Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Bagaimanakah konsep sejarah di celah ini boleh muncul dalam arena sejarah?

Persoalan ini yang harus diperjelaskan oleh sarjana Asia Tenggara dalam penulisan sejarah.

Sebelum ini sejarah di seluruh rantau Asia Tenggara hanya diperkenalkan sebagai sejarah

nasional iaitu sejarah yang merangumi aspek politik, ekonomi dan teras budaya dalam proses

pembinaan bangsa di sesebuah negara. Oleh itu, kedudukan sejarah nasional ini telah

diangkat tinggi oleh pemerintah tempatan dan pemerintah kolonial dengan menjadikan

subtopik mata pelajaran sejarah dalam buku teks di sekolah-sekolah yang berpusat pada

sejarah nasional .1 Oleh itu, pelajar-pelajar hanya didedahkan dengan sejarah nasional namun

sejarah ini mempunyai banyak kelemahan dan kelompongan yang tidak dapat ditutup oleh

sarjana seperti hanya tertumpu kepada pihak yang menang dan kalah diketepikan, dikuasai

oleh golongan majoriti, bergantung kepada sejarah global dan tiada konsep sendiri serta

hanya tertumpu pada bidang politik sahaja.2 Contohnya, sejarah nasional di Asia Tenggara

hanya memfokuskan aspek politik dalam proses pembinaan dan kemajuan sesebuah negara

itu yang sering ditonjolkan dalam penulisan sejarah nasional seperti pengasas negeri-negeri,

kebangkitan nasionalisme, pembinaan sistem politik, konflik dan rebutan kuasa serta

kedudukan dan pemerintahan raja.3

Namun begitu, bagaimana pula dengan aspek yang lain dalam kehidupan manusia

seperti ekonomi, budaya, seni dan agama ini? Malangnya, aspek-aspek ini tidak diberi

penekanan dalam penulisan sejarah Asia Tenggara ini turut memberi sumbangan pada

pembentukan dan kemajuan Asia Tenggara. Contohnya, aspek ekonomi di Thailand yang

1 John D Legge, “Writing of Southeast Asian History”. Dalam: The Cambridge History of Southeast Asia jil 1.
Disunting oleh Nicholas Tarling (peny.). (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 5.
2 Abu Talib, “Writing at the Interstices: Southeast Asian Historian and Post-national History in Southeast
Asian.”. Dalam: New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 5.
3 Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 15.

1
banyak memberi sumbangan kepada negara Thailand dengan meningkatkan kemajuaan

ekonomi negara itu melalui sektor pertanian. Namun begitu, dalam sejarah nasional ini hanya

menyatakan secara umum tentang aktiviti ekonomi yang ada di negara Thailand ini dan ia

tidak menerangkan secara terperinci tentang kawasan-kawasan yang terlibat dalam

penghasilan penanaman padi yang terbesar ini. Disebabkan pelbagai konflik dan isu yang

timbul dalam sejarah nasional ini menyebabkan seorang sarjana dari Thailand iaitu

Thongchai Winnichakul telah membuat keputusan untuk memperkenalkan satu konsep baru

yang baru diciptanya iaitu konsep sejarah di celah. Mengapakah beliau memperkenalkan

konsep baru ini dalam bidang sejarah? 4

KONSEP SEJARAH DI CELAH

Apakah yang dikatakan sebagai sejarah di celah itu sebenarnya? Sejarah di

celah merupakan sejarah yang tidak tercatat dalam sejarah nasional atau sejarah yang

terpinggir daripada naratif sejarah nasional dan ini telah menukarkan cara pemikiran

masyarakat tentang naratif negara seterusnya membuka peluang untuk membuat pealihan

sejarah.5 Hal ini demikian kerana sejarah di celah ini merupakan sejarah yang berkaitan

dengan kelompok minoriti di sesebuah negara, kewujudan mereka tidak mendapat perhatian

daripada kelompok majoriti menyebabkan sejarah mereka tidak mendapat perhatian dalam

penulisan sejarah nasional. Jadi sejarah di celah ini telah ditindas oleh sejarah nasional yang

telah merentasi identiti kebangsaan dan sejarah negara itu sendiri dengan mengkaji sejarah

tempatan berdasarkan intipati kenegaraan setiap tingkat feudal. Selain itu, kajian etnologi dan

geografi yang merangkumi aspek budaya, agama, ruang minoriti dan tempoh masa serta

sensitifviti bagi perbezaan budaya, perubahan bahasa, ruang atau geografi, pemikiran dan

4 Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 4.
5 Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 11.

