Anda di halaman 1dari 25

TUGASAN

SEPTEMBER 2018 SEMESTER

KOD KURSUS
EKM 322

NAMA KURSUS KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR Teo Yoke Chuan

NO. MATRIK E30205170048

NAMA FASILITATOR Dr. Wan Zaleha


AKADEMIK

PUSAT Shingo Academy Seremban


PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Mukasurat


1 Isi Kandungan 2
2 Biodata 3
3 Penghargaan 4
4 Bahagian A 5-9

5 Bahagian B 10-16

6 Bahagian C 17-25
BIODATA PELAJAR

NAMA : TEO YOKE CHUAN


ASAL : KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
NO. TELEFON : 016-6128082
TARIKH LAHIR : 03 APRIL 1986
NO. K.P :860403 – 59 – 5438
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
SEMESTER : KELIMA
AMBILAN : MAY 2018
EMAIL : teoyuna@yahoo.com
PENGHARGAAN

Dengan hati yang penuh syukur kepada Tuhan, kerana dengan izin-Nya saya
dapat menyiapkan kerja EKM 322 Kesusarteraan Melayu ini dalam jangka masa yang
telah ditetapkan. Sebelum proses menyiapkan kerja kursus ini, saya tidak memahami
dan langsung tiada idea bagaimana saya perlu menyiapkan kerja kursus ini. Syukur
kepada Tuhan, dengan adanya petunjuk dari pensyarah saya dan kawan-kawan
seperjuang saya, akhirnya juga saya telah dapat siapkannya.

Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya,
Dr. Wan Zaleha atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan bantuan yang telah
beliau berikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta proses
menyempurnakan tugasan ini. Cara penyampaian dan pengajaran beliau yang teliti
membolehkan saya faham tentang kursus ini yang saya hadiri.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan


kerana sudi memberikan kerjasama dan tunjuk ajar untuk menyempurnakan kerja
kursus saya ini.

Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambah ilmu pengetahuan saya serta memberi manfaat kepada diri saya sendiri
mahupun sekarang ataupun pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.


BAHAGIAN A

Baca artikel bertajuk “Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Peranan Filologi”


oleh Siti Hawa Haji Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

A. ) Apakah tujuan dan rasional kajian ini?

Filologi merupakan suatu ilmu yang mendasarkan kerjanya pada bahan tertulis dan
bertujuan untuk mengungkapkan makna teks tersebut dalam sebuah karya sastera atau
kebudayaannya. Dengan demikian, ilmu ini digunakan untuk mengungkap sebuah
misteri dari peninggalan kuno yang merupa tulisan. Melihat definisi semacam ini,
mengindikasikan bahawa filologi akan menemui beberapa ganjalan yang tidak biasa
dijawab oleh ilmu ini sendiri. Sehingga, tidak menutup kemungkinan sebuah ilmu
bersinggungan dengan ilmu yang lain.

Berdasarkan artikal yang bertajuk "Kesusasteraan Melayu dan Peranan


Filologi" kajian ini bertujuan menerangkan peranan ilmu filologi dalam penyelidikan
sastera Melayu tradisional tersebut dan peri pentingnya penyelenggaraan dan
pengeditan teks dilakukan dengan teliti dan tepat bagi mengelakkan kesilapan
terutama sekali apabila dialih bahasa ke bahasa asing.

Untuk menunjukkan peri pentingnya pendekafan filologi dalam


menyelenggarakan teks dengan teliti, penulis mengambil contoh Syair Tantangan
Singapura, koleksi tiga syair yang menjadi kajian Muhammad Haji Salleh. Penulis
mendapati ada beberapa kesilapan dalam transliterasi dalam kajian ini yang boleh
memesongkan maksud sebenar pengarang syair tersebut.
B. ) Huraikan kaedah pemahaman dan penerapan yang digunakan dalam kajian
ini.

