Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Konsep sejarah di celah merupakan perintis idea baru yang telah diperkenalkan

oleh Thongchai Winichakul khususnya di Asia Tenggara. Thongchai winichakul

merupakan seorang ahli sejarawan yang berasal daripada Bangkok, Thailand. Beliau

merupakan seorang yang berketurunan Sino Thai. Thongchai Winichakul telah

menamatkan pembelajaran sarjana mudanya dalam bidang Seni di Universiti

Thammasat pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajarannya di

Sydney pada tahun 1984 sehingga tahun 1988. Setelah tamat belajar, beliau

kemudianya telah dilantik menjadi penolong Profesor di University of Wisconsin.

Beliau telah menetap di Madison, setelah dinaikan pangkat menjadi Profesor Madya

pada tahun 1995 dan sebagai Professor dalam Fakulti Sejarah di USA.

Bagaimana konsep sejarah di celah ini muncul dalam arena sejarah terutamanya

di Asia Tenggara? Hal ini berlaku kerana terdapat wujudnya sejarah nasional di Asia

Tenggara yang hanya memfokuskan tentang proses pembinaan sesebuah negara sahaja,

yang merangkumi aspek politik, ekonomi, dan andaian intipati sesebuah negara seperti

teras budaya, bangsa, tanah air dan sebagainya. Sebagai contoh di negara Thailand di

mana kedudukan Raja Cholang longkun telah diangkat tinggi dan diagung-agungkan

oleh sejarah nasional yang berpendapat bahawa raja Cholang longkun ini telah banyak

berjasa dalam perkembangan di Thailand. Padahal terdapat banyak lagi perkara yang

sebenar masih lagi tersembunyi dan tidak dikaji oleh para sejarahwan. Kedudukan

sejarah nasional ini telah diangkat tinggi oleh pemerintah tempatan dan pemerintah

kolonial dengan menjadikan subtopik mata pelajaran sejarah dalam buku teks di

1
sekolah-sekolah yang berpusat pada sejarah nasional.1 oleh hal yang demikian, para

pelajar hanya didedahkan dengan sejarah nasional namun sejarah ini mempunyai

banyak kelemahan dan kelompangan yang tidak dapat ditutup oleh sarjana. Sejarah

nasional ini hanya terumpu kepada pihak yang menang dan yang kalah diketepikan

serta dikuasai oleh golongan majoriti. Sejarah nasional ini hanya bergantung kepada

sejarah global dan tiada konsep sendiri serta hanya tertumpu pada bidang politik

sahaja.2 Terdapat pelbagai konflik dan isu yang timbul dalam sejarah nasional. Oleh

itu, hal ini telah menyebabkan sarjana Thongchai Winichakul telah membuat keputusan

untuk memperkenalkan satu konsep baru yang diciptanya iaitu konsep sejarah di celah.3

Penulisan ini akan membincangkan mengenai konsep “sejarah di celah” seperti

mana yang di jelaskan oleh Tongchai Winichakul dalam perananya yang menyumbang

ke arah kemajuan penulisan sejarah di Asia Tenggara serta bagaimana konsep ini

mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara.

2.0 KONSEP SEJARAH DI CELAH

Sejarah di celah merupakan sejarah yang tidak tercatat dalam sejarah nasional

atau lebih dikenali sebagai sejarah yang terpinggir daripada naratif sejarah nasional dan

hal ini telah menukarkan cara pemikiran masyarakat tentang naratif negara seterusya

membuka peluang kepada sejarahwan tempatan untuk membuat peralihan sejarah.4

Sejarah nasional ini merupakan sejarah yang berkaitan dengan sebuah kelompok

1
John D Legge, “Writing of Southeast Asian History”. Dalam: The Cambridge History of Southeast Asia jil 1.
Disunting oleh Necholas Tarling (peny). (Universiti Cambrige, 1992), hlm.5.
2
Abu Talib, “Writing at the Interstices: Southeast Asian Historians and Postnational History in Southeast
Asian.”. Dalam: New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 15.
3
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 4.
4
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 11.