2
agama.6 Ironinya sejarah yang dipinggirkan ini perlu dikaji dengan lebih khusus oleh ahli

sejarah di setiap negara di Asia Tenggara.

Konsep sejarah ini diperkenalkan untuk mengantikan tempat sejarah nasional yang

sering digunakan oleh ahli sejarah. Oleh itu, sarjana Thongchai Whinnichakul mahu ahli

sejarah membiasakan diri dengan menggunakan konsep budaya dan konsep sains sosial

dalam melakukan kajian mereka bagi mengelakkan masalah berat sebelah dalam sesebuah

sejarah.7 Selain itu, dalam sejarah di celah ini juga konsep sejarah margin dan sejarah

penyempatan telah diketengahkan dan menjadi perkara yang penting dalam menghasilkan

sesebuah sejarah. Persoalannya menggapa konsep sejarah margin dan sejarah penyempatan

ini penting dalam konsep sejarah di celah?

SEJARAH MARGIN

Sejarah margin atau lebih dikenali sebagai sejarah yang terpinggir atau disebalik

tadbir atau sejarah yang digelapkan oleh sejarah nasional. Pelbagai istilah yang boleh

digunakan untuk mengambarkan sejarah margin ini. Tapi benarkah istilah-istilah yang

digunakan ini untuk mengambarkan tentang apa itu sejarah margin? Margin merupakan

konsep yang sesuai untuk meneroka kualiti imaginatif dan pembentukan budaya tempatan

atau global dengan lebih spesifik. Hal ini kerana setiap negara di rantau ini mempunyai

sejarah yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, perbezaan yang wujud

dalam sejarah inilah yang dikenali sebagai had-had dalam pensejarahan. 8 Selain itu, sarjana

Anna Tshing juga menyatakan bahawa sejarah margin itu bukanlah sejarah geografi atau

lokasi dekriptif. Sebaliknyan istilah margin yang digunakan oleh sarjana Anna Tshing adalah

untuk merujuk kepada sebuah petempatan yang dianalisis untuk menjelaskan bahawa kedua-

6 Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 23.
7O. W. Wolters, History, Culture, And Region in Southeast Asian Perspectives, (New York: Southeast Asia
Program Cornell University Ithaca, 1999), hlm. 108.
8 Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 10.

3
dua pihak mengekang budaya yang telah diserap, kualiti pengecualian menindas budaya,

potensi kreatif serta menghidupkan dan mengatur semula kategori yang mengwujudkan

sesebuah kumpulan.9

Namun begitu, sejarah margin merupakan sejarah yang mengkaji tentang sejarah yang

tidak dikaji oleh sejarah nasional yang berkaitan dengan geografi dan bukan geografi. Oleh

itu, sejarah lokasi berperanan untuk mengkaji geografi, budaya dan tempoh masa sebelum

sesebuah negara itu menjadi bangsa atau tidak menjadi bangsa. Contohnya dari aspek

geografi yang berlaku di wilayah seperti Karen, Mon, Kachin, acheh dan Irian Jaya

merupakan wilayah yang terasing daripada negara yang merdeka. Oleh itu, golongan minoriti

dalam setiap wilayah ini telah berusaha untuk memperjuangkan sejarah autonomi dan

menentang integrasi untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam proses pembinaan

bangsa. Hal ini kerana sejarah minoriti ini telah ditindas oleh sejarah nasional sehinggakan

sejarah minoriti ini terus dilenyapkan daripada tercatat dalam negara bangsa. Seterusnya

kajian terhadap bukan geografi yang merangkumi aspek etnik dan agama bagi kelompok

monoriti di negara Asia Tenggara. Bagaimanakah etnik dan agama dapat membentuk

kewarganegaraan, diskriminasi, pengecualian dan penindasa terhadap golongan minoriti?

Melalui pembentukan kewarganegaraan dalam masyarakat Patani di Thailand mereka

terpaksa mengalami perubahan bangsa melalui proses pengsiam iaitu seluruh masyarakat

Patani kini dikenali sebagai rakyat Siam dan berwarganegarakan Thailand. Kesan daripada

proses perubahan bangsa ini menyebabkan negara Patani telah hilang asal usul sejarah

mereka yang tersendiri dan kini hanya dikenali sebagai sejarah Thailand yang telah

diperkenalkan kepada lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.10

9 Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 15.
10 Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 12.

