dahulu hingga kini
– berlaku kemajuan dalam kehidupan manusia
– manusia telah mengetahui cara mendapatkan makanan melalui aktiviti
pertanian
– roda dan tulisan kuneiform dicipta kira-kira 5,500 tahun dahulu

Anda mungkin juga menyukai