Anda di halaman 1dari 78

1

7.0 Konsep Bahasa

Bahasa ini boleh didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi

sesuatu bahasa tersebut,peranan serta fungsinya. Kebanyakan ahli bahasa dan ahli

linguistik ini memberi pendapat dan pandangan yang hampir sama tentang konsep

bahasa ini. Namun demikian, perkara yang paling penting ialah bahasa itu sendiri

memainkan peranan dan fungsi untuk memenuhi pelbagai tujuan dan matlamat.

7.1 Takrif Bahasa

Berikut merupakan pendapat ahli bahasa dan ahli linguistik tentang takrif bahasa :

Edward Sapir ( 1921 )

Bahasa selalu digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk

menyampaikan idea,perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa yang

dituturkan.

Blonch Dan Trager

Bahasa sebagai satu system lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia

untuk berkomunikasi . Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan

pendengar.
2

G.Trager ( 1949 )

Bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan bermakna yang digunakan

oleh anggota masyarakat untuk berhubung sebagai satu cara mereka bersosialisasi.

Terdapat juga konsep dan takrif bahasa yang dipetik daripada beberapanaskah kamus

seperti :

The American Heritage Dictionary

Bahasa merupakan satu alat komunikasi bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan

melalui sistem tanda yang arbitrari seperti bunyi,gerak isyarat atau simbol-simbol

tulisan. Bahasa merupakan satu sistem yang mengandungi peraturan-peraturan

tertentu yang menggabungkan komponen seperti perkataan. Bahasa merupakan satu

sistem yang digunakan oleh masyarakat atau komuniti yang berbeza untuk berinteraksi.

The American Science Dictionary

Bahasa ialah satu sistem objek atau simbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang

berurutan yang boleh digabungkan dengan berbagai-bagai cara dengan mematuhi

peraturan tertentu, terutamanya untuk melahirkan pemikiran,perasaan dan memberi

arahan.
3

8.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui

asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah

kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna

bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya

dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka

kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Jika dilihat secara umumnya, bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan

Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza

dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat

melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang

menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7.

Antara batu bersurat yang dijumpai ialah Batu Bersurat Kedudukan Bukit (683 M)

di Palembang, Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) di Palembang, Batu Bersurat Kota

Kapor (686 M) di Pulau Bangka, Palembang dan Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) di

Palembang. Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga

bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7

hingga ke-13 Masehi iaitu Batu Bersurat Gandasuli (832 M) di Gandasuli, Jawa Tengah.

Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masihi,

sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M

dengan tulisan pada kaki alasnya dan Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari

bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian
4

belakangnya. Bahasa Melayu amat berkait rapat dengan penutur kepada bahasa

tersebut iaitu orang Melayu. Oleh itu, untuk mengkaji asal-usul bahasa Melayu perkara

yang perlu dikaji terlebih dahulu ialah asal-usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa

Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan

yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu

berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa

bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara

inibagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang

berikut ini.

Gambar rajah di atas menunjukkan asal usul Bahasa Melayu


5

8.1.1 KAWASAN ASIA TENGAH

Menurut kajian orang Melayu dikatakan berasal dari bahagian selatan China iaitu

Indo-China, pantai timur China selatan iaitu Champa dan Kampuchea. Penghijrahan

dari utara (bahagian selatan China) ke selatan, iaitu Nusantera dilakukan secara

berkelompok. Hal ini, menyebabkan penurunnya kelompok Melayu.

Teori Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria)

menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu

kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya

berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya

menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto

dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi. Kira-kira dalam tahun 1500 tahun

Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro.

Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-

orang Jakun, Negrito, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok

kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini

merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini manakala orang-orang

Melayu-Proto merupakan orang Asli. Golongan Melayu-Deutro telah menurunkan orang

Melayu Moden.

Mereka telah membina pertempatan di pesisiran pantai dan menetap disitu.

Senario ini, membuktikan bahawa golongan Melayu-Deutro mempunyai peradaban

yang lebih tinggi berbanding golongan Melayu-Proto. Mereka mempuniyai kemahiran-

kemahiran yang tinggi seperti dalam bidang perlayaran. Walaubagaimanapun,


6

pendapat yang mengatakan orang Melayu berasal dari selatan China amat meragukan

disebabkan tiada tarikh yang dan bukti yang kukuh.

Walaubagaimanapun, teori pertama ini agak meragukan dari segi tarikh

berlakunya perhijrahan. Dikatakan bahawa tarikh perhijrahan kedua-dua kelompok ini

ternyata bercanggah dari bukti arkeologi bahawa manusia moden telah menghuni Alam

Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu. Malahan, jika benar kelompok Melayu berasal

dari selatan China, sudah pasti kelompok induknya di selatan China ini mempunyai

persamaan dari segi bahasa pertuturan atau kebudayaan yang asas. Namun, daripada

penelitian yang dilakukan terhadap kelompok yang kini tinggal di kawasan tersebut,

tiada satu pun yang mempunyai cirri persamaan dan rumpun Melayu di Alam Melayu.

Para sarjana yang tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa

kelompok Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah telah mengemukakan hipotesis

kawasan Nusantara

8.1.2 KAWASAN NUSANTARA

Berdasarkan hipotesis ini, orang Melayu dikatakan tidak berasal dari luar, tetapi

mereka dikatakan manusia asal yang memang telah wujud di Nusantara. Oleh itu,

orang-orang Melayu merupakan orang tempatan. Pengkaji yang mengemukakan

hipotesis ini mengemukakan beberapa tempat yang merujuk sebagai kawasan asal

Austronesia, iaitu nenek moyang orang Melayu. Kawasan asal yang dicadangkan oleh

pengkaji-pengkaji ini berdasarkan beberapa bukti. Antaranya ialah kebudayaan,

kebahasaan, perkembangan manusia dan situasi geografi masa dahulu.


7

a) Bukti kebudayaan

Crawfurd telah menyatakan bahawa tanah asal orang Melayu adalah di

Sumatera dan Jawa. Ini adalah kerana kedua-dua kawasan ini memperlihatkan

perkembangan kebudayaan yang sangat menonjol berbanding dengan bahagian-

bahagian lain di Nusantara. Orang Melayu yang telah bergerak dari Sumatera dan

Jawa ke bahagian-bahagian lain di Nusantara seperti di Semenanjung Tanah Melayu ini

turut membawa kebudayaan mereka. Ini menyebabkan kebudayaan mereka tersebar

ke kawasan lain dan lebih menonjol berbanding kebudayaan-kebudayaan lain. Oleh itu,

orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tempat luar di Nusantara, tetapi mereka

merupakan induk yang tersebar ke negara-negara lain.

b)Bukti bahasa

Marsden mendapati bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Polinesia,

Melanesia dan Mikronesia. Induk kepada bahasa-bahasa ini ialah Austronesia kerana

terdapat kekerabatan antara bahasa-bahasa tersebut. Bahasa Austronesia ini tersebar

ke bahagian pesisir pantai timur ( Lautan Pasifik ), pantai barat ( Lautan Hindi ) dan

selatan Asia ( kawasan Nusantara ) sahaja dan tidak termasuk ke wilayah Asia Tengah.

Dyen pula menyatakan bahawa orang Melayu mungkin berasal dari tiga tempat,

iaitu Melanesia, Formosa atau New Guinea. Tempat ini didasarkan bahawa setiap

bahasa di kawasan ini mempunyai kekerabatan. Berdasarkan kajiannya, beliau

mendapati bahawa bahasa yang terpisah lebih awal mempunyai peratusan kekerabatan

yang rendah, sebaliknya bahasa yang baru terpisah mempunyai peratusan kekerabatan

yang tinggi. Kekerabatan bahasa dapat dilihat dari segi persamaan beberapa
8

perkataan yang digunakan, persamaan dari segi bentuk kata dan persamaan dari segi

struktur bahasa. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa yang dituturkan di Nusantara

berasal dari induk yang sama.

c) Geografi

Nusantara dari Zaman Pilosen ( sekitar 5-16 juta tahun lalu ) sehingga Zaman

Pleistosen ( 18000 tahun lalu ) merupakan sebuah daratan yang luas yang di dalamnya

terdapat beberapa wilayah seperti Semenanjung Tanah Melayu, Palawan, Jawa,

Borneo dan pulau-pulau kecil Riau dan Lingga. Daratan yang luas ini dikenali sebagai

Pentas Sunda. Selain Pentas Sunda, terdapat Pentas Sahul yang menghubungkan

Australia dengan New Guinea. Semasa zaman pencairan glasier, kedua-dua pentas ini

telah ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi telah menjadi pulau, sama ada

pulau yang kecil atau besar. Pencairan glasier ini telah menyebabkan beberapa

wilayah di situ terpisah-pisah,

d) Penemuan rangka

Penemuan rangka manusia awal, iaitu Homo erectus yang turut dikenali sebagai

Phitecanthropus erectus di Jawa berusia sekitar dua juta tahun ditemui di

Sambungmacan dan diberi nama Manusia Jawa. Sehingga kini, terdapat sebanyak 41

fosil manusia Homo erectus yang telah ditemui di Jawa. Dengan penemuan fosil ini,

dihipotesiskan bahawa manusia moden ( Homo sapiens ) merupakan keturunan

daripada manusia yang awal ini. Homo sapiens ialah induk manusia Austronesia.
9

8.2 Perkembangan Bahasa Melayu

Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah

menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa

Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Keadaan ini pastinya menyebabkan penutur

bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-

zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu

kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri

misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan

bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa

Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.

 Bahasa Melayu Kuno

 Bahasa Melayu Klasik

 Bahasa Melayu Moden

8.2.1 Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno ini merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya

dapat dilihat dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, yang

digunakan sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.Penutur bahas ini berasal

dari Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa ini boleh menjadi lingua

franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:


10

 Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

 Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

 Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Bahasa ini juga banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit

kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata bahasa Melayu

Kuno dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kuno

mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

 Pengaruh agama Hindu

 Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai

hierarki yang tinggi.

 Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Berikut merupakan bukti-bukti tentang bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat

abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

 Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

 Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

 Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

 Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

 Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M)

ditulis dalam huruf Nagiri.


11

Berikut merupakan ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

 Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit

 Susunan ayat bersifat Melayu

 Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

 bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

 Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

 Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

 Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:

sukhatshitta)

 Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini boleh dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di

Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak

perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.Terdapat tiga batu bersurat

yang penting:
12

1) Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

Tulisan dalam batu bersurat ini ditulis dalam huruf India. Isi tulisan pada batu

bersurat tersebut mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak

Sanskrit. Bahasa yang digunakan agak berbeza sedikit daripada bahasa batu

bersurat abad ke-7.

2) Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

Tulisan pada batu bersurat ini juga masih menggunakan abjad India. Di sini juga

buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi,

Allah dan rahmat diguna pakai.

3) Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

Tulisan pada batu bersurat ini ditulis dalam tulisan Jawi dan hal ini membuktikan

tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad tersebut

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa

Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk

tulisan.
13

8.2.2 Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini

dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

 Zaman kerajaan Melaka

 Zaman kerajaab Acheh

 Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-

Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Berikut merupakan ciri-ciri bahasa Klasik :

Pengaruh Islam pada waktu tersebut menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu

mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri

bahasa klasik ialah:

 Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.

 Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang

 Menggunakan bahasa istana

 Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran

(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

 Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula,

alkisah, hatta, adapun.


14

 Banyak menggunakan partikel pun dan lah

 Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab

yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

 Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang

bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,

pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata

umum.

 Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti

frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu

(dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa

dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks

bahasa Arab.

 Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid

ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan

bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.


15

8.2.3 Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu moden hanya bermula pada abad ke-19 iaitu setelah

kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan

Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum

penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai

bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat

pendidikan Islam.Namun demikian,selepas terletusnya Perang Dunia Kedua, British

mengubah dasar pentadbiran mereka dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai

pengantar dalam sistem pendidikan Negara.

Walaupun demikian hal ini tidak berterusan, kerana selepas Malaysia

mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967

menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956

mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.


16

8.3 Ciri-ciri Bahasa

Gambar rajah di atas menunjukkan maklumat tentand ciri-ciri bahasa.


17

8.3 Ciri-ciri Bahasa

Secara umumnya, bahasa mempunyai ciri yang universal. Andaian ini dibuat

berdasarkan manusia mempunyai otak yang sama bentuk dan fungsinya bagi

menghasilkan bahasa. Semua manusia hidup dalam satu dunia dan pengalaman yang

dialami diterjemahkan daripada budaya yang lain dan daripada satu bahasa kepada

bahasa yang lain. Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal dan gabungan

kedua-duanya akan menghasilkan bunyi-bunyi yang bermakna. Set-set konsonan dan

vokal bagi setiap bahasa tersebut boleh bercantumuntuk menghasilkan ayat-ayat yang

berbeza :

8.3.1 BAHASA ITU BERVARIASI

Masyarakat sesuatu bahasa terdiri pelbagai status sosial dan latar belakang

budaya. Oleh itu,bahasa yang digunakan bervariasi dan beragam.Variasi bahasa ini

boleh dicerminkan oleh ideolek,dialek dan ragam.Ideolek bermaksud variasi atau ragam

bahasa yang bersifat individu.Dialek pula bermaksud variasi bahasa yang digunakan

oleh sekelompok masyarakat pada tempat dan waktu tertentu.Ragam ialah variasi

bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu seperti ragam baku,ragam lisan dan

ragam tulisan.
18

8.3.2 BAHASA ITU DINAMIS

Kegiatan manusia tidak tetap dan sering berubah. Bahasa juga ikut berubah,tidak

statik dan inilah yang dikatakan dinamis.Perubahan bahasa terjadi pada semua

peringkat linguistik jati. contohnya ialah:

 Kehadiran alomorf seperti mengehadkan,mengebom dan mengeram.

 Urutan konsonan sepert klinik,abstrak dan psikologi.

Perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik kerana wujudnya

perubahan budaya. Satuan bahasa menjadi wadah untuk menampung konsep dalam

masyarakat bahasa. Kepesatan perubahan ini tercermin dalam bidang perkamusan.

Perubahan dapat terjadi dalam bentuk yang negaitf. Ini adalah mengikut perubahan

masyarakat bahasa berkenaan. Di antara alasan yang digunakan untuk meninggalkan

bahasa dan menggunakan bahasa lain dalam kehidupan seharian ialah sosial dan

politik.Perubahan yang berterusan akan yang menyebabkan bahasa tersebut tidak

wujud lagi. Sebagai contoh bahasa latin dan Sanskrit yang hanya didokumentasi dan

ditempatkan di muzium.
19

8.3.3 BAHASA ITU UNIK

Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus yang

dimaksudkan ialah sistem bunyi,pembentukan kata,pembentukan,dan sistem yang

lain.Antara ciri keunikan Bahasa Melayu ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis

tetapi bersifat sintaksis. Ini bermaksud tekanana pada kata tidak merubah makna kata

tetapi merubah seluruh ayat.

Sebagai contoh:

i. Orang itu memakan roti

ii. Orang itu memakan roti

iii. Orang itu menjolok roti

Bahasa lain bersifat morfemis; iaitu tekanan pada kata akan menyebabkan makna kata

berubah. Contoh:

i. Bahasa Batak

‘bontar darah bon’tar putih

ii. Bahasa inggeris

import import im’port mengimport


20

8.3.4 BAHASA ITU SEJAGAT

Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia. Ciri

yang bersifat umum dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain.Antara ciri

umum bahasa yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan. Jumlah

bunyi vokal dan konsonan adalah tidak sama. Contoh,bahasa Melayu mempunyai 6

vokal dan 22 konsonan.Manakala bahasa Arab mempunyai 3 vokal pendek,3 vokal

panjang dan 28 konsonan. Bahasa inggeris mempunyai 16 vokal (termasuk diftong) dan

24 konsonan.Bahasa Melayu juga mempunyai satuan yang bermakna seperti satuan

kata,klausa,ayat dan wacana yang dimiliki oleh bahasa lain juga tetapi

pembentukannya dalam setiap bahasa adalah berbeza.

8.3.5 BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

Sesuatu bahasa bergantung pada struktur dan bentuk masyarakatnya.

contohnya,masyarakat yang tidak terdedah dengan sains dan teknologi sudah tentu

kekurangan istilah dalam bidang tersebut.Dalam masyarakat yang sama juga

mempunyai perbezaan tertentu. Leksikon sesuatu bahasa ditentukan oleh keadaan

masyarakat bahasa itu,pengaruh luar secara akulturasi dan sosialisasi

pendidikan.Kegagalan mempelajari bahasa akan memberi kesan terhadap proses

komunikasi kerana unsur penting dalam komunikasi ialah maklumat dan proses penting

dalam komunikasi ialah penggunaan bersama yang melibatkan diri dengan orang lain

dalam pemikiran dan perasaan.


21

8.3.6 BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

Sesuatu bahasa bergantung pada struktur dan bentuk masyarakatnya.

contohnya,masyarakat yang tidak terdedah dengan sains dan teknologi sudah tentu

kekurangan istilah dalam bidang tersebut.Dalam masyarakat yang sama juga

mempunyai perbezaan tertentu. Leksikon sesuatu bahasa ditentukan oleh keadaan

masyarakat bahasa itu,pengaruh luar secara akulturasi dan sosialisasi pendidikan.

Kegagalan mempelajari bahasa akan memberi kesan terhadap proses komunikasi

kerana unsur penting dalam komunikasi ialah maklumat dan proses penting dalam

komunikasi ialah penggunaan bersama yang melibatkan diri dengan orang lain dalam

pemikiran dan perasaan.

8.3.7 BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM

Ini bermaksud bahasa mempunyai satu susunan teratur berpola yang membentuk

suatu keseluruhan yang bermakna dan sejumlah unsur yang bertalian secara

fungsional,mengikut peraturan tertentu.Peraturan tersebut ialah tentang bunyi dan

urutannya,kata dan bentuknya serta ayat dan susunannya.Bahasa bersifat sistematis

dan sistemis. Sistematis bermaksud susunan kata mengikut pola dan tidak arbitari.

Sistemis pula bermaksud bahasa mempunyai subsistem dan disusun mengikut

hierarki.Susunan ini dinamakan tataran linguistik atau tataran bahasa.


22

8.3.8 BAHASA SEBAGAI SATU SIMBOL

Pertuturan seseorang mempunyai pertalian yang simbolik dengan objek atau

peristiwa tertentu; iaitu menggambarkan pelbagai pengalaman.Dalam pertuturan ,dua

keadaan terjadi ; iaitu penanggapan bunyi dan mempertalikan bunyi yang dianggap

dengan bermakna.Simbol merupakan tanda. Selain itu,tanda isyarat,gejala,gerak

isyarat,kod,indeks dan ikon.Tanda juga dapat mewakili idea,fikiran,perasaan dan benda

seperti kemalangan jalan raya dan keadaan selepas mandi.Simbol menandai sesuatu

yang lain secara konvesional; iaitu secara alamiah seperti warna bendera dan warna

logo institusi.Simbol bersifat arbitari manakala tanda tidak bersifat arbitari. Ini kerana

simbol amat rapat dengan kegiatan seharian manusia. Selain itu,ini dicerminkan oleh

bahasa kerana bahasa ialah satu simbol.

8.3.9 BAHASA BERSIFAT ARBITRARI

Ini bermaksud bunyi pertuturan dan makna tidak mempunyai hubungan falsafah

yang sah dan mutlak ; iaitu tiada hubungan wajib antara lambang dengan konsep atau

pengertian yang dimaksudkan oleh lambang itu. Kita tidak dapat menghuraikan

mengapa cecair yang terbentuk daripada dua bahagian; iaitu hidrogen dan oksigen

dinamakan air bukannya iar atau ria.Ini terjadi kerana kearbitarian lambang bunyi

(penanda) dan konsep yang dikandungnya (petanda). Penanda tidak memberi petunjuk

terhadap konsep yang diwakilinya.Jika ada hubungan yang wajib antara penanda dan

petanda,jamak bahasa tidak wujud. Kalau ada pun tidak banyak.


23

Konsep Onomatopia memang wujud. Sebagai contoh,kata cicakyang berasal

daripada bunyicak,cak,cak atau pipit yang berasal dari kata pit,pit,pit. Namun bentuknya

terhad tambahan lagi tidak persis antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Bunyi

anjing berbeza ikut tempat. Dalam bahasa inggeris wow,wow,wow,bahasa Melayu woo-

woo,bahasa perancis graf-graf-graf dan bahasa Jepun. wan-wan-wan. Semua bunyi itu

dianggap tepat dan betul kerana bahasa itu arbitrari.


24

9.0 Fungsi-fungsi bahasa

Gambar rajah di atas menunjukkan makluamat berkaitan dengan fungsi-fungsi bahasa


25

9.1 BAHASA RASMI

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk urusan rasmi negara. Di

Malaysia, walaupun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, namun

bahasa Inggeris masih digunakan dalam urusan rasmi negara antara tahun 1957

hingga 1969. Hanya selepas tahun 1969 barulah bahasa Melayu dipilih sebagai

bahasa rasmi. Bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu

telah digunakan sebagai alat komunikasi dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran,

perundangan, pendidikan, perdagangan dan perusahaan. Bahasa rasmi ini digunakan

sebagai wahana dalam urusan-urusan rasmi di peringkat negara. Fungsi bahasa

Melayu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran adalah seperti:

Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas

rasmi negara.

Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan

Digunakan dalam semua rekod kerajaan.

Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara

Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan


26

9.2 BAHASA KEBANGSAAN

PERKARA 152 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.

Dengan syarat bahawa:

(a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi
apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar,
apa-apa bahasa lain: dan

(b) Tiada apa-apa juga dalam Fasal ini boleh menyentuh hak kerajaan Persekutuan
atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan
dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

2. Walau apa pun peruntukkan Fasal (1), selama tempoh 10 tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,
bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dan Dewan Negeri
tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

3. Walau apa pun peruntukkan Fasal (1), selama tempoh 10 tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,
naskah yang sahih:

(a) Bagi segala Rang Undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-
pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen,
dan

(b) Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
27

4. Walau apa pun peruntukkan Fasal (1), selama tempoh 10 tahun selepas Hari

Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,

segala perbicaraan dalam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah

dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan

peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang

digunakan oleh saksi tidak payah diterjemah atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

5. Walau paa pun peruntukkan Fasal (1), sehingga selainnya diperuntukkan oleh

Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkamah Rendah, lain daripada mengambil

keterangan, hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris

Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, menyebut bahawa bahasa kebangsaan

ialah bahasa Melayu. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan

perpaduan di kalangan warganegara. Pewujudan satu bahasa amat penting di

Malaysia kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, iaitu bangsa

Melayu, Cina dan India di samping kumpulan-kumpulan etnik yang lain seperti kaum

Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, bahasa kebangsaan amat perlu bagi

melambangkan identity yang sama bagi semua kaum yang tinggal di Malaysia.

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat tepat sekali kerana dari

segi peratusan penduduk, bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling ramai

berbanding kaum-kaum lain. Malah, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca sejak

berzaman lamanya dan dipertuturkan oleh sebilangan besar penduduk di Tanah Melayu
28

termasuk penduduk bukan Melayu. Bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa

kebangsaan tunggal di Malaysia dapat melambangkan identiti kebangsaan.

9.3 BAHASA ILMU

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mampu mengungkap ilmu-ilmu yang tinggi

seperti memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains, ekonomi, perundangan,

teknologi maklumat dan bidang-bidang lain yang terdapat dalam dunia moden kini. Ini

jelas dilihat menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa Melayu yang berkaitan

dengan bidang-bidang tersebut. Setiap laras mempunyai kosa kata tersendiri yang

khusus tentang bidang berkenaan. Malhan, kini terdapat banyak buku akademik yang

ditulis dalam bahasa Melayu untuk kegunaan pelajar-pelajar di instituti pengajian tinggi.

9.4 BAHASA PENGANTAR

Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, pada tahun 1981 bahasa melayu telah

digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan, iaitu dari

darjah satu sekolah rendah hingga tingkatan enam. Pada tahun 1983 pula, semua

kursus tahun pertama di universiti-universiti tempatan menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu pula telah dijadikan sebagai satu mata

pelajaran di semua sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Dengan menggunakan

satu bahasa iaitu bahasa Melayu, perpaduan dapat dipupuk di kalangan masyarakat
29

majmuk di Malaysia. Dengan penggunaan bahasa Melayu di peringkat sekolah dan

universiti, bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa penyalur ilmu.

9.5 BAHASA PERPADUAN

Gambar rajah di atas menunjukkan tentang jenis-jenis bahasa perpaduan.

a) Fungsi Penyatuan

Bahasa Melayu baku bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-

penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama. Ini dapat

menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat pertuturan.


30

b) Fungsi Pengasingan

Bahasa Melayu baku bertindak sebagai variasi bahasa yang terasing daripada

dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama yang dapat melambangkan identiti

kebangsaan.

c) Fungsi Prestij

Mewujudkan satu bahasa baku yang menimbulkan perasaan atau semangat

megah terhadap negara.

Ketiga-tiga fungsi tersebut dapat menyatukan penduduk dan memberikan satu

identiti bagi masyarakat Malaysia. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan

disalurkan menerusi dasar pelajaran kebangsaan.


31

10.0 Takrif Fonetik Dan Fonologi

Fonetik

Fonetik bermaksud bidang yang mrngkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan

oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.

Fonologi

Bagi fonologi pula bermaksud satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi

yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah

difahami oleh kedua-dua pihak.

Gambar rajah di atas menunjukkan tentangfonologi, fonetik,fonemik beserta dengan cabang-

cabangnya.
32

10.1 Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

Fonetik adalah subdisplin linguistik,kajian bunyi sebagai fenomena dalam dunia

fizikal,fisiologi,anatomi,neurolagi dan psikologi manusia yang menghasilkannya. Fonetik

ini juga merupakan kajian tentang sifat-sifat semula jadi,produksi dan persepsi bunyi-

bunyi bahasa yang dihasilkan. Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga iaitu fonetik

akustik,fonetik artikulatori dan fonetik auditori. Pendek kata, fonetik mengkaji unsur

setiap bunyi dan menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua

bahasa.

Fonologi pula adalah subdisplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa,iaitu

tentang fungsi,perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Fonolagi ini

melibatkan kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat semula jadi sistem

tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu

pasangan terkecil,fonotatik dan sebagainya. Kajian fonologi ini adalah berkaitan dengan

hubungan antara butir-butir leksikal lahir yang membentuk ayat disamping berkaitan

dengan penelitian pola-pola intonasi. Menghasilkan system ejaan sesuatu bahasa.


33

10.2 Bidang-bidang Fonetik

10.2.1 Fonetik Artikulasi

Kajian ini dibuat dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan bunyi. Bidang

fonrtik ini mengkaji tentang bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dapat dihasilkan atau

dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. Fonetik jenis ini juga sangat penting bagi ahli-ahli

bahasa, peneliti bahasa atau pelajar kerana ianya memberikan kepandaian berucap

kepada seseorang. Selain itiu, fonetik ini juga menerangkan kedudukan alat artikulasi

dan cara ianya berfungsi sewaktu menghasilkan bunyi. Mengikut kajian fonetik

ini,bunyi-bunyi suara terhasil daripada proses berikut :

 Udara yang keluar daripada paru-paru akan lalu pada pita suara yang mana

ianya akan menentukan samada bunyi itu nyaring,kuat,perlahan dan sebagainya.

 Udara keluar melalui rongga tekak,rongga mulut atau rongga hidung yang akan

mewujudkan gema.

 Gema ini akan melalui jenis-jenis gangguan oleh alat artikulasi di rongga mulut.

 Hasil dari gangguan ini wujudnya bunyi bahasa yang berlainan.

 Contoh bunyi bahasa yang timbul adalah seperti jenis

letupan,letusan,geseran,sengauandan lain-lain lagi.

 Keadaan ini juga dapat dikenali sebagai fonetik pertuturan atau sebutan.
34

10.2.2 Fonetik Auditori

Bidang ini pula membuat kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar dari

mulut. Kajian ini juga merujuk kepada perkaitan bunyi-bunyi yang dihasilkan dengan

pendengaran. Ianya juga mengkaji tentang bunyi bahasa sebagai sesuatu yang boleh

diterima oleh pendengar. Pendengaran itu penting juga memandangkan ianya dapat

menentukan jenis-jenis dan perbezaan di antara bunyi. Justeru itu, pendengaran yang

tepat adalah penting untuk menentukan jenis dan perbezaan antara bunyi-bunyi supaya

bunyi dapat ditranskripsikan dengan tepat. Proses pendengaran mengikut kajian ini

adalah :

 Gelombang udara masukbke bahagian tengah telinga

 Gegendang telinga pendengar akan bergetar bersama tulang osikel

 Tulang osikel yang bergetar berfungsi menyampaikan getaran=getaran kepada

cairan yang ada pada bahagian dalam telinga.

 Kemudian saraf-saraf auditori menghantar maklumat ke otak dan otak akan

mentafsirkan maklumat iyu sebagai bunyi.


35

10.2.3 Fonetik Akustik

Dalam bahagian ini pula, kita akan mengkaji tentang sifat-sifat atau hakikat

bunyi irtu sendiri. Pendek kata bidang ini menkaji dari segisifat bahasa. Mengikut fonetik

akustik ini, bunyi adalah gelombang udara yang asalnya keluar dari paru-paru dan

kemudiannya mengalami perubahan dimana perubahan itu disebabkan oleh gangguan

yang dilakukan oleh alat-alat artikulasi seperti pita suara,lidah,bibir dan sabagainya.

Melalui kajian ini kita dapat membezakan sifat-sifat bunyi yang dihasilkan seperti

halus,kasar,nyaring,lantang,lunak dan sebagainya. Sifat-sifat bunyi seperti disebut itu

dapat ditentukan dengan penggunaan alat-alat penting dalam kajian fonetik seperti

palatogram,laringoskopi dan letromiografi.


36

10.3 Alat-alat Artikulasi

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi.

1 Bibir atas 11 Tengah lidah


2 Bibir bawah 12 Belakang lidah
3 Gigi atas 13 Akar lidah
4 Gigi bawaw 14 Epiglotis
5 Gusi 15 Pita suara
6 Lelangit keras 16 Rongga tekak
7 Lelangit lembut 17 Rongga hidung
8 Anak tekak 18 Rongga mulut
9 Hujung lidah 19 Rahang
10 Hadapan lidah 20 Tenggorok
37

10.4 Daerah-Daerah Artikulasi

Daerah atrikulasi adalah alat atrikulasi yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa

berada di tempat asalnya kecuali berlaku sesuatu yang luar biasa.Contoh alat-alat

atrikulasi untuk daerah atikulasi ialah gigi, gusi, lelangit dan rongga hidung.

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran

bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,

hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat

deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan

belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan,

tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh

digerakkan kemana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi

peranannya tidaklah seaktif lidah.Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan

sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran udara inilah

yang menghasilkan bunyi.


38

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir

terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan

berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan

paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara

yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian

dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan

hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit

lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga

mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga

mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus

ke rongga hidung. Apabila dinaikkan,rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar

melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara

terpaksa keluar melalui rongga hidung.


39

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit.Rongga hidung boleh

dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam

penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan

mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keeping selaput nipis berkenaan.

Gambar rajah di atas menunjukkan gambaran pita suara.


40

11.0 Bunyi bahasa

11.1 Bunyi Vokal

Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar

berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan.

Vokalperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga

bahagian iaitu:

i Vokal hadapan

ii Vokal tengah

iii Vokal belakang

Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu


41

Berdasarkan kepada gambar rajah diselah tadi dapat digambarkan

kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri

daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian

belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas

bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi

vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah

semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah seterusnya:

Gambar rajah diatas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam

pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan

dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan

yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal.


42

Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut:

 Hampar

 Separuh hampar

 Bundar

 Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh

hampar atau bundar dan separuh bundar.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis

vokal adalah seperti berikut:

Gambar rajah di atas menunjakkan keadaan kedudukan bibir semasa penghasilan vokal.
43

11.1.1 Cara Menghasilkan Setiap Bunyi Vokal

Huraian yang berikutnya akan menjelaskan tentang peranan , keadaan dan

kedudukan alat-alat artikulasi dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu .

Gambar rajah akan disertakan bagi membantu memahami cara setiap vokal tersebut

dihasilkan.

 Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]

Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak

membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk

membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan

digetarkan. Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[ijab] [minum] [beli]

[insan] [kilang] [cari]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 8.1)

 Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah

hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu

rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak

pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru
44

disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan

dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan.

Sebagai contoh:

Awalan pertengahan akhiran

[ekor] [kekok] [kole]

[enak] [belok] [tauge]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 8.2 )

 Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ]

Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh

rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi

vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga

hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita

suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan.

Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.

Sebagai contoh:

Awalan pertengahan akhiran

[εsok] [kεk] [sorε]

[εnak] [bεlok] [olε-olε]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 8.3 )


45

 Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ]

Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan

bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin.

Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal.

Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil

menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami

sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang

melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a].

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[angsa] [rapi] [lupa]

[alis] [palam] [kena]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 8.4)

 Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ]

Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut

untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup

rongga hidung.Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta

digetarkan.Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah

bunyi vokal /u/.


46

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[ungka] [tuba] [batu]

[ulam] [pucat] [kelu]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 8.5 )

 Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling

rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila

udara disalurkan keluar maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[orang] [roket] [milo]

[onar] [pocong] [keromo]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 8.6 )


47

 Vokal Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ‫] כ‬

Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah. Untuk

menghasilkan vokal / ‫כ‬/ ini, belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh luas ke arah

lelangit lembut. Manakala, lelangit lembut dan juga anak tekak pula dinaikkan

untuk menutup rongga nasal sementara pita suara dirapatkan sambil digetarkan. Bibir

pula hendaklah dalam keadaan bundar. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal / ‫כ‬/.

Sebagai contoh:

Awalan pertengahan akhiran

[‫ כ‬leh] [b ‫כ‬leh] [pidat ‫]כ‬

[‫ כ‬pera] [pr ‫כ‬ton] [tomat ‫]כ‬

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 8.7 )

 Vokal Tengah [ ə ]

Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke

bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit

lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal.

Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan

bergetar. Bunyi /ə/ akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian

awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja.


48

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhir

[əmak] [bəlah] [sosialismə]

[əmas] [cəlah] [behaviurismə]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 8.8)

11.2 Bunyi Konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat

gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan

terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara

bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu

menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang

terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa melayu

konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan

asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur

bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.


49

Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

 dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

 dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

 dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

 satu konsonan hentian glotis. ( ? )

 dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( č , j )

 dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan

geseran glotis bersuara ( h ).

 satu konsonan getaran bersuara ( r ).

 satu konsonan sisian bersuara ( I ).

 empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

 dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir

bersuara ( w ).

 satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti

dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.

 Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].

Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.

Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di

bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-

merta dengan menggetarkan pita suara.


50

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[batu] [lumba] [kelab]

[balu] [labu] [maktab]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.1 )

 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.

Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di

bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-

merta tanpa menggetarkan pita suara.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[palu] [sampah] [malap]

[pedang] [sepah] [kejap]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.2 )


51

 Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ].

Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan,

rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui

rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah

dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan sertamerta sambil

menggetarkan pita suara.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[datuk] [sedut] [salad]

[diari] [saderi] [nomad]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.3 )

 Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ].

Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan,

rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui

rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah

dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan sertamerta tanpa

menggetarkan pita suara.

Sebagai contoh:
52

awalan pertengahan akhiran

[tebu] [satu] [selat]

[tabur] [ketum] [pelat]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.4 )

 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ].

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian,

bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru

tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut

tersebut.Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta denganmenggetarkan pita

suara.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[gelap] [segah] [jag]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.5 )


53

 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ].

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian,

bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangitlembut supaya udara daripada paru-paru

tersekat pada bahagianbelakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut

tersebut.Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita

suara.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[kalau] [bekal] [selak]

[kari] [cekal] [elak]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.6 )

 Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ].

Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan

rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Kemudian, udara daripada paru-paru melalui

bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan

diantara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan

serta-merta dengan menggetarkan pita suara.

Sebagai contoh:
54

awalan pertengahan akhiran

[jambang] [baju] [mesej]

[jambu] [laju] [kolaj]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.7 )

 Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č].

Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan

rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui

bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di

antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan

serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[čatan] [beča] [mač]

[čuba] [kača] [klač]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.8)


55

 Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ].

Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke

bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paru-paru

melalui rongga mulut danmenggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[rotan] [kerap] [pakar]

[rancang] [perap] [cakar]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.9 )

 Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m].

Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan

tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan

daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara

digetarkan.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[mantan] [semak] [selam]

[maki] [amal] [suram]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.1.1 )


56

 Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].

Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi.Kemudian, lelangit lembut

dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.

Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongg hidung sambil

pita suara digetarkan.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[naga] [benam] [ikan]

[niaga] [enam] [lokan]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.1.2 )

 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n].

Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian,lelangit lembut

dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.

Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung

sambil pita suara digetarkan.


57

Sebagai contoh:

awalan pertengahan

[nawa] [senap]

[nasi] [guna]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.1.3)

 Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ].

Bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut.Kemudian, lelangit

lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga

tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga

hidung sambil pita suara digetarkan.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[ŋilu] [baŋsal] [senaŋ]

[ŋaŋa] [seŋal] [renaŋ]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.1.4)


58

 Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s].

Daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan

udara keluar. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga

tekak. Udara yang disalurkan keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-

gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu. Pita suara pula tidak digetarkan.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[sama] [nasi] [kipas]

[silap] [asap] [tulus]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.1.5 )

 Konsonan geseran glotis tak bersuara [h].

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian,

pita suara direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui

glotis yang terbuka itu seperti keadaan biasa ketika bernafas.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[hantu] [mahir] [sirih]

[haram] [dahan] [madah]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.1.6 )


59

 Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].

Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.

Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian,

pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan

vokal tengah.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[wakil] [bawal] [straw]

[wilayah] [tawakal] [takraw]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 9.1.7)

 Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].

Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Kemudian, lelangit lembut

dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru

disalurkan melalui rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah serta

pita suara digetarkan.


60

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[lapar] [balik] [cekal]

[lima] [bila] [pukul]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah9.1.8 )

 Hentian Glotis – [ ? ]

Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat-

rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus

udara keluar dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Rapatan itu

kemudiaanya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru,

terhasillah bunyi hentian glotis. Hentian glotis hadir di akhir perkataan-perkataan yang

dieja dengan k.

Sebagai contoh : awalan pertengahan akhir

[ buda? ] [ kapa? ] [ tida? ]


61

11.3 Bunyi Diftong

Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak.Bunyi

diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi

menggeluncur ke arah vokal di mana pada mulamulanya hadir tanpa menampakkan

sebarang puncak kelantangan. Keadaan di mana ketiadaan puncak kelantangan

semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku

kata sahaja semata-mata.

Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan

urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua

suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata

tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku

kata, yakni ma dan in. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi /

dan /au/. Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang

puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u /

pada diftong / au /. Lambang [ ˆ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu

diftong.

Gambar rajah di ats menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu.


62

 Artikulasi fonem diftong [ai ]

Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit.

Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang

terhampar.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[aising] [hairan] [belai]

[aikido] [kailan] [kedai]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 10.1 )

 Artikulasi fonem diftong [ au ]

Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit.

Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang

bundar.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[aur] [maulana] [pulau]

[aurat] [saudara] [relau]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 10.2 )


63

 Artikulasi fonem diftong [oi ]

Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal

depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang bundar kepada

keadaan yang terhampar.

Sebagai contoh:

pertengahan akhiran

[boikot] [kaloi]

(Sila rujuk lampiran dalam gambar rajah 10.3 )

11.4 Carta Konsonan Melayu

Daerah 1 2 3 4 5 6
sebutan
Gusi Lelangit Lelangit Pita suara
Cara Dua bibir Gusi lelangit keras lembut
sebutan keras

Letupan p t k
tidak
bersuara

Letupan b d g
bersuara

Latupan
tidak
bersuara
64

Letupan
bersuara

Sengauan m n

Geseran s h
tidak
bersuara

Getaran

Sisian i

Separuh w y/j
vokal

Carta di atas menunjukkan tentang carta konsonan-konsonan dalam bahasa Melayu.

11.5 Kesimpulan

Dalam menghasilkan bunyi, terdapat tiga alat yang memainkan peranan

penting, iaitu alat dalaman tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bunyi-bunyi yang

dihasilkan oleh manusia terdiri daripada dua jenis iaitu bunyi-bunyi bahasa dan bunyi-

bunyi bukan bahasa. Bunyi-bunyi bahasa ini diberikan lambang-lambang tertentu.

Dalam bahasa terdapat dua jenis bunyi bahasa , iaitu vokal dan konsonan. Pelabelan

bunyi-bunyi ini sebenarnya bergantung pada alat dan daerah artikulasi. Dalam mengkaji

bunyi konsonan pula, keadaan pita suara turut diambil kira bagi menentukan sama ada

bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak. Justeru itu, bagi mengenal pasti cara
65

sesuatu bentuk bunyi itu dihasilkan, pengetahuan tentang alat-alat dan daerah artikulasi

amat diperlukan.

12.0 Fonem Vokal dan Konsonan

Fonem vokal dan konsonan ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu fonem

bahasa melayu, fonem vokal dan konsonan pinjaman. Setiap bahagian ini akan dikaji

dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang penggunaannya

dalam sistem bahasa Melayu.

12.1 Fonem Bahasa Melayu

Fonem bahasa melayu ini pada asasnya terdiri daripada beberapa unit. Unit

yang paling besar ialah ayat dan unit terkecil ialah fonem. Fonem merujuk kepada unit

bahasa yang paling kecil dan boleh dipenggal-penggal. Hal ini bersesuaian dengan sifat

fonem yang memang boleh diasing-asingkan antara satu dengan yang lain. Sebagai

contoh,perkataan ‘tutup’ boleh dipenggalkan kepada lima unit fonem yang berasingan,

iaitu /g/ , /a/ , /n/ , /t/ dan /i/. Fonem ini tiada membawa sebarang makna dah jika salah

satu daripada fonem ini ditukar dengan satu fonem yang lain , maka makna perkataan

berkenanan akan bertukar. Misalnya fonem /g/ ditukar dengan satu fonem lain dan

menghasilkan /nanti/ dan /panti/. Keadaan ini menujukkan bahawa fonem mempunyai

fungsi distingtif , iaitu berperanan dalam membezakan dan mengubah makna

perkataan. Justeru itu, jelaslah bahawa fonem ialah unit pada tingkat bunyi yang

distingtif, iaitu fonem ialah unit sifat bunyi yang mampu mengubah dan membezakan

makna sesuatu kata.


66

12.2 Fonem Vokal

Dalam sistem bahasa Melayu Standard terdapat enam jenis fonem vokal iaitu
/a/,/e/,/i/,/o/,/u/ dan /ə/.

Penggunan Fonem Vokal


Huruf Fonem

Awal Tengah Akhir

a /a/ /awa?/ /kadar/ /mana/


/api/ /gagah/ /bola/

e /e/ /ena?/ /leher/ /tauge/


/ekor/ /telen/ /ole-ole/

i /i/ /ikat/ /pilih/ /tuli/


/iman/ /gigih/ /tali/

o /o/ /oleh/ /bohoŋ/ /pidato/


/oraŋ/ /toloŋ/ /solo/

u /u/ /ubat/ /bulat/ /sudu/


/ular/ /pulut/ /padu/

e /ə/ /əma?/ /pənat/ /sosialismə/


/əmpat/ /təpat/ /mekanismə/

Carta ini menunjukkan tentang penyebaran fonem vokal bahasa Melayu

Huruf ‘e’ digunakan untuk melambangkan dua fonem , iaitu :

 Fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /ə/


 Fonem e laling yang ditulis secara fonetik /e/
67

12.3 Fonem Konsonan

Dalam sistem bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli. Hampir setiap

huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem dan ini menjadikan salah satu faktor

mengapa bahasa Melayu ini medah dipelajari. Hal ini demikian kerana sistem

fonologinya yang mudah.

Penggunaan Fonem Konsonan


Huruf Fonem
Awal Tengah Akhir

b /b/ batuk lambat kelab

c /c/ campak benci mac

d /d/ datang ladang abad

g /g/ gagal ligat monolog

h /h/ hapus lahap sudah

j /j/ jalan sejat garaj

k /k/ kilat bangkit letak

l /l/ lawat selamat kawal

m /m/ masan zaman kelam

n /n/ nanti senak masin

ng /ng/ nganga lengkap halang

ny /ny/ nyanyi senyap _____

p /p/ pedas papan sedap

r /r/ runtuh deras dengkur

s /s/ sukat langsai lepas


68

t /t/ tanam latih pekat

w /w/ warna sawah takraw

y /y/ yuran yayasan ______

Carta ini menunjukkan tentang penyebaran konsonan bahasa Melayu

12.4 Konsonan Pinjaman

Sistem bahasa Melayu juga mempunyai lapan jenis konsonan pinjaman.

Konsonan pinjaman ini berasal daripada bahasa Arab,bahasa Inggeris atau bahasa

selain bahasa Melayu itu sendiri. Penggunaan konsonan pinjaman ini sudah sebati

dengan penutur bahasa Melayu sehingga konsonan ini telah diiktiraf sebagai konsonan

melayu juga.

Huruf Fonem Contoh Penggunaan

f /f/ fakir

v /v/ variasi

th // mithal (misal)

dh /ð/ dharab (darab)

z /≥/ zaman

sy /š/ masyarakat

kh /×/ khas

gh /ɣ/ ghaib

Carta ini menunjukkan tentang penyebaran konsonan bahasa Melay


69

13.0 Prosidi dan Suprasegmental

Ujaran

Suprasegmental / Non-
Segmental
segmental

Paralinguistik
Prosidi Non- linguistik
( kualiti suara dan
kualifier )

Intonasi

Gambar rajah diatas menunjukkan tentang Konsep-konsep Ujaran.


70

Definisi prosidi ini sangat luas dan bergabtung pada cara iya berfungsi dalam

sesuatu bahasa. Dalam linguistik, prosidi menjelaskan segala perkara yang berkaitan

dengan bentuk-bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga dan tidak dapat

dijelaskan debgan bentuk simbol-simbol dan tulisan. Prosidi ini lebih menfokuskan

bentuk ujaran, iaitu yang berkaitandengan intonasi dan rima.

Apabila istilah prosidi dan suprasegmental ini digabungkan, maka dapatlah kita

mendefinisikan prosidi itu sebagai bidang kajian bunyi yang mengkaji bunyi-bunyi yang

mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran. Contoh unsur-unsur tersebut adalah

kelangsingan, tekanan, jeda, kadar tuturan dan sebagainya. Istilah suprasegmental dan

prosidi ini sebenarnya merujuk kepada bentuk kajian bunyi yang sama. Sarjana kajian

Amerika menggunakan istilah prosidi ini yang digunakan oleh sarjana Inggeris. Kedua-

dua istilah ini adalah sama sahaja dan boleh saling bertukar ganti.

13.1 Takrif Intonasi

Keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap dan

kadangkala disebut nada suara merupakan satu bentuk intonasi. Intonasi juga boleh

dikatakan sebagai variasi nada apabila bertutur. Dalam prosidi linguistik , intonasi

merupakan satu elemen yang penting. Nada sintaktikal, digunakan untuk menyatakan

rasa ironi dan terperanjat untuk mengubah permintaan dalam bentuk bahasa. Oleh itu,

bahasa Inggeris dan Perancis mentebut hal ini sebagai intonasi bahasa.
71

13.2 Peranan Intonasi

Peranan yang dimainkan oleh intonasi dalam ujaran boleh dibahagikan kepada tiga

aspek iaitu :

1) Aspek linguistik

2) Aspek paralinguistik

3) Aspek ekstralinguistik

 Aspek Linguistik

Aspek ini merujuk kepada perorganisasian maklumat ujaran. Sebagai contoh,

menandai perenggan, ayat, frasa atau rangkai kata, menjelaskan maklumat yang

dikemukakan di dalam domain seperti penyata, pertanyaan dan sebagainya, serta

memberikan fokus konstituen-konstituen yang terdapat dalam domain.

Contoh :

A : Kenapa kita/ tidak bayar/ duit dulu / masa naik teksi ?

B : Kerana / duit / tidak laku.

Dalam dialog diatas, pemenggalan kumpulan konstituen dilakukan dengan garis

miring bagi manunjukkakan bagaimana konstituen leksikal tersebut dipenggal.

Pemenggalan konstituen ini berlaku kerana dapat mendukung makna yang tertentu dan

dari segi logiknya dapat diterima akal. Kumpulan konstituen / duit dulu / dalam dialog ini

merujuk kepada mata wang dahulu yang tidak sah untuk digunakan lagi pada masa

sekarang. Jawapan yang diberikan oleh B memang boleh diterima akal. Hal demikian

berlaku kerana sesuatu maklumat itu dapat diorganisasikan.


72

 Aspek Paralinguistik

Aspek ini pula merujuk kepada emosi atau sikap penutur itu sendiri. Aspek ini

merangkumi bahasa badan seperti mimik muka, pergerakan badan yang informatif

serta kualiti kualifier suara. Paralinguistik ini berfungsi untuk menambahjelaskan

maklumat yang sedang dirujuk kerana sering kali fungsi gramatis ayat yang diujarkan

tidak selari maknanya dengan tujuan sebenar maksud yang ingin disampaikan.

Sebagai contoh :

“ Tak payah , tak payah ”

Ujaran seperti di atas sering dilafazkan apabila seseorang berada dalam situasi

malu atau segan. Walaupun sebenarnya ayat tersebut membawa maksud tidak perlu

tetapi tidak salah juga sekiranya ujaran itu boleh juga bermaksud “ perasaan amat

menghargai dan tidak menjangka diberikan sesuatu yang di luar jangkaan. ”

 Aspek Ekstralinguistik

Aspek ini merujuk kepada kesan jantina, umur latar belakang dan sebagainya

dalam pertuturan. Apabila dikaji melalui prosidi, kesemua maklumat yang diujarkan oleh

seseorang individu mempunyai aksen tersendiri. Disebabkan oleh ciri-ciri aksen ini,

maka orang yang mendengar sesuatu perbualan misalnya melalui telefon sekurang-

kurangnya dapat menjangka dengan siapa dia berinteraksi walaupun untuk kali

pertama. Dia boleh menjangka sama ada orang yang dilawannya bercakap itu adalah

lelaki, perempuan, kanak-kanak, seorang Melayu, Cina, India dan sebagainya. Nada

tersebut juga berguna untuk menentukan sama ada perbualan tersebut menarik minat

atau tidak, untuk melangsungkan atau menamatkan perbualan.


73

Sekiranya aspek intonasi ini tidak berfungsi dan berperanan seperti yang

dinyatakan, sudah pasti pada masa perbualan kali pertama menerusi telefon dengan

orang yang kita tidak kenali rupa parasnya, kita tidak dapat membuat sebarang

jangkaan siapakah penutur yang berinteraksi dengan kita itu. Kita tidak tahu sama ada

dia berbangsa Melayu, Cina, India, lelaki , perempuan, kanak-kanak dan sebagainya.

Walau bagaimanapun kesemua maklumat ini tidaklah begitu tepat sekiranya kita

mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang pendapat orang yang menyatakan

tanggapan awal mereka salah. Contohnya, dengan suara yang halus belum tentu

pemiliknya itu rupawan, kecik molek dan sebagainya kerana lazimnya sebaliknya yang

berlaku. Justeru itu maklumat sebegini adalah sangat subjektif, tetapi apa yang pasti

kita dapat dapat membezakan dari segi jantina, julat usia dan bangsa penutur tersebut.

13.3 Intonasi Dalam Sintaksis Bahasa Melayu

Berikut merupakan intonasi yang digunakan dalam bentuk ujaran ialah :

 Intonasi menaik mewakili nada suara dinaikkan mengikut masa

 Intonasi menurun mewakili nada suara diturunkan mengikut masa

 Intonasi puncak mewakili nada suara daripada naik kepada turun.

 Intonasi ‘dipping’ mewakili nada suara daripada turun kepada naik.


74

Tingkat nada dalam intonasi dapat ditandai oleh angka 1,2,3 dan 4 yang membawa

maksud seperti berikut :

 Angka 1 mewakili nada yang paling rendah

 Angka 2 mewakili nada permulaan ujaran

 Angka 3 mewakili nada tekanan dalam ujaran

 Angka 4 mewakili nada yang paling tinggi

Kaedah yang digunakan untuk mengkaji intonasi dalam sintaksis bahasa

Melayu ialah kaedah impresionistik. Memandangkan kaedah yang digunakan ini tidak

bersifat saintifik dan empirikal, kajian yang terakhir dibuat menggunakan kaedah

eksperimental mendapati bahawa sebahagian daripada deskripsi intonasi dalam

kaedah impresionistik tersebut menimbulkan kesulitan apabila diucapkan. Kajian telah

dibuat menggunakan pola intonasi ayat penyata, pola intonasi asli dan pola intonasi

yang dipermudahkan. Memandangkan kajian-kajian ini memberikan pilihan pola tingkat

nada maka ketepatannya masih boleh diterima sebagai salah satu pola yang mungkin

digunakan semasa melafazkan ayat.

“ not only can have the same text have many different melodies, the same melody can

occur on many different texts.”

( Pierrehumbert, J. B, 1980 : 2)
75

Walaupun penyataan berikut menunjukkan kita bahawa terdapat variasi yang

sangat besar tentang pola intonasi sesuatu ayat, apa sesuatu yang perlu diakui adalah

kecenderungan penggunaan satu pola oleh seseorang individu dalam melafazkan

sesuatu ujaran tetap ada.


76

14.0 Refleksi

Dalam proses menjalankan kerja kursus ini,pada awalnya saya

berpendapat yang kerja kursus ini agak mudah dan saya senang untuk mencari

bahan-bahan yang berkaitan dengan kerja kursus ini.Malangnya,tanggapan saya yang

awalnya ternyata kurang tepat.Semasa menyiapkan kerja kursus ini saya telah

mengalami pelbagai jenis masalah.Begitu banyak masalah yang timbul sehingga saya

terpaksa membuat dan mengatur semula langkah dari mula.Ketika itulah saya sedar

bahawa saya belum sepenuhnya memahami dari segi format sebenar kerja kursus .

Keadaan ini menjadi lebih rumit lagi apabila saya sukar untuk mendapatkan isi penting

dalam bahan yang saya kaji. Kelemahan saya disini ialah saya sukar untuk

mengenalpasti yang mana merupakan isi penting untuk menjawab kehendak soalan

yang diberikan.

Selain itu, bahagian yang paling sukar untuk saya ialah ketika saya

dikehendaki menghuraikan tentang asal usul Bahasa Melayu dan alat-alat artikulasi

serta bidang- bidang fonetik dab fonologi. Saya pada asasnya memang bukan seorang

pelajar yang mempunyai gred yang baik dalam matapelajaran bahasa Melayu ketika

sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Walaupun saya mendapat keputusan

yang begitu cemerlang dalam SPM saya untuk matapelajaran ini, namun saya masih

belum dapat menguasai bahasa Melayu dengan begitu baik sekali.

Boleh dikatakan hampir dau tahun saya tidak mempelajari bahasa Melayu

memandangkan saya telah melanjutkan pelajaran di matrikulasi pada tahun berikutnya

dalam aliran sains. Oleh itu, matapelajaran saya lebih berfokuskan dalam bahasa

Inggeris sepenuhnya. Maka, pengetahuan saya yang sedikit dalam bahasa Melayu
77

menjadi semakin berkurang dari sehari ke sehari dek kerana faktor tersebut.Jadi saya

tidak hairan sekiranya saya mengalami masalah sebegini ketika membuat kerja kursus

yang memerlukan saya untuk menulis dan menerangkan penulisan dalam bahasa

baku.

Namun begitu saya tidak berputus asa dan mengalah. Pelbagai cara dan taktik

telah saya gunakan untuk membuat hasil yang terbaik seperti berjumpa dan bertanya

kepada pensyarah , pelajar senior dan rakan-rakan yang lebih mahir dalam bidang

matapelajaran ini. Saya sering merujuk kepada pelajar senior memandangkan mereka

lebih berpengalaman dalam membuat kerja kursus ini. Pelbagai jenis masalah saya

telah bincangkan dengan para pelajar senior yang juga merupakan teman

seperjuangan saya ketika di sekolah menengah dan matrikulasi pada masa dahulu.

Selain itu saya juga turut mencari alternatif sendiri untuk memperkembangkan

penggunaan bahasa Melayu saya dengan melebihkan diri membaca bahan-bahan

seperti buku dan journal dalam bahasa Melayu.

Secara keseluruhanya,saya begitu gembira dan berbangga dengan diri

sendiri kerana telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus bahasa Melayu l ini

dengan sempurna walaupun begitu banyak cabaran yang harus saya hadapi baik

masalah dalaman ataupun luaran. Meskipun saya berasa berpuas hati dengan

tugasan ini, saya berazam pada masa hadapan saya akan dapat memperbaiki semua

kelemahan yang saya hadapi untuk menambah baik mutu hasil kerja kursus saya.
78

Anda mungkin juga menyukai