4
Seterusnya kajian sejarah margin ini telah dibahagikan kepada dua iaitu sejarah

tempatan dan sejarah national. Sejarah tempatan ini telah dikaji dan dihasilkan oleh ahli

sejarah tempatan kerana penghasilan ahli sejarah tempatan ini lebih baik kerana mereka lebih

memahami mengenai budaya, bahasa dan lokasi tempat sejarah itu. Ahli sejarah tempatan ini

hanya menceritakan tentang masyarakat tempatan tanpa campur tangan daripada pihak luar

kerana masyarakat yang terdiri dalam sejarah tempatan ini adalah golongan minoriti dalam

sesebuah negara. Selain itu, sejarah tempatan juga boleh berubah menjadi sejarah nasional

sekiranya ia berkongsi dengan sejarah umum terlebih dahulu. Oleh itu, sejarawan perlu peka

dan mempunyai kemahiran dalam mengkaji dan menghasilkan sejarah tempatan agar tidak

bergantung atau berpusat pada sejarah nasional. Jadi sejarawan perlu meletakkan skop kajian

yang lebih kecil bagi memudahkan ahli sejarah untuk membuat kajian dengan lebih terperinci

terhadap sesuatu kajian dan lebih mudah untuk ahli sejarah mengenalpasti bukti-bukti yang

berkaitan dengan sesuatu sejarah itu.11 Namun begitu, berbeza pula dengan sejarah nasional

yang tergolong daripada mereka yang berkuasa, menang dan elit. Sejarah nasional ini telah

dikaji oleh ahli sejarah barat yang telah memasukkan unsur pemikiran barat dalam penulisan

sejarah nasional yang jauh beza daripada luar pemikiran masyarakat tempatan. Hal ini

demikian kerana ahli sejarah barat telah menggunakan konsep-konsep dari luar untuk

menonjolkan penulisan sejarah nasional itu seperti konsep fudelisme, nasionalisme. Selain

itu, penulisan sejarah nasional yang dihasilkan oleh barat ini lebih bersifat bias apabila

mereka lebih menonjolkan pihak-pihak kolonial yang telah banyak memberikan sumbangan

kepada kemajuan Asia Tenggara dengan mengagung-agungkan nama mereka dalam penulisan

sejarah nasional. Malah pemerintah-pemeritah tempatan seperti raja dan bendahara telah

dipinggirkan dengan dijadikan watak sampingan dalam penulisan sejarah nasional. Oleh itu,

perkara ini telah memberi kesan kepada masyarakat tempatan terutamanya masyarakat

minoriti kerana hak mereka telah dinafikan oleh pihak kolonial. Jelaslah bahawa sejarah
11 John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 40.

5
nasional ini hanya mengkaji sesuatu sejarah itu secara umum dan menyeluruh, ia tidak

mengkaji sesebuah sejarah itu secara khusus menyebabkan timbulnya pelbagai isu mengenai

sejarah nasional ini membuatkan mereka berasa keliru dengan kajian mereka. Ironinya,

menyebabkan munculnya beberapa andian yang mencabar intipati negara yang sekali gus

dapat mengubah pemikiran masyarakat tentang naratif kebangsaan dan berpeluang untuk

melakukan peralihan daripada sejarah nasional.12 Namun bagaimanakah peluang itu dapat

digunakan untuk mengubah pemikiran masyarakat?

SEJARAH PENYETEMPATAN

Sejarah penyetempatan adalah menempatkan sesuatu bukan pada tempat asalnya

seperti yang berlaku dalam kajian sejarah Asia Tenggara yang mana sarjana barat hanya

mentafsir sahaja sejarah tempatan, mereka tidak mengkaji secara terperinci. Selain itu,

melalui sejarah penyetempatan ini telah berlakunya proses globalisasi yang boleh dilihat

dimana-mana sahaja malah proses ini dilihat sebagai satu alternatif yang sangat baik kerana

telah membawa sejarah tempatan ke arah yang lebih baik kerana proses globalisasi ini turut

mempengaruhi keadaan tempatan.13 Oleh itu, kesan daripada proses globalisasi ini telah

membawa kepada variasi tempatan yang telah menyebabkan berlakunya pertembungan

budaya seperti sintesis, pengubahsuaian, sesaran dan pengantian pada sesebuah tempatan.

Namun begitu, semasa proses penyetempatan ini berlaku, budaya di sesebuah negara itu tidak

akan digantung atau dihapuskan. Hal ini demikian kerana proses penyetempatan ini telah

melibatkan aspek budaya, pengetahuan serta sains dan teknologi. Ironinya, satu pengaruh

globalisai yang lebih awal dari India telah datang dan masuk ke dalam Asia Tenggara. Hal ini

menyebabkan kebanyakkan sejarawan beranggapan bahawa Asia Tenggara telah dijajah dan

dikuasai oleh pengaruh imperialisme India melalui proses indialisasi. 14 Namun begitu,
12 John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 41.
13 Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 13.
14 O. W. Wolters, History, Culture, And Region in Southeast Asian Perspectives, (New York: Southeast Asia
Program Cornell University Ithaca, 1999), hlm. 108.

6
sejarawan telah disedarkan bahawa Asia Tenggara tidak pernah dijajah oleh kuasa India

namun mereka sebenarnya telah diindianisasikan melalui budaya. Hal ini berlaku kerana

pengaruh India mahu menunjukkan telah lama berada dalam budaya tempatan namun budaya

ini tidak begitu ketara dan tidak memainkan peranan dengan sebaiknya dalam proses

“transcultur”. Pada hakikatnya kedatangan proses Indialisasi ini bukanlah secara jajahan

seperti yang diperkatakan oleh ahli sejarawan itu tetapi proses ini datang ke Asia Tenggara

secara berperingkat-peringkat melalui budaya yang diamalkan oleh masyarakat Asia

Tenggara.15

Oleh itu, terdapat dua golongan yang bertanggungjawab terhadap proses Indialisasi

ini iaitu golongan genius tempatan atau orang yang aktif di tempatan. Golongan ini

berperanan untuk menerima budaya Indialisasi dan menyesuaikan unsur-unsur budaya India

ini dapat dimuatkan ke dalam budaya tempatan. Seterusnya adalah peranan ahli sejarah yang

bertanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat tempatan bahawa pengaruh India dalam

budaya tempatan adalah luas. Namun, orang India tidak pernah mengambil kesempatan untuk

menjadikan Asia Tenggara sebagai sebuah negara India atau menjalankan proses pembaratan

iaitu Euro Amerikan di Asia Tenggara. Ahli sejarah juga menyatakan bahawa proses

globalisasi tidak akan berlaku jika proses penyetempatan tidak wujud. 16Di samping itu, Humi

Bhaba juga telah menyambut pertemuan yang telah berlaku di lokasi sebagai “di antara” atau

“di luar” yang merupakan laman web atau detik-detik transformasi budaya yang telah

bergerak aktif dengan pengaruh transnasional dalam masyarakat tempatan. Namun, laman

web in telah di pinggirkan daripada arus perdana budaya, tetapi mereka masih oleh

menghantar perubahan kepada alam budaya keseluruhan. Di samping itu, sejarah

penyetempan ini juga merupakan sumbangan utama kepada bidang “ethnology” dan

“theoretical”. Hal ini demikian kerana global menunjukkan bahawa satu fenomena yang besar

15 John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 8.
16 John D Legge,: The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 9.

7
menyebabkan berlakunya tekanan sehinga global dan tempatan telah menjadi pasangan yang

terpisah.17 Sejauhmanakah proses penyetempatan ini berkesan dalam kajian ethnologi dan

juga secara teorinya?

SIAPAKAH YANG LAYAK MENULIS SEJARAH DICELAH

Sejarah di celah ini telah dipertanggungjawabkan kepada golongan “home Scholar”

atau “historian of the home”. Golongan ini merupakan golongan yang layak untuk mengkaji

tentang sejarah di celah kerana mereka sangat pakar dan mempunyai kemahiran yang tidak

dapat dinafikan oleh sesiapa lagi dalam bidang sejarah. Golongan ini merupakan mereka

yang menetap di kawasan tersebut tetapi tidak semestinya orang tempatan. Hal ini demikian

kerana orang luar juga turut berpeluang untuk mengkaji dan menulis tentang sejarah di celah

sekiranya mereka mampu untuk menguasai bahasa, budaya dan adat resam masyarakat

tempatan. Apabila orang luar ini sudah mahir dengan bahasa orang tempatan pasti mereka

juga mampu untuk menguasai budaya orang tempatan itu juga namun hak orang tempatan

untuk mengkaji sejarah di celah ini turut tidak dinafikan. Hal ini demikian kerana memang

wajar jika penulisan ini dihasilkan oleh sarjana tempatan namun penulisan sarjana tempatan

tidak semestinya berperspektifkan Asia Tenggara seperti yang dihujahkan oleh Smail bahawa

perspektif tidak ditentukan oleh keturunan atau asal usul pengkaji tetapi penulisan yang

dititik beratkan adalah penulisan yang dapat diasingkan daripada unsur bias. 18 Hal ini

demikian kerana penulisan yang dihasilkan itu bukan lah sejarah yang bersimpati kepada

orang Asia Tenggara yang cuba untuk menutup segala kesalahan yang telah dilakukan oleh

rakannya dan mendedahkan segala kesalahn yang telah dilakukan oleh pihak lawannya. Di

sini telah menunjukkan perbezaan serta kelebihan tentang perspektif Asia Tenggara yang

terletak pada sudut penglihatan sejarah yang telah memberi tempat utama kepada orang Asia

17 Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. ( Universiti Singapura, 2003), hlm. 14.
18 Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. ( Universiti Singapura, 2003), hlm. 16.

8
Tenggara di atas pentas sejarah. Selain itu, terdapat juga perspektif dalaman yang bertujuan

untuk orang tempatan dapat mengikuti urutan atau naratif sejarah yang menonjolkan

kesinambungan masyarakat kini dengan masyarakat lampau melalui unsur-unsur keunikan

dalam dinamik evolusi masyarakat Asia Tenggara.

Golongan home scholar ini mampu menghasilkan sejarah di celah tanpa melakukan

pengadilan moral. Hal ini demikian kerana, golongan ini dapat membuat penilaian secara

objektif terhadap penulisan masing-masing. Kateria penilaian amat penting untuk menetukan

cara pembinaan naratif sejarah seseorang pengkaji agar tidak bersifat emosi ataupun subjektif

tetapi boleh mempertahankannya secara objektif.19 Oleh itu, di sini timbul persoalan terhadap

sejauhmanakah golongan home scholar ini mampu untuk mencapai pendirian berkecuali dan

objektif dalam penulisan mereka?

SEJAUHMANAKAH KONSEP INI MAMPU MENINGKATKAN KEMAJUAN

PENGAJIAN ASIA TENGGARA

Konsep ini mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara adalah melalui

mengwujudkan konsep atau teori baru dalam bidang sejarah. Sebagai contoh, paradigma

sejarah autonomi membawa pendekatan yang lebih bersifat sosiologi kerana pendekatan ini

lebih berfokuskan pada kajian susunan sosial dan amalan budaya yang dijadikan sebagai asas

autonomi dan kesinambungan. Oleh itu, pengkaji telah memindahkan pandangnya daripada

faktor luaran kepada faktor dalaman sesebuah masyarakat. Selain itu, para pengkaji juga telah

menggunakan sumber-sumber tempatan dan konsep-konsep yang datang daripada bahasa dan

budaya masyarakat tempatan. Hal ini telah dihuraikan oleh Craig Reynolds sebagai

pendekatan kajian yang menekankan sifat khusus kebudayaan sesuatu masyarakat. Sejarah

autonomi ini memberi kelebihan dalam karya sejarah dalam sejarah Asia Tenggara yang

19 Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 5.

9
diilhamkan oleh paradigma sejarah berteraskan autonomi masyarakat tempatan. Selain itu,

konsep autonomi ini menuntut dan mempercayai bahawa sifat autonomi ini bukan sahaja

wujud dalam minda ahli sejarah malah dalam masyarakat tempatan juga. Konsep autonomi

ini telah membawa maksud bahawa setiap masyarakat mempunyai ciri-ciri unik

sosiobudayanya. Ciri-ciri ini merupakan asas ketabahan masyarakat melibatkan interaksi

berterusan antara dinamik dalaman masyarakat dengan unsur-unsur luaran. Oleh itu, terdapat

beberapa kemusykilan yang telah dibincangkan dalam paradigma ini antaranya ialah

perubahan persepktif sejarah Asia Tenggara, pendekatan sejarah yang menekankan sudut

pandangan dalaman dan paradigm kajian sejarah digunakan untuk mendukung, nilai-nilai

sosial dan politik.20

Disamping itu, merubah prespektif sejarah Asia Tenggara dengan menghasilkan

semula sejarah Asia Tenggara yang baharu. Sarjana Bastin telah bersetuju dengan perubahan

persektif Asia Tenggara ini kerana presektif lama itu lebih memperbesarkan kepentingan

unsur-unsur barat berbanding masyarakat tempatan sehinggakan sejarah kolonial yang

mendominasi sejarah Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana kuasa-kuasa kolonial Eropah

sedang dalam proses pengunduran dari tanah jajahan di Asia Tenggara dan negara bangsa

baru sedang dibentuk oleh itu gelombang nasionalisme ini masih lagi kuat dalam

menghanyutkan masyarakat tempatan rantau ini. Selain itu, tulisan sejarah secara ilmiah dan

iktisas ketika itu juga masih didominasi oleh pihak barat yang dilatih dalam kaedah kajian

yang mengutamakan sumber rasmi dan bertulis daripada barat menyebabkan tulisan sejarah

ini dikongkong oleh sejarah barat. Oleh itu, seruan awal untuk pembaharuan perspektif

penulisan sejarah telah datang daripada sarjana asing seperti J. C van Leur, D. G. E. Hall dan

K. G. Tregoning. Mereka telah mengatakan bahawa tulisan sejarah Asia Tenggara yang

bersifat “Europe-centric” dan berspektif “luaran” harus diganti dengan penulisan dari

20 Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 9.

10
perspektif “dalaman” dan Asia-centric. Perubahan perspektif ini berterusan kerana mendapat

penglibatan daripada generasi pertama ahli sejarah professional tempatan yang telah

menerima pendidikan tinggi dan mula bertugas di universiti tempatan. Tregonning

menyatakan bahawa perubahan perspektif ini kerana orang tempatan telah dipinggirkan

dalam sejarah mereka sendiri dan ini bukan merupakan satu kesilapan yang kecil malah ia

wajar dibetulkan dengan menjadikan orang Asia sebagai fokus utama dalam kajian bukannya

orang barat.21

PENUTUP

21 Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 4.

11
Kesimpulannya, sejarah di celah ini merupakan sejarah yang telah mendapat tekanan

daripada sejarah nasionalisme yang menyebabkan sejarah itu menjadi sebuah sejarah yang

terpinggir. Namun sejarah yang dikaji tanpa memusat pada bidang politik semata-mata

sebaliknya dikaji secara menyeluruh mampu untuk meningkajatkan kemajuan pengajian Asia

Tenggara dengan memberi penekanan terhadap kajian tempatan dan sensitivity budaya

seterusnya hak sejarah tempatan tidak akan dinafikan. Malahan pengkajian sejarah di lakukan

dengan menggunakkan konsep sejarah di celah ini ia mampu untuk mempengaruhi sejarah

nasional sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, masyarakat tempatan

seharusnya tidak hanya menjadi pengikut orang barat semata-mata malah mereka seharusnya

mengambil peluang ini untuk mencipta teori-teori baru dan menulis semula sejarah negara

mereka mengikut acuan mereka sendiri dan tidak menjadikan negara sebagai makmal untuk

orang barat membuat uji kaji tentang teori yang baru mereka seperti teori Nasionalisme yang

dianggap telah hadir dalam masyarkat tempatan tidak tepat masanya.

Di samping itu, masyarakat tempatan hendaklah mengambil peluang ini untuk

mengkaji dan menghasilkan penulisan sejarah berdasarkan kesusteraan dan bidang sains

sosial agar sejarah yang ingin dihasilkan itu tidak terkongkong tetapi sejarah yang akan

dihasilkan itu lebih bersifat meluas dari pelbagai aspek dan tidak hanya tertumpu kepada

satu-satu bidang semata-mata. Malah penulisan baru yang cuba dibawa oleh sarjana

tempatan ini mampu untuk memberi impak yang berkesan kepada para pembaca dan pelajar

pada masa akan datang.22

22 Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 17.

12

Anda mungkin juga menyukai