Anda di halaman 1dari 9

Bab 1 : Mengenali Sejarah

1.1 Pengertian Sejarah


1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan

1. Secara umumnya , sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Peristiwa
ini dikaji oleh sejarawan yang merupakan ahli sejarah yang menyelidik rekod-
rekod lalu.
a. Berikan pengertian sejarah dalam Bahasa Melayu. (2 markah)
Pengertian sejarah dalam Bahasa melayu berasal dari perkataan Arab iaitu
Syajaratun yang membawa maksud pokok.

b. Berikan pengetian dalam Bahasa Inggeris (2 markah)


Dalam Bahasa Inggeris, sejarah ialah history iaitu cerita tentang seseorang
yang berasal dari perkataan Yunani iaitu historia.

c. Apakah pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan berikut?


i. Muhd Yusof Ibrahim ( 2markah)
Sejarah merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu
peristiwa yang berlaku pada masa yang lalu.

ii. Ibn Khaldun (2 markah)


Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia dan
peraadaban dunia dan perubahan yang berlaku pada sifat
masyarakat itu.

iii. Khoo Kay Kim ( 2markah)


Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku.
Ia mendorong kita memahami apa yang berlaku pada masa kini.

iv. Herodotus (2 markah)


Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan
mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatau peristiwa.
1.3 Masa silam dan ruang dalam sejarah
2. Ruang atau garis masa dalam sejarah amat penting untuk menentukan peristiwa yang
berlaku.
a. Tempoh berikut mengandungi ( 3 markah)
i. Abad = 100 tahun
ii. Alaf = 1000 tahun
iii. Dekad = 10 tahun

b. Berikan maksud untuk kronologi


Rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut masa dari awal
hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garis masa.
(2 markah)
c. Nyatakan peristiwa yang ada kaitan dengan kemunculan Zaman Masihi.

kelahiran Nabi Isa AS (2 markah)

d. Salah satu tempoh sukar yang dilalui oleh penduduk Tanah Melayu ialah Zaman
Darurat ( 1948-1960). Senaraikan tiga kehidupan rakyat pada zaman Darurat.
Tiga kehidupan rakyat pada zaman Darurat ialah berada dalam keadaan
ketakutan, pegerakkan terbatas dan juga kawalan keselamatan yang terlalu
ketat.
(3 markah)
Latihan pengukuhan

1. Padankan pengertian sejarah berikut berdasarkan nama tokoh yang diberi ( 3 markah)

Pengertian Tokoh

Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab Ibn Khaldun


berlakunya sesuatu peristiwa

Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai Herodotus


sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa yang lalu

Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, Muhd Yusof Ibrahim


atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan
yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu

3. Nyatakan istilah berikut berdasarkan maksud yang diberi ( 5 markah)

Dekad Zaman Masihi kronologi Kurun / abad

Istilah maksud
pentarikhan
ABAD Jangka waktu seratus tahun
ZAMAN Jangka masa tertentu yang mempunyai ciri istimewa atau
pertalian masa
MASIHI Tahun atau kurun yang dihitung sesudah kelahiran Nabi Isa.
KRONOLOGI Berurutan mengikut masa kejadian
DEKAD Jangka masa sepuluh tahun

Latihan pengukuhan
1.3 Sumber Sejarah

Sumber Sejarah

Sumber Primer Sumber Sekunder

Maksud : Maksud:

i. Belum diolah i. Telah dioalah


dan diterbitkan
ii. Bersifat asli
ii. Bahan tersebar
iii. Belum ditafsir kepada umum

Contoh sumber: Contoh sumber:

Fosil, artifak, bukan artifak, Akhbar, jurnal, majalah,


surat peribadi, keterangan surat khabar, risalah,
lisan, diari, batu bersurat, ensiklopedia, buku
dokumen rasmi, manuskrip

4. Kategorikan sumber-sumber sejarah berikut sama ada sumber primer atau sumber
sekunder. ( 4 markah)
Risalah Batu bersurat Manuskrip Majalah
Diari Akhbar Surat peribadi Ensiklopedia

Sumber Primer Sumber Sekunder


1. Diari 1. Risalah
2. Batu bersurat 2. Akhbar
3. Manuskrip 3. Majalah
4. Surat peribadi 4. Ensiklopedia

1.5 Penyelidikan dalam sejarah


Kaedah penyelidikan sejarah

1. Kaedah bertulis 2. Kaedah Lisan


a. Maklumat diperoleh terus
i. Di tulis daripada responden secara
ii. Di pahat lisan tentang
i. _pemerhatian _
ii. pengalaman sendiri_
i. Dinding gua
ii. Kulit kayu b. tiga tahap kaedah lisan:
iii. Daun lontar i. persediaan
iv. Batu ii. rakaman temu bual
v. Gading iii. memproses rakaman
vi. Catatan seharian
vii. Fail kerajaan
viii. Catatan
pengembaraan

3. kaedah Arkeologi
a. maklumat diperoleh daripada :_bahan tinggalan sejarah

b. bahan yang diperoleh melalui kaedah ini termasuklah:

i. Fosil
ii. tembikar
iii. binaan batu
iv. bahan logam

5. Kenal pasti kaedah penyelidikan yang sesuai bagi tujuan (3 markah)


Maklumat Kaedah penyelidikan sejarah
Murid murid Tingkatan 1 UKM SMK Seri Kaedah lisan
Perling di arah mengkaji ketokohan Pengetua
sekolah mereka.
Rahimah dan Mei Ling hendak menyiapkan Kaedah bertulis
tugas tentang Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Johor
Professor Ahmad Zikri menjalankan kajian kaedah Arkeologi
tentang masyarakat Zaman Prasejarah di Kota
Tampan, Perak

Bahagian B (soalan Sturuktur)


1. Sumber sejarah terbahagi kepada dua, iaitu sumber primer dan sumber sekunder.
a. Senaraikan dua contoh sumber primer dan sumber sekunder.
i. Sumber primer
batu bersurat, fosil
( 1markah)
ii. Sumber sekunder
Buku teks, majalah
(1markah)
b. Jelaskan ciri-ciri sumber primer dan sekunder.
i. Sumber primer
Dua ciri sumber primer ialah belum diolah, bersifat asli dan belum ditafsir
( 2markah)
ii. Sumber sekunder
Dua ciri sumber sekunder ialah telah dioalah dan diterbitkan dan juga
bahan tersebar kepada umum

( 2markah)
c. Apakah kepentingan sumber sejarah dalam penyelidikan dan penulisan sejarah?
sumber sejarah penting untuk mencari maklumat dan bukti yang sahih tentang
sesuatu peristiwa . sumber sekunder pula penting untuk membuat perbandingan
dapatan penyelidikan sejarah dan membantu untuk mendapatkan maklumat
dan fakta untuk membuat tafsiran

(4 markah)

2. Penyelidikan dalam sejarah dilakukan mengunakan kaedah arkeologi


a. Apakah yang di maksudkan dengan kaedah arkeologi?
Kaaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah
daripada bahan tinggalan sejarah
(2 markah)

b. Berikan empat contoh bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah ini.
Fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu
(2 markah)
c. Nyatakan proses pelaksanaan kaedah aekeologi di makmal arkeologi.
i. Pemunggahan dan pengisihan
ii. Pembersihan
iii. Pengkatalogan
iv. penganalisisan
(4 markah)
d. Nyatakan kepentingan penganalisisan.
i. Membolehkan pengkaji mendapat maklumat mengenai bahan tinggalan
tersebut
ii. Membolehkan pengkaji mengira jangka masa kewujudan bahan tinggalan
tersebut
iii. Membolehkan pengkaji mengetahui perkembangan masyarakat pada
waktu tersebut
(2 markah)

Latihan pengukuhan
1.6 Tafsiran dalam sejarah

1. Tafsiran dalam sejarah bermaksud menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah
berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
a. Apakah tafsiran dalam sejarah?
Menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber
yang berkaitan dengannya.
(2 markah)
b. Mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah?
Perbezaan tafsiran wujud disebabkan oleh pemilihan sumber yang pelbagai,
perbezaan pendangan, perbezaan ideologi dan tujuan penulisan.
( 4markah)
c. Pada pendapat anda apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah?
Tafsiran penting kerana menggalakkan kita menggunkan pelbagai sumber
dalam penulisan, mengajak kita menilai sesuatu peristiwa dari sudut yang
berbeza dan mendorong kita berfikir secara terbuka dan kritis
( 3markah)
d. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan contoh tafsiran dalam sejarah
Penentangan Tok Janggut di Paser Putih
Pengkaji tempatan: kebangkitan beliau disebabkan penentangan terhadap
peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang membebankan orang ramai
Pengkaji barat : faktor kebangkitan beliau sebagai suatu pemberontakan
( 2markah)
1.7 Kepentingan mempelajari sejarah

1. Huraikan 6 kepentingan mempelajari sejarah


i. Mengenal asal usul
Huraian :
mengetahui susur galur keturunan semua ahli keluarga sejak zamn
moyang lagi
ii. Mengambil iktibar
Huraian :
Mempelajari melalui peristiwa masa lampau dan tidak mengulang
kesilapan masa lalu
iii. Memupuk patriotisme
Huraian :
Menanam rasa cinta kepada negara apabila mengetahui susah
payah pejuang terdahulu

iv. Mengukuhkan perpaduan


Huraian :

Menyemai perasaan hormat terhadap kaum lain dengan cara


memahami budaya mreka.

v. Membangunkan negara bangsa


Huraian
Menyumbang kepada pembentukan negara dan bangsa pada masa
akan datang kerana mengetahui perbezaan antara budaya dahulu
dan kini
vi. Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah
Huraian:
Meningkatkan pemikiran kritis dan analitis dengan mempelajari
sejarah kerana sejarah melatih kita untuk memahami sesuatu dan
membuat tafsiran.

Anda mungkin juga menyukai