Anda di halaman 1dari 30

Sejarah perkembangan LINGUISTIK

Zaman Yuanani, Rom, Iskandariah Zaman Pertengahan, Arab, India Zaman Linguistik Perbandingan & Linguistik Moden

DISEDIAKAN OLEH:FARAH FAZRIYANA BINTI BASRI FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM NOR AZRINA BINTI MOHD ZAINOL NORAZILA BINTI ABIDEN NUR AFIFAH BINTI AHMAD

PERBEZAAN ZAMAN YUNANI, ROM, ISKANDARIAH

Zaman Yunani

Sejarah Perkembangan

Bermula sejak 500 SM

Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam

Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan

Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan (O.Jespersen, 1959)

Plato (427-437 SM) Karya : Crystalus Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat Ayat ialah logos yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna Logos terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita) Membezakan kata nama dan kata kerja Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik)

Tokoh

Aristotle (384 322 SM) memperkenalkan kata hubung dan sistem kala tense (past tense, present tense)

Kaum Stoik membezakan antara bentuk dan makna pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama) memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Ingeris (go:went:gone) memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif

Kelebihan - Pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik - Menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam

Kekurangan - Menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi, jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. - Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki.

..Zaman Iskandariah
Merupakan salah satu tanah jajahan Yunani Sejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistik

Sejarah Perkembangan

Melanjutkan usaha sarjana Yunani Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SM
Kemudian dikembangkan oleh Derrentusvaro dalam karyanya De Lingua Latina

Dionysius Thrax

Tokoh

karya : Techne Grammatike mengkaji berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisinya mengajar di Rhodes dan Rom asas tatabahasa dalam Techne Grammatike menjadi asas penulisan buku tatabahasa Eropah kini menggolongkan kata kepada 8 : kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata seru dalam bidang fonetik beliau membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk bunyi digolongkan menurut prinsip-prinsip sebutan membezakan bunyi r dengan l dalam bidang sintaksis beliau mentafsirkan ayat sebagai unit deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud lengkap

Kelebihan berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik sejak abad ke-3

Kelemahan kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan di dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni menumpukan kajian terhadap bahasa bertulis sahaja. Tiada usaha untuk membezakan secara tetap antara bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi itu

Zaman Rom

Sejarah Perkembangan

Tidak banyak menghasilkan karya asli, sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik Masyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle Pengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M.T.Varro yang mengkaji bahasa Latin Sarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek lain yang lebih halus dalam bahasaTerdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia

1) Appolonius Discollus

Tokoh

mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis menambahbaik huraian Thrax menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, disamping dengan perkataanperkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian

2) M.T.Varro (116-27 SM)

Tokoh

hidup sezaman dengan Thrax cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik berpendapat bahawa bahasa hdala seragam mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan dalam bidang morfologi, beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu

3) Priscian (500 TM)

Tokoh

karya : Instituciones Grammaticae lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro)

Kelebihan

menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini

Kelemahan

hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro) penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik

PERBEZAAN ZAMAN PERTENGAHAN, ARAB, INDIA

PERBEZAAN ZAMAN LINGUISTIK PERBANDINGAN & LINGUISTIK MODEN

Perkembangan ilmu linguistik perbandingan bermula dari abad ke 19. Pendekatan agak objektif dan saintifik. Ahli linguistik abad 19 telah terpengaruh dengan bidang anthropologi dan sosiologi dalam pengkajian bahasa. Anthropologi dan sosiologi adalah bidang yang mengkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.

Kajian bahasa kurun ke 19 memperlihatkan kegiatan memperbandingkan bahasa-bahasa. Kesedaran timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan di antara bahasa. Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah. (Indo-Eropah) Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu. Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan.

Ilmu perbandingan bahasa bertujuan mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa. Peringkat permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik. Akibat pemisahan geografi dan sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan.

Bahasa

Inggeris mother son

Belanda moeder zon

Dalam Bahasa Austronesia, Bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan beberapa bahasa seperti:
Bahasa Jawa Malegasi Sunda Madura Melayu Bali Tagalog Perkataan pari fari pare padih padi padi palai

Di atas adalah bukti jelas bagi menyatakan adanya hubungan kekeluargaan dan berasal dari satu rumpun atau turun dari satu bahasa induk yang lebih tua. Umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha ke arah menentukan rumpun bahasa melalui perbandingan. Antara rumpun bahasa sedunia adalah; IndoEropah, Hamito-Semit, Finno-Ugria, Bantu, Tibeto-China, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain.

Tokoh kajian linguistik perbandingan adalah seperti R.K Rask (1787-1832), Jacob Grimm (1785-1863) dan Verner. R.K Rask membuktikan bahawa perkataan bahasa German ada pertalian dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah. Hukum p-s-v
Bahasa Latin Inggeris Jerman Contoh pater father vater

Belanda

vader

Linguistik Moden
Dalam abad ke 20, penekanan telah diberikan kepada linguistik deskriptif. Tokoh yang mula-mula memperkenalkan teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Beliau orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Beliau menekankan tentng pentingnya tinjauan mengenai bahasa itu dilakukan dari sudut berbeza iaitu kajian sinkronis dan diakronis.

Linguistik Sinkronis
Bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai suatu keadaan pada sesuatu masa yang tertentu. Dengan kata lain, ia bermaksud kajian mengenai sesuatu bahasa pada waktu tertentu. Kajian ini berminat khususnya kepada keadaan bahasa pada satu masa.

Linguistik Diakronis
Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan kepada bahan-bahan sejarah merupakan bidang linguistik diakronis. Maksud lain, kajian mengenai perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa, perubahan bahasa dan sebagainya. Kajian yang merangkumi linguistik perbandingan dan linguistik sejarah. F. De Saussure mengemukakan konsep langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan yang konkrit).

Langue
Merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa iaitu suatu sistem yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan setiap penutur dalam sesuatu bahasa. Sistem perhubungan yang dimiliki bersama oleh semua penutur.

Parole
Tingkah laku pertuturan yang sebenarnya ditinjau dari sudut penutur-penuturnya. Ringkasnya, ia bermaksud pertuturan sebenar yang diucapkan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat.

RUJUKAN
Arbak Othman(1986).Permulaan Ilmu Linguistik.Selangor: Penerbitan Sarjana(M) Sdn.Bhd http://cikgimoon.blogspot.com/2009/10/perbe zaan-zaman-yunani-rom-iskandariah.html http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/07/mo dul-bmm3107-pengantar-linguistik.html

Anda mungkin juga menyukai