2
majoriti di sesebuah negara dimana kewujudan mereka tidak mendapat perhatian dalam

penulisan sejarah nasional. Sejarah di celah ini telah ditindas oleh sejarah nasional yang

telah merentasi identiti kebangsaan dan sejarah negara itu sendiri dengan mengkaji

sejarah tempatan berdasarkan intipati kenegaraan setiap tingkat feudal. Selain itu kajian

etnologi dan geografi yang merangkumi aspek budaya, agama, ruang minoriti dan

tempoh masa serta sensitiviti bagi perbezaan budaya, perubahan Bahasa, ruang atau

geografi, pemikiran dan agama.5 Oleh itu, sejarah yang dipingirkan ini perlulah dikaji

semula dengan lebih mendalam oleh ahli sejarah tempatan di setiap negara di Asia

Tenggara.

Menurut Abu Talib Ahmad, konsep sejarah di celah ini bermaksud “the history

of the locations and moments between being and not being a nation, becoming and not

becoming nation”.6 Konsep ini merupakan satu kaedah baru dimana ia mengantikan

sejarah kebangsaan. Sarjana Tongchai juga turut menyuarakan bahawa Asia Tenggara

perlulah menghasilkan teori yang boleh diikuti oleh masyarakat tempatan. Hal ini

kerana terdapat perbezaan yang besar dengan konsep dan budaya antara Asia Tenggara

dan barat. “aimned at the sosial Research Council, has been that “the trump card” of

regional studies their detailed linguistic and cultural knowledge of specific regions and

peoples”.7

Konsep sejarah di celah ini diperkenalkan untuk mengantikan tempat sejarah

nasional yang sering digunakan oleh ahli sejarah dan Thongchai juga mahu ahli sejarah

5
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 25.
6
Abu Talib Ahmad & Tan Iiok Ee (peny.) New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura. 2003.
Hlm. 11.
7
O.W.Wolters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, Cornell University Ithaca. New
York. 1999. Hlm 207.

3
membiasakan diri untuk menggunakan konsep budaya tempatan dan konsep sains sosial

dalam melakukan kajian mereka bagi mengelakkan masalah berat sebelah dalam

sesebuah sejarah.8 Selain itu, dalam sejarah di celah ini juga konsep sejarah margin dan

sejarah penyetempatan telah diketengahkan menjadi satu perkara yang sangat penting

dalam menghasilkan sesebuah sejarah.

3.0 SEJARAH MARGINS

Sejarah margins atau lebih dikenali sebagai sejarah yang terpinggir atau sejarah di

sebalik tadbir atau sejarah yang telah digelapkan oleh sejarah nasional. Terdapat

pelbagai istilah yang boleh diguna pakai untuk mengambarkan sejarah margins ini.

Sejarah margins ini bertujuan untuk mengkaji bahagian sejarah yang tidak dikaji oleh

para sarjana. Hal ini kerana terdapat kebanyakan kajian sejarah yang dikaji hanya

tertumpu kepada sejarah nasional dan sejarah tempatan dipingirkan kerana dianggap

sebagai sesuatu yang tidak penting.

Konsep margins merupakan konsep yang sesuai digunakan untuk meneroka kualiti

imaginative dan pembentukan budaya tempatan atau global dengan lebih spesifik. Hal

ini kerana setiap negara di rantau ini mempunyai sejarah yang tersendiri dan berbeza

antara satu sama lain. Oleh itu, dengan terdapatnya kewujudan perbezaan dalam sejarah

inilah yang dikenali sebagai had-had dalam pensejarahan.9 Menurut Anna Tshing,

sejarah margins bukanlah sejarah geografi atau lokasi dekriptif. Namun sebaliknya

8
O.W.Wolters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, Cornell University Ithaca. New
York. 1999. Hlm 108.
9
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 10.

4
adalah merujuk kepada sebuah petempatan yang dianalisis untuk menjelaskan bahawa

kedua-dua pihak mengekang budaya yang telah diserap, kualiti pengecualian menindas

budaya, potensi kreatif serta menghidupkan dan mengatur semula kategori yang

mengwujudkan sesebuah kumpulan.10 Sejarah margins ini terbahagi kepada dua jenis

pengkajian iaitu sejarah tempatan dan sejarah nasional.

3.1 SEJARAH TEMPATAN

Sejarah tempatan merupakan sejarah yang telah dikaji dan dihasilkan oleh

sejarawan tempatan. Penghasilan kajian dari sejarawan tempatan ini adalah lebih

baik. Hal ini kerana mereka lebih memahami mengenai budaya persekitaran, bahasa

dan lokasi di kawasan sejarah tersebut. Ahli sejarah tempatan ini hanya

menceritakan tentang masyarakat tempatan tanpa ada campur tangan daripada

pihak luar kerana masyarakat yang terdiri didalam sejarah tempatan ini adalah

masyarakat yang terdiri daripada golongan minoriti dalam sesebuah negara.

3.2 SEJARAH NASIONAL

Sejarah nasional pula, ialah sejarah yang tergolong daripada mereka yang

berkuasa, menang dan elit atau lebih dikenali sebagai golongan atasan. Sejarah

nasional ini telah dikaji oleh ahli sejarah barat yang telah memasukkan unsur-unsur

pemikiran barat didalam penulisan sejarah nasional yang jauh beza daripada luar

pemikiran masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana ahli sejarah barat telah

menggunakan konsep-konsep dari luar untuk menonjolkan penulisan sejarah

10
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 15.

5
nasional itu seperti konsep feudalisme dan nasionalisme. Selain itu, penulisan

sejarah nasional yang dihasilkan oleh sarjana barat ini lebih bersifat bias. Hal ini

kerana mereka jelas menunjukan bahawa mereka lebih menonjolkan pihak-pihak

kolonial yang telah banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan Asia

Tenggara dengan mengagung-agungkan nama mereka dalam penulisan sejarah

nasional. Malah pemerintah-pemeritah tempatan seperti raja dan bendahara telah

dipinggirkan dengan dijadikan sebagai watak sampingan didalam penulisan sejarah

nasional. Perkara ini telah memberikan kesan kepada masyarakat tempatan

terutamanya masyarakat minoriti kerana hak mereka telah dinafikan oleh pihak

kolonial. Oleh yang demikian ini, jelaslah bahawa sejarah nasional ini hanya

mengkaji sesuatu sejarah itu secara lebih umum dan tidak mengkaji sesebuah

sejarah itu dengan secara lebih khusus. Hal ini telah menyebabkan timbulnya

pelbagai isu mengenai sejarah nasional ini, yang telah membuatkan mereka sendiri

berasa keliru dengan kajian yang mereka lakukan.

4.0 SEJARAH PENYETEMPATAN

Sejarah penyetempatan merupakan satu konsep dimana ia menempatkan sesuatu

perkara yang bukan pada kedudukannya. Contohnya seperti yang berlaku dalam kajian

sejarah Asia Tenggara dimana sarjana barat hanya membuat tafsiran sahaja tanpa mengkaji

dengan secara lebih terperinci. Selain itu juga, sejarah penyetempatan ini telah berlakunya

proses globalisasi yang boleh dilihat dimana-mana sahaja malah proses ini dilihat sebagai

satu alternatif yang sangat baik kerana telah membawa sejarah tempatan ke arah yang lebih

baik. Hal ini kerana proses globalisasi ini turut mempengaruhi keadaan tempatan.11 selain

11
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 13.

6
itu, kesan daripada proses globalisasi ini telah membawa kepada variasi tempatan yang

telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya seperti sintesis, pengubahsuaian,

sesaran dan pengantian pada sesebuah tempatan. Namun begitu, semasa proses

penyetempatan ini berlaku, budaya di sesebuah negara itu tidak akan digantung atau

dihapuskan. Hal ini demikian kerana proses penyetempatan ini telah melibatkan aspek

budaya, pengetahuan serta sains dan teknologi. Ironinya, satu pengaruh globalisasi yang

lebih awal dari india telah datang dan masuk ke dalam Asia Tenggara. Hal ini telah

menyebabkan kebanyakkan sejarawan beranggapan bahawa Asia Tenggara telah dijajah

dan dikuasai oleh pegaruh imperialisme India melalui proses indialisasi.12 Namun begitu,

sejarawan telah disedarkan bahawa Asia Tenggara tidak pernah dijajah oleh kuasa India

namun mereka sebenarnya telah diindianisasikan melalui budaya. Hal ini berlaku kerana

pengaruh India mahu menunjukkan bahawa budaya mereka telah lama berada dalam

budaya tempatan namun budaya ini tidak begitu ketara dan tidak memainkan peranan

dengan sebaiknya dalam proses “transcultur”. Pada hakikatnya kedatangan proses

Indialisasi ini bukanlah secara jajahan seperti yang diperkatakan oleh sejarawan tetapi

proses ini datang ke Asia Tenggara secara berperingkat-peringkat melalui budaya yang

diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara.13

Terdapat dua golongan yang bertanggugjawab terhadap proses Indialisasi ini iaitu

golongan genius tempatan dan orang yang aktif di tempatan. Golongan ini berperanan

dalam menerima pakai dan menyesuaikan unsur-unsur budaya India untuk dibawa atau

diserap masuk kedalam budaya masyarakat tempatan. Seterusnya, ahli sejarah juga turut

menyedari bahawa pengaruh budaya india dalam budaya masyarakat tempatan adalah

12
O.W.Wolters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, (New York: Southeast Asia
Program Cornell University Ithaca, 1999), Hlm 108.
13
John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 8.

7
sangat meluas, namun India tidak pernah menjadikan Asia Tenggara seperti India dan

hegemoni penjajah atau menjalankan seperti proses pembaratan iaitu Euro-Amerika di Asia

Tenggara.14 Selain itu ahli sejarah juga menyatakan bahawa proses globalisasi tidak akan

berlaku jika proses penyetempatan tidak wujud. Humi Bhaba telah menyambut pertemuan

yang telah berlaku di lokasi sebagai “di antara” atau “di luar” yang merupakan laman web

atau detik-detik transformasi budaya yang telah bergerak aktif dengan pengaruh

transnasional dalam masyarakat tempatan. Namun, laman web ini telah dipinggirkan

daripada arus perdana budaya, tetapi mereka masih lagi boleh menghantar perubahan

kepada alam budaya keseluruhan. Disamping itu, sejarah penyetempatan ini juga

merupakan sumbangan tama kepada bidang “ethnology” dan “theoretical”. Hal ini

demikian kerana global menunjukan bahawa satu fenomena yang besar menyebabkan

berlakunya tekanan sehingga global dan tempatan menjadi pasangan yang terpisah.15

5.0 SIAPAKAH YANG LAYAK MENULIS SEJARAH DICELAH

Menurut Abu Talib Ahmad, “…two underlying assumptions that usually lend

authority to the home scholar: first, faith in the higher value of being a native scholar,

and second the allegedly pristine nature of indigenous knowledge”.16 perkara ini

menjelaskan bahawa sejarah di celah ini telah dipertanggungjawabkan kepada

golongan “home scholar” atau “historian of the home”. Golongan ini merupakan

golongan yang layak untuk mengkaji tentang sejarah di celah kerana mereka sangat

pakar dan mempunyai kemahiran yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa lagi dalam

bidang sejarah. Golongan ini merupakan mereka yang menetap di kawasan tersebut

14
John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 9.
15
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 14.
16
Abu Talib Ahmad & Tan Iiok Ee (peny.) New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura. 2003.
Hlm. 19.

8
tetapi tidak semestinya orang tempatan. Hal ini demikian kerana orang luar juga turut

berpeluang untuk mengkaji dan menulis tentang sejarah di celah sekiranya mereka

mampu untuk menguasai bahasa, budaya dan adat resam masyarakat tempatan. Apabila

orang luar ini sudah mahir dengan bahasa orang tempatan pasti mereka juga mampu

untuk menguasai budaya orang tempatan itu juga, namun hak orang tempatan untuk

mengkaji sejarah di celah ini turut tidak dinafikan. Hal ini demikian, wajar jika

penulisan ini dihasilkan oleh sarjana tempatan namun penulisan sarjana tempatan tidak

semestinya berperspektifkan Asia Tenggara seperti yang dihujahkan oleh Smail

bahawa perspektif tidak ditentukan oleh keturunan atau asal usul pengkaji tetapi

penulisan yang dititik beratkan adalah penulisan yang dapat diasingkan daripada unsur-

unsur bias.17 Hal ini demikian kerana penulisan yang dihasilkan itu bukan lah sejarah

yang menunjukan rasa bersimpati kepada orang Asia Tenggara yang cuba untuk

menutup segala kesalahan yang telah dilakukan oleh rakannya dan mendedahkan segala

kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak lawannya. Di sini telah menunjukkan

perbezaan serta kelebihan tentang perspektif Asia Tenggara yang terletak pada sudut

penglihatan sejarah yang telah memberi tempat utama kepada orang Asia Tenggara di

atas pentas sejarah. Selain itu, terdapat juga perspektif dalaman yang bertujuan untuk

orang tempatan dapat mengikuti urutan atau naratif sejarah yang menonjolkan

kesinambungan masyarakat kini dengan masyarakat lampau melalui unsur-unsur

keunikan dalam dinamik evolusi masyarakat Asia Tenggara.

Golongan home scholar ini juga mampu menghasilkan sejarah di celah tanpa

melakukan pengadilan moral. Hal ini demikian kerana, golongan ini mampu membuat

penilaian secara objektif terhadap penulisan masing-masing. Kateria penilaian amat

17
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 16.

9
penting untuk menetukan cara pembinaan naratif sejarah seseorang pengkaji agar tidak

bersifat emosi ataupun subjektif tetapi boleh mempertahankannya secara objektif.18

6.0 BAGAIMANA KONSEP INI MAMPU MENINGKATKAN KEMAJUAN ASIA

TENGGARA

Konsep ini mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara adalah

melalui mengwujudkan konsep atau teori baru dalam bidang sejarah. Sebagai contoh,

paradigma sejarah autonomi membawa pendekatan yang lebih bersifat sosiologi kerana

pendekatan ini lebih berfokuskan pada kajian susunan sosial dan amalan budaya yang

dijadikan sebagai asas autonomi dan kesinambungan. Oleh itu, pengkaji telah

memindahkan pandangnya daripada faktor luaran kepada faktor dalaman sesebuah

masyarakat. Selain itu, para pengkaji juga telah menggunakan sumber-sumber

tempatan dan konsep-konsep yang datang daripada bahasa dan budaya masyarakat

tempatan. Hal ini telah dihuraikan oleh Craig Reynolds sebagai pendekatan kajian yang

menekankan sifat khusus kebudayaan sesuatu masyarakat. Sejarah autonomi ini

memberi kelebihan dalam karya sejarah dalam sejarah Asia Tenggara yang diilhamkan

oleh paradigma sejarah berteraskan autonomi masyarakat tempatan. Selain itu, konsep

autonomi ini menuntut dan mempercayai bahawa sifat autonomi ini bukan sahaja wujud

dalam minda ahli sejarah malah dalam masyarakat tempatan juga. Konsep autonomi ini

telah membawa maksud bahawa setiap masyarakat mempunyai ciri-ciri unik

sosiobudayanya. Ciri-ciri ini merupakan asas ketabahan masyarakat melibatkan

interaksi berterusan antara dinamik dalaman masyarakat dengan unsur-unsur luaran.

18
Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm.5.

10
Oleh itu, terdapat beberapa kemusykilan yang telah dibincangkan dalam paradigma ini

antaranya ialah perubahan persepktif sejarah Asia Tenggara, pendekatan sejarah yang

menekankan sudut pandangan dalaman dan paradigm kajian sejarah digunakan untuk

mendukung, nilai-nilai sosial dan politik.19

Disamping itu, merubah prespektif sejarah Asia Tenggara dengan menghasilkan

semula sejarah Asia Tenggara yang baharu. Sarjana Bastin telah bersetuju dengan

perubahan persektif Asia Tenggara ini kerana presektif lama itu lebih memperbesarkan

kepentingan unsur-unsur barat berbanding masyarakat tempatan sehinggakan sejarah

kolonial yang mendominasi sejarah Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana kuasa-

kuasa kolonial Eropah sedang dalam proses pengunduran dari tanah jajahan di Asia

Tenggara dan negara bangsa baru sedang dibentuk oleh itu gelombang nasionalisme ini

masih lagi kuat dalam menghanyutkan masyarakat tempatan rantau ini. Selain itu,

tulisan sejarah secara ilmiah dan iktisas ketika itu juga masih didominasi oleh pihak

barat yang dilatih dalam kaedah kajian yang mengutamakan sumber rasmi dan bertulis

daripada barat menyebabkan tulisan sejarah ini dikongkong oleh sejarah barat. Oleh itu,

seruan awal untuk pembaharuan perspektif penulisan sejarah telah datang daripada

sarjana asing seperti J. C van Leur, D. G. E. Hall dan K. G. Tregoning. Mereka telah

mengatakan bahawa tulisan sejarah Asia Tenggara yang bersifat “Europe-centric” dan

berspektif “luaran” harus diganti dengan penulisan dari perspektif “dalaman” dan Asia-

centrik. Perubahan perspektif ini berterusan kerana mendapat penglibatan daripada

generasi pertama ahli sejarah professional tempatan yang telah menerima pendidikan

tinggi dan mula bertugas di universiti tempatan. Sarjana Tregonning menyatakan

19
Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm.9.

11
bahawa perubahan perspektif ini kerana orang tempatan telah dipinggirkan dalam

sejarah mereka sendiri dan ini bukan merupakan satu kesilapan yang kecil malah ia

wajar dibetulkan dengan menjadikan orang Asia sebagai fokus utama dalam kajian

bukannya orang barat.20

7.0 KESIMPULAN

Sejarah di celah ini merupakan sejarah yang telah mendapat tekanan daripada

sejarah nasionalisme yang menyebabkan sejarah itu menjadi sebuah sejarah yang

terpinggir. Namun sejarah yang dikaji tanpa memusat pada bidang politik semata-mata

sebaliknya dikaji secara menyeluruh mampu untuk meningkajatkan kemajuan

pengajian Asia Tenggara dengan memberi penekanan terhadap kajian tempatan dan

sensitivity budaya seterusnya hak sejarah tempatan tidak akan dinafikan. Malahan

pengkajian sejarah di lakukan dengan menggunakkan konsep sejarah di celah ini ia

mampu untuk mempengaruhi sejarah nasional sama ada secara langsung atau tidak

langsung. Oleh itu, masyarakat tempatan seharusnya tidak hanya menjadi pengikut

orang barat semata-mata malah mereka seharusnya mengambil peluang ini untuk

mencipta teori-teori baru dan menulis semula sejarah negara mereka mengikut acuan

mereka sendiri dan tidak menjadikan negara sebagai makmal untuk orang barat

membuat uji kaji tentang teori yang baru mereka seperti teori Nasionalisme yang

dianggap telah hadir dalam masyarkat tempatan tidak tepat masanya.

20
Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm.4.

12
Teori baru yang diperkenalkan oleh Tongchai Winichakul ini amatlah memberi

kesan serta impak yang mendalam dalam kalangan para sarjana tempatan di mana ia

memberi sinar baru dalam pengkajian sejarah di Asia Tenggara ini. Selama ini para

sarjana tempatan hanyalah bergantung kepada teori-teori yang dibawa oleh kalangan

para sarjana barat kerana tiada penciptaan teori baru dalam kalangan para sarjana

tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa konsep ini memang mampu meningkatkan

kemajuan pengajian Asia Tenggara dengan kemunculan satu konsep yang baru. Konsep

ini telah memberikan satu gambaran dan pandangan yang baru terhadap dunia

pengajian Asia Tenggara dan dengan konsep ‘sejarah di celah’ inilah yang dapat

mewujudkan satu konsep yang dihasilkan mengikut acuan sendiri bukanlah hanya

menjadi pengikut kepada teori barat sahaja. Dengan terciptanya teori oleh Tongchai

Winichakul ini, secara tidak langsung ia memberi suntikan semangat dalam kalangan

sarjana tempatan untuk mengkaji dan mendalam serta mencipta teori-teori lain dimana

ia dapat meningkatan lagi kemajuan pengkajian sejarah di Asia Tenggara.

13

Anda mungkin juga menyukai