Anda di halaman 1dari 31

1.1.

3 HIPOTESIS TENTANG TEMPAT ASAL


BAHASA MELAYU

a) ORANG MELAYU (BAHASA MELAYU) DARI KAWASAN ASIA TENGAH


b) ORANG MELAYU ATAU BAHASA MELAYU DARI KAWASAN NUSANTARA
APA ITU HIPOTESIS?

• Menurut Kamus Dewan “hipotesis” bermaksud sesuatu


pendapat yang dianggap benar walaupun kebenarannya masih
belum terbukti.
A) ORANG MELAYU (BAHASA MELAYU) DARI KAWASAN
ASIA TENGAH

Orang Melayu dikatakan berasal dari selatan China. Menurut 2


orang pengkaji, mereka mendapati bahawa bentuk kapak kuno
yang dijumpai di lembah Sungai Yangste , Sungai Mekong dan
Sungai Irrawady sama seperti kapak kuno yang ditemui di
Sumatera Selatan. Jadi mereka beranggapan bahawa orang-orang
kuno mengembara sehinggalah mereka tiba di Kepulauan Melayu.
Sungai Yangtse Sungai Mekong
- Panjang sungai 6300 KM. - Panjang sungai 4800 KM.
- Mengalir dari wilayah Qinghai ke arah - Mengalir dari Dataran Tibet di
timur hingga laut China Timur di utara dan mengalir melalui
Shanghai. Yunan di China, Myanmar,
Thailand, Kemboja, Laos dan
Vietnam.
Sungai Irrawady
- Panjang sungai 2288 KM.
- Mengalir melalui tanah
Myanmar dari utara ke selatan
dan mengalir ke Teluk Bengal
2 orang pengkaji yang menganggap Bahasa
Melayu berasal dari Kawasan Asia Tengah

Hendrik Kern

Von Heine-
Geldern
HENDRIK KERN
Nama: Johan Hendrik Caspar Kern
Tarikh lahir: 6 April 1833
Tarikh kematian: 4 Julai 1917
Nasionaliti: Belanda
Pengajian tertinggi: Universiti Lieden
Kerjaya: Ahli Bahasa Sanskrit,
pensyarah di Greek dan professor
di Benares di India.
Karya: Concerning the Chronology
of the Southern Buddhists
VON HEINE-GELDERN
Nama: Robert Freiherr von Heine-
Geldern
Tarikh lahir: 16 Julai 1885
Tarikh kematian: 26 Mei 1968
Nasionaliti: Austrian
Pengajian tertinggi: Universiti Vienna
Kerjaya: Ahli Arkeologi, Ahli Etnologi
Karya: The Drum named Makalamau
TEORI HENDRIK
KERN

- Mereka berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.


- Orang-orang yang berasal dari Austronesia adalah
dari Champa.
- Orang Melayu yang berasal dari Semenanjung
berpecah ke sebelah timur.
- Orang Austronesia turun ke Semenanjung lalu
menjadi Orang Melayu.
TEORI VON
HEINE-
GELDERN
- Mereka berasal dari Yunan.
- Tempat sumber sungai di timur dan asia tenggara dikenali
sebagai kebudayaan Dongson.
-Terdapat dua gelombang penghijrahan orang Melayu.
a) Melayu Proto (kira-kira 2500 sebelum Masihi).
b) Melayu Deutro (kira-kira 1500 sebelum Masihi).
APA ITU KEBUDAYAAN
DONGSON?
Kebudayaan Dongson merupakan sebutan untuk kebudayaan
zaman perunggu di kawasan Asia Tenggara. Nama Dongson sendiri
diambil dari sebuah wilayah di lembah Song Hong,Vietnam. Dalam
buku Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 1 (1981) karya R
Soekmono, Dong Son merupakan nama tempat penelitian
kebudayaan logam pra-sejarah pertama di lembah Song Hong,
Vietnam. Hasil penelitian tersebut menyimpulkan bahwa Dongson
merupakan pusat dari kebudayaan zaman perunggu Asia Tenggara
pada masa itu. Kebudayaan dongson menghasilkan benda-benda
yang dibuat daripada perunggu. Bangsa asal dari kebudayaan
Dongson ialah bangsa Deutro Melayu (Melayu Muda). Pada
perkembangannya, bangsa Deutro Melayu menyebarkan
kebudayaan zaman perunggu hingga ke seluruh wilayah Asia
Tenggara, termasuklah Indonesia
PADA TAHUN 2500 SEBELUM
MASIHI

- Kebudayaan dongson mengembara ke


daerah Asia Tenggara
- Dikenali sebagai Indo-Melayu ataupun
Austronesia
- Merupakan kumpulan yang pertama
ataupun dikenali sebagai Melayu Proto
PADA TAHUN 1500
SEBELUM MASIHI

- Kumpulan yang kedua ataupun


dikenali sebagai Melayu Deutro yang
dicatatkan pada zaman logam
- Dikatakan bahawa kelompok Melayu
Deutro menuturkan Bahasa Melayu
Purba dan tidak wujud dalam bentuk
tulisan
PERBANDINGAN ORANG MELAYU PROTO DAN
ORANG MELAYU DEUTRO
Melayu Proto Melayu Deutro
• Peradaban orang Melayu Proto adalah • Peradaban orang Melayu Deutro jauh
lebih maju berbanding orang Negrito. lebih maju berbanding Melayu Proto.
• Hidup secara berpindah-randah (nomad). • Hidup secara berkumpulan dan tinggal di
• Pandai membuat alatan untuk bercucuk suatu tempat yang tetap.
tanam ataupun perhiasaan. • Menggunakan alatan yang diperbuat
• Dikenali sebagai zaman Neolitik. daripada logam
• Dikenali sebagai zaman logam
SIAPAKAH ORANG
NEGRITO?
Negrito merupakan gelaran am bagi pelbagai kelompok
etnik yang mendiami kawasan-kawasan terpencil di Asia
Tenggara dan Kepulauan Andaman. Populasi kini
termasuk orang Andaman di Kepulauan
Andaman, Semang di Semenanjung Malaysia , Orang
Maniq dari Thailand Selatan, dan juga Aeta dari Luzon , Ali
dan Tumandok dari Panay Island, Aqta dari Sierra Madre,
danMamanwa dari Mindanao, dan kira-kira 30 lagi
kelompok etnik yang diperakui di Filipina.
SUKU KAUM MELAYU PROTO

Orang Sakai

Orang Semang Orang Jakun


SUKU KAUM MELAYU
DEUTRO

Orang Melayu
Orang Jawa Orang Bugis
B) ORANG MALAYU ATAU BAHASA MELAYU BERASAL DARI
KAWASAN NUSANTARA

Berdasarkan hipotesis ini, orang Melayu dikatakan orang


tempatan kerana telah wujud di Nusantara. Hipotesis ini dengan
serta merta menolak hipotesis yang pertama, iaitu orang Melayu
berasal dari Asia Tengah.
HIPOTESIS YANG MENGATAKAN
BAHASA MELAYU BERASAL DARI
NUSANTARA

Mereka mengataklan bahawa hipotesis ini


mengemukakan beberapa tempat asal
bahasa Astronesia, iaitu rumpun yang
menurunkan bahasa melayu. Antaranya,
termasuklah Sumatera, Jawa, Melanesia,
New Guinea, dan Filipina. Para pengkaji
mengemukakan beberapa bukti yang
menjelaskan dakwaan mereka.
TEMPAT YANG DIKATAKAN
MERUPAKAN TEMPAT ASAL
BAHASA MELAYU

Jawa
Sumatera Formosa
BUKTI-BUKTI YANG DAPAT MENJELASKAN
PENDAPAT MEREKA
Bukti yang pertama adalah

Kajian bahasa di kawasan selatan Asia. Hasil


daripada penyelidikan perbandingan bahasa
yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji
bahasa menunjukkan bahawa bahasa-bahasa
di Nusantara memang mempunyai hubungan
kekerabatan, iaitu induk kepada bahasa-
bahasa tersebut ialah bahasa Astronesia.
Bukti yang kedua merupakan sebuah
kajian yang dilakukan oleh C.A. Mees
dan beliau mengatakan bahawa

Bahasa-bahasa daripada rumpun Astronesia


mempunyai persamaan yang banyak daripada segi
perkataan, sistem imbuhan dan susunan
tatabahasa. Sebagai contohnya, kata-kata
seperti mata, telinga, dan lima sering muncul
dalam bahasa-bahasa tersebut.
C.A. Mees juga
mengatakan bahawa

Penutur bahasa daripada rumpun bahasa


Austronesia ini dipercayai berpusat di pesisir
pantai yang strategik di Kepulauan Melayu. Dari
situlah mereka membawa bahasa tersebut ke
barat hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan
ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan
Pasifik.
Menurut kajian William Marsden, beliau
memberikan pandangan beliau iaitu

Bahasa Melayu serumpun dengan


bahasa Mekanesia, Melanesia, dan
Polinesia yang kesemuanya daripada
induk bahasa Austronesia.
Kekerabatan bahasa seperti ini tidak
ditemukan dalam bahasa-bahasa di
Asia Tengah. Oleh hal yang demikian,
asal nenek moyang bagi bahasa William Marsden
Melayu bukan dari Asia Tengah.
Isidore Dyen dan Gorys Keraf juga
berpendapat bahawa

Dyen berpendapat bahawa orang Melayu


mungkin berasal dari Formosa, New
Guinea, atau Melanesia. Gorys Keraf
dalam buku Linguistik Bandingan
Historis pula menyatakan bahawa nenek
moyang bahasa Melayu sudah sedia ada di
Kepulauan Melayu dan mereka Isidore Dyen
menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
Menurut beliau, negeri asal nenek
Gorys Keraf moyang bangsa Austronesia ialah
Indonesia dan Filipina.
Kajian berdasarkan kebudayaan juga telah
menjadi salah satu daripada bukti mengenai
asal usl Bahasa Melayu
Asal usul bahasa Melayu adalah dari kawasan
Nusantara. Sehubungan dengan itu, seorang
sarjana Inggeris bernama John Crawfurd
membuat kajian perbandingan bahasa yang
terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan
John Crawfurd kawasan Polinesia. Hasil daripada kajian
beliau, menunjukkan bahawa bangsa
Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki tahap
kebudayaan yang tinggi pada abad
kesembilan belas.
John Crawfurd juga mengatakan

Kedua-dua budaya itu tentu telah mengalami


perkembangan beberapa abad sebelum itu.
Berasaskan anggapan ini, beliau membuat
kesimpulan tempat asal asal orang Melayu di
Sumatera dan Jawa. Dengan kata lain, bahasa
Melayu di Sumatera dalam bahasa Jawa (di pulau
Jawa) merupakan bahasa induk kepada bahasa-
bahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan
Melayu.
Bukti lain yang dapat diselidiki
dari sudut geografi iaitu

Dari zaman Pilosen hingga Zaman Pleistosen,


Nusantara dan Australia dikatakan terdiri
daripada dua buah daratan luas yang telah
telah dihuni manusia. Daratan Nusantara
dikenali sebagai Pentas Sunda manakala
Daratan Australia dinamai Pentas Sahul.
Dari sudut geografi
Kedua-dua daratan yang besar ini kemudian berpecah kepada
pulau-pulau yang besar dan kecil sebagai akibat pencairan glasier.
Pencairan glasier menyebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul
ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau,
sama ada pulau yang besar atau kecil. Pulau Sumatera, Pulau
Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia
manakalan Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New
Guinea. Pemisahan antara satu daratan lain ini
menyebabkan manusia yang tinggal di situ berpindah dari satu
daratan ke satu daratan yang lain. Daripada huraian ini, dapat
disimpulkan bahawa perpindahan manusia yang berlaku bukan dari
Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk asal di Nusantara
berpindah disebabkan proses geografi. Justeru, orang Melayu pada
asalnya memang penduduk di Nusantara, bukan berhijrah dari Asia
Tengah.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai