Anda di halaman 1dari 13

Apa itu Sejarah?

Sejarah membezakan manusia dengan


haiwan
Sejarah adalah rekonstruksi masa lalu
Sejarah itu ibarat orang naik kereta
menghadap ke belakang. Ia dapat melihat
kebelakang, ke sisi kiri dan sisi kanan.
Satu-satunya yang tidak boleh dilihat
ialah ke depan.
Konsep sejarah bahasa
Beza sejarah dengan tawarikh
Berkaitan dengan tarikh – penentuan dan
penghafalan dengan tepat.
Sejarah- melihat faktor yang saling mempengaruhi,
unsur, masyarakat dan ekologi manusia yang
menyebabkan peristiwa tertentu serta arus
perkembangan dunia.
Tawarikh hanya melihat serpihan pengalaman
manusia dan melihat fakta yang seakan-akan
dibekukan.
Dalam sejarah bahasa kita ingin melihat
interpretasi fakta
Tawarikh – penyenaraian
Sejarah - silsilah
Pendekatan tawarikh hanya menghasilkan
daftar peristiwa, manakala pendekatan
sejarah menghasilkan tafsiran dan
membentuk andaian jaringan sebab-
musabab.
Sejarah bahasa Melayu seperti menyusur galur bahasa
Melayu
Cari asal usul bahasa Melayu
Susun silsilah bahasa Melayu
kaji lanjutan dan turunan bahasa Melayu
Sejarah memerhatikan hal:
Siapa pemakai bahasa Melayu pada waktu dahulu
Bagaimana penyebarannya
Sejarah bahasa melihat perkembangan bahasa:
Perubahan bahasa dari sebab-sebab luaran
Perubahan bahasa dari sebab-sebab dalaman
• Sejarah melihat proses perkembangan bukan
pengembangan bahasa Melayu.
• Perkembangan yang berlaku dari zaman dahulu
hingga kini.
• PERKEMBANGAN bermaksud perihal atau proses
berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak,
meluas)
• Sejarah bahasa Melayu yang dibincangkan di dalam
kursus ini meliputi kawasan georgrafi yang luas
dikenali sebagai Alam Melayu.
Bahasa dan sejarah
Dalam kajian bahasa, terdapat tiga aspek
sejarah bahasa yang dicampuradukkan

1) Prasejarah Bahasa
2) Sejarah linguistik Melayu
3) Sejarah bahasa Melayu
Kita perlu membezakan antara sejarah
bahasa dengan aspek sejarah lain yang
terdapat dalam disiplin linguistik.
Prasejarah
Prasejarah bahasa Melayu bukan bidang sejarah
bahasa tetapi bidang historical lingusitics
/linguistik sejarawi/linguistik sejarah/ linguistik
komparatif.
Dalam prasejarah – pencarian kesepdanan bahasa
tertentu.
Hasilnya - bahasa purba
Penekanannya – kekerabatan bahasa
bertujuan untuk memahami kewujudan dan
perkembangan bahasa Melayu sebelum diungkapkan
dengan aksara.
Pemahaman ini diperoleh dengan meneliti dialek-dialek
semasa dan dengan mengamati persamaan dan perbezaan
dengan bahasa berkerabat.
Prasejarah bahasa juga menelusuri migrasi prasejarah
Justeru bidang kajian ini cuba mencari asal usul arah
migrasi kelompok manusia yang berbahasa Melayu.
Sejarah Linguistik Melayu
Bidang ini ialah bahagian daripada sejarah linguistik.
Sejarah linguistik meneliti idea-idea linguistik yang
muncul dalam zaman-zaman tertentu.
CONTOH: idea tatabahasa Melayu, Perkamusan
Melayu, Perancangan bahasa Melayu dsb.
Kajian ini berusaha memahami perkembangan
konsep tentang bahasa atau konsep tentang aspek-
aspek linguistik sebagimana dipaparkan dalam karya
peneliti linguistik
Sejarah Bahasa
Sejarah bahasa pula menghuraikan
perkembangan sesuatu bahasa berdasarkan bukti
bahan bertulis.
Antaranya batu bersurat, surat-surat, dan karya
sastera klasik.
Selain kepakaran ilmu linguistik, sejarah bahasa
juga memerlukan bantuan ilmu lain untuk
memperoleh gambaran yang memadai tentang
masa lampau bahasa.
Epigrafi –membantu penafsiran batu bersurat
Filologi –membantu penafsiran dokumen lama
Antropologi – membantu memahami aspek sosial
yang menjadi konteks bahasa Melayu awal
Pengetahuan tentang bahasa-bahasa serumpun dan
dialek-dialek terkini untuk memahami struktur dan
leksikon yang masih tidak jelas
Pengetahuan bahasa Sankrit, Arab, Tamil, Cina,
Belanda, Inggeris untuk memahami proses
peminjaman pada masa lampau
Sejarah politik dan sosial untuk memahami konteks
politik dan sosial perkembangan bahasa.
Permulaan Sejarah Bahasa Melayu
• Titik mula sejarah bahasa Melayu ialah pada tahun 683M.
• Kenapa tahun 683M?
• Sejarah memerlukan bukti.
• Bukti wujudnya bahasa Melayu terdapat dalam tulisan
yang dipahat pada batu.
• Pahatan ini bertarikh 683M, iaitu pada Batu Bersurat
Kedukan Bukit yang ditemui di Sumatera.
• Mungkin sahaja bahasa Melayu sudah wujud sebelum ia
dipahat pada tahun 683M, tetapi untuk menulis sejarah
kita perlukan bukti yang kukuh dan sahih.
• Oleh itu, Batu Bersurat merupakan bukti bahawa bahasa
Melayu telah wujud pada abad ke-7 atau dengan lebih
tapat pada tahun 683M.

Anda mungkin juga menyukai