Kesusasteraan melayu tradisional merupakan jambatan yang menghubungkan


masyarakat moden dengan masyarakat zaman dahulu. Ianya umpama medium
perantaraan yang digunakan oleh masyarakat moden untuk melihat dan merasai
bagaimana kehidupan masyarakat zaman dahulu.
Melalui karya-karya seperti cerita, syair, pantun, dan sajak, masyarakat kini
dapat merasai suasan kehidupan dan kesusahan masyarakat terdahulu. Secara tidak
langsung, generasi masa kini akan lebih menghargai kehidupan zaman ini yang serba
moden dan mudah.
Pendekatan filologi ini berasal daripada Barat di mana merekalah yang mula-
mula menggunakan ilmu filologi ini untuk mengkaji karya-karya kesusasteraan
Melayu tradisional. Pendekatan ini kemudiannya disesuaikan mengikut peredaran
zaman.
Peranan ilmu filologi adalah sebagai wahana untuk mengkaji karya-karya
kesusasteraan Melayu tradisional. Walaupun ilmu filologi ini bukanlah ilmu sastera,
tetapi ilmu ini merupakan satu-satunya imu yang mempunyai dan menyediakan
kaedah atau metodologi dan langkah-langkah pendekatan yang penting dalam proses
pengkajian karya kesusasteraan Melayu tradisional.
Di dalam ilmu filologi ini mengandungi dua kaedah konvensional yang
memberi perhatian terhadap isi sesuatu teks atau karya sastera (intrinsik) dan
(ekstrinsik) iaitu pendekatan moden yang mementingkan masyarakat, perkembangan
sejarah, kebudayaan dan sebagainya.
Contohnya,

Intrinsik Contob Syair


Tantangan Singapura, koleksi tiga syair yang menjadi kajian
Muhammad Haji Salleh (1994).
Tema ketiga-tiga syair ini ialah pergolakan sosial yang berlaku
di Singapura dalam tahun-tahun 1830-an, semasa pulau itu baru
berada di bawah pemerintahan Inggeris.
Ekstrinsik Buat pertama kalinya, pelbagai peluang terbuka dalam
bidang perniagaan dengan sistem pembayaran yang berbeza.
Wujud rasa tidak puas bati di kalangan rakyat setempat dengan
sistem yang baru yang diperkenalkan oleh Inggeris, lantas
terkaranglah ketiga-tiga syair tersebut.

Intrinsik Contob Syair


Syair Dagang Berjual Beli menceritakan bagaimana berubahnya
pemiagaan setelah Singapura diperintah oleh Inggeris. Penyair
mendapati sudah tidak ada kesucian hati dan kepercayaan di
kalangan para pedagang.

Ekstrinsik Walaupun beragama Islam, mereka menerima rasuah dan tidak


segan-segan menipu pembeli-pembelinya. Para pedagang lebih
suka berniaga dengan saudagar India dan Cina kerana
hendakkan bayaran dengan segera. Peniaga Melayu dan Bugis
sering diheret ke mahkamah kerana tidak menyelesaikan
hutangnya. Penyair menuduh pemerintab Inggeris tidak berlaku
adil apabila kes-kes dibawa ke pengadilan.

Kedua-dua kaedah ini penting dalam mengkaji karya Melayu tradisional. Hal
ini bertepatan dengan ciri-ciri karya tradisional yang banyak memaparkan kisah
kemasyarakatan dan pengajaran buat para pembacanya.
Walau bagaimanapun, pendekatan filologi ini hanya mampu digunakan
sepenuhnya apabila sesebuah hasil sastera itu sudah tidak mengalami perkembangan
lagi. Hal ini demikian kerana, selagi perkembangan masih berlaku, pengamatan dan
penelitian yang sempurna terhadap sesuatu karya itu sukar dilakukan kerana sering
berlaku perubahan. Oleh itu, kebanyakan pengkajian sastera Melayu kini hanya
tertumpu kepada karya-karya tradisional lama yang sudah tidak berkembang.
C. ) Jelaskan dapatan kajian ini

Dalam pengkajian sastera, pendekatan filologi membantu masyarakat asing untuk


lebih memahami sesebuah hasil karya itu. Kebanyakan daripada mereka juga
menggunakan karya sastera tersebut sebagai bahan untuk mempelajari Bahasa
Melayu.Selain itu, karya sastera Melayu juga digunakan sebagai sumber daftar kata
dan contoh perbualan perniagaan yang digunakan oleh para pedagang zaman dahulu
untuk berhubung ketika di pelabuhan.

Ramai pengkaji Barat yang telah menegaskan peri pentingnya mendalami dan
memahami karya sastera Melayu antaranya adalah Francois Valenteyn dan William
Marsden. Hal ini membuktikan betapa pentingnya ilmu filologi dalam membantu
perkembangan masyarakat zaman dahulu tidak kira dari segi politik, ekonomi,
mahupun sosial.

Penilaian terhadap penyelenggaraan dan penyuntingan teks sastera adalah


penting bagi menjamin keaslian dan kesempurnaan sesuatu hasil karya itu.
Penyelenggaraan dan pengeditan yang terperinci perlu dilakukan bagi memastikan
makna sesebuah hasil karya itu dapat disampaikan dengan jelas kepada pembaca.

Bukan itu sahaja, penyelenggaraan ini juga bagi memastikan makna sesebuah
karya itu tidak lari dari matlamat sebenarnya. Hal ini demikian kerana, terdapat
perubahan makna sesebuah hasil karya apabila dialih bahasa kepada bahasa asing.
Contohnya, karya Melayu tradisional yang dikaji oleh pengkaji Barat akan dialih
bahasa kepada bahasa mereka seperti Bahasa Inggeris bagi memudahkan orang-orang
Barat membacanya.

Namun begitu, berlakunya pencanggahan makna daripada hasil karya asal


dengan yang telah diperbaharui. Hal ini akan menjejaskan keaslian dan kualiti hasil
karya sastera Melayu tradisional. Oleh itu, penyelenggaraan dan pengeditan yang
terperinci dan menyeluruh perlu dilakukan terhadap sesebuah hasil karya baharu bagi
mengelakkan daripada berlakunya kesalahan makna yang boleh menjejaskan
tanggapan pembaca terhadap karya tersebut.
D.) Kesimpulan

Kesimpulannya, sesebuah hasil sastera tradisional itu perlu sentiasa dipelihara tidak
kira dari segi bahasanya, bait-bait katanya, mahupun maknanya agar keaslian dan
keindahannya tidak dicemari oleh perkara-perkara yang tidak baik.

Bukan itu sahaja, masyarakat kini juga perlu lebih mendalami kaya-karya
sastera tidak kira tradisional mahupun moden bagi memelihara karya-karya tersebut
daripada pupus ditelan zaman.

Pemahaman yang jelas terhadap sesuatu karya sastera itu dapat dilihat melalui
pendekatan ilmu filologi yang mana banyak membantu masyarakat memahami karya-
karya sastera tradisional secara lebih mendalam.
BAHAGIAN B

Pengenalan

Makna sastera

1. Pengenalan

Definisi ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “castera”.Susastera membawa


maksud yang khusus iaitu – indah, baik, lebih berfaedah. Sastera-huruf, buku,
karya, teks. (Ke)susastera(an) adalah kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan
baik isinya.

Menurut Hashim Awang, sastera adalah ciptaan atau karya seni yang
disampaikan melalui bahasa. Hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi
yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu bersandar pada zaman.

Peradaban dan martabat sesuatu bangsa itu dapat dilihat melalui karya
tradisional atau klasik yang dimiliki. Maka bangsa Melayu tidak terkecuali dalam hal
ini.

Era Tradisional merujuk kepada dinilai sebelum wujud teknologi penerbitan


(Sastera Lisan) manakala moden pula merujuk kepada selepas teknologi penulisan
dan boleh dibuktikan sebagai teks. Karya-karya ini yang dalam bentuk cerita ditulis
dalam pelbagai genre seperti cerita rakyat, panji, epic, hikayat dan sebagainya.

1.1 Sastera Rakyat.

Pada awal abad ke -19, beberapa pengkaji yang terdiri daripada pegawai
pentadbir Inggeris telah memberikan perhatian terhadap sastera rakyat, khasnya
berbentuk cerita. Tumpuan ini dibuat kerana mereka menyedari bahawa salah satu
fungsi sastera rakyat ialah mengungkapkan pemikiran masyarakat yang
melahirkannya.
Selepas kemerdekaan pada sekitar tahun 1960-an pengkaji-pengkaji Melayu
mula memberi perhatian terhadap Sastera Rakyat. Dewan Bahasa dan Pustaka serta
Universiti Malaya telah melakukan pengumpulan dan penerbitan hasil sastera.

Istilah “rakyat” berkaitan dengan perkataan folk atau volk yang secara umum
dapat diertikan ialah sebagai kelompok orang yang memiliki ciri-ciri pengenalan
fizik mahupun kebudayaan sehingga dapat dibezakan dengan kelompok-kelompok
yang lain. Akan tetapi terdapat sarjana yang menyempitkan pengertian ini dalam
hubungannnya dengan sastera.

Menurut mereka folk atau volk ialah satu kumpulan masyarakat manusia yang
mungkin masyarakat tertutup, sederhana tamadunnya, tradisional, kukuh pegangan
budaya lama dan mungkin pula terdiri daripada satu golongan daripada sebuah
masyarakat besar. Takrif ini juga selalunya dikaitkan dengan masyarakat luar kota (A.
Bakar, 1974:20)

Istilah sastera rakyat juga disamakan dengan penegrtiannya dengan tradisi


lisan selain folklore. Menurut Mohd Taib Osman, sastera rakyat lebih sempit
pengertian berbanding dengan tradisi lisan. Sastera rakyat sering dilihat sebagai
sesuatu yang sudah mati atau setidak-tidaknya merupakan warisan tinggalan zaman
lampau.

Menurut Safian,1988:293-294 Sastera Rakyat adalah sebahagian daripada


tradisi lisan yang dapat difahami sebagai ekspresi budaya yang menggunakan bahasa
dan mempunyai hubungan langsung dengan berbagai-bagai aspek budaya seperti
agama dan kepercayaan, undang-undang, keperluan masa lapang, kegiatan ekonomi,
sistem kekeluargaan dan susunan nilai sosial masyarakatnya. Lantaran itulah mitos,
cerita-cerita penglipur lara, jenaka, legenda, peribahasa, pantun, ungkapan adat,
nyanyian rakyat, tarian, drama dan permaian rakyat adalah tergolong daripada Sastera
Rakyat.

Menurut pendapat daripada sasterawan Indonesia Danandjaja, menyatakan


Sastera Rakyat merupakan tradisi lisan Indonesia. Menurut beliau, terdapat banyak
ciri persamaan antara Sastera Rakyat di Malaysia dan Indonesia.
Dalam buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, pengertian Sastera
Rakyat ialah hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan
diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Cerita-cerita jenaka,
pantun, peribahasa dan sebagainya bukanlah merupakan hasil tinggalan hasil zaman
lampau tetapi ia tetap mempunyai tempat dalam budaya semasa.

Menurut Harun Mat Piah, Sastera Rakyat Melayu dapat dibahagikan


kepada dua bentuk. Iaitu sastera berbentuk cerita (kisah dan naratif) yang terdiri
daripada cerita rakyat seperti cerita penglipur lara, cerita teladan, cerita binatang,
jenaka , mitos dan lagenda. Manakala sastera berbentuk bukan cerita (bukan kisah
atau bukan naratif) sebahagian besarnya terdiri daripada nyanyian rakyat, ungkapan
adat, teka-teki, pantun dan gurindam. Terdapat berbezaan ciri antara sastera rakyat
berbentuk cerita, mitos, dan legenda daripada cerita-cerita penglipur lara, teladan,
binatang dan jenaka. Perbezaan ini dapat ditinjau dari sudut kepercayaan, latar masa
dan tempat, serta sifat dan pelaku utama.

Menurut Annas Haji Ahmad, Sastera Rakyat dikenali sebagai sastera lisan
atau sastera mulut. Terdapat perbezaan antara kedua-dua sastera jenis ini.
Kebanyakkan Sastera Rakyat disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang mahir serta
berkebolehan seperti Tok Selampit ( Kelantan) , Awang Batil ( Kedah) dan Pawang
Ana (Perak). Orang Melayu pada masa itu mempercayai unsure anamisme dan
masyarakat bersifat tertutup. Justeru itu, sastera rakyat turut menyelitkan unsure-unsur
jampi, serapah, mentera, pemujaan dan pengaruh hindu.

Sebagai kesimpulannya,terdapat banyak persamaan pendapat dan pandangan


para sarjana sastera yang menyatakan bahawa Sastera Rakyat berkembang melalui
lisan yang disampaikan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Pada pendapat saya,
penyampaian secara berterusan ini, menyebabkan cerita-cerita warisan sastera rakyat
kekal sehingga hari ini. Malahan dalam pengajaran dan Kurikulum Bahasa Melayu
turut menyelitkan elemen sastera.
1.2 SASTERA EPIK

Definisi Epik bagi sumber yang dipetik dari laman web Wikipedia, Epik bermakna
sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar,
sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Contohnya
Hikayat Hang Tuah mengambil latar masa yang lebih daripada 100 tahun. Bermula
Melaka dibuka 1400M sehingga dikalahkan oleh Portugis 1511M.

Kepahlawanan adalah ciri utama bagi cerita. Ia digabung atau dicampurkan


dengan unsur-unsur mitos, legenda, cerita rakyat dan sejarah. Hal ini kerana setiap
bangsa mempunyai tokoh wira yang dibanggakan , diceritakan dengan penuh
keistimewaan dalam sebuah sastera yang dinamakan Sastera Epik. (Cuddon,1977:22)

Cerita-cerita epic melibatkan cerita zaman kuno ratusan lampau dan


kadang kala sukar untuk difahami kerana karya epic mempunyai maksud yang
tersirat. Epik merupakan sebuah karangan yang tebal dan panjang. Begitulah halnya
dengan Hikayat Hang Tuah yang mengandungi lebih daripada 500 halaman dengan
lebih kurang 146 000 patah perkataan. Di dalamnya terdapat lebih kurang 130 watak
( Kassim ,1966)

Sastera Epik menampilkan ciri kepahlawanan bagi sesebuah cerita yang


digabungkan dengan unsur -unsur mitos, legenda, cerita rakyat dan sejarah. Tokoh
epic ialah tokoh manusia yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Sastera epic telah
menyerlahkan sifat kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, ia digolongkan dengan
sastera pahlawan.

Menurut Koster, Epik Kepahlawanan ialah suatu naratif tentang perbuatan


agung dan gemilang yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan satu masa dahulu.
Pahlawan dianggap sebagi tokoh sejarah kerana sering membela nasib orang, malahan
mereka mempercayai kononnya ada orangorang tertentu yang hidup pada masa
lampau mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka dikenal sebagai pahlawan dan
kadang kala dimitoskan, misalnya Achilles, Hercules, Theseau dan beberapa orang
lain. (Tripp, 1970:302).
Sebaliknya, Raglan berpendapat bahawa pahlawan dalam anggapan tradisional
merupakan kisah-kisah khayalan dalam kehidupan yang timbul daripada peristiwa
ritual dan bukan merupakan peristiwa sebenar ( Raglan,1965:142).

1.3 Definisi Hikayat

Sastera hikayat adalah merupakan sebuah genre yang terbesar dan genre yang paling
banyak menghasilkan karya kesusasteraan. Kebanyakan pengkaji-pengkaji sastera
melayu sependapat mengatakan bahawa sastera hikayat adalah merupakan satu genre
yang penuh dengan perkara yang begitu sukar untuk difahami.

Terdapat banyak hasil kesusasteraan Melayu kerana sastera hikayat adalah


sebuah genre yang telah lama menjadi tumpuan para pengkaji dalam bidang sastera.
Kebanyakan sastera hikayat dihasilkan dalam bentuk prosa dan puisi. Oleh itu, karya
kesusasteraan hikayat banyak membawakan cerita ajaib yang berunsurkan hiburan
hasil daripada imaginasi pengarangnya.

Dalam sastera Melayu tradisional, boleh dibahagikan kepada tiga kelompok


yang sesuai dengan zaman yang diwakilinya, iaitu kesusasteraan hikayat berunsur
Hindu, kesusasteaan hikayat berunsur Hindu-Islam dan kesusasteraan hikayat
berunsur Islam.

Terdapat ramai sarjana yang memberi pelbagai pendapat terhadap makna atau
maksud hikayat. Pada umumnya, hikayat dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan
tarikhnya. Safiah Hussein dan rakan-rakan (1988:98), mendefinisikan hikayat sebagai
cerita yang mengandungi ciri-ciri kesaktian, kebesaran, dan kegagahan wira yang luar
biasa. Pengarang juga melukiskan tentang kejelitaan putera-puteri, kegagahan
hulubalang, bala tertera yang tidak terpemanai banyaknya serta binatang dan benda-
benda yang mempunyai unsur kuasa sakti.

Dalam buku Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat unsur-unsur mitos


yang diselitkan dalam karya sastera hikayat. Mitos berasal daripada pengaruh Hindu
dan juga setempat. Contohnya,` Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang
belayar dari Rom ke negeri China telah diserang geroda’ Burung geroda, binatang
mitos hindu yang menjadi tunggangan Visynu telah ditembungkan dengan kuasa
Allah. Pengaruh yang berbeza ini, dipertembungkan untuk mengatasi satu pihak yang
lain dan juga menunjukkan kemenangan yang melampau.

Hashim Awang (1987) pula mengatakan, “Hikayat” adalah jenis yang popular
dalam sastera Melayu lama. Ia sering mengisahkan pengembaraan, percintaan, dan
peperangan putera puteri raja, perlawanan atau saudagar. Contoh yang menunjukkan
kisah penggemaran dapat dipetik daripada buku Hikayat Inderapura dalam bab II `Al-
kisah peri mengatakan tatkala Inderapura diterbangkan oleh Merak Emas dan peri
mengatakan tatkala Inderapura diangkat cucu oleh nenek kebayan............’ Hal ini
jelas menunjukkan dalam sastera Hikayat, tidak akan terlepas daripada unsur
pengembaraan.

Menurut Harun Mat Piah dan rakan-rakan (000:133-138), “Sastera Hikayat”


ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis, yang menggunakan bahasa Melayu lama
dengan langgam bahasa dan struktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang
berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya. Menurut
mereka lagi, dalam buku “First Encyclopaedia Of Islam” perkataan hikayat dalam
bahasa Melayu ini berasal daripada perkataan hikayat dalam bahasa Arab. Hikayat
pada mula-mulanya bermakna “pelbagai sejarah” tetapi makna itu telah berubah dari
semasa ke semasa sehingga akhirnya mendapat makna yang paling biasa iaitu
“cerita” dan “naratif”. Dalam zaman tradisi Arab, perkataan ini membawa makna
“Hikaya”, meniru sesuatu pergerakan, mimik, dengan tujuan bergembira. Dengan
makna yang terakhir tersebut lahir perkataan “Hakiya”yang bermaksud seorang
peniru atau seorang pemimik.

Dalam sastera Melayu tradisional, boleh dibahagikan kepada tiga kelompok


yang sesuai dengan zaman yang diwakilinya, iaitu kesusasteraan hikayat berunsur
Hindu, kesusasteaan hikayat berunsur Hindu-Islam dan kesusasteraan hikayat
berunsur Islam. kesusasteraan hikayat
Perkataan “hikayat” berasal daripada bahasa Arab iaitu “hikaya”. Maknanya
dalam bahasa Melayu ialah “pelbagai sejarah” tetapi menerusi peredaran zaman
maksudnya berubah menjadi cerita rekaan yang berunsur naratif dengan
kecenderungan berhibur yang agak ketara.
Bahagian C
RPH
Rancangan pelajaran untuk pengajaran ‘Kesusasteraan Melayu’

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Kelas : 2 Merah
Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi ( 60 minit )
Tema : Saya Anak Malaysia
Tajuk : Negara Kita
Standard Pembelajaran : 4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara didik hibur.

3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang


mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata
diftog, vokal berganding, digrf dan konsonan
bergabung dengan cara yang betul dan kemas.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat,


i. Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul
ii. Menulis secara mekanis sekurang – kurangnya dua daripada tiga rangkap pantun
yang diberi dengan betul dan kemas.

Sistem Bahasa: Tatabahasa : Kata nama am, kosa kata


EMK : Ilmu : Sejarah
Nilai : Cintakan negara
KBT : KB : Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.

Bahan bantu belajar : Kad gambar (bendera), komputer, slaid powerpoint, lambaran
kerja
Masa Isi kandungan Aktiviti Catatan
Set Induksi 1) Tayangan Slaid 1. Murid menonton Ilmu : Sejarah
( 5 minit ) powerpoint. tayangan slaid gambar Nilai :
2) Soal jawab bendera Malaysia. Semangat
Petriotisma
KBT : KB :
Konteksual
BBM:
2. Guru bersoal jawab
Komputer ,
dengan murid mengenai
Slaid
gambar dalam tayangan
powerpoint
slaid.
Contoh soalan;
- Apakah nama bendera
Malaysia?
- Berapakah jumlah warna
bendera Malaysia?
- Berapakah bucu yang
terdapat pada bintang
bendera Malaysia?
3. Guru mengaitkan
jawapan dengan tajuk
pembelajaran iaitu Negara
kita.

Langkah 1 1.Membaca pantun 1.Guru menayangkan slaid KB: bertutur


(15 minit) secara senyap. kepada pelajar dan mendengar
menggunakan projektor.
2.Murid diminta untuk BCB:
2.Melafazkan membaca teks pantun secara mendengar
pantun “Negara senyap. aktif
Kita” 3.Guru meminta murid
melafazkan pantun dengan
(lampiran 1) suara yang lantang dan BBM: teks,
sebutan yang betul. projektor
4. Murid melafazkan pantun
secara individu. Ilmu: Puisi.
5.Guru membimbing murid
melafazkan pantun.
6. Murid melafazkan pantun
secara kumpulan.
7.Guru membetulkan
kesalahan intonasi dan
sebutan murid.
4.Murid mendengar ulasan
dan teguran guru.

Langkah 2 1. Membuat 1. Guru membahagikan KP :


(20 minit) perbincangan dalam pelajar kepada 6 kumpulan Interpersonal
kumpulan. mengikut pelbagai aras
kebolehan.
2.Pembentangan 2. Murid membincangkan
kumpulan tentang mesej yang terdapat
dalam pantun.
3. Guru memberi arahan
kepada murid untuk
menjalankan perbincangan
dalam kumpulan.
4. Wakil setiap kumpulan
diminta membaca dan
membentangkan hasil
perbincangan kumpulan
5. Murid diminta
mencatatkan hasil
perbincangan dalam kertas
mah-jong yang disediakan.
6. Guru memberikan ulasan
dan peneguhan terhadap
jawapan murid.

Langkah 3 1. Salin semula 1. Murid diedarkan buku KBT : BCB


(15 minit) pantun. latihan. Menyalin
2. Murid diminta menyalin rangkap
2. Buat lembaran serangkap pantun dengan pantun.
kerja. betul dan kemas secara
( Lampiran 2 ) mekanis.
3. Guru membuat rondaan
semasa murid menyalin
pantun.
4. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
murid.
5. Guru membimbing murid
untuk membuat lembaran
kerja.
6. Lembaran kerja yang siap
dibuat perlu dilekat ke
dalam buku lantihan.

Penutup 1.Rumusan 1. Guru bertanya kembali


( 5 minit ) tentang pembelajaran hari
ini.
- Apakah pengajaran yang
boleh kita ambil daripada
pantun?
- Apakah nilai yang boleh
kita belajar dari pantun?
2. Guru membuat rumusan
isi pelajaran.
Refleksi :
Kekuatan:
Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan
melaksanakan set induksi dengan soalan yang ditanya. Sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan
tersebut ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua murid.
Selain daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak mengambil perhatian iaitu
dengan meminta murid tersebut untuk membuat rumusan.
Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur
dan membetulkan murid yang telah menggunakan Bahasa Cina ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan.
Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
dengan murid dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal
serta murid dapat belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kelemahan

Kelemahan pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu
sepatutnya guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan,
intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada
langkah ini. Begitu juga dengan objektif murid dapat menjawab soalan secara lisan
dan memahaminya. Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, atau lebih
tepat kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak
kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan
lebih lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat
memahami dengan lebih jelas.Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid
menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan
keseluruhan perkataan dengan huruf besar.
Langkah mengatasi
Dalam perancangan lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji
kemahiran murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti
yang bersesuaian agar tahap murid diuji.
Guru boleh juga meminta murid untuk menulis rangkap pantun di papan hitam
agar lebih menarik bagi murid.
Guru juga hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat dan
mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT
dan KMD. Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat membantu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Guru boleh juga menggunakan alat rangsangan yang dapat mencabar
keupayaan minda murid.Guru boleh melakukan aktiviti menyoal dan menjawab
soalan secara berpasangan agar semua murid mendapat kemahiran tersebut.
Lampiran 1

Contoh Pantun

“ Negara Kita ”
Bunga tanjung bunga ternama,
Dipetik oleh si anak dara,
Wahai cik adik saya bertanya,
Negara kita apa namanya?

Pergi ke tanam memetik bunga,


Bunga dipetik harum baunya,
Wahai cik abang ini jawabnya,
Negara kita Malaysia namanya.

Pergi ke bendang menuai padi,


Padi di tuai penuh seraga,
Jika cik adik bijak bestari,
Negara kita bila merdeka?

Beli arang di kedai nyonya,


Hati – hati tercalit muka,
Wahai cik abang ini jawapnya,
31 Ogos kita merdeka.
Lampiran 2
Contoh Lembaran kerja.

PENGAYAAN
Nama :.........................................................................................................
Kelas : ...............................................................................................................
Arahan : Warnakan Jalur Gemilang di bawah.

1. Adakah warna bintang pada Jalur Gemilang ialah biru?


..........................................................................................................................................

2. Terdapat lima warna pada Jalur Gemilang.


..........................................................................................................................................

3. Merah adalah warna yang terakhir pada jalur bendera Malaysia?


..........................................................................................................................................

4. Adakah anda bangga menjadi anak Malaysia?


..........................................................................................................................................
Rujukan

1) Collins, J.T. 1986. Penyusunan Salasilah Bahasa di Malaysia. Bangi: Universiti


Kebangsaan
2) Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
3) Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press
Sdn Bhd.
4) Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
5) Wong Soak Koon, 2010. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
6) Muhammad Haji Salleh. 1994. Syair tantangan Singapura